nuffnang ads

Dec 29, 2010

Saya Puan Anies

Salam 1Malaysia (hiks).

Aku selamat bernikah dengan Sharkpitt pada 17 December 2010. Sama birthday dengan Fairuz Ismail. Lepas ni kita celebrate sama-sama. :D

Aku baru lagi dalam arena rumahtangga. Baru sepuluh hari. So jawapan standard kalau orang tanya "best tak kehidupan lepas kawen?", mestilah aku jawab "BEST GILERRRRRRR". 

Terima kasih pada semua yang sudi datang memeriahkan majlis kami, kat Perlis mahupun Shah Alam. Terima kasih pada mak ayah kami, ahli keluarga kami dan sahabat handai yang bersusah payah membantu samaada secara fizikal atau secara mental. 

Semoga kami tabah menghadapi dugaan hidup berumahtangga. Amiin.


Dec 10, 2010

Perlis Fun Facts or "Menganjeng" Facts?

Ilham dari Peah yang suka kutuk negeri Perlis (sebenarnya aku rasa dia excited nak pi Perlis ni)

1. Perlis tidak ada McDonald. Kalau kebulur atau mengidam McD, boleh la drive ke Alor Setar. Rumah aku ke Alor Setar ialah kira-kira 45mins. Tapi sekarang Perlis dah ada secret recipe. Kalau teringin makan kek, boleh la. KFC kat Perlis bukak 24 jam tau, with free wifi. har har har. Kedai mamak pun aku tak sure ada ka takdak ka. Kalau ada pun tak sedap kot.

2. Perlis hanya ada satu roundabout yang besar. Yang lain-lain tu cam not-so-round about. Padang Besaq ada satu, tapi kecik ja la.

3. Perlis takdak airport. The nearest airport is at Kepala Batas, Alor Setaq.

4. Perlis ada siput mentarang, yang hanya terdapat di pantai-pantai berselut (Selangor and Kedah ada jugak kot). Mentarang sedap kalau bakaq. Atau buat sayor ayaq. Phewww.

5. Orang Perlis makan belangkas. Belangkas bakaq teloq dia sedap. Kalau baling dalam api, teloq tu meletup macam bertih jagung. Jgn tanya mana nak cari. Aku pun rasa bilangan belangkas ni semakin berkurangan.

6. Aku suka makan burung wak-wak or ruak-ruak. Burung ni banyak kat Perlis (satu masa dulu la). Kalau buat masak kicap sangat lazat. Tapi burung ni tatau la endangered species ke apa, sebab kalau tak salah, ada larangan untuk menangkap burung ni. Tapi mmg dah lama la aku tak makan. Masa kat SMAP dulu, kalau jengok2 dalam kebun getah belakang dorm, banyak gila burung ni. Orang selatan tak makan kot. Tapi serious, sedap gila. Dulu-dulu, kami tahan pukat tinggi, sama tinggi dengan buluh, pastu malam-malam kami "ajuk" burung. (panggil burung dtg dengan membuat bunyi burung).

Apa dia lagi eh.. Tapi, walau pun takdak airport ka, apa ka, aku tetap sayang Perlis tu tau Peah. Hang jangan kutuk lebih-lebih naaaa..

 Belangkas bakar - From  malaysianbikers.com.my


 Mentarang bakar - From azimashaary.blogspot.com



Burung wak-wak - From akusedangbermimpi.blogspot.com

Dec 9, 2010

Five Tips For Taming PMS

Musim PMS menyerang. Aku selalu je jadi mangsa, dan pemangsa.  So, aku suka artikel ni. Simple je. tp sebab Jillian yg tulis kan. So, aku nak paste jugak.

Five tips for taming PMS by..Jillian Michaels!


Exercise! You may not want to, but get in your workout anyway. The endorphin rush will help relieve cramps and raise your levels of serotonin, a mood-lifting neurotransmitter.

Get some R&R. Adequate sleep and less stress will put you in a better hormonal position to handle the physiological imbalance that PMS brings.

Cut out most alcohol, caffeine, and salt. Alcohol can exacerbate feelings of depression, so steer clear. Reducing caffeine may minimize breast tenderness and irritability, and cutting salt can reduce bloat.

Minimize simple sugars. Ideally, you're doing this all the time, but it's especially important before your period. Simple sugars may increase inflammation, making cramps worse. Eating regular meals and snacks with fiber and protein will help keep your blood sugar stable, which is a lot better for those raw nerves than blood-sugar swings.

Consider supplements. Calcium may reduce symptoms of PMS, so shoot for at least 1,200 mg a day. Magnesium is also helpful, as are B complex vitamins. To reduce the inflammation of cramps and breast tenderness, try a primrose-oil supplement; it's a nonsteroidal anti-inflammatory that may work in ways similar to ibuprofen. 

Source : http://www.everydayhealth.com/five-tips-for-taming-pms.aspx#continue

Dec 8, 2010

bebelan

8 December 2010.

Lagi 8 hari untuk membujang. Masa untuk melagha semakin terbatas.

Kesibukan membuatkan aku tak dapat idea nak menulis. Secara bodoh ataupun penulisan bijak (sebenarnya tidak pernah aku membuat entry bijak). Aku tak suka menunjuk-nunjuk. Atau sebenarnya, tiada apa yang aku nak tunjukkan. Blog yang suka bercerita pasal kerjaya adalah salah satu blog yang aku akan hindarkan. Bosan. Macam la kau je ada kerja. atau lebih kepada "hey bacalah blog aku. kerja aku hebat, kereta aku besar, handbag aku mahal,  kau ada?" Sorry. tidak khas kepada sesiapa pun. Hanya random. 

2-4-3 telah selamat dikosong dan dibersihkan sehingga berkilat lantai. 10 kali sapu, rambut masih banyak. Masalah apabila 5 wanita berkumpul bukan sahaja tertumpu kepada keriuhan rumah, malah kadar rambut di lantai adalah sangat tinggi. Selamat tinggal 243, sarang pelacur. Tanpa pelanggan. Selamat tinggal adik-beradik berlainan bapa dan emak. 

Semalam aku dan bakal suami (gedik) pegi KLIMS. Walaupun aku sangat penat, aku pergi jugak sebab aku dah janji dengan Eiman. Aku tau dia mesti excited nak jumpa Bumblebee. Tapi Eiman dah pandai posing macho. Mana ntah dia belajar. Dah kacak dah.

Ok la. Back to work. Lepas kerja busy. Harap paham.



Dec 1, 2010

Saya dan December

Hari ni kan..1 Dec.

Esok..2 Dec.

Lusa..3 Dec.

Dan seterusnya lah sehinggalah 17 December.

Sekian.

Dari Ruang Escape

Aku rindu emak
Aku rindu ayah

Telefon mereka
tanya khabar
masak apa hari ini emak?
buat apa hari ini ayah?

aku tiada harta mau ku kongsi bersama
aku hanya ada kasih sayang dan doa
aku harap itu buat mereka bahagia
di dunia sekarang dan juga dunia seterusnya.

ayah dan emak, jangan pergi sebelum aku, OK?