nuffnang ads

Feb 24, 2012

Thank u God

Sibuk aku mengajak Ida pergi Singapore minggu depan.

Tiket flight dah survey. Harga RM126 return naik Tiger Airways. Tapi tak dapat beli lagi sebab tak ingat number pasport.

Hotel dah usha. Nak dok kat Hotel 81 kat Geylang je. Tau je la. Singapore hotel memang harga terbaik. Backpackers hostel pun mahal. Dok red light district pon lantak la.

Hari Sabtu 3 March dah plan nak pegi Geylang Serai.

Tiket concert belum beli, sebab ingat nak buat semua tu masa lunch hour. Malas la kan, masa kerja sibuk plak nak bwk keluar kredit kad beli tiket konsert.

So, td masa lunch, usha-usha twitter.

trending topic : foo fighters.

"Konsert FF di Singapore dibatalkan. Dave Grohl sakit".

Phewwwww. Hikmah.

Feb 22, 2012

Lulus. Syukur. Tamat

Alhamdulillah.

Harini result UiTM keluar. Kalini UiTM lebih efisyen, dia hantar email result. Tayah la berpusu-pusu students nak masuk student portal dan menyebabkan server down. Pukul 12 pagi lebih dh masuk dah result dalam email. Efisyen kan kan. 

Alhamdulillah, dengan lulusnya dissertation, bermakna tamatlah pengajian di UiTM itu. Syukur sangat. Penat weh ulang-alik Shah Alam since 2008. The truth is, aku memang underestimate kesukaran dan kepayahan belajar secara part time. Masa tu aku single. Aku rasa semua benda aku mampu buat, aku boleh. Eksyen kan. Tapi lama-lama, the over confident tu mula makan diri. Kena rushing from BTS to Shah Alam tiap-tiap petang, balik kena stay up for assignments, then stay up for exams, tests. Asyik-asyik kena cuti, nak pegi bayar yuran la, ada kuiz la, ada test la. Naik malu sbb asyik cuti. Then dari single jadi berboifren terus ke persiapan bertunang, persiapan berkahwin..dan seterusnya memaksa aku untuk cuti selama 2 sem (alasan je, padahal sebab aku memang malas gila nak buat dissertation tu). Syukur sempat habis before aku beranak. Secara jujurnya, bukanlah subjek-subjek yang tough (ada jugak yang tough, yang perlu fokus), tapi pengurusan masa itulah yang paling tough. Pengurusan masa, pengurusan stress. Fuh. 

Tapi, Alhamdulillah..dengan support system yang betol..akan grad jugak InsyaAllah. Walaupun lama gila macam buat PhD. Takpe, segala penat lelah tensen stress semua tu dah tak bermakna. :) Mulakan kehidupan baru (konon).

Tahniah partner in crime, Bikjah! Dah kita tayah pikir-pikir dah. :D

Feb 20, 2012

Asyik pakai baju ihsan

Last Saturday, aktiviti membakar poket diteruskan. Kali ni ialah misi membeli baju maternity. Selama ni hanya mengharapkan ihsan dik kak. Hahah. Nasib baik dia ada lagi baju-baju maternity. Kalau tak, memang dh lama aku pegi beli la. 

Sebelum pegi, aku buat review dulu ok. Or tanya kawan-kawan. Ramai kata scarlet kt jusco ialah yang paling affordable dan design seluar ialah ok. So ternyata sangat benarlah kata kawan-kawan ku. Bagus gak design-design seluar dia. Seluar keje ada, seluar santai ada. Range from rm69 to rm39. Not bad at all. Tapi baju-baju dia memang tak tercapai akalku. Ntah, aku tak suka baju yang kena ikat-ikat belakang tu. Huwargh. aku beli dua seluar. Design sama, colour lain. Hiahiahia. Aku muat je size L, tp aku takut nanti aku membesar lagi, so aku beli size XL. akibatnya harini asyik tarik seluar naik atas. takut melorot. apa cara nak bagi seluar ni tak melorot eh (selain membesarkan perut).

Untuk blouse, last-last kitorg pegi carik kat Reject Shop. Reject Shop sekarang ialah pricey..blouse harga rm59.00 je belaka. Sakit jiwa. Pegi FOS. Ada jugak yg murah, slightly cheaper than Reject Shop. Bukan baju maternity pon yang aku beli. Aku just beli blouse yg besar. Lepas beranak boleh pakai lagi. Hihi. Rasa nak beli baju baby kat Reject Shop sebab statement kt baju tu best. Tapi tunggu la bapaknya ada sekali (menyelamatkan poket sendiri)


Overall, aku puas hati dengan pembelian aku. Harini dh bergaya perempuan mengandung memakai baju sendiri ke pejabat. Bukan lagi baju pinjam.

Sekian coleteh mak-mak aku.

Riri berumur 30 tahun


 Riri sangat pemalu lantas tak mau dirakamkan. Emma merasakan suara penyanyi terlalu sumbang sehingga terpaksa menutup telinga

 Ashek, Basit and Thia Marissa

Anies and one of the Kardashians.

