nuffnang ads

Oct 18, 2013

Ayahku kawin lagi Part II

Selalu aku telefon ayah, sebab nak tanya dah makan ke belum, makan kat mana, siapa ada kat rumah, bla bla bla. Aku tanak dia sunyi. Aku bukan apa, kesian tengok dia masa zaman dia lonely. Pagi-pagi bangun Subuh, bancuh kopi, hisap rokok. Bila dah pkl 6.30pagi, nanti dia datang la kejut aku solat Subuh.

Tapi sekarang ayah aku semangat. Dia cakap pun lantang dah. Dia punya "helloo (sayup)" sekarang dah jadi "HELLO!!"

Aku call dia tadi, tanya "ayah dah hantaq borang nikah ka?" "bila nak buat, jangan dok buat ralit nanti tak dan pulak". Sangat bertanggungjawab. #makmaksangat

Sambung lagi, "bila ayah nak nikah ni sebenaqnya?"

Sambil gelak besar yang ala-ala nakal (gelak pun tak sayup lagi)

"Ayah nak nikah dulu la, tamau tunggu hampa. Hampa balik makan-makan sudah. Ayah segan nikah ramai-ramai orang tengok.".

MALU-MALU KUCING MEOW.


5 comments:

Sasha Sharifuddin said...

aku pulak gembira..eh?

rawsktar said...

aku pun.

anehhhh.

@nannoor said...

hehehhe. awww

kalau jadi pun, dua2 takkan nak pindah punya. so mmg takkan jadi. said...

bila lahir gembira di hati generasi atas kita,
tidak sukar utk senyuman meniti di bibir generasi di bawahnya.

Nasib baik aku tak perlu mengadap muka ko tiap2 kali raya. huh. Walaupun idea berbapakan pakcik Kamardin agak stylo.

~Qadirah Shop~ said...

Hi all, kindly click my link here and follow. pm me for more details
http://qadirahshop.blogspot.com/
thank u all;)