nuffnang ads

Mar 30, 2011

Bootcamp Day 5 and 6

hmmmm.

Day 5 aritu ialah "Bring a Friend" day. aku bawak ida. Camane rasanya Ida? Ok?

Day 5 and Day 6, kebanyakan exercise ialah untuk trouble zones. So banyak push ups, sit ups, squats, lunges. Takde apa yg luar biasa, cuma cara kedua-dua exercise diconduct ialah berlainan.

Tunggu dan lihat esok plak.

Buat Baik Dibalas Baik, Buat Jahat Kamera Rosak

Kisah ini terjadi di Kotaraya Bangkok yang Bengkok.

Ini antara pengalaman semasa Indochina Trip kami la. Orang cakap kalau kat Bangkok, mestilah tengok Tiger Show, kalau tak, tak sah la kan? Lagipun pengalaman, mungkin akan tengok sekali ni saja.

Fine! Maka kami naik MRT, pegi Silom Road. Turun-turun je dah nampak pelbagai signboard menarik. dan cilake. Sambil jalan-jalan, ada la 2-3 orang yang approach ajak tgk "show". Diorang ni mengayat baik betol, macam hey perempuan kat club kami la paling best, muda, menggiurkan. Akhirnya ada sorang mamat offer tiger show 300 Baht, bagi aku murah la, sbb mendgr cerita org, biasanya 500 baht onwards kan.

Sekali masuk, memang agak gamps sebab ada ke yg buat show tu nenek kerepot. dan perempuan debab. tak menggiurkan langsung. dah le Mama San tu annoying. Imej wanita kerepot tu sukar la nak buang dari otak ni. Aksi-aksi langsung tak menggiurkan. Menjelekkan. Ya, mat salleh pon berambus keluar sebab rasa menyampah. Dah le asyik-asyik mintak tips je. Hoh. Last-last kami pun berambus. Menyesal, tapi sekurang-kurangnya dh tau la bahawasanya tak best pon kan? Ada gay street yang memang agak hmmm creepy. hmmm. sempat gak jengok2 dalam gay club, tapi tak tercapai akalku la.

Dan, tu laaa..pegi tgk lagi benda-benda cam tu, keesokan harinya, aku telah menenggelamkan LX5 kamera hantaran masa kahwin ke dalam air di dalam beg. Ye, aku tutup botol mineral tak rapat. Ye, beg aku waterproof. Ye, kamera itu telah menyebabkan aku broke selama dua bulan. Hahahaha. Padan muka. Kejap je Tuhan balas. Huks. Buat baik dibalas baik, tgk tiger show dibalas kamera rosak (dan Ipod turut rosak).

Mar 28, 2011

No More Trouble Zones oh yeah!



Di samping bootcamp, aku jugak try buat benda lain. Semestinya buat workout bersama Jillian.

Wah..40 minit dgn dia ni, basah lencun la. Banyak strength training incorporated dalam exercise Jillian ni. Trouble zones tu dia focus on butt, triceps, biceps, glutes, thigh, dan semestinya abs. Yang best pasal workout ni, workout dia intense tapi tak boring sebab satu circuit, dia repeat dua kali je (satu circuit banyak jenis workout, ulang balik sebanyak dua kali).

Let's see the result la selepas aku buat berminggu-minggu nanti. Fuh. Harini baru hari kedua. Sambil buat tu menyumpah-nyumpah aku kat Jillian, tp lepas habis rasa best gile.

Now i need exercise mat and dumbbell!

Mar 24, 2011

Imaginary Cat aku nama Toyu

Mari tukar topik sekejap.

Aku dh lama tak bela kucing. Since kucing terakhir nama "Tom" mati. Kesian Tom. Huks.

Tapi lately, rasa membuak-buak nak bela kucing. Tengok geng bela Simba, eiii rasa nk bela kucing. Aritu tengok dalam Bersamamu. Dia ada feature pasal SPCA Ampang. Nampak la kucing-kucing tu semua. Alaaa makin la rasa nk bela kucing. 

Ada ke patut ada orang dalam senarai kawan-kawan kat fb aku dok kutuk TV3 pasal buat Bersamamu tentang Kucing? Dia kata dah habis ke kisah orang miskin sampai nk buat citer kucing? Kamon la, apa jenis pemikiran macam tu? Berbuat baik ni takkan la terhadap manusia je, kat haiwan pun kena la berbuat baik. Kalau dekat haiwan pon tak boleh nak hulur simpati, entah-entah kat manusia pun mungkin tergamak nak buat tak peduli. Pandangan aku je. 

