nuffnang ads

Dec 28, 2012

mak mak tembikai sangat

Aku suka berkebun kalau balik kampung.

Aktiviti mengeluarkan peluh dan di samping dapat menebas semak samun sekeliling rumah. Sometimes, rasa macam sangat sunyi tengok rumah tu..seolah-olah hilang seri..maybe the house tau mak dah takdak..

Anyway, haritu dik kak aku berjaya menanam tembikai and berbuah 2 bijik. Dah almost besar jugak la. Macam tembikai yang remaja. Tapi bila balik baru-baru ni, ayah kata tembikai dah takde. Abang aku accidentally tertebas. Kesian..

Pastu aku and Sapik plak menebas-nebas rumput sambil aku cuba la buat landmark (landmark?) untuk pokok tembikai tu. Kot-kot nanti tertebas lagi. Sedang galak aku menebas-nebas tu, laki aku kata.

"HAAA..ni ada satu lagi tembikaiii! Tapi u dh tebassss!"

oh man. poor baby tembikai. tali pusat pun ada lagi. tsk.

boring gile kisah tembikai. #makmaktembikaisangat.

Dec 26, 2012

Super monsters ate my condo!

Dah lama tak main game.

Sebab sekarang banyak games kat Itunes ialah free or reduced price, maka rajin la download game2 yg sebelum ni mahal.

Akibatnya telah mengdownload satu game yang penuh warna warni dan kegembiraan. Super monsters ate my condo! Ianya percuma kawan-kawan (katanya for limited time. so hurry!download nowwww!)

Apa yang seronok? aku suka berusaha untuk mendapatkan MEGA ZONE!!! maka score akan menjadi berjuta-juta! Current high score aku 300 juta. Game ni mcm biasa la, kena ikut mission dia to upgrade to level lain. Setiap level makin susah la. Sebelum ni aku addicted dengan jetpack kejap, tapi berkali-kali dah main sampai habis mission and ulang balik.

So sebab game ni agak sukar, nak beli mcm power booster ialah mahal, maka terpaksa tweet score everytime lepas main. Setiap tweet worth 100 coins and sometimes 500 coins. So maafkan aku kawan-kawan..aku telah spam timeline twidder yaww. Haish..cepatlah petang. Nak balik main game.

Oh ye..ini telah menyebabkan nafsu untuk ipad mini telah berkurangan..ewah. ternyata main game dalam ipad mega lebih mengkhayalkan.



imagearcadesushi.com

Dec 21, 2012

Comel Toe

People still accidentally come to my blog to search for camel toe (based on search keyword statistic shown at the dashboard).

so, dh tau ke apa itu camel toe? :p

tapi ada satu keyword tu..kiut.

comel toe.

yes, my toe is comel. ke camel toe yang comel?

maybe one day ada orang termasuk dalam this blog looking for kamil toe.


Dec 20, 2012

Balik Kampung with Ammar!

Last weekend balik kampung for anak buah wedding. it was fun fun fun (tapi cerita lain).

Kali kedua balik dgn sapik with Ammar. First time gak bawak Ammar jarak jauh in car seat. Yaa! Harapan muliaku supaya dapat menidurkan Ammar dalam car seat itu! dan supaya diriku tak perlu memangku anak kecil yg almost 10 kg itu selama 7 jam!





akhirnya harapan tinggal harapan..

#makmaksangat

Dec 19, 2012

saikoness comes with a price.

I am weak. Sleepy. I need jus delima. Ewah.

hey hey lupa nk cerita.

After 28km walk, aku saja menggatal self-check iud placement. berani tak berani tak? :P

Pastu..macam eh? kenapa macam panjang je benang ni? eh? eh? ntah2 T dia dah terbalik tak? eh eh?

Kemudian datang satu panic attack. Telefon laki segera! "Yanggggggg! malam ni gakkkkk nk jumpa gynae. Tak kisahhh laa gynae manaaa. I nak check iud ni. Ntah2 terbalik sebab dok buat lunges bagai tuuuuu, dok jalan sampai 28km tewwwww". Bukan main kak nam aku.

Lalu, suami aku yg melayan je aku punya saiko bawak la aku pegi Poliklinik Delaila kat SS19 tu. Chis tunggu kemain lama. Scan 2 minit, cakap seminit. Tapi Alhamdulillah katanya, takde apa pon. Semua normal. IUD tak tunggang terbalik macam aku bayangkan. Elok je keadaannya. Saiko siot aku.

