nuffnang ads

Apr 9, 2012

Bahah here bahah there

I had trouble sleeping last night.

Masuk tido pukul 10.30 pm, but berjaya tidur only at 3.00 am lebih. Persetankan award yang sedap menjadi twitan ramai. I know i can get live updates without watching the tv. Eheh. 

Stress betul. Terkebil-kebil, pegang telefon, hoping sharkpitt will reply my sms or bbm. Pathetic. Dah tau dia takde line. Still hoping. Give yourself a big BAHAH. 

Aritu sharkpitt tanya what is "bahah"? Ni mesti gara-gara bai telah melagukan sebutan bahah tersebut. I got my own interpretation of bahah and im not gonna tell you! Bahah!Bahah! Like you care la kan?? Bahah!

Adakah tak dapat tidur kerana mengenangkan dia yang jauh? Ke sebab tak selesa dengan posisi tidur? Ke sebab minum teh ais? Why God why? Sekarang pun, which is 2.23 pm at the office, on Monday, still no signs of lack-of-sleep disorder. BAHAH!





nah. read something while u can. http://www.highexistence.com/life-secrets-and-tips/

Apr 6, 2012

Vroommmmm

Entry mak-mak datang lagi.

Mula-mula pasal barangan bayi. Almost complete. Dh siap basuh baju-baju dah. Semangat aku, ataupun mengambil kesempatan sempena sharkpitt balik sekejap haritu. Pastu, dengan semangatnya pegi amek stroller, baby cot, bouncer, car seat kat umah dik kak. So, tinggal benda-benda yang kecik-kecik je. Baju-baju tanak beli langsung dah (berjanji pada diri sendiri, walaupun sebenarnya hati kecil berbisik supaya beli kat kedai online fatih tu, sebab murah lew rompers dia jual..sabar sabar). Cloth diaper dah ada 7 helai. So, pembelian ditamatkan. Tgk keadaan kerajinan selepas bersalin. Bahah

Barang mak la plak. Apa nak beli? Post natal care? Bengkung moden? Ewah! Ahhhh nanti la. 

Aku lebih risaukan peha yang besar ni. Pastu, teringat motor besar la, apa la. Pantang tengok Jillian Michaels bergaya posing pakai boots dpn motor-motor dia, terus aku semangat. Eh, ni bukan lagi entry mak-mak. rasa nak menangis tengok motor dia. Tak dapat ni pun takpe, but aku tetap harap one dapat dapatla sebijik motor besar. Teruskan mengumpul duit sambil berangan. 







Oi Datang Lagi Please


Ridiculous Thoughts


Free to Decide

WICKED AWESOME.

Apr 5, 2012

Demam Cranberries

Terima kasih kepada penaja tiket aku dan Alia ke konsert cranberries, iaitu sharkpitt yang terpaksa bertugas di Surabaya. :) Hadapi dengan senyuman :p

Mari bercakap pasal konsert itu. Aku, bikjah and Alia decide nak naik monorel je pegi Stadium Negara tu. Sangat dekat rupanya dengan monorel Hang Tuah tu. Tak sia-sia naik monorel. Boleh jalan-jalan dengan jakun kat VI. Tak pernah jejak kaki kat area VI tu. Sadis. Sempat la menjamu selera di Station Kopitiam dekat VI tu. Lapiaq wehhh. 

Konsert start pukul 8.45pm kot. Penuh gila Rock Zone tu. Kalau keadaan aku mengizinkan, mesti aku pon bersesak-sesak kat Rock Zone tu. Tapi yang seating arena pun penuh jugak. Yang bestnya, tidaklah ramai anak-anak muda. Mungkin anak-anak muda lebih suka menonton k-pop. Atau tak kenal cranberries, lebih mengenali blackberry dan apple. Walaupun duduk, lenguh jugak kaki kami ni ha. terus cam, kalau cm ni baik berdiri je tapi takpe..keselamatan adalah lebih utama. 

Dolores memang mantap gile. Muka macam tak berubah-ubah langsung. Maintain. Pakai susuk ke? Tapi stamina tayah cakap la. Hebat. Terkinja-kinja takde masalah pun. Agak kasihan melihat beliau sedaya upaya pakai sopan. Dia tatau tu, ada penonton lagi kurang sopan dari dia. bahaha. Tapi joget-joget comel dolores dan bunyi-bunyian spontan dari mulut dia tu mmg trademark dia la. terbaik. Prrrrr pttttt ppttttt prrrrr (bayangkan)

Sound system pon bagus. The Cranberries byk main lagu lama tp ada jugak several lagu baru which membuatkan stadium terpinga-pinga la tak ketahuan la kejap. hahah. tapi apa-apa pun diorang memang sempoi. lepas habis concert takde cakap apa-apa dah. selamat malam ke, nak dtg lagi ke..semua takde. tapi kalau diorg dtg lagi, aku pegi lagi ni. tak puas. Awesome sangat.

 Dolores baru memanaskan pentas

 Zombie time. Best gila.


Aksi-aksi awwwww cute macam ni lebih sesuai di konsert Selena Gomez barangkali?