nuffnang ads

Sep 20, 2012

Before n After

Dulu : Subuh gajah. Bangun pukul 7, tido balik sampai 7.40pagi. Mandi-manda. Pukul 815am baru nk gerak gi opis. tu pun kalau ye. kadang-kadang 830 kt umah lagi. Maklum, jalan tak jem.

Sekarang : pkl 6 dh jaga, 630 dh bangun. 745 MUST keluar. sampai opis awal. (over tau. kakak aku keja Putrajaya lagi awai bangun. kihkih)

Dulu : Malam weekend lepak-lepak depan tv, romantik-romantik, makan ice cream, raba-raba.

Sekarang : Apa raba-raba? PENAT ok PENAT? (sambil menidurkan Ammar).

Dulu : Lunch hour main internet.

Sekarang: Lunch hour main pam.

#makmaksangat



Sep 19, 2012

Penumbuk ammar


Ammar and cousin Harith. Ammar at 2 months 18 days. Harith at approximately 4-5 months. Ammar punya weight : 7.4kg. Aku rasa penimbang kat klinik tu rosak la. atau susu aku lemak berkrim disukai Ammar sangat nih?? Good job son. 


Sep 14, 2012

Kisah Kegatalan Semasa Pantang


Masa berpantang, agak-agak dalam 2 weeks la, aku gatal-gatal badan. Mula-mula biasa je, ye lah..gatal..bintat..letak kapur, mandi air panas, mandi air garam. Semua tak jalan. Lagi berpeluh lagi gatal. Miang gile. Habis tetek aku merah-merah. Fuh. Pernah garu tetek? Jadi merah semacam je. 

Pastu, aku balik kampung. Gatal-gatal tak pernah hilang. Makin gatal. Ayah aku buat air rebusan daun pisang kelat, daun serai wangi, and daun apa ntah lagi. Mandi 3 pagi berturut-turut. Tak hilang-hilang. 

Aku ingat lagi, dalam 2 hari mak aku nak meninggal, jadi lagi teruk. Toww dia kaki aku. Dahlah kalau gatal mmg menggila-gila pagi2 buta pkl 1-2 pagi. Dengan ammar nak menyusu, dengan gatalnya, dengan panasnya kat rumah masa tu. Laki aku la kesian, jd tukang garu. Aku jd macam separuh gila. pkl 1pagi aku pegi carik ayah aku (ayah aku tgh jaga mak), merayu-rayu suruh ayah aku tolong. ayah aku pun tak bole buat apa (bukan doktor pun ayah aku ni). 

3 klinik aku pergi, last klinik baru jalan. Klinik Tan kat Kola Perlis. Tu pun sbab dia kebetulan mmg dermatologist, so dia prescribe sakit aku ni as "pityriasis rosea". Dua hari aku makan ubat dia, no signs of healing. Last-last, lepas kebumi mak aku, aku gi klinik dia balik. Aku merayu mintak dia jab. Dengan berat hati Dr Tan tu jab aku. Malam tu aku tak menggaru dah. Fuh. 

Orang kampung kata, itu angin mengeyan (bukan meroyan, some sort of angin in peranakan??). Ntah aku pon tak pasti.yg pastinya aku tanaaaaak dah kena penyakit ni masa pantang di kemudian hari. Seksa.




Kaki aku masa paling kemuncak penyakit


Lepas dua hari dia jab, kaki aku jadi macam ni...macam orang yg terbakar. 


Sep 7, 2012

You gain 1, you lost 1.

Gain a son, lose the only mother.



Mak kembali ke Rahmatullah tanggal 9 August 2012, 20 Ramadhan, Khamis jam 1.30 pagi. Aku masa tu ada kat rumah, tengah berpantang. Lagi 3 days nak habis pantang. 

Allah dah tetapkan segala-galanya. Mak sempat jumpa Ammar 5 hari. Alhamdulillah. Aku sempat minta ampun dari mak. Aku redha kepergian mak, sebab aku tau, sakit mak tak tertanggung lagi. Mak pergi dengan mudah, syukur Alhamdulillah. 

Kadang-kadang teringat nk telefon mak, tanya mak makan apa harini. Tapi cepat-cepat istighfar dan baca Al-Fatihah. Sedekah untuk mak. InsyaAllah Mak, suatu hari nanti kita jumpa lagi. 

Al-Fatihah.

Tak kan pernah habis airmataku, 
Bila ku ingat tentang dirimu, 
Mungkin hanya kau yang tahu, 
Mengapa sampai saat ini ku masih sendiri
[ Lyrics from: http://www.lyricsmode.com/lyrics/k/kerispatih/mengenangmu.html ]
Adakah di sana kau rindu padaku, 
Meski kita kini ada di dunia berbeda, 
Bila masih mungkin waktu kuputar, kan kutunggu dirimu

Chorus:
Biarlah ku simpan, sampai nanti aku kan ada di sana
Tenanglah dirimu dalam kedamaian
Ingatlah cintaku, kau tak terlihat lagi
Namun cintamu abadi

More lyrics: http://www.lyricsmode.com/lyrics/k/kerispatih/#share