Masa nk bayar, konfiden bagi 6o hengget. "Kak, seratus dua puluh ye". MAHALNYE. Scan 60, consultation 60. Alang-alang dah saiko sangat, bayar je la kan harga kesaikoan aku. hoh.


Dec 18, 2012

2 years anniversary yang seronok!


On our anniversary 

Me : kalau i tak cakap harini anniversary kita, u ingat tak?
Him : ingat, sebab i letak reminder.
Me : takde pun bunyi alarm. itu u letak kat bb. iphone takde.
Him: ye la. nnt i set kan iphone.
Me: sob sob srots. srots.
Him :orang-orang yang suka sangat post gambar-gambar celebration anniversary membuatkan orang-orang yang clueless/atau tatau buat apa2 during anniversary mcm tak best.
Me : bagi laaa bunga ke apa.
Him : mana i nak tauu canne nak celebrate.

Aku amek telefon dia. Google kan untuk dia "how to celebrate anniversary". This is the first result.

http://www.askmen.com/dating/heidi_100/149_dating_girl.html

silent moment...

Him : Ok. eh, i nk smyg maghrib lah.

sobs sob srots.yawnnn.

last-last, malam anniversary ialah me and ammar terlentang tido around 10pm.  #makmaksangat.

btw sharkpitt, u owe me dinner, wayang and everything in between (with daily interest).

Dec 10, 2012

28km terpanjang dalam hidup

The second time kitorang join this international 12hrs walkathon. Kalini kt Putrajaya insted of Melaka. Aku lagi suka location kt Putrajaya ni. Parking banyak, suasana terang sebab spotlight banyak, tempat nk camping pun banyak, and tak chaotic macam Melaka. Kitorg camping betol-betol depan Istana Kehakiman. Terbaek.

Ammar kitorang tinggal je kat rumah. Aku dah risau dh, takut dia carik2 tetek tgh malam. Tp Alhamdulillah, ammar behave sampai ke siang. Aku blk pun dia buat tatau. Hmmph.

As usual, event starts at 8pm till 8am. The first three hours mmg takde masalah. 13km within 3hours. Pastu, masuk yang km ke 20, hoishhh menyumpah2. Dah la tak training langsung. Hamekkawwww. This year organizer naikkan syarat to get medal for women 28km, men 34km. Fuhhh, inilah 28km yang paling jauh dalam hidup aku. Kalau boleh aku nak bikjah seret aku sampai ke garisan penamat. Seksaaaaaa.

Tapi seksa camana pun, tetap suka masuk event ni. Maybe sebab the environment kot, jln malam2 tak panas, pastu ala2 camping. Tapi kalini aku lupa bawak pam. By the time pagi, sakit gila kot. Mcm tembikai susu dah rasanya. Bengkak gilo. Dengan pakai sports bra lagi. Adoih. Pengajaran tu. lain kali bawak pam!







Dec 4, 2012

First time aku pening dengan masalah dunia.

aku tengah cari info on milk supply sampai aku jumpa this one blog.

My brain cannot accept this shit. Loya terus. Pening.

Here is the story.

Perempuan, tapi nk jadi lelaki, so buat operation and makan pil hormon untuk tukar suara and bermisai berjanggut = transgender. Tapi she/he couple dengan a guy which makes them gay la kan. But the transgender tak tukar private parts sebab terlalu mahal and banyak complication, but dia potong tetek so that she/he became flatchested la kan. So, one day the so called gay couple nak baby. The transgender stopped eating hormon pills. Pastu have sex with the gay, secara normal la i assume. Then pregnant and now have baby. And sebab dh potong tetek, the breast cannot produce enough milk. Tapi she/he nak breastfeeding his baby, so carik milk donor. 

Adoi, totally mindfucked. Whats the point jadi lelaki if eventually kau couple dengan lelaki. Sebenarnya korang ialah couple yang normal la kan?

ahhhhhhhhhh. Na'uzubillahhhhhh.

nway, that is a true story.

http://www.phdinparenting.com/2012/04/18/milk-junkies-blog-of-a-transgendered-gay-breastfeeding-dad/