nuffnang ads

Jan 26, 2011

Hanyut - Faizal Tahir

 Untuk En Kamardin dan Puan Ishah yang paling aku sayang.

terima kasih Ida mengingatkan aku. :D

Harus bagaimana lagi
Dan terus begini
Dengarkan aku
Lihat ke mataku
Cukup sudah kau menghukum
Salahku tetap salahku
Benarkan ku berbicara
Agar bisa pulih semua
Namun harus sampai bila
Kau kan diam seribu bahasa

Chorus

Maafkanlah ku tak bisa hidup tanpa kamu
Fahamilah ku tak mampu terus tanpa kamu
Bagaimana ku nanti
Bila tiada mengganti
Yang ku ada hanya kamu saja
Saat mata terpejam
Hanya kau ku terbayang
Menghapus semua segala rasa di jiwaku
Saat mata terbuka
Kamulah yang pertama
Tak mampu aku
Bayangkan
Hidup tanpa dirimu

Ulang Chorus

Aku memang bersalah
Selalu saja mengabaikan mu
Dan tapi dah ku sedari
Segala perit kau lalui
Ku terlupa kau terluka
Dan memang selalu

Aku bersalah
Selalu saja mengabaikan mu
Meninggalkan mu
Dan tetapi itulah aku sedari
Segala perit yang kau lalui
Kerna diriku yang terus hanyut

Maafkanlah ku tak bisa hidup tanpa kamu
Bagaimana ku nanti
Bila tiada mengganti
Yang ku ada hanya kamu saja
Bagaimana ku nanti
Bila kau tak di sisi
Yang ku ada hanya kamu saja

Packing Essential

Mari buat list untuk packing esok. Kali ni saya nak travel light as compared to my previous trips. ACEHHHH WAHHH. *sebenarnya ada niat lain.

The backpacking site telah menyarankan cara packing yang saya nak adopt, so aku buat la list aku sendiri (hanya utk pakaian je).

1. T-shirt : 2-3 helai yang senang kering dan nipis.
2. Satu tshirt lengan panjang, sekurangnya-kurang boleh tahan sejuk kalau cuaca sejuk atau bila ada nyamuk, atau bila cuaca sgt panas.
3. 2 helai seluar, lagi bagus cargo pants. Senang nk simpan barang.
4. Sehelai jeans yang paling selesa dipakai. Jeans mahal simpan kt umah (mcm la aku ada jeans mahal)
5. No need for swimwear sbb gerenti takde tempat swimming pon.
6. Shorts. 2 helai
7. Sweater. Penting ni penting.
8. Stokins 2-3 pasang,
9. Saya nak sgt ada sepasang hiking boots yang selesa. sobs, sempat ke nak usha. esok dh khamis. sobss.
10. Sepasang selipar yang selesa dipakai dan sesuai dipakai kemana-mana.
11. baju ujan!
12. pakaian dalaman sendiri mau ingat
13. telekung.
14. towels!!!
15. shawl
16. sarong - hah poyo (padahal aku nk bawak kain batik)

http://www.the-backpacking-site.com/backpacking.html

ni pun best

http://girlstravelclub.co.uk

aku dh print list of important documents utk dibawak. pasport perlu dipotokopi jugak ni. fuhh. excited.

Jan 25, 2011

Permainan Minda

Banyak benda bermain-main kat otak aku.

thesis - vietnam - cambodia - bangkok - thesis - thesis - indochina - duit - family - bla bla - bla bla.

rotate la semua ni.

tapi of kos paling excited pasal upcoming trip ni la. lagi dua hari je nak kerja. fuhhhhhhhhh.

since member aku baru je balik dari Ho Chi Minh last week, kerja kitorang kat office ialah bertukar-tukar cerita. dia bagi no fon money changer yang rate paling best kat HCM, dia bagi harga-harga untuk trip. Walaupun ni bukan first time aku gi HCM, tapi banyak benda yang aku miss masa our first trip. Aku tak gi War Remnant Museum, Notre Dame Church, the Post Office building, the pasar  malam near the Ben Tanh market, tak pegi jalan-jalan sebelah the posh side of HCM, HRC HCM, dan sebagainya.

Kali ni nak pegi tengok mana-mana tempat yang tak sempat jengok. :D

Kawan aku cakap, kat pasar malam tu, u can get adidas reject punya barang. Shorts harga RM6. fuihhhhhh. konfem i wont bring banyakkk baju. HAHAHAHA.

ok la. mood raya cina memang dah bermula.

Jan 24, 2011

Pemakan Belangkas


Ini rupa belangkas atau nama orang putihnya "Horseshoe Crab". Keturunan belangkas ni dah ada kat muka bumi sejak beratus juta tahun dulu, and tak pernah bertukar rupa atau mengalami evolusi. Hebat. Kadang-kadang terfikir apa yang menyebabkan belangkas ni dapat bertahan lama gile. hmmm. Kat mana lagi ada belangkas selain perlis eh? Aku pun tak sure. 

Cara nak tangkap belangkas pun stailo habis. Malam-malam bulan purnama, cahaya bulan menerangi muka bumi, pi ke laut, nampak buih2 belangkas, terjun laut, pijak2 pasir, tangkap! yang jantan tu buang ke tepi. (belangkas sentiasa berpasangan, yang orang makan tu yang betina, sebab yg betina ja ada teloq). Orang yang pakar ja tau ni. Haritu kami adik beradik pi nak try tangkap, balik tangan kosong ja.

Kami ni selalu bakar je belangkas ni, pastu makan telur dia. Ada orang  buat masak lemak la dan sebagainya. 

Rupa belangkas memang macam ngeri. Makan budok.Tapi haiwan ni tak menggigit pun. Malah lemah gemalai lembut hati. Yang macam jari-jemari tu tangan dia kot. Dia makan mcm ketam, amek makanan dengan 10 jari jemari dia, bawak masuk mulut kat tengah-tengah tu. Yang bawah tu insang dia. Memandai ja aku buat cerita.

 Ni rupa telur belangkas tu. Lazat jugak tapi aku tak boleh la makan banyak sangat. Nanti loya. Orang Perlis kata, nanti "melugai". 

Tapi Sharkpitt belasah ja makan dengan isi-isi belangkas tu sekali. Rasa dia mcm ketam la kot. Tgk laki aku dengan rakusnya makan. Hati-hati jangan makan taik belangkas sudah, nanti mabok kepayang. 

Sekian pengembaraan seekor belangkas. 

Jan 14, 2011

Justin Bieber Live in Malaysia

Whoaaaaaaaa.

Whoaaaaaaaaaaaaaaa.

Baby baby baby ooooohhhhhhhh.

Ini aku amek dari sini.

Tune Talk now brings Justin Bieber to KL this April 21 at Stadium Merdeka!

Even better news is if you're a Tune Talk subscriber, as users will get first dibs on tickets next Saturday on Jan 15 at Bangsar Village 2. None Tune Talk users can get their tickets from Jan 16 onwards.

Lots of games and prizes await visitors, including a Bieber look-alike contest as well as singing and dancing contests at the Bangsar Village 2 concourse area right through to 10pm.

The tickets are priced at  RM98, RM188, RM288, RM358 and RM498.

Ok bla bla bla .

Jap. jap.

Bieber look-alike contest? 

Macam interesting je untuk ditonton. Dah terbayang-bayang dah remaja-remaja berambut bieber ni. 

anyway, this is not just about Bieber ok. ok??

Notice how expensive Malaysia punya concert? Mahal nak mampos ok?? And the worst part is, konsert rock kena duduk. Gile tak rockstar konsert rock kena duduk. Pegi Paramore kena duduk, pegi Gwen kena duduk, pegi la apa2, mesti kena duduk. Kalau tiket berdiri, bapak mahal sampai RM398 (Stadium Putra).

Pergi MCR tayah duduk, tapi sbb bayar murah, berdiri la belakang sekali. Padan muka.

Forgiveness

Semalam sebelum tidor, aku baca Reader's Digest. Ada satu cerita benar yang menarik perhatian aku.

Ada seorang perempuan ni, dia cerita pasal forgiveness.

Satu hari, dia and kakak dia balik sekolah. Pastu, masa nak lintas jalan, kakak dia lintas dulu. Dia takut nk lintas, dia panggil kakak dia dtg kat dia, and bawak dia lintas. Kakak dia yang penyayang tu pun nak lintas la jalan tu semula pegi amek dia. Tapi, tetiba ada jeepney datang and langgar kakak dia. Kakak dia meninggal.

Dia sangat rasa bersalah. Dia kata, kalau dia tak panggil kakak dia, mesti kakak dia masih hidup. Dua tiga hari lepas tu, mamat yang bawak jeepney tu dtg rumah dia. Mamat tu menangis-nangis mintak maaf dari parents dia, pastu mamat tu mintak maaf dari budak perempuan tu. Akhirnya, parents dia tak dakwa pun mamat tu, instead parents dia maafkan mamat tu sebab tau mamat tu takkan sengaja nak langgar anak dia.

