Meninggalkan bumi Phnom Penh bagaikan satu rahmat utk aku. Kebetulan, tempat bas pick up betul-betul di jalan belakang tempat stay kami, so sgt mudah. Perjalanan ke Siam Reap mengambil masa dalam 5-6 jam. Hobi aku ialah tidur di dalam bus. Walaupun jalan sgt tidak elok, sakit pinggang, nasib baik bas tu ialah kategori bas express yg ok. Dalam perjalanan, dapat tgk kampung-kampung di Cambodia. Ada yg miskin tanpa elektrik, ada yang ada elektrik, tapi tak nampak pulak yang super kaya raya. Keliling ialah sawah padi, yang telah dituai. Panas. Bahang sungguh Cambodia pada bulan February. Setitis hujan pun tak pernah aku rasa. Tapi, diorang kata, bulan April paling teruk panas. Mencecah 40 darjah Celcius dan kadang-kadang rumput pun boleh terbakar.
Sampai di Siam Reap, tuk tuk dari Bloom Guesthouse belom sampai. Terpaksa call Diana, manager Bloom. Rupa-rupanya diorang pegi terminal bus yang lain. It's ok. Takdelah nak mengamuk ke apa, sebab Diana cakap elok-elok. Tak baik maki orang. Sejak kawin ni, kurang sikit amarah aku.
Sampai je ke Bloom Guesthouse, aku amat-amat senang hati. Memang seronok bila expectation kita ialah betul. Macam kembali ke kampung halaman. Suasana kampung, pokok-pokok buah, buaian, basikal. Tenang gila weh. Diana, dan kawan dia, Lena, dua orang Singaporean yang sangat baik hati. nak tau pasal apa Diana buat, boleh click blog dia cambodiacalling.blogspot.com. Infact, aku kenal Diana pun through blog ni, sebelum dia bukak guesthouse ni lagi. Lena dengan senang hatinya nak jadi tour guide kami malam nanti. And senangnya kat sini, diorang paham yang kita org Islam, so, diorang dah survey-survey kt mana ada makanan Halal.
Bilik kami dipasang dengan kelambu, sebab katanya malam-malam ada nyamuk. Bukak-bukak tingkap, nampak pokok nangka. Buah tgh membesar. Besar ok! Pastu, ada very huge balkoni, Diana kata boleh breakfast di situ tiap-tiap pagi. Bilik kami sangat selesa dan bersih, dengan free wifi dan tv. RTM pun ada siaran. Juga Tv Indonesia. Diana bagitau sejarah villa 10 bilik tu. Katanya, dulu semasa Le Meridien Angkor dalam pembinaan, buat sementara waktu, manager-manager yg berkaitan tinggal di Villa tu sebelum Meridien siap. Patutla tempat tu gah. Aku terus rasa menyesal tak tinggal lama sket di Siam Reap.
Bilik kami dipasang dengan kelambu, sebab katanya malam-malam ada nyamuk. Bukak-bukak tingkap, nampak pokok nangka. Buah tgh membesar. Besar ok! Pastu, ada very huge balkoni, Diana kata boleh breakfast di situ tiap-tiap pagi. Bilik kami sangat selesa dan bersih, dengan free wifi dan tv. RTM pun ada siaran. Juga Tv Indonesia. Diana bagitau sejarah villa 10 bilik tu. Katanya, dulu semasa Le Meridien Angkor dalam pembinaan, buat sementara waktu, manager-manager yg berkaitan tinggal di Villa tu sebelum Meridien siap. Patutla tempat tu gah. Aku terus rasa menyesal tak tinggal lama sket di Siam Reap.
Sebab kitorg sampai dalam 3.30pm, diorang cakap boleh beli tiket utk masuk Angkor Wat esok tapi petang ni dapat masuk tgk sunset. So, kitorg pergi beli ticket kat Angkor Wat. Cost : USD20 for one day pass. Pass ni ada banyak category. One day pass, 3 days pass, 7 days pass. Harga lain-lain. 3 days pass boleh guna dalam masa seminggu (masuk 3 hari) and 7 days pass boleh guna dalam masa sebulan (masuk 7 hari, tak kisah hari mana2 dalam sebulan tu). Tuk tuk driver kami dari Bloom, dia bawak masuk pegi tgk sunset. Jauh jugak nak berjalan dari bawah tu ke tempat sunset. Ala-ala naik bukit. So,pakailah kasut untuk memudahkan perjalanan. Lagipun jalan tu sangat berdebu.
Sampai je kat Wat tu (aku tak tau la nama dia), umat manusia macam ulat taik. Dem. Pastu tangga plak jenis yang boleh pijak sikit, dan steep. So, berhati-hatilah. Wat ni masih digunakan oleh sami-sami, ada juga orang yg still semayang kt sini. Jauh kedalam hutan tu. Aku wonder, siapa yang duduk kat wat ni zaman dulu kala. Sunset tu sekejap je, tapi view cantek. Cuma, kepala orang banyak dalam gambar. Boleh menimbulkan amarah yang kecil!
Malamnya, Lena bawak kami pergi makan restoran Haji Musa, belakang masjid kt Siam Reap. Jauh juga. Kalau nk cari kedai ni, cari je masjid. Senang sebab satu je masjid kat Siam Reap. Tuk tuk driver mesti tau. Makanan not bad, and cheap. USD2 untuk nasi goreng.
Dalam perjalanan ke Siam Reap. Kering.
Tuktuk yang menjemput kami
Bloom Guesthouse! Superb!
Tempat hornymoon
Muka gembira beli angkor Pass
Di setiap pass ada gambar ye!
Saya dan suami tgh memanjat bukit ke Wat.
Bergambar di hadapan wat. Cuba ko tengok umat manusia atas temple tu.
Kami dan kami lagi
Boyband pose
I LOVE YOU SO MUCH!
Akhirnya..sunset yang ditunggu
to be continued...












2 comments:
cantekkk
-erliz
cantekkk
-erliz
Post a Comment