nuffnang ads

Feb 26, 2013

Sleep balm

Ya. Ini dia Sleep balm keluaran Badger. Kecik ni je harga dah RM38.00 (tgk kedai). Baca review mcm best. Tp langsung tak jalan kat ammar. Sapulah sampai berlepat2 dahi pon. Tak menjadi. Aku tatau la camana nak create satu rutin utk ammar ni. Sigh.

Balm ni yang menjadinya kat aku. Sapu dua calit. Dah stim.

Tapi barang-barang badger ni mcm best kan? Organic katanya.

Ok dh stim. Zzzz

Feb 22, 2013

Tazkirah la sikit dari bekas budak smap

How do you handle criticism?

For me, depends on what type of criticism. Constructive or destructive.

Aku rasa, elok jugak kena kritik sesekali ni. Bagi kita sedar, apa yang kita buat tu kurang tepat, and kena perbetulkan untk jadi lebih baik. So, bila kena kritik, tayah la nak melenting sangat. Or nak down sangat. Down sekejap takpe. Normal. Jangan sampai nk revenge pancitkan tayar kereta ke bakar kereta ke apa ke. Itu kurang normal.

Bagi aku, the moment kena kritik tu, jangan melawan, jangan nak pertahankan diri. Diam-diam, dengar apa orang cakap, balik tempat sendiri, fikir. Lepas tu, slow-slow ambik tindakan utk perbetulkan diri sendiri. Bukan balik tempat dan lempar pen. atau hempas file.

Susah nak admit kesalahan sendiri. Tapi perlu cuba perbaiki diri. Especially bila teguran datang dari orang yg  lebih berpengalaman. Jangan ego weh! Orang tegur sebab orang sayang. Kalau orang biar je kau hanyut, padan la muka tu.

Dah dah. salam pagi jumaat.

Renung-renungkanlah dan selamat beramal.

Feb 14, 2013

Ko tau apa itu gerek?

Balik kampung during the long holiday.

Ada satu tractor park kat sebelah rumah. Maklumla, sekarang musim putar tanah. Dah tuai, pastu bakar jerami, pastu putar tanah guna tractor tu la.

Overheard conversation between anak buah. Eiman, 8 years old and Nadia, 6years old.

Eiman : Nadia, jom kita pi naik geqek (ejaan sebenar ialah GEREK tapi R kena sebut as Q).

Nadia : Eiman, tu bukan geqek la. Tu CONTRACTOR.

#gerek = basikal



Feb 7, 2013

Garrr

Aku tenang bila aku kurang ambil tahu pasal keadaan sekeliling.

Aku fokus pada yang perlu aku tau, dan aku abaikan apa aku tak perlu tahu.

Tapi bila aku dapat tahu pasal sesuatu yg sepatutnya aku tak perlu tahu, aku jd runsing. Jadi negatif.

Mantra "don't sweat the small stuffs" sedang ligat dimainkan di otak.

Feb 6, 2013

Don't sweat the small stuffs.

Aku sedang membaca buku pertama tahun 2013.

Don't sweat the small stuffs by..err..errr. Nanti aku bgtau authornya. Buku pun buku pinjam. Maaf.

Dugaan kau tau tak membaca dengan anak kecil. Membaca sambil menyusukan anak ternyata benda paling sukar. Menyusukan anak adalah benda yang membawa kepada kemengantukan. Selalunya terbabas tidur bersama anak kecil.

Meletakkan buku di tepi anak juga mencabar. Kalau dia bangun dulu, mungkin menjadi santapan anak kecil itu. Bukan santapan rohani anyway.

Eh..patutnya aku bercerita pasal buku.

Begitu mudah minda ibu terpesong. Phui.

Bebel

Sejak berpindah tempat, i dont have the luxury to update my blog regularly. It was like being under observation all the time. Tapi sebenarnya tidak pun. Tidaklah senior aku memerhatikan aku sepanjang masa. Ingat dia takde keje lain?

So far 2013 ialah indah. Oh ye, except for the fact that aku tak pernah lagi berjumpa dengan suami aku for this year. Hahaha. Azam tahun ni pun berjalan lancar, iaitu mensetelkan puasa ganti sebanyak 30 hari. Sebenarnya baru setel 4 hari. tu pun riak. ha ha . Bukan mudah okay!!

Ammar is doing so fine. Membesar bagaikan johan. Happy and healthy. :) Alhamdulillah. Baju-baju banyak yang dh tak muat. Kena re-stock baju ammar. Kesian tengok seluar semua senteng, pakai baju nampak perut.

Im going back to kampung again this weekend InsyaAllah. Doing my best to keep ayah happy and tak sunyi. Or else, dapat mak baru? :p

Also impian mendapatkan ipad mini dengan ini aku istiharkan gagal sebab aku malas membazir. Ipad mega pun ipad mega la. Or maybe aku istihar gagal sebab aku nak beli telefon baru? this phone is driving me crazy. Batt drain laju nak mampos. Tapi yg lain-lain takde masalah pun sebenarnya. Itu je yg menghalang aku beli hp baru. Bb simple. Ada keyboard. And kecik. ringan. Sigh...

Okla. back to work.