Still, budak ni belum habis dibelenggu rasa guilty kat parents dia. Satu hari, dia decide nak cakap kt parents dia kesah sebenar. Dia pun bgtau, kalau tak kerana dia yang panggil kakak dia haritu, mesti kakak dia hidup lagi. pastu, parents dia pun menangis. dia pun menangis.(aku pun nak menangis). then, parents dia kata, "takpelah, ni bukan salah dia, ni memang takdir. takdir kakak dia nak pegi dulu dengan cara itu". parents dia maafkan dia, and suddenly dia rasa sangat lega and life goes on.

So, bagi aku, selagi aku menyimpan rasa marah atau bengang atau rasa bersalah, aku memang rasa tak tenang. Forgiveness tu memang sangat berharga bagi aku, samaada aku yang forgive or aku yang ask for forgiveness. Jangan sampai bila orang tu dah takde, baru nk seek for forgiveness ke apa. 

It's Friday. Let's forgive each other.

Jan 13, 2011

Indochina


The upcoming journey.

Itinerary  will be finalized soon. I know this trip will be worth the wait. Five months of waiting, planning and a wedding in between. 

This time, nak try tulis a very proper entry pasal our upcoming journey. Percubaan menjadi travel blogger. Kah kah!


Faith

The faithful one.

Everyday. 5 days a week.



Thanks.

Jan 12, 2011

I Blame You

The thing i fear the most is happening.

Nope. it's got nothing to do with any of you. Nothing!!

It is just me.

why i spend most of the time browsing recipes? why..why?

 I blame you Dani.

http://www.danispies.com/

Jan 4, 2011

bisnes belacan

rumah aku kat perlis tu, mmg dekat gila dgn kawasan buat belacan. ada belacan madu, ada belacan TU DIAAA..ada belacan din, ada belacan HM, ada belacan macam-macam lagi la.

agak-agak kalau aku nk jual belacan laku tak?

belacan kat KL  ni sedap ke? belacan perlis memang power-power.

nak buat bisnes belacan online la. sapa nak belacan email aku.

Cak cak cak

ni masa selepas sah menjadi laki bini. (Photog: Yon Bakar)

  
 ini masa hari bersanding kat Perlis. ( Photog : Fairuz Ismail)

ini masa bersanding kat Shah Alam (Photo cilok dari Nadisa Dewi)


Ok aku nak jadi vain plak. saja nak letak gambar aku kawen. bukan selalu aku kawen. kan kan kan.

Menimbang Berat dan Larian Malam

Dah lama aku tak timbang berat badan. Dulu, almost everyday setiap kali lepas mandi pagi. Saiko. Tips yang aku baca untuk timbang berat:

  1. timbang pada masa yg sama setiap kali (so, mcm aku, aku timbang pagi-pagi lepas mandi)
  2. jgn timbang malam-malam atau lepas makan nasik ke apa, nanti terkejut tgk berat plak. so, utk sentiasa motivate diri, timbang la pada masa ko lg ringan (for me, lepas mandi berak semua, mmg tu la paling sesuai). bukan apa, mengikut apa aku pernah baca, minum air byk pun kdg2 berat ko naik temporary smpi sekilo. cubalah google. kebenaran dia aku tatau. 
  3. tak perlu saiko mcm aku timbang hari-hari. timbang paling elok sebulan sekali rasanya. ke seminggu sekali? tak igt. tp tak usah saiko cam aku. 
semalam timbang..jeng jeng jeng..selepas 3 minggu makan tak berapa jaga especially masa cuti dua minggu tu..berat saya almost the same. fuhhh. BIG FUHHHHHHH. Thankiu GOD! \m/

ok citer lain pulak.

aku dah sign up untuk Energizer Night Race 2011. 11km je, tapi sesuai la untuk aku. masuk 42km tak dpt finisher t-shirt pulak kang. Register la sekarang, early birds dpt discount. Tahun ni dia buat kat track F1 Sepang tu. Cam siok jeeee. Teeheheeee.

so dah ada a very strong reason for training. yeay!

untuk yang berminat : http://www.energizernightrace.com.my/

Jan 3, 2011

Entry aku semakin bosan menulis

Malaysia won the cup and taraaaa...Najib tak mempersiakan permintaan aku di Tweetland.

Maka bercuti lah kami pada hari Jumaat! :D

Weekend lepas kami sibuk. Sibuk beli barang-barang keperluan untuk rumah, sibuk menghadiri majlis perkahwinan, sibuk makan steamboat, sibuk mencuci rumah, etc.

Kesibukan itu lah yang menyeronokkan. Sekian.