nuffnang ads

Apr 28, 2011

Gambar Nikah by Yon Bakar


Haaaa dah siap dah gambar nikah kami. Dah dapat album dah pon. Suka sangat-sangat la kan. Memori indah kami berdua kah kah kah geli. But, thank you so much Yon Bakar! Hang memang berbakat. Senang sangat bekerjasama dgn hang sbb kita pun dah lama kenai. Kawan-kawan lama since Asasi UM. Lokasi tu semua kat umah aku. Yang pokok-pokok pisang tu semua depan rumah aku je. Nasib baik tak dak benda lain amek gambaq sama-sama.

Sapa-sapa berminat nak dapatkan perkhidmatan Yon, boleh la contact dia : yon.photography@gmail.com. 

Nanti tunggu gambar bersanding kami plak. baju merah menyala dengan baju putih suci murni kami tuh. 

Tapi sungguh tak rasa nk bersanding kali kedua ka apa..malu aihhhhhhhhhh...nasib baik mekap tebai.

Apr 26, 2011

bla bla bla bla

Benci la masak tak jadi ni. Dah tak boleh bajet sebagai "bakat semulajadi". Rupanya, bakat yang perlu diasah. Memasak tu bakat ke?

Semalam dik kak n family datang makan malam. Sebagai pengusaha http://shawlsfabs.blogspot.com/  haruslah bergegas ke Jalan TAR kemudian balik masak untuk suami. Hua hua hua konon mithali tapi kesian noks, laki mak tu dah le puasa, aku plak masak pukul berapa. Ampunnn ampunnnnn.

Semalam cuba masak asam pedas ikan kembung. Tapi lupa amek gambar la. Resipi aku cilok kat internet. Mak ada bagi resipi mudah, tapi balik2 je laki aku dh siapkan bahan resipi yg susah. 

Tak berapa la nak menjadi. Eh okaylah. Malas plak nk membebel. Daaaa. 

Apr 13, 2011

Saya Orang Kampung


Kalau lah aku boleh jalan-jalan camni je kat Kota Metropolitan Kuala Lumpur, alangkah indahnya. Tayah pikir nak matching kasut ke, bag ke, baju ke. 

Ye la, aku la dalam gambar tu. Tgk beg tu tau lah. Kan laki aku jalan kat depan aku tu?

Mangsa Voucher

Adakah hari-hari anda menerima email dari syarikat-syarikat yang mengeluarkan kupon seperti MyDeal, Groupon dan MilkADeal? Adakah anda teruja setiap kali nampak voucher murah utk facial, massage, makan, dan semestinya BOOTCAMP? Kalau ye, anda mungkin seorang VOUCHER-HOLIC. comey je istilah ni. Zareque la ni, bagi nama voucher-holic untuk Ecot. Hahahaha. Ye, Ecot salah seorang mangsa kekejaman voucher ni. Kelas yoga, berenang, bootcamp. Good luck babe!

Sebenarnya, sangat suka tengok voucher yang murah-murah belaka tu. Facial kadang-kadang sampai RM15 je, kelas bootcamp yang dari beratus-ratus, tinggal RM30, massage untuk RM45, mandi dalam cokelat RM88, berendam dalam emas berlian, uish memang mengujakan. So far, aku tak lah gila sangat beli voucher. Hanya yang betol-betol berkenan, tapi aku suka usha kot-kot ada yang berkenan di hati. Voucher-voucher ni macam jawapan untuk orang yang suka shopping, tapi suka yang murah-murah. Eh, sapa yg tak suka barang murah? Kalau bagi barang free, lagi la ahkak suka. Ada voucher free tak? 

Tapi mungkin dalam kesibukan mengejar voucher, kita terlupa suatu benda. MASA. huwarghhh. Memang..memang semua benda kita nak buat. Aku nak bootcamp, aku nak salsa (sejak bila?), aku nk belajar masak (juga tipu semata), aku nk buat semuaaaaaaaaaaa tapi..sigh.
Maka, belilah voucher yang best! banyak pon takpe. murah. Gerenti akan cuba memaksa diri untuk pergi kan?kan? Sbb dh beli, kan? kan? 

So, siapa nk join bootcamp dgn aku plak? Deal baru dari MilkADeal ni. RM29.90 utk 12 class. Hihihii. *bukan iklan tapi cari geng nak gi bootcamp*

Apr 11, 2011

Running..running..as fast as you can..

Yeah. Last Saturday aku dan Sharkpitt pegi amek runner kit kitorang. Whoa. Lagi beberapa hari je lagi. Training ialah ZERO. Walaupun aku pegi bootcamp, ia tak memberikan jaminan bahawa aku mampu  berlari sejauh 11km tanpa pancit sebab bootcamp lebih kepada strength training. Takpe, hopefully stamina cukup untuk aku habiskan larian. Wish me luck ppl!. 

So, visit pertama aku ke litar F1 Sepang ialah bukan untuk menonton F1 la..untuk berlari sebanyak 2 laps! Owh i cant wait nak makan nasik lemak Yati 223 lepas tu!

Oh yeah, btw, aku dh mulakan sesuatu yang baru utk hidup aku tapi dah lama la orang buat kat dunia ni iaitu membuka kedai online. Ha ha ha ha. Support me baybeh! 


Sorry la kalau ada kekurangan sebab aku pun baru mula dua hari noks. cadangan-cadangan dan komen-komen membina je aku terima. komen cam gampang, aku campak masuk longkang.

Shawls Fabs

http://www.shawlsfabs.blogspot.com

Cuba click untuk shawls dan pashmina menarik. Gerenti harga murah dan berpatutan. 

Apr 7, 2011

Ketam Masak Lemak Cili Padi Pertama

Kau tau la kan, aku seumur hidup ni la kali pertama aku masak lemak cili padi nie.

Balik kampung haritu, aku mintak resepi kat mak aku. Dia pun tulis la cantik-cantik. Aku lekat kat peti ais. Tiap-tiap hari aku belek-belek sampai la semalam aku rasa cekal nak masak lemak ketam ni.

Hasilnya..

Sedap ni kalau ada nenas atau belimbing buluh. Lenkali la aku improve. Terima kasih mak! Resepi mak memang best!

Apr 1, 2011

Bootcamp day 7

Day 7 ni macam lahanat.

The trainers kata ini ialah routine yang paling susah untuk March.

Memula kena crunches dgn weight. then straight pergi buat grunts + weight, after that, push ups yang diorang modified (ntah apa namanya, superman sit ups?), then squats, then haaaaaa angkat tali berat nak mampos (aku rasa tali ikat kapal kot), pastu swing tali tu buat ombak. Argh.

Sepanjang masa buat semua ni selama 30-40 minit. Pengsan tau tak. Semalam pukul 1130 aku dah tidor.

Minggu depan ialah hari kami mengukur badan! Mari lihat apa kesan bootcamp selepas 4 minggu!

Minda Kau Kotor

Aku suka sangat makan dried guava. Sedap. Konon-konon makanan sihat. Heh. Sejak konon-konon menjadi health conscious ni kan. Eh taklah. Aku suka makan dried guava ni sejak aku berat hampir 70kg lagi. Ha ha ha. 

Benda ni dah lama aku perasan kat packaging dried guava ni. tapi semalam baru rasa nak amek gambar. Iklan kotor di packaging makanan yang sedap. Damn.


1. Anak dia menangis meraung sebab sembelit. Mak dia pening kepala.
2. Mak dia gi TMC, beli Jambu kering bagi anak dia makan.
3. Anak dia gembira lalu berak dalam rumah. Tak gi toilet pon. Keji.