nuffnang ads

Mar 28, 2012

Annoying Part 2

The annoying story continues.

"suami dh balik..malam ni ada urutan tunjuk langit la kan?"

what is wrong with you? seriously? SERIOUSLYYYYYYYYY??!!!!

Mar 22, 2012

Damn Annoying

Annoying gila weih sampai aku nak jugak tulis entry ni walaupun aku ada kerja.

Annoying sangat bila kau ada sahabat rakan taulan sedara kenalan yang suka konon-konon tanya khabar sebab nak amik berat pasal kau ke apa, tapi rupanya dia just nak bgtau yang owh nasib dia pun sama or nasib dia lagi teruk or nasib dia lagi best or apa-apa la kan.

Contoh macam "weh kau ok ka? sihat tak? ha..tak sihat? aku pun tak sihat...dah berapa lama dh ni..mak aku, hasben aku..anak aku..eh laki kau dh balik ke? laki aku pun takde ni..sama la kita senasib..tapi laki aku dh bagi aku kaw-kaw semalam..pecah dam aku"...

Damn u la.


Mar 15, 2012

The Cranberries - Live in Malaysia 2012


Ni..ni...kita nak dok tang mana ni? VIP bulih?

Mak-mak pun mak-mak jugak, tapi kalau band feveret mai, takkan la tak pi kan. 

Hampa suka lagu depa yang mana? Ish, aku banyak sangat suka lagu depa ni. Album baru tak tau la, tak penah dengaq. Harap-harap depa banyak main lagu lama. Aku suka lagu Linger, You and Me, Dreams, Salvation, Just My Imagination, When You're Gone..dan panjang lagi listnya. 

Bila kita nak p beli tiket ni?

Boleh tuju lagu?

And in the night, I could be helpless, 
I could be lonely, sleeping without you. 

And in the day, everything's complex, 
There's nothing simple, when I'm not around you. 

But I'll miss you when you're gone, that is what I do. Hey, baby! 
And it's going to carry on, that is what I do. Hey, baby... 


(When You're Gone - The Cranberries)

Pi baby expo dengan anak menakan

Mari baca kisah mak-mak sangat ni.

Haritu pergi baby expo kat midvalley. Masa sampai parking je, nampak ramai orang bawak troli penuh dengan mami poko. Berkoyan-koyan. Datang dgn baby dalam stroller, balik sorong diapers dalam stroller. Makin berkobar-kobar la aku and Nabilla (ajak anak menakan la teman memandangkan suami tak available).

Sebelum pergi aku mmg dah set apa nak beli. Aku pon dah research kompeni apa yang bukak booth. Tanak buang masa dan bersesak-sesak tak ketahuan hala. Target aku paling utama baju lubang-lubang cap Pureen. Aku baca-baca blog, orang kata masa expo sila la beli baju lubang-lubang pureen sebab sepasang rm10 je. Haaa, mmg betoi. Aku angkat la 3 pasang. Pastu beli towel baby la, blanket satu, bantal, mitten n booties sikit. Memang sikit la. Sebab kakak aku bagi banyak dah. Lepas tu aku nampak diaper bag Pureen gak. Comey gak, kaler biru, harga RM40. Ahah! Mmg seswai dengan bajet. Terus aku angkat.

Selesai bab pureen, aku pi cari cloth diaper cap Autumnz. Tinggi cita-cita aku nak pakaikan anak aku Cloth diaper. Takpa, disebabkan aku nak try, aku beli la dua dulu. Aku nak beli brand lain sikit. Banyak gila brand Cloth diaper sampai pening dok baca review. Yang pastinya, brand omputih semua tu memang mahai gila. Sampai RM80-90 aku dok tgk. Autumnz juai kat expo ni untuk yang printed tu 28 kot, yang plain 26. Aku sambar la yang berunsurkan kaler oren. Hehe. Biar dia sokong Holland ja.

Last sekali aku cari botoi susu. Saja je tengok. Tak tahan la tengok kat online, semua harga 50-70 kalau 2 biji botoi tu. Tu baru yang 4 oz. Last-last aku jumpa botoi Timmee Tippee, dua biji rm44. Hooray! Menggembirakan hatiku.

Tu je la yang aku beli. Sebab hall yang provided untuk expo tu sempit, maka malas la nak bersesak-sesak lagi. Patut buat dua hall ke apa. Baru lah seronok. So, takpala. Pengalaman pi expo baby. :D

Balik rumah ja, dik kak aku bagi lagi. "Nah, barut, baju, cotton ball". Penuh bakui dah aih. Tinggal nak beli barang-barang kecik2 ja la. Heheh.

Sekian entry mak-mak sangat. 

Mar 14, 2012

Tak tau nak kata apa tapi nak kata jugak

Haritu aku ada komen kat blog senior aku, aku suruh dia tabahkan hati sebab laki dia pi outstation kot. Kan kak ecah? Hahaha.

Secara jujurnya, aku bukanla strong sangat menghadapi saat-saat suami takdak ni sebenaqnya. Ha ha ha. Cuma, maki hamun lebih-lebih bukan laki aku boleh balik pun. So kadang-kadang aku melakukan harassment kepada laki aku. Seperti tiba-tiba mintak duit. Nak beli bag mahal la, nak beli Ipad la. Bukan nak pun, lebih kepada nak attention melebih-lebih. 

Pastu, dia kata ambiklah, beli apa nak beli tu. Sampai ke la ni aku tak ambik beli barang-barang tu. Aku saja nk konon-konon sakitkan hati dia. Pastu bila dia bagi, aku plak lagi sakit hati sebab macamm eiiiii. Ah wanita. Memang lagu tu. Bila tak dapat, mintak. Bila orang bagi, tanak.

Dulu masa dia pi mana yang takdak line, jd resah sebab tak boleh contact. Tapi bila boleh bbm hari-hari macam yg dia kat kalimantan ni, hari-hari aku tanya bila nk balik. So aku wonder, mana lagi elok, ada line ka takdak line? Tapi yg paling elok, ada line la. Maunya jadi apa-apa, aku boleh call terus.

So la ni, aku masih meneruskan rutin nomad aku. Bila kawan-kawan boleh teman, aku balik Tivoli. Bila tadak sapa, aku pi Ampang. Kadang-kadang pi Subang. Lagu tu ja la. Nak buat lagu mana lagi..nnt aku nak cerita pasai pengalaman aku pi expo baby. ha ha ha. tu kena entry mak-mak.