Berbalik kepada kucing, teringinnya nak bela kucing warna hitam. Kalau dapat, nak bagi nama "Toyu" la. Dalam bahasa utara, "Toyu" maksudnya kicap. Best jugak. Aku bukak website SPCA, ada kitten warna hitam! Harga untuk adoption bermula dari RM70 untuk kucing. Haish. Shafik...heheheheheheh* gelak ada makna. 

Tunggu dan lihat jela. Nak tau jugak kos bela kucing, camana nak train kucing berak dalam pasir tu, dan siapa nk uruskan tahi2 kucing..huk huk huk .

Bootcamp Day 4

Warming up

10 sets of squats (20 secs squats, 10 secs rest)
Jogging for 5 minutes.

10 sets of push ups  (20 secs push ups, 10 secs rest)
Jogging for 5 minutes.

10 sets of sit ups for 20 seconds (20 sit ups, 10 secs rest)
Jogging for 5 minutes.
 
Few sets of backward lunges, few sets of mountain climbers, many sets of jumping jacks. (10 minutes)

Untuk bacaan lanjut,

http://exercise.about.com/cs/weightlifting/a/bestexercises.htm

Cooling down.

Go home, makan nasi lauk ayam masak merah prepared by the husband. Hidup ini indah. Syukur.

Mar 18, 2011

Bootcamp Day 3

Yesterday was fun fun fun! The task is all about speed and team spirit.

A quick warm up, then we were divided into two groups, Team Alpha and Team Bravo.Each team dapat satu bunker, and the mission is to steal from the other bunker dan penuhkan bunker sendiri.

Each bunker ada barang-barang seperti sandbags, water pipe kot (berat) and bekas air yang besar tu (berat tuuuu). Setiap orang kena merangkak dalam becak, pegi ke bunker team lawan and curi barang-barang diorang. Buat benda ni sepanjang kira-kira 40 minit. 


Lebih kurang macam gambar tu la, tapi takde lah letak barbed wire tu. Nak mampos?? N not low crawl macam tu la.

Balik sakit lutut sebab merangkak atas batu-batu kecil tu. But it's ok. Selamat!

Mar 17, 2011

Kisah Mangkuk Cendol yang Kesepian

Mangkuk cendol yang kesepian
tanpa teman.

Sebab teman
tak suka makan cendol dalam kesejukan

Sedap cendol pulut ni.

Mar 16, 2011

Bootcamp Day 2

After the first session, aku mengalami syndrom DOMS atau "Delayed Onset Muscle Soreness".

DOMS ni ialah apabila kau buat satu senaman yang strenuous dan kau tak biasa buat. DOMS ni boleh juga dikenali sebagai muscle fever. Sakit tu tak datang pada hari pertama selepas kau buat exercise ni, tapi hari kedua tu amek la ubatnya nyah. Sakit macam haram. Untuk aku, sakit tahap dewa aku terasa pada hari ketiga, sampai aku sembahyang duduk la. Aku dah tak mampu nk semayang cam biasa dah hari Ahad lepas. Laki aku sapu deep heat rub, which menolong la pakai deep heat rub tu. Pastu, kena buat stretching, light exercise, which are helping jugak la.

Tapi..kaki aku ni..datang je hari Selasa (hari bootcamp) dia elok pulak. Aku rasa dia saja nk suruh aku jgn manja-manja sangat. So, semalam kami pergi bootcamp.
Syukur sangat semalam tak ujan, walaupun padang tu still becak. Fuh. Semalam ialah hari melakukan cardio and sedikit strength training.

Mula-mula, kena lari 400m lepas tu terus buat 10 push ups, 10 grunts dan 15 sit ups. Pastu, ulang balik lari dan buat semula 3 exercise tadi. Buat ni selama 3 sets ye. Masa diambil, untuk benchmark. Masa aku semalam 11.37 minit. Hmmm, teruk jugak. Bikjah habis lagi awal, dia dapat 10.02 minit.

