nuffnang ads

Nov 29, 2010

243 and me

they are funny. they are caring. they are sweet. we share everything. inside outside. inner outner. err..outer eh? 5 years of laughter. 5 years of emo, temper, segala jenis emosi la aku lemparkan kat 243 ni, termasuklah melemparkan gas beracun.243 la rakan-rakan rapat aku, rakan mengumpat, rakan travel, rakan menangis tawa hiba bahagia bersama. Pergi pulau, pergi jakarta, pegi jalan-jalan, karaoke, swimming, lunch, lepak Oldtown, tgk bola, mostly dgn 243.

Seriously, im gonna miss them. Hiruk pikuk 243. Pak Guard pun boleh tumpang ketawa sebab bercerita sampai ke bawah. Pak Guard pun boleh dengar. Kalau sorang dilanda masalah, satu rumah tau. Mostly sebab diorang kepochi. eh tak, sebab diorang caring. kalau mengadu domba, satu rumah tau. musuh aku, musuh diorang jugak.msuh diorang, musuh aku. tp aku takde musuh. huk huk.

aku tatau how to wtire properlu/ (write properly). keyboard rosak. *alasan.

Camane nak summarize kisah 5 tahun jadi satu karangan pendek. kesah dengan diorang kena novelkan, bukan cerpenkan. Vuykup la aku bagitau, *cukup* yang aku bakal merindui suasana kehidupan di 243, bakal merindui gelak ketawa diorang, lawka jenaka yang orang lain takpaham kenapalah diorang ni gelak beria, bakal rindu geng, ayang, rumet, nad dan especially SIMBAAAAAAAAAAAA!!!sobs. menitis air mata ahkak. sobs. srots.

I love u guysssss. aku nak naik trainnnnnnnnnnnnnnnnnn!!!!!!Pergi Tioman nak next year? naik train sampai Kluang nak?





banyak sgt gambar diorang ni tak sesuai letak kat blog.

Nov 23, 2010

Kasut oh Kasut

Kenapa..

Kenapa susah sangat nak cari kasut kawin..

Adakah kaki aku terlalu besaq, terlalu kembang? (Ye)

ka kedai-kedai kasut yang tak professional, buat kasut takde size utk aku? (Ye).

Habis dah Sogo aku tengok, Empire, Shah Alam. (Tipu).

Tapi serious la, mencari kasut perempuan bukanlah satu benda yang aku gemar dan pandai. Sigh.

Mana nak cari ni weihhhh...and jgn suruh aku gi tempah. Aku malas.

Nov 19, 2010

Makanan Kuda yang Lazat


Ni la rupa dinner aku setiap hari bekerja. Bukan sahaja dinner, malah ini lah aku punya breakfast jugak. Sedap tau toasted oats ni. Ada apple kering, dengan cinnamon. Pastu tambah dengan natural yoghurts dutch lady ni. Sangat sedap. Tak tipu. Kalau nk lagi sedap, tambah la buah-buahan. Aku tambah sunflower seeds. Organic gitu. Konon habis healthy la tu kan.

Almost two months aku makan benda yang sama. Nasib baik aku bukan jenis boring makan satu benda yang sama lama-lama. Kalau aku boring pun, weekend aku makan la benda-benda lain yang aku dok craving sepanjang minggu. Nasik lemak la, laksa la..nyum nyum.

Makan oats ni kenyang. Selalunya dh tak lapar dah sampai ke tengah malam ke apa. Kalau lapar pun, aku minum air banyak sikit, kasik perut terisi.

27 days lagi. hurkkk.

Nov 15, 2010

Saya ada mobile charger

Saya dh ada mobile charger. Kini kehidupan saya lebih mudah. Lebih senang untuk sentiasa 'stay connected'. Terima kasih mobile charger!

Sebenarnya, sugar mami tak akan membebel lagi!

Sent via BlackBerry from Maxis

Nov 12, 2010

Buat Dosa Je Keje Kau

Tau tak kenapa perempuan ramai masuk neraka? 
 
Sebab suka mengumpat orang tak semena-mena  ha ha ha ha. tp kali ni aku nak mengumpat dengan cara yang lebih baik, sempena hari jumaat.  hik hik hik....
 
