nuffnang ads

May 11, 2011

Masak Sempoi pun Jadilah.

Semalam menu aku ialah Ikan Tenggiri Masak Cili.


Ikan tenggiri tu mak aku bawak dari kampung. Besaq weih. Satu potong tapi besaq. Makan 3 orang la satu potong tu. Abang aku yang pancing ikan tu. Mak aku kata, beratnya 14 kg, sama besaq dengan paha aku. Memang besaq.

Aku masak ikut apa yang ada ja. Memula aku goreng ikan. Pastu goreng bawang besaq yang dh potong, pastu masukkan bawang besaq + bawang merah yang laki aku dh mesin banyak-banyak. Then, aku masuk ayaq asam sikit. Coo Cee cooo ceeee. Siap.

Lupa amek gambar tapi laki aku dan pentelor si Bikjah puji kata makin bagus. Kembang kempis hidung kembangku.

May 10, 2011

GAMBAR RECEPTION SHAH ALAM by YON BAKAR

KENANGAN MANIS KAU DAN AKU HIK HIK HIK


Akhirnya gambar dari Yon Bakar sudah siap. Mari-mari, siap ada gambar bergerak. Suka noks. Tq Yon!

Sejarah Melayu Reloaded Mmg Layan

So Raja Tuha goes to the palace, and she heads for Sultan ‘Alauddin Ri’ayat Ayah, but Bendahara Paduka Raja and the Laksamana say to her: “Your Highness! Don’t go anywhere near your grandson!” And the wicked old lady asks, “Why won’t you allow me near him?” The Bendahara and the Laksamana say, “If you go near him, we will attack (‘amuklah’)!” And Raja Tuha asks, “OMG, are you being disloyal Malays?!”
It somehow doesn’t occur to Badang that the demon might be lying to save its own ass, so he gives the matter serious thought. He decides that wealth would be useless (since he’s a slave and the money would go to his owner); and invis­ibility, while being a cool party-​trick, won’t take him that far. So he chooses superhuman strength, since he’d now be able to fell even more trees for his master, at a faster rate. The demon says: “OK! Now all you have to do is eat my vomit.” Badang agrees with no hesitation at all. The demon barfs out a huge load (“terlalu banyak muntahnya itu”) and Badang eats it all up like he’s at some Ramadhan buffet

Membaca amalan kita. 

May 6, 2011

Masalah Keguguran Rambut Part I

Aku dah lama mengalami masalah ni tau. Sebelum kawen lagi. Dah lama la, masa dok umah bujang lagi. Penuh je rambut kat lantai. Kalau kumpul-kumpul, dah boleh buat rambut palsu. Sekali sikat je, zassss keluar. Nipis nokss rambut aku. Boleh nampak kulit kepala. Baby hair pun takde. Dah le tak de baby.

Lepas kawin ni, semangat la nak jaga rambut konon-konon. Memula aku pakai la shampoo commercial, Pantene la, Rejoice la, Sunsilk la. Semua yang hair fall control. Tak jalan pon :( Pastu aku pakai Vo5. sama je lah. pastu Shampoo Protein Himalaya. Rasa cam ok je skit. Tapi lepas tu gatal tak nak continue, pakai plak shampoo lain. Gedik. Dulu-dulu, masa form 5, aku bila balik kg suka sgt pakai santan fresh kat kepala. Pastu aku perap dalam sejam dua guna towl, pastu baru aku mandi. Skang nk buat, susah plak nk gi pasar beli santan. Takkan pakai santan dalam kotak yg dh bercampur chemical?

Skang aku cuba pakai Virgin Coconut Oil selepas dinasihati oleh pemilik blog preciousme. Aku beli trial set Facial Care dia, lepas aku baca review chics.  Harini dapat set trial tu! Yeahaaa! sampai bawak air mawar ke office la ni sbb excited. Aku dok email-email preciousme sbb nk tanya pasal kulit muka, sambil gatal-gatal tanya pasal hair loss remedy. 

Tengok la dia jawab apa..

"HI Anies,

You can try out virgin coconut oil to help with your hair loss. You can use it as a pre-shampoo conditioner, use it when you're steaming your hair at the hairdresser or at home, and apply just a few drops into your scalp at the areas of hair loss before bedtime."
Lepas kerja semalam, bergegas aku pegi Virgin Coconut Oil ni tau. Kat Caring Pharmacy ada jual, sebotol RM35, utk 500ml. aku beli brand rainforest herbs, boleh baca pasal  minyak kelapa dara aummm tu kat sini: http://www.rainforestherbs.com/vco3.html
Bau macam kerisik. Bau kelapa la. Balik-balik, aku tempek-tempek  kt kepala pastu aku biar selama sejam. walaupun laki aku bising bau kelapa di kepala, aku sanggup asalkan rambut aku menjadi hitam dan lebat dan cantik seperti masa form5 (puji diri sendiri). Lepas ni, aku nk consume VCO (virgin coconut oil) tu plak macam yang direkemen dalam website tu. Untuk kepala, aku nk buat 2-3 kali seminggu. Heh. Mari la lihat kesan VCO nanti ke atas aku. 

p/s: aku baru dapat barang-barang trial set B2B. Sexcited noks. Back to basics :D

May 3, 2011

Tempahan Rebus Telur


Operasi Rebus Telur 500 biji.

Mendapat tempahan merebus dan memasukkan telur ke dalam bekas bunga telur daripada Adie. Hihihihi. Layan jugak rebus telur bersama pentelur. Masa berlalu tanpa ku menyedari sungguh. Dgn Sharkpitt pun terjebak memasukkan telur ke dalam bekas. Kesian dia. Teeheehee.

So, harap Adie berpuas hati dengan hasil kami. Selamat Pengantin Baru Adie & Shah!