nuffnang ads

Aug 24, 2011

Awal aku wish raya ni

Tahun ni kali pertama aku sambut Ramadhan sebagai isteri Sharkpitt. Tapi sehari pun tak pernah puasa dengan dia, tak pernah sahur, tak pernah terawih dengan dia, tak pernah gi param dgn dia.

Aku angan-angan jugak dapat la puasa sehari dua dengan dia, kat Perlis pon ok. Boleh pegi param stadium sama-sama. Pastu balik kg, konvoi dengan dik kak. Best kan balik raya konvoi-konvoi ni? Pastu malam raya nak main mercun. Best.

Angan-angan je la. Besar kemungkinan dia tak balik berhari raya sebab dia tak larat nak berenang dari Laut China Selatan masuk Selat Melaka. Kalau larat berenang pun, takut kang kena gigit hidupan laut kang. So, kami sambut hari raya pertama kami sebagai suami isteri secara berasingan la. Dia pun dh pesan suh kem salam kat mak and ayah and mintak ampun zahir n batin. Pastu dia kata, "i hope this wont count as being a bad husband". Meleleh-leleh la aku. Tak bad langsung. Aku pun dh mintak ampun siap-siap sebab dia tak leh call dah, or bbm dah, sebab kapal tu takde internet. Meleleh-leleh noks.

Macam mana pun, i am still hoping for a miracle. Mana tau, tetiba keja diorg menjadi sgt mudah, and by raya tetiba dia dah dapat balik. Walaupun secara logiknya, lagi 6 hari nak raya and sangat tak logik utk diorg siapkan kerja tu, tapi takpe. Doa, wait and see je la.

Selamat hari raya semua, Maaf zahir & batin.

Aug 19, 2011

Nasihat untuk Rumet

Tadi aku ada nasihat Yati Suzari pasal perkahwinan. Ceh perkahwinan baru beberapa bulan dah nak nasihat orang. Tapi apa salahnya aku nk bgtau benda baik.

  1. Rumet, kau pilih lelaki yang sayang gila kat kau, bukan apa, kalau dia sayang gila kat kau, senang nak bertolak ansur sebab dia pun memikirkan jugak perasaan kita. eh apa kaitan? Tapi aku mmg tau ada perempuan yang sayang gile kat bf dia, tapi bf dia suka take her for granted sebab bf dia tau gf dia sayang gile kt dia. Buat la tahi sebusuk mana pon, tetap la pompuan tu terima balik. Terpulang lah. Tiap-tiap orang ada pandangan dan pengalaman sendiri.
  2. Rumet, kau pilih lelaki yang banyak persamaan dengan kau, supaya tidaklah kau buat hobi kau, dia buat hobi dia, ko tengok dia, dia tengok kau. Kalau byk persamaan, boleh bincang. Contohnya korang suka kumpul setem. Boleh tengok album setem sama-sama. Pastu wariskan pada anak2 hobi kumpul setem tu. Seluruh keturunan korang boleh belek album setem. Bahagia kan kan?
  3. Rumet, kau pilih lelaki yang ada didikan agama. Ni tayah nak cerita panjang pon takpe. Kalau ada didikan agama walaupun taklah kuat gila, insyaAllah dia boleh bimbing kau. Kalau tak, sama-samalah bimbing.
  4. Rumet kau dengarlah nasihat aku yg paling penting...Jangan kau pilih laki aku. NAHAS KAU. *singsing lengan baju*

Aug 18, 2011

Aug 17, 2011

Nyan nyan nyan nyan nyannn nyan nyann nyannn

Harini dah 17 Ramadhan.

Lagi 13 hari insyaAllah kita berhari raya yeay! Tahun ni aku over sikit persiapan hari raya. Selalu baju raya aku sepasang je. Tahun ni aku dah spare 3 pasang. 2 aku beli kt Vietnam, 1 aku beli kt Singapore. Wah, international gittew. 1 kaler oren, 1 kaler kuning, 1 kaler grey. Over jugak kaler-kaler baju aku, cuma grey tu je yang sopan santun ala amboi amboi.

Haritu aku pegi jalan TAR. beria aku beli setiap satu selendang bagi setiap baju. Tak pernah-pernah aku mcm ni. Ni aku nak tunggu laki aku balik, nak gi beli sandal raya plak. ish ish ish. Laki aku pon aku nk suruh dia over. Cepatlaaaa balikkkkkk. Kasihanilah dinda ni kanda. 