Lepas tu, dia bagi minum air jap. Then, lari 8 lap mengelilingi padang bola sepak. Malah lebih besar dari padang bola tu. 8 lap ye, tanpa henti. Masa dicatat semula. 15.58 minit. Juga tidak best sebab aku antara yang last (tapi kitorang saspek ada yang cheat sbb trainer semua tak strict sgt, ni semua bergantung pada kejujuran kau terhadap diri kau). 

Yeah, itu sahaja buat kali kedua ni. Aku rasa esok punya session ialah strength training day. Fuh.
REBEL!

Mar 11, 2011

My first step of becoming Michelle Rodriguez


Aku suka badan Michelle Rodriguez. Badan Idaman. Tak kurus, tapi fit and lean.

Maka, semalam aku pergi kelas pertama Rebel Bootcamp. banyak dah bootcamp kat KL sekarang. So, yang aku pegi ni ada kelas kat Hartamas, Subang and KL Sentral, semuanya senang aku nak pegi.

Sebelum pergi, seperti biasa aku akan gelabah, nervous, tangan seram sejuk, Aku membayangkan trainer yg garang dan bengis. Tapi...takkkk! Hahahaha. Trainer chinese aku comelllll. :) Memula session, dia buat warm up. Jogging tapi banyak variasi. Then dia start bagi kumpulan. Semua orang akan buat task yang sama, cuma dia rotate ikut kumpulan.

Aku kena buat memula flip tayar. Bukan tayar basikal. Tayar lori ke tayar trailer ke apa aku tatau la. Yang penting berat dan besar. Sambil tunggu kawan ko flip tayar, ko kena buat squats, pastu bertinggung la apa la. Ulang sampai tayar tu sampai giliran kau balik. Aku sampai naik pitam seketika. Dan tidak boleh berhenti ye. 

Second task, panjat tangga kat jejantas yang cross jalan nk gi Hartamas tu. Ulang sampai 6-10 kali aku rasa. Untuk yang gagah, diorang lari woo. Aku jalan je la. Aku dh pancit. 

Third task, ada sand bag. Buat shoulder press guna sand bag, push up 10 kali, ulang lagi, aku rasa sampai 50 push ups ada la. Then kena buat position mcm push ups, tapi kaki tu bukak tutup smpi 20 kali. Then, sand bags tu guna as weight, ko kena buat squats. Macam-macam la, tapi tak reti nk bgtau jenis exercisenya. Yang penting, ada BANYAK KALI PUSH UPS, SQUATS, LUNGES, RUNNING. 

Masa buat tu, aku mcm eiiiii kenapalaaa aku join kenapaaaaaaaaaa. Tapi, bila habis, dh balik umah, aku rasa tak sabar for the next class. Terus teringat cita-cita aku nk jadi Michelle Rodriguez. Chics tanya, diorg ada jerit-jerit tak. Alhamdulillah takde, so tak rasa pressure pun. In fact, groupmates adalah sangat membantu dan memberi kata-kata semangat!

REBEL!!

kalau nk check it out, www.rebel-bootcamp.com, email Shamil Tan. InsyaAllah dia bagi fast reply.

Mar 5, 2011

Get Me to Greek too!



Sementara menunggu files dicopy ke computer, aku nak tulis lagi.

Minggu ni, aku dah tengok  "Get Him to Greek" 2 kali. Very entertaining. Lawak-lawak Russell Brand. Semua sexual. So, kalau rasa otak bersih, jangan la tengok. But kalau dh tengok "Forgetting Sarah Marshall", apa salahnya nk tengok cerita GHTG. Sebab cerita pasal rockstar yang bercouple dgn Sarah Marshall tu la. Hihihihi.

Cerita dia pasal Russell Brand (atau Aldous Snow dalam cerita ni) ialah rockstar yang telah mengalami zaman kejatuhan. Mamat Jonah Hills (atau Aaron Green dlm cerita ni) plak kerja dekat satu music company ni. Dia diberi assignment oleh Sergio (dilakonkan oleh P.Diddy) untuk bawak Aldous Snow dari London ke USA untuk satu buat satu konsert anniversary zaman kegemilangan Aldous Snow. So, cerita ni berkisar kepada adventure yang harus ditempuhi oleh Aaron nak melayan perangai Aldous Snow.

OST cerita ni memang best. Russell Brand memang sedap suara dia. Galak aku download dan terus burn. Mantap, dengan lirik-lirik bangang.

Ok tu je la. Selamat hari Sabtu!

Rebel Bootcamp Anyone?

