nuffnang ads

Jul 25, 2011

BHP Orange Run 2011

Semalam adalah BHP Orange Run 2011. Larian hanyalah 11km sahaja, kiranya 1/4 marathon la. The run was well organized except water station pertama diletakkan selepas 5-6km. That was a real challenge la, sebab aku n bikjah tak breakfast langsung sebelum larian, so mmg penat gile la before sampai water station pertama.

Route tu dari The Curve lepas tu pegi area Mutiara Damansara then aku dah tak tau where the hell was i. Tetiba lalu kawasan yang tak bertamadun dan tetiba lalu kawasan bertamadun. Kali ni mmg sakit lagi kaki aku. Sengal uols, kesan-kesan penglibatan futsal dulu. Atau mungkin kasut aku dh mula makan tuan. Berdarah jari i. Huh.

Geng-geng chief bootcamp pun ramai yang join sekali. Chief bootcamp so far is the best bootcamp la yang aku join. Walaupun trainers lebih tegas, tapi team spirit tu mmg sangat ketara. Best best. 

Aku tamatkan larian 11km aku dengan masa 1:29 minit. Slow but improving la. No medals, just certificate. tapi paling best dapat voucher brooks sebanyak RM120.00 ye. Dah lama aku mengidamkan kasut brooks ni. Heh.

Aku merancang nak gantung kasut lari buat seketika pada bulan 11 sebab ada misi tahun 2012. Doakan kami ye. Eheheh. in the mean time, aku nak all out semua benda-benda terkinja-kinja ni. Hooyah!

Jul 19, 2011

Abang Sayang Abang Di Mana

Dulu kan, masa sekolah menengah, aku nakal. Semua aku nak melawan. Yang mana tak boleh, yg tu la aku nak sangat buat. Tapi still takut-takut. Antara rakan jenayah aku ialah Awhere. Bukan AW-HERE. sebut betol-betol ye...ARE-WHERE.

Awhere ni suka nyanyi satu lagu ni. Aku ingat part depan je. "Abang sayang abang di manaaa"...

Tadi aku gatal-gatal google, eh mmg ada tau lagu ni. Lirik dia camni :

Abang sayang abang dimana
Hati risau mengenang dikau
Abang sayang hatiku risau
Lama di tinggal merantau

Jauh jauh jauh dimata
Dihati dekatlah sayang
Dalam dalam dalamnya laut
Lebih dalam rasa hariku


Nyanyian : Julie Remie. Sapa nk dgr, google la sendiri, tak kose mak.

Ntah mana Awhere dengar lagu ni pada zaman tu aku taktau la. Tapi lirik lagu ni memang sentap la kan. Hoh.

Parah. parah dah aku.  

Jul 15, 2011

Sendiri Cari Pasal!



Aku tak faham kenapa kau nak masuk stadium pakai jersey Man U?

After One Week

Yeay. Genap seminggu Sharkpit tiada di sisi but i think i am doing good now. The first three days tu macam rasa takde mood, tanak buat apa, kalau boleh nak baring, kira bintang di langit., tido, bangun, peluk bantal. Time-time macam ni, masa berlalu seperti siput. Lagi menunggu sesuatu, lagi lama masa berlalu. Tapi aku ada gak tanya chics, so apa chics cakap tu sedikit sebanyak  buat aku gagah sket la.

So fikir-fikir balik, luckily, aku ada bootcamp every Monday, Wednesday and Friday. So, bila ada banyak aktiviti, minda kau selalunya dh tak fikir sangat bab-bab lain. And my lovely 243 gals, bikjah, diorang ni super supportive. Diorang datang tido umah, so that aku tak lonely and ada teman. Thank u guys. Semalam je baru pergi umah dik kak, tapi hari ni telah terjebak dalam jem kat MRR2. Demit. 
Yeah, so lagi 3 weeks plus, dgn bootcamp and larian this weekend & the next weekend, insyaAllah akan rasa masa pantas berlalu nih. Ujung bulan plak nak balik kampung, so yeah, life is great after all. TQ dear God.

Jul 11, 2011

Bertunang dah dia

 
 Waktu orang lain sibuk melaungkan kalimah-kalimah reformasi, bersih, dan sebagainya, kami sibuk ambil gambar, sibuk makan, sibuk melayan tetamu. Sesuatu yang tidak kelihatan hanyalah kelibat suami aku. Heh. Time-time camni ketiadaan beliau memang buat aku sayu pilu menangis peluk bantal busuk dia. eceh. Dah tak kisah nak kena label poyo ke meroyan ke. Biarlah.

Teringat masa aku menggigil masa Mama sarung cincin time bertunang dulu. Seram sejuk. Tapi Aida lagi kool. Atau mungkin sbb jari dia lebih pendek (ayat dia eh, bukan ayat aku).
 
Selamat bertunang Aida & Rafei (cam tu ke eja?). Tak sabar untuk melihat Aida bersanding pulak. jeng jeng jeng.


Jul 7, 2011

Papai Love!

Baiklah!

Tadi aku meraung-raung dalam toilet. Biasalah, kalau meraung kt meja sendiri, orang nampak, malu la. Imej aku sebagai remaja kental akan tercalar. Tidak bole! Kena meraung di tempat persembunyian.

Sharkpitt nak pegi dah esok, itu al-kisahnya. Dia balik 08 Aug 2011, sbb kompeni dia dh beli tiket pulang dah. Tak la lama sangat kan sebulan?

Tak la lama, tapi aku yang dok berkepit ni terasa lama la. sobs. srots.

Jul 5, 2011

Robot Jadian

Sabtu lepas, aku bawak Eiman menonton Transformers 3. Cerita yang sangat lama, isi seperti hampas jua.

Aku benci heroin baru - tidak se"gah" dan sepanas Megan si Musang.
Aku benci Optimus Prime - selalu lewat menyelamatkan keadaan.
Aku benci Megatron - teruk sangat keadaannya apabila transform ke bentuk kenderaan. Bagaikan lori wajib dibuang ke tempat pembuangan sampah. Dengan kain buruk kat kepala dia. Watefak.
Aku benci propaganda. Amerika lah penyelamat dunia!

Tapi Eiman cakap, "it was awesomeeee". Maka, itu sudah cukup la.  Sekurang-kurangnya ada insan lain bergembira. Ha ha ha. Aku tetap suka Bumblebee. Kewl. Dan juga character-character sampingan yang comel seperti robot kerdil berdua tu. dan robot-robot the Dark side memang lagi hebat dan gagah. Cuma, mereka terpaksa mati sebab mengikut skrip. Kalau betol mereka ni wujud, nescaya dah lama geng-geng Prime ni kalah. Aku rasa lah kan.

 Eiman semangat, pakai baju Transformers. Oh muka ku banyak parut jerawat. Tapi yang di hidung itu, namanya tahi lalat.

 Dan membawa Optimus Prime pergi menonton bersama

Hari Ahad kami ke jalan TAR, bawak mak pergi. Dah banyak kali mak datang, cuma tak berkesempatan  nak membeli-belah. Mak aku memborong tak berapa sakan. Kami singgah makan di Zam zam. Rasa murtabak Singapore dia sama macam di Bugis st. Aku suka! Yang besar, boleh makan kami berenam. Harga RM17.50. Best. Nanti nak pegi lagi la kalau ke Jalan TAR. Sedap uols. Tapi, ini tekak aku. Tekak orang lain aku tak peduli.