17 February 2012. Birthday Riri ke 30. Harus celebrate bersama-sama, in style. Poyo je. Maka, makan bersama-sama di Melting Pot. Suggestion aku. Agak kecewa dengan cadangan diri sendiri. Sebab sendiri makan tak puas. ha ha ha. Tapi..aku enjoyed the company. Seronok jumpa Riri and Ash. Dah tak ingat when was the last time jumpa diorang. Suami aku berlibur di Jakarta, so aku bawak Jieha K. 

Selamat masuk ke arena 30-an, Riri. Sayang kau!

Feb 13, 2012

Foo Fighters & Cranberries

source: here

Foo Fighters singgah Kota Singa pada March 02, 2012, show at 8pm at The Padang. Tiket SGD 138. Beli online ada lagi la mak nenek kena bayar so total dalam SGD 141. Convert duit Malaysia around 350 MYR. Ahah. Mahal. 

Tapi..bila lagi nak tengok diorg? Ada harapan ke diorang dibawak masuk ke Malaysia lepas tu? Ada ke ada ke? So..aku rasa nak pegi la tengok. Bulan depan dalam 6 bulan pregnant. Ish kuat lagi InsyaAllah. Jangan terkinja-kinja sudah. Dilema paling besar is whether Sharkpitt will be around ke tak? Aku doa lebih-lebih supaya dia ada. Senang sikit. Konsert tu Friday, boleh la jalan-jalan Singapore hari Sabtu, then balik la. Tiap-tiap tahun kena ke gi Singapore semata-mata nk tengok konsert? Hehhhh..perlu! :D

Tidak cukup dgn itu, Iye..the Cranberries pulak nak datang Malaysia bulan April. Apa ni apa ni? Kenapa band-band kesukaan nak menyinggah ni? Definitely will go to Cranberries. Penat gua berlatih main lagu Linger. Takkan tak pegi jumpa Puan Dolores. Tiket is cheaper than FF definitely. 

Kalau sharkpitt cannot make it, sapa nk teman aku ni?

Feb 9, 2012

Pengumuman Dunia

Aku tak pernah lagi buat satu entry pasal ni. Bukan bermaksud aku tak excited, bukan bermaksud aku tak suka, bukan bermaksud aku berahsia. Bukan bukan bukan. Cuma aku terlalu excited, terlalu suka dan terlalu tak berahsia sampai aku lupa, atau buat-buat lupa. 

Baiklah. Yeay. Aku pregnant. Sheesh. Hahahah. Nak gelak pun ada. Tapi gelak kecil malu-malu. Malu-malu tapi mahu. 

Soalan/pernyataan lazim:

  1. Tahniahhhh la ye/hik hik mekasih. 
  2. Berapa bulan? oh ye sekarang dh 4.75 bulan. Kalau terjemahkan dalam bentuk minggu ialah 19 minggu. Minggu depan 5 bulan. atau 20 minggu. 
  3. Eh kecik la perut camtu/ ala tunggu la kejap.bg sebulan lagi. nk sgt tgk aku beso ye. comeil.
  4. Bersalin kat mana nanti? / kat Pantai kot. Bukan tepi pantai.
  5. Gynae sapa? / Dr Idris Ahmad. Kalau gugel nama dia, bukan je terkenal sebagai doktor sakit puan, malah sebagai ahli PKR yang gah juga. oooohhhhhhh.
  6. Ada muntah-muntah sickness bagai tak? /Alhamdulillah takde. Cuma lebih kuat buang angin yang berbau macam gampang. 
  7. ada mengidam apa-apa tak?/so far so good. takdela benda merapu Alhamdulillah..ewahh.
Esok aku check up. Mari kita lihat baby tu nak tunjuk jantina ke tak. Hik hik.

The Wedding Without Him

Congratulations Aida & Rafei.

Wedding diorang datang like one year plus selepas wedding aku and sharkpitt. Camane aida  n rafei jumpa? Facebook. Ada jugak la kebaikan fb ni eh? Luckily, cuti masa wedding diorang adalah banyak, so aku ambik 2 hari cuti je, tp dpt cuti selama 7 hari. Yeay. Sharkpitt dapt balik selepas semuanya selesai, as usual. Hahah. Memang nak marah, tapi marah pun takde hasil. Takkan nak suruh dia berenang merentasi lautan Andaman, pastu ye teruskan berenang merentasi Selat Melaka sehingga ke Port Klang. Takpela. Aku lagi rela beliau selamat sampai dari mati digigit jerung walaupun jerung tu shark. lawak shark yang bosan. Get it? Sharkpitt..shark..sharkpitt..shark? Paham?

3 hari majlis berlangsung, adalah sedikit kepenatan. tapi syukur semuanya selamat. Mak and ayah pun dtg memeriahkan majelis. Baju-baju masa wedding tu aku beli kat Jalan TAR dgn bikjah, seminggu sebelum kenduri. nasib baik dpt baju yg best kan bikjah? diorg kata kali ni nampak baby bump dah. Nampak tak nampak tak? Memang tak nampak sebab aku tutup dgn bantal. Har har. 

Apa-apa pun, semoga perkahwinan diorang diberkati dan dirahmati dan berkekalan sehingga ke akhir hayat. Amiin..