Feb 9, 2012

Pengumuman Dunia

Aku tak pernah lagi buat satu entry pasal ni. Bukan bermaksud aku tak excited, bukan bermaksud aku tak suka, bukan bermaksud aku berahsia. Bukan bukan bukan. Cuma aku terlalu excited, terlalu suka dan terlalu tak berahsia sampai aku lupa, atau buat-buat lupa. 

Baiklah. Yeay. Aku pregnant. Sheesh. Hahahah. Nak gelak pun ada. Tapi gelak kecil malu-malu. Malu-malu tapi mahu. 

Soalan/pernyataan lazim:

  1. Tahniahhhh la ye/hik hik mekasih. 
  2. Berapa bulan? oh ye sekarang dh 4.75 bulan. Kalau terjemahkan dalam bentuk minggu ialah 19 minggu. Minggu depan 5 bulan. atau 20 minggu. 
  3. Eh kecik la perut camtu/ ala tunggu la kejap.bg sebulan lagi. nk sgt tgk aku beso ye. comeil.
  4. Bersalin kat mana nanti? / kat Pantai kot. Bukan tepi pantai.
  5. Gynae sapa? / Dr Idris Ahmad. Kalau gugel nama dia, bukan je terkenal sebagai doktor sakit puan, malah sebagai ahli PKR yang gah juga. oooohhhhhhh.
  6. Ada muntah-muntah sickness bagai tak? /Alhamdulillah takde. Cuma lebih kuat buang angin yang berbau macam gampang. 
  7. ada mengidam apa-apa tak?/so far so good. takdela benda merapu Alhamdulillah..ewahh.
Esok aku check up. Mari kita lihat baby tu nak tunjuk jantina ke tak. Hik hik.

5 comments:

napish said...

tambah lagi soalan..bila due EDD? ehhe..saya advance seminggu dari awak and anyway, congrats yeee

rawsktar said...

heee tq. due early July. wahhh. ntah2 sama2 la kita nnt. hahaha. tahniah jugakkk!

Sasha Sharifuddin said...

alamak!ahli PKR ke??hahahahah!!dahla muka pun dah mcm DSAI!hahahahahahaha!!

pak mentua aku dok bangga dia old putra..budak RMC

MAYA said...

aku dah agak dah pasal tgk gbr kt FB mcm peknen..hehe..

btw tahniah.. sila jgn lasak2 sgt ye pn anies.. semoga selamat smp bersalin dan dipermudahkan semuanya..

Nadym said...

Congrats!