 
Dani: aku tgh tgk profile dia
omg..he is so..
hmmm..
taknak cakap la

 
Adik Manis: takut kan nk komen
hahaha
takpela
kita cakap bahasa sopan kita
rumet..
hmm hmm hmm kan?
hmmm hmmmmmmmmmmmmm
HMMMMMMMM
kan kan?
 
Dani: tu lahh hmm hmm hmmmmmmmm
 
Adik Manis: hmmm gile
 
Dani: takut, mimpi ngeri sbb hmm hmmm
 
Adik Manis: hahahahaha
hmmmmmmmmmmm
hmmmm sangat
kalau org lain aku ckp sweet
 
Dani: itula
 
Adik Manis: tp sbb dia
aku cakap hmmmmmmmm
 
Dani: hahahhahahahahahah LOL
 
*nota kaki : segala jenis hmmmm tu terjemahkan sendiri di dalam hati dan context perbualan telah ditukar.

Rezeki Masing-Masing Noks.

Di tengah kesibukan hiruk pikuk kota raya membincangkan tentang MLM dan kesannya terhadap masyarakat, aku pun nak jugak sibuk bercerita tentang pengalaman aku ber'MLM'.

Dengar cerita orang-orang MLM, memang boleh buat jadi gila. Sebab..ya Allah.."KAYA-KAYA" BETUL diorang ni. BMW, Ferrari, Mini Cooper pada usia semuda pertengahan 20-an. Fuhh fuhh. Bab bercakap serah kat diorang la...hebat gila. Fuh.

Mula-mula aku di'kena'kan oleh MLM waktu aku belajar kat UM. Masa tu 3rd year kot. Taktik diorang sama je, ajak minum lepak-lepak. Aku tak kesah nak lepak-lepak, terutamanya kalau kawan lama yang nak jumpa sembang-sembang. Tapi itulah, sembang-sembang, pastu keluarkan flip chart bla bla bla. Masa tu Omega Trend tengah hot. Aku salah sorang mangsa la. ha ha ha ha. Bodoh punya Omega Trend. Menjanjikan Ferrari la konon..skarang mmg aku naik Ferrari. Ferrari buatan Malaysia kaler maroon. Manual, 1.3 berkuasa kuda. Benci Omega Trend.huwarghhhh bodohnya aku masa 3rd year. Habis duit PTPTN. Celake. Jahat gila menggunakan budak2 universiti untuk mencapai kejayaan singkat tauuuu!! 

Second time, ni masa first year bekerja, around 2005. Hahahah. Masa ni aku saja je nk tau apa yang syok sgt Luxor tu. Saja nak tengok cara diorang bergerak dan sebagainya. Nasib baik bayar rm80 je. Omega Trend tu mahal nak mampos. Seribu lebih tau takkkkkk. Nasib baik aku masuk dgn dik kak, takdelah aku terasa sedih hilang seribu. sobs.

Ahh kali ketiga aku diapproach dengan "kawan lama" jugak. Hati-hatilah dengan kawan lama yang tetiba beria ajak jumpa. Kadang-kadang maybe nak bagi kad kawin, tapi kadang-kadang ada yang jumpa kita pastu melukis skim piramid dia tu. Kali ni aku lebih bijak la. Sangat bijak. HAHAHAHA. ada ke nak ajak aku jual lampu ke apa ntah yang wangi la, boleh release stress la. Aku stress baik aku berlari je, bersenam ke. Takde masa nk join syarikat lampu mahal ko. Taktik sama jugak "kawan lama" aku guna, dok show off pasal up-line dia yang kaya raya pakai BMW la apa la. Tapi dia tak jugak pakai kereta mewah.Sampai ke sudah aku tak ikut dia pegi tempat lampu dia.

Menyesal tau masuk MLM dulu-dulu tuh, sebab sebenarnya aku pemalas nak jumpa orang, bukak flip chart bla bla bla. well, it is too good to be true. Maka, kalau it is too good to be true, maybe it is not true pun. Tapi sekurang-kurangnya pengalaman ni mengajar aku jadi lebih berwaspada la. So sampai ke mati aku takkan masuk MLM lagi kot. Minta dijauhkan la. Fuhh.

Terpulanglah pada individu. Ini cerita aku je. Ciao.