nuffnang ads

Jun 28, 2012

Semangat

Hoish gigih.

Gigih bangun pukul 3 pagi. Gigih tengok Spain vs Portugal kat iPod je..courtesy of astro on the go. Bola besar semut yang suka hurung air. Ronaldo adalah besar kerengga. Tapi best. Tengok sambil golek kanan golek kiri atas katil. Sorang-sorang plak tu.

Malam ni tgk kat skrin tv lah. Laki aku penyokong Jerman. 


Mengantok. zzzzz.

Jun 27, 2012

Heh

Obsession :

TRUE BLOOD. 

New season now. Season 5. Every Monday wajib download. HBO tunjuk in July. Tapi kalau version HBO kat Malaysia, mungkin anda tak paham kenapa Vampire Jessica cakap apa ni..heh.


Emak memang ratu hati

EDD ialah hari sabtu ini. Nervous. Tanda-tanda nak meletop takdak la sangat. Ka baby nak tunggu sama dgn birthday kakak Eiman Zara Aishah?

Teringin nak makan nasi tomato. tapi versi mak buat masa hari raya. terbayang-bayang. nanti raya boleh la cuba buat dengan dik kak. dengan bimbingan mak, of kos.

Teringin nk makan bihun goreng. tapi versi mak goreng. Simple tapi sedap.

hanya masakan kakak sulung yang boleh capai tahap masakan mak. tapi kakak sulung di kampung.

simpan lah keinginan semuanya.  haish..rindu masakan emak.

hargailah emak anda.