Semalam aku online kt fb. ada serangan mahkluk perosak bernama Puspa. Memula aku tanya dia pasal Tan Sri Teh. Dia semangat siap bagi video. Kau tengoklah. Over gila. Cam sambutan hari kemerdekaan peringkat negeri. Lepas tu dia bagi video Nyan Cat. Eh video tu mmg mintak pelempang. Tolongla tengok. BAHAHAHA.


NYAN NYAN NYAN NYAN NYAN NYAN NYANNNNN

Aug 12, 2011

Lepat Pisang Sedap Dimakan Begitu Saja

Semalam aku buat lepat pisang (di bawah guidance mama).

Senang weh rupanya.

Lenyek-lenyek pisang. Bubuh santan skit. Gula perang. Tepung gandum. Agak-agak adunan tu dok meleleh lembek, ko bubuh je tepung gandum secukup rasa dan sifat. Eceh. Pastu secubit garam. Adik ipar aku layoq daun pisang, pastu potong-potong bagi cantek.

Tepek-tepek adunan atas daun pisang  pastu balut. Pastu kukus. Pastu taraaa. Makan.

Weekend ni nak try buat tom yam guna paste tom yam beli kt Padang Besaq. Aum.

Aug 10, 2011

Ramadhan dan Penghayatannya Eceh

eii kuatnya angin kat luar. rasa nk tido. 


haritu pegi param Taman Bukit Indah. Ada ke patut buah melaka 6 bijik = RM2. keji weh keji. Tak patut la korang ni berniaga. Tayah la overpriced camtu sekali.

kat Bangsar, mahal-mahal jugak la kuih muih semua. Semua la mahal la ni. Tanak mahal, masak sendiri la. Tapi sapa pulak nak makan? Selalu aku beli kuih main juadah satu, juadah sampingan satu. Make sure makan sampai habis sebab aku berazam tanak membazir macam Yati Suzari. Air aku tak beli. Aku lagi suka minum plain water. Sihat lagi menyihatkan. I dont need the extra sugar melampau dan pewarna dalam badan ni. Ada ke air warna biru dan hijau pekat nak mampos? Scary ok. Chemical. 

Ok la. Puasa tu puasa jugak. Semayang jangan lupa. Makan jangan bedal tak ketahuan hala. Badan nk pakai lama. Selamat!

Aug 8, 2011

08.08.2011

Sepatutnya..

harini Sharkpitt balik. Tarikh tiket dia 08.08. 2011. tapi macam lagi 2 weeks je dia nak balik. Sebulan yang lepas, aku berangan pergi amek dia kat KLIA selepas buka puasa. Tinggal kenangan..gagal segala impian!

Kapal baru ni, takde wifi. Takde signal telefon. Sungguh seksa bila tgk telefon setiap kali ada bbm masuk, dan harapkan itu adalah bbm dari suami aku, tapi itu bukan beliau. Kau faham tak?

Takpela. Dunia bukan berpusing mengelilingi aku dan suami aku sahaja. Ada orang lain bernasib lebih teruk. Tapi ini bukan competition tentang sapa yang lebih teruk, siapa yang lagi susah, siapa yang lagi best. Ini dunia. Dunia masing-masing. Hidup di bumi yang sama, permasalahan yang berbeza. Cara melepaskan juga berbeza. Samada nak meledakkan tantrum atau simpan dalam diri sendiri dan selesaikan sesama sendiri.

Selamat menjalani ibadah puasa minggu kedua. Semoga aku dapat beraya dengan suami aku. Ameen.

Aug 4, 2011

Dari Mukah Bersiaran Secara Langsung

Fuh. Kau tau tak Mukah tu jauh gila dari airport Sibu? Kalau nak naik cab, dia charge 250 MYR. Haaa. Maka 8055 sewa kereta la. Dua hari baru 240 MYR. Jalan ke Mukah mengingatkan aku macam pergi Kelantan. tapi lagi seksa sikit sebab takde lampu jalan sangat.

Kami lalu dua tiga pekan, yang memang sangat pekan. Ada yg besar, ada yang kecik. Mengingatkan aku pada pekan-pekan di Perlis, macam Pekan Simpang Empat la. But Mukah is nice. Pekan dia cam pekan Arau la. Besaq sikit. Ada UiTM, Politeknik. See..see? Similar tak dengan Arau? Heheh.

