nuffnang ads

Oct 26, 2010

Being Singa is Not Me

Aku jarang kurang ajar dengan pelayan kedai makan. Sebab bagi aku, sesama manusia tak perlu lah kurang ajar.Tak baik.

Tapi bila aku kurang ajar dan biadap dengan pelayan kedai makan semalam, hanya ada dua sebab je:

  1. aku lapar gila dan kau pula terhegeh-hegeh.
  2. minda aku terganggu dengan benda lain stok makan dalam.
So,  kalau kombinasi kedua-dua tu, aku menjadi singa.

Sekarang aku nak menyanyi lagu favourite Amier Mukhriz anak buah aku yang nakal.

"Keropok Moni, hidang dengan kawan"
"Keropok Moni, makan dengan Eiman". ..bila dh tengok video, baru sedar Amier nyanyi lirik sendiri.



Oct 22, 2010

Tak Berminat Lagi jadi Wartawan

Pose peminat fanatik no 1. saya datang dari jauh untuk showcase Aqasha!!

Hi. Semalam saya menepati janji pergi menonton "An Evening With Aqasha". Hey hey. I'm a fan. Or..i am becoming a fan..or i'm biased. Ok let's try to make a very unbiased statement ok. Tulis bahasa melayu la. Seronok.
 
Showcase Aqasha dimulakan kira-kira jam 9.40 pm. Aqasha dan pemuzik-pemuzik iringan berpakaian serba putih. Aqasha memilih untuk memainkan beberapa lagu dari album beliau yang akan berada di pasaran November nanti. Tapi versatiliti Aqasha ternyata menonjol apabila beliau menyanyikan lagu-lagu "cover version" seperti lagu dari The Beatles, Robbie Williams, Ronan Keating dan sebuah lagu Mandarin, yang ternyata menambat hati kebanyakan penonton. Aqasha juga bijak berbicara dengan penonton, dengan erti kata lain, tidaklah syok sendiri. Syabas.

Err...cut the crap. Kesimpulannya : he has a good voice, good songs. kenyataan selamat, dan tidak berat sebelah.

 Mengandungi lagu gigit-gigit cuping telinga ni....grrrr


Anyway, thank you my sugar mami, Bai for the lovely dinner for us and for this book!!! Suka gile dpt buku ni weihhhhh. Dapat-dapat terus baca. Sexcited to plan our Indochina backpacking adventure.  And please, kalau next year i nak hadiah buku lagi, harap-harap u tak bagi "Parenting Guide".You know i love you too babe! come and join us pergi Vietnam (dengan izin suami).

Oct 20, 2010

An Evening With Aqasha

Saya sokong industri muzik tempatan.

Sebagai contohnya, saya meminati Robot Asmara dan Pesawat. Maaf, minat saya mungkin tertumpu ke satu genre sahaja, tapi mereka masih lagi artis tempatan. 

Tetapi, ada seorang artis tempatan yang secara solonya telah menambat hati saya dengan petikan merdu gitar beliau. Pernah dengar lagu "Obsesiku"? Wajib dengar ok, terutamanya untuk mereka yg romantis dan kinky. Memang halwa telinga yang best la. Owh lupa, artis tempatan tersebut ialah Aqasha! :D

Sebagai sokongan padu saya terhadap industri muzik Malaysia, saya akan pergi menonton showcase Aqasha esok malam. Bertempat di Artista @ Tropicana City Mall, jam 9.30 malam. Tak sabar nak jumpa Aqasha dan isteri. Inai masih merah di jari agaknya. Hik hik hik.

Marilah kita support industri muzik tempatan.  Besok saya akan bagi review lagi la gamaknya.

Fuhh. Memang susah la bila mode wartawan hiburan tengah on.

Ulasan Konsert Paramore

Paramore, kumpulan anak muda yang dianggotai oleh lima orang anak muda yang berasal dari Franklin, TN, Amerika ternyata tidak menghampakan peminat-peminat mereka. Penyanyi utama Paramore, seorang gadis genit berambut oren paras bahu, Hayley Williams tidak gagal menghiburkan peminat-peminat dengan persembahan yang begitu bertenaga. Aksi lincah beliau di atas pentas penuh berstamina, walaupun hakikatnya beliau baru sahaja tiba dari Australia pada malam sebelumnya. 

Paramore melakukan kelainan pada konsert ini berbanding dengan konsert mereka di Singapura, di mana pada kali ini, beberapa lagu dipersembahkan secara akustik. Tetapi, agak mengecewakan apabila persembahan akustik mereka terpaksa dihentikan atas masalah teknikal.

Bagi mengubat kekecewaan penonton, Paramore kembali menggegarkan Stadium Nasional Bukit Jalil dengan terus menerus bermain beberapa lagu rancak mereka. Lagu "The Only Exception" ternyata satu-satunya lagu yang diketahui oleh kebanyakan penonton. Lagu terakhir mereka iaitu "Misery Business" menjadikan konsert Paramore semalam antara konsert yang saya akan kenang sepanjang hayat.

Syabