nuffnang ads

Oct 10, 2013

Ayahku kawin lagi

Ayahku nak kawin lagi. Bulan depan kot.

Orang kata, perempuan kalau kematian suami, jarang sangat nak kawin lain. Tapi laki kalau kematian isteri, selalunya akan kawin lain.

Betul la kot apa orang kata tu. Aku memang memula against ayah aku kawin lagi ni. Bukan apa, masa tu emak aku baru meninggal dalam beberapa bulan, takkan la ayah dah nak kawin. Masa tu aku lah dikenali sebagai "anak Din yang dok kl yang tak bagi ayah dia nikah". Tapi bila dah lebih setahun mak aku takdak, lantak la ayah nak kawin berapa pun. Kalau ayah mampu kawin empat, kawin lah ayah.

Haritu aku tanya Sapik, kalau aku mati, dia kawin lain tak.

Dia kata, dia tak kawin lain KOT, sebab dia independent, semua bole buat sendiri.

Tapi aku kan suka carik pasal, mana bole jawapan cmtu.

patutnya dia jawab, "mana la nak cari isteri yang best macam you, tiada tolok tandingannya, terbaik, terhebat..maka i takkan kawin lain".






3 comments:

Anonymous said...

haha ayah ku juga nk kawin lain. ntah la follow je la qada dan qadar Ilahi hanya Dia yang Mengetahui. I tak kisah kalau I mati dulu, laki nk buat apa pun yg penting jgn putus doa utk I cukup la *uwaaaa*

chics said...

Hahahahaha. Kan! jawapan sapik tu salah tuu.

Aku pun tanya soalan yang sama dan dapat hjawapan standard. Siapla kalau aku tipu nanti, aku jadi hantu dan menghantui dirinya haha.

Aqasya ke aku ni. kthxbai said...

Sapik tu bos.. eh.. bagus ok. Sila hargai pasangan anda.

kalau aku mati dulu, konfem bini aku tak kawin lain, kalau dia ada bibik. kalau takde bibik, konfem la dia kawin lain.

aku takkan kawin lain. fool me once, shame on me. fool me twice.. haw haw har. (yang i gurau je tau. i syg u ok. u pun tau kan.. )