Sebagai suscriber Groupon, aku selalu la dapat berita-berita mengenai discounted item atau services seperti facial, spa, dsbnya. Menarik tau benda ni. Aku pernah beli waxing full leg hanya untuk RM39. Berbaloi-baloi.

Dua hari lepas, dapat satu email dari Groupon. Rebel Bootcamp for RM55 for 2 pax. Wah! RM55 untuk dua orang untuk 12 kelas. Sangat menarik. So, aku google lagi pasal Rebel Bootcamp.

"Rebel Boot Camp, is an outdoor fitness programme incorporating aspects of military training, sports conditioning, speed, agility, strength, balanced with a fair amount of fun, mud and friendship.


Rebel Boot Camp is intense, challenging, and fun. In just four weeks, you will notice increased energy levels, physical strength, endurance, stamina and decrease in your body fat"

Dipetik dari http://rebel-bootcamp.com/

Aku pujuk-pujuk laki aku, ajak join. Dia terus tolak mentah-mentah. Sobs. Terkesima aku.

Terus aku ajak Bikjah. Dan harini kami dah beli coupoun. Jap lagi aku nak sms Shamil Tan, trainer tu. Ada pre-dawn session at 5.45 am. Tapi kami nk pegi yang petang, kat Sri Hartamas. Maybe kita patut amek ukuran badan kita dulu kan Bikjah. Boleh catit progress. Hihihihihi.

So, let's see how bootcamp dapat membantu aku menghilangkan lemak-lemak degil. Maybe Yati Suzari should join us. Kan rumet kan?

Mar 2, 2011

Indochina Trip - Siam Reap Part I

Siam Reap is calling! Siam Reap is calling.

Meninggalkan bumi Phnom Penh bagaikan satu rahmat utk aku. Kebetulan, tempat bas pick up betul-betul di jalan belakang tempat stay kami, so sgt mudah. Perjalanan ke Siam Reap mengambil masa dalam 5-6 jam. Hobi aku ialah tidur di dalam bus. Walaupun jalan sgt tidak elok, sakit pinggang, nasib baik bas tu ialah kategori bas express yg ok. Dalam perjalanan, dapat tgk kampung-kampung di Cambodia. Ada yg miskin tanpa elektrik, ada yang ada elektrik, tapi tak nampak pulak yang super kaya raya. Keliling ialah sawah padi, yang telah dituai. Panas. Bahang sungguh Cambodia pada bulan February. Setitis hujan pun tak pernah aku rasa. Tapi, diorang kata, bulan April paling teruk panas. Mencecah 40 darjah Celcius dan kadang-kadang rumput pun boleh terbakar.

Sampai di Siam Reap, tuk tuk dari Bloom Guesthouse belom sampai. Terpaksa call Diana, manager Bloom. Rupa-rupanya diorang pegi terminal bus yang lain. It's ok. Takdelah nak mengamuk ke apa, sebab Diana cakap elok-elok. Tak baik maki orang. Sejak kawin ni, kurang sikit amarah aku.

Sampai je ke Bloom Guesthouse, aku amat-amat senang hati. Memang seronok bila expectation kita ialah betul. Macam kembali ke kampung halaman. Suasana kampung, pokok-pokok buah, buaian, basikal. Tenang gila weh. Diana, dan kawan dia, Lena, dua orang Singaporean yang sangat baik hati. nak tau pasal apa Diana buat, boleh click blog dia cambodiacalling.blogspot.com. Infact, aku kenal Diana pun through blog ni, sebelum dia bukak guesthouse ni lagi. Lena dengan senang hatinya nak jadi tour guide kami malam nanti. And senangnya kat sini, diorang paham yang kita org Islam, so, diorang dah survey-survey kt mana ada makanan Halal.

Bilik kami dipasang dengan kelambu, sebab katanya malam-malam ada nyamuk. Bukak-bukak tingkap, nampak pokok nangka. Buah tgh membesar. Besar ok! Pastu, ada very huge balkoni, Diana kata boleh breakfast di situ tiap-tiap pagi. Bilik kami sangat selesa dan bersih, dengan free wifi dan tv. RTM pun ada siaran. Juga Tv Indonesia. Diana bagitau sejarah villa 10 bilik tu. Katanya, dulu semasa Le Meridien Angkor dalam pembinaan, buat sementara waktu, manager-manager yg berkaitan tinggal di Villa tu sebelum Meridien siap. Patutla tempat tu gah. Aku terus rasa menyesal tak tinggal lama sket di Siam Reap.

