nuffnang ads

Sep 27, 2011

Kanta Serigala

MARI MEMBACA DAN MEMBINA MINI PERPUSTAKAAN DI RUMAH!


hakikatnya ada banyak buku belum dikhatam, tapi apa salahnya pegi beli buku baru. aku plan nk bawak RM100 dan lihat berapa banyak aku boleh beli.

tapi tadi tengok-tengok list of books yang ada, eiiii rasa macam akan berbelanja lebih.

bak kata sharkpitt, beli buku takpe. ehem. beli apa je yang tak boleh?

Yuna @ DFP 13 Sept 2011

Pengalaman menonton Yuna di Dewan Filharmonik Petronas memang awesome. Bermula dengan ajakan di twitter, membeli tiket juga melalui twitter dan akhirnya jyeahhh! berjaya mendapatkan tiket menonton Yuna bersama rakan-rakan dan sharkpitt.

Sound system superb. Best sangat. Seat kami betol-betol mengadap Yuna, dan agak dekat dengan pentas. Tapi dalam dewan tak boleh bergambar, memang strict. even dengan kamera telefon. Maka, terpaksa akur dengan kehendak dewan senat. Kat luar dewan, bergambar sakan sebab jakun gile ok. JAKUN.

Yuna muncul dengan baju kurung yang begitu moden kaler pink. Yuna ni ada unsur-unsur pemalu tapi bergaya kiut. Pemusik-pemusik Yuna mengenakan baju Melayu semasa perform. Semangat raya sebab masih di bulan Syawal. Suara Yuna memang sama macam dalam CD. Best. Sedap. Menusuk jiwa. Especially semasa Yuna nyanyi lagu "Decorate". Lagu pendek. Tapi sedih. Pilu. Kalau aku tengah patah hati, mesti aku menangis. 

Highlight of the day utk Sharkpitt ialah bukan dapat menonton Yuna, tapi aku rasa dia paling gembira dapt bergambar dengan Sharifah Amani. Bukan main lebar senyuman Sharkpitt. Bila dia excited, terpancar keceriaan di wajah beliau. Macam ni..(sharifah amani turut ceria kenapa?)



Lepas tengok Yuna beraksi secara live, aku rasa dia sangat berbakat, dia original, dia tak pedulik apa orang cakap, sukahati dia nk pakai turban ke pakai serban ke (eh, btw Yuna, ce pakai turban cam si SJP pakai dalam SATC 2, cantek weh). She's amazing la. No wonder dia mampu untuk bawak lagu-lagu dia ke peringkat antarabangsa. Eceh.Pergh. Melampau puji Yuna. After the show, aku rasa i do not want to be a "Yuna". Yuna boleh teruskan aktiviti nyanyian dan petikan gitar beliau yang lunak tu.  I just wanna be Yuha(inis).

Eh Yuna, sebab you dikerumuni, kitorang amek bf you je lah eh.




Rakan-rakan sindiket



Sep 26, 2011

Lain Kali

Hidup agak tenang. Tenang dan senang. Tapi terlalu tenang dan senang itu bahaya. Membawa kepada malas. Termasuk lah malas update blog.

Bila dtg mood, selalu teringat nak update pasal percubaan kami adik beradik masak muffin bertukar jadi brownies. Lain kali.

Atau share resepi asam pedas kakak sulung yg pedas. Sedap.

Lain kali.

Sep 14, 2011

12hrs Melaka International Walk

Macam best je benda alah ni. 12 jam berjalan kau kata best?

Best sebab bukannya kena berjalan tanpa henti selama 12 jam. Boleh jalan lenggang kangkung, pastu boleh pasang khemah dekat dia punya camping arena, free flow of isotonic drinks, coffee and tea, and 3 kali makanan akan dihidangkan. Sebenarnya aku rasa nak masuk sebab cousin kitorang dah join last year, dia kata best. Kalau mengantok, boleh tido kejap. And she managed to walk for 47km. Ranking no 41. Not bad kan?

So tahun ni aku nak hasut semua orang masuk.  Early birds registration sampai 14 Oct. RM70. Mahal sikit, tapi untuk event selama 12 jam, i say why not yawwww. Medal akan diberikan kepada peserta wanita kalau dpt cecah 24km, lelaki plak 30km. Not bad not bad at all!


JOMMMMMMMMMMMM