Skang aku tgh layan facebook kat hotel Kingwood. Best jugak hotel ni. Bersih babe. Ada free wifi. TV LCD. Rate pon ok. Hotel yang bersih dan penuh buat aku rasa selamat. Maka selamat malam.

Kenangan Manis Bersama 8055

Stress kepala hotak mak tau.
Aku selalu sangat phobia kena tinggal flight. Dulu masa pegi Indochina, kitorg lambat uols. Takde lah sampai tahap kena tinggal tapi tahap kaunter dh tutup. Tapi Alhamdulillah dapat check in bagasi uols. Kali ni, memang akak betol-betol kena tinggal dengan kapal terbang. Benci!

Alkisahnya, akak nak gi Sibu dengan 8055 akak. 8055 akak call pagi buta tu, Tanya akak betol ke naik kat Subang sebab dia kata drebar teksi bgtau dia, kadang-kadang Firefly ada yg flightnya dari KLIA. Akak ni dengan egonya berkata dalam hati, mana ada FF terbang dari KLIA. Semua kat Subang je. Kat tiket pon tulis KUL. Akak assume Subang la. Assume. Bodo. Assumeeee!

Lepas Subuh,  mama akak hantar pegi Airport Subang. Akak bangga la sebab on time. Sekali akak tgk, takde plak kaunter cek in utk ke Sibu. Akak tanya opis dia, dia kata flight to Sibu kt KLIA. Terpacul la perkataan “SHIT” dari mulut akak.

Pastu 8055 amek cab, dan bermulalah episode pecut memecut ke KLIA. Akak sampai KLIA pkl 710. Flight akak 720. Mintak maaflah. Memang dia tak kasik naik sebab  semua dh redi nak berangkat. Benci! Akak benci! Nasib baik 8055 tak marah-marah, malah kewl je. Tapi akak tahan la nafsu akak kan, sebab lepas tu dia ajak breakfast, pastu dia ajak minum coffee bean, ni akak tengah teman dia makan lunch plak. Akak tak makan la. Akak dok la mengadap laptop ni.

Lepas ni mesti akak ingat smpi mati. Kalau nk gi Sandakan, Sibu, Kuching dan KK naik FF, harus naik di KLIA ye. Kenapa la akak stoooopiiidd dan ignorance sangat kan? Ok papai. 

Aug 2, 2011

Happy Ramadhan

Pergi param memang banyak dugaan. Kuih itu, kuih ini. Nasik itu, nasik ini. Dulu masa zaman makan apa saja tolak batu kayu je, juadah favourite aku semestinya tepung pelita. hari-hari makan tepung pelita. sampai gebu. Lepas tu, kat param Bangsar dolu-dolu, ada sorang makcik jual jongkong. Jongkong pon adik beradik tepung pelita jugakla. Cuma lagi sedap sebab berbentuk semi solid. Ahhh tiap-tiap kali puasa nk blog pasal tepung pelita n jongkong je. Bosan dah.

Dah 2 kali Ramadhan aku menjaga makan. Macam tahun lepas, selalu aku bukak puasa makan oats and kurma and air kosong. Solat, pastu terawih. Balik tu baru aku makan berat sikit macam ayam percik ke, murtabak ke, kebab ke. Kadang-kadang mee goreng ehehehehe. Tapi tipu sangat la kalau Ramadhan ni tak membuak2 selera tgk makanan kan. Cuma, sebenarnya semua tu nafsu  je. Fuh Fuh. Kena pujuk-pujuk diri sendiri supaya tak membeli melampau. Kalau sahur, makan oats n kurma jugak.Bosan jugak asyik oats kurma oats kurma ni. Pandai-pandai la adjust menu.

Tapi kalau makan dgn keluarga or buka dgn kawan-kawan, takkan nk heret oats tu kan? Makan jeeeee apa yg terhidang! Biar puas hati ehehehe. 

Di samping itu, exercise tu takleh la stop kan? So sebenarnya plan aku ialah tetap akan brisk walking sepanjang Ramadhan ni. 30 minit sehari pon ok dah. Sebab aku balik 430 and tak jem, so aku byk masa jugak utk exercise ni sebenarnya.

Oklah. Selamat berpuasa! Jgn lupa ibadah yg wajib yg lain jugak :)