Sebab kitorg sampai dalam 3.30pm, diorang cakap boleh beli tiket utk masuk Angkor Wat esok tapi petang ni dapat masuk tgk sunset. So, kitorg pergi beli ticket kat Angkor Wat. Cost : USD20 for one day pass. Pass ni ada banyak category. One day pass, 3 days pass, 7 days pass. Harga lain-lain. 3 days pass boleh guna dalam masa seminggu (masuk 3 hari) and 7 days pass boleh guna dalam masa sebulan (masuk 7 hari, tak kisah hari mana2 dalam sebulan tu). Tuk tuk driver kami dari Bloom, dia bawak masuk pegi tgk sunset. Jauh jugak nak berjalan dari  bawah tu ke tempat sunset. Ala-ala naik bukit. So,pakailah kasut untuk memudahkan perjalanan. Lagipun jalan tu sangat berdebu.

Sampai je kat Wat tu (aku tak tau la nama dia), umat manusia macam ulat taik. Dem. Pastu tangga plak jenis yang boleh pijak sikit, dan steep. So, berhati-hatilah. Wat ni masih digunakan oleh sami-sami, ada juga orang yg still semayang kt sini. Jauh kedalam hutan tu. Aku wonder, siapa yang duduk kat wat ni zaman dulu kala. Sunset tu sekejap je, tapi view cantek. Cuma, kepala orang banyak dalam gambar. Boleh menimbulkan amarah yang kecil!

Malamnya, Lena bawak kami pergi makan restoran Haji Musa, belakang masjid kt Siam Reap. Jauh juga. Kalau nk cari kedai ni, cari je masjid. Senang sebab satu je masjid kat Siam Reap. Tuk tuk driver mesti tau. Makanan not bad, and cheap. USD2 untuk nasi goreng.


                                             Dalam perjalanan ke Siam Reap. Kering.

                                                     Tuktuk yang menjemput kami

                                                         Bloom Guesthouse! Superb!

                                                                 Tempat hornymoon

                                                      Muka gembira beli angkor Pass

                                                       Di setiap pass ada gambar ye!

                                              Saya dan suami tgh memanjat bukit ke Wat.

                      Bergambar di hadapan wat. Cuba ko tengok umat manusia atas temple tu.

                                                                   Kami dan kami lagi

                                                                     Boyband pose

                                                         I LOVE YOU SO MUCH!

Akhirnya..sunset yang ditunggu

to be continued...

Mar 1, 2011

Indochina Trip - Phnom Penh Part II

antara tengkorak-tengkorak yang dijumpai. beribu-ribu lagi ada.


papan pemberitahuan pasal gigi dan tulang yang bersepah

 tiket masuk

 aku accidentally nampak gigi-gigi ni kat atas tanah

 "magic tree". askar-askar gantung speaker di pokok ni supaya jeritan-jeritan mangsa tak kedengaran. dan untuk menyampaikan ajaran Pol Pot.

 Pintu masuk ke S-21 aka Toul Sleng Genocidal Museum

 Korang posing depan kubur 14 orang mangsa terakhir di museum ni

 Sebelum didera sampai mati, gambar kena ambil sebab kalau hilang, diorang akan cari sampai dapat.

 Duch, antara pemimpin atasan Khmer Rouge, juga kepala besar di S-21. Sedang dibicarakan kot atas kesalahan jenayah ke atas manusia tu (aku lupa term sebenar).

 Kekejaman ke atas orang Khmer. Lukisan dilukis oleh salah seorang survivor camp ni, seorang pelukis yang tidak dibunuh sebab bakat melukis.

 Royal Palace in front of the river.

Currency :

1USD = 4000++ Riel. USD digunakan secara meluas di mana-mana.

Makanan Halal :

Surprisingly, kedai makanan halal lagi banyak dari kat Saigon. KFC di Cambodia ialah halal. Tu makanan pertama kitorg masa kat Phnom Penh. Tapi banyak la, kat area Maybank, ada kedai mamak Malaysia. Pastu ada kedai apa ntah nama dia, nearby our "hotel", halal jugak. Makanan kat mini mart kebanyakan diimport dari Malaysia. So, bole bedal Mr Potato, biskut Hup Seng cap ping pong tu, semua ada. hihihi. Macam 7e kat Malaysia.

What to do in Phnom Penh :

Kitorang upah Jerry untuk jadi tuktuk driver kitorg untuk sehari suntuk. Lepas tawar menawar, sehari dia amek USD16 (so kira 4USD la satu orang).

1. Choueng Ek - The Killing Fields


Tempat ni kira-kira16km dari city centre. Tolong gunakan shawl sebagai penutup hidung. Jalan sgt berdebu. Nak masuk bayar USD2 ke USD 3. Tempat ni dulu digunakan sebagai tempat pembunuhan kejam geng-geng Pol Pot. Diorang bunuh semua orang yg diorang rasa akan boleh menggugat Khmer Rouge dan pemahaman diorang. Kat tempat ni, ada banyak sangat lubang kubur yang besar-besar. Diorang bunuh, then masukkan dlm lubang ni. Apa terms dia eh? Mass suicide? satu stupa yang letak pakaian orang2 yg dibunuh, tengkorak, gigi, dsbnya ada kat sini. Kira-kira 20000 orang dibunuh kt sini.

Masa aku jalan-jalan, aku sgt berhati-hati supaya tak terpijak gigi, tulang, dsbnya. Takut.

2. Toul Sleng Genocide Museum

Toul Sleng ni pulak tempat Khmer Rouge (KR) seksa orang-orang yang diorang suspek sebagai pengkhianat KR. Dulu tempat ni sekolah, pastu KR  jadikan tempat siksaan. Sapa masuk sini, takkan hidup la tapi ada 7 survivors drpd camp ni. Salah sorang pakcik tu dia hidup sebab dia pandai melukis, (KR suh dia lukis keadaan kt situ) so dia la yang melukis camane keadaan kat camp ni masa zaman perang tu. KR ni, dia tangkap orang-orang yg dia suspek, then amek gambar supaya kalau org tu escape, diorang dpt cari semula. Dekat camp ni, skang diorang display la foto-foto org yg ditangkap and gambar-gambar sadis kematian tahanan.

Creepy la tempat ni. Sigh. Camane tergamak bunuh kaum sendiri, and camane Pol Pot indoctrinate diorang ni? Sampai sekarang aku masih terfikir benda ni.

3. Russian Market

Digembar-gemburkan sebagai shopping heaven kat PP. Memang heaven jugak, tapi dalam tu Masya Allah..panas gile, sempit gile, aku rasa mcm tak boleh bernafas. Stuffy. Rasa mcm duduk dalam oven. Tapi dalam keadaan rimas-rimas tu pun, sempat membeli belah. Cuba kalau tak rimas.Barang-barang banyak baju-baju branded such as GAP, Aeropostale, Hollister dsbnya. Macam baju kat FOS tu. Kalau pandai carik and tawar, boleh dapat tshirts berkualiti pada harga less than RM10 satu. Good bargain.

4. Royal Palace and the Silver Pagoda

Kitorg tak sempat masuk sebab terlalu lama di Russian Market. So, dpt ambik gambar dari luar je la. Depan Palace ni ada cam tempat lepak-lepak org PP, mengadap sungai. So, lepas ambik-ambik gambar kat dpn palace, kitorg bagi burung makan, feeling macam kat London la gitu. 

Secara keseluruhannya, aku tak berapa suka Phnom Penh. Aku tak rasa safe. Aku sentiasa rasa takut dengan orang-orang Khmer. Mungkin sebab sejarah diorang yang aku rasa masih baru (1975-1979). Scary la. Orang-orang dia aku rasa mcm nak makan orang je semua. Ha ha ha ha.  Jalan pun berdebu, and kotor kalau nk compare dgn jalan-jalan di Saigon. And malam we got nothing to do. Aku rasa kat Phnom Penh ni je kitorg ada masa nak dok bilik, tgk tv. Takut la nak keluar jalan malam-malam.


Masa ni aku dh tak sabar ke Siam Reap, sebab aku tau heaven is in Siam Reap. to be continued.

Letak sikit lagi gambar.
 Cells tempat tahanan diperap. Lubang udara yg tu je. Kalau nk berak, dia bagi baldi.
 feeling bagi burung makan dengan suami

kedai makanan halal. sedap juga. kami bungkus, makan masa bus stop dalam perjalanan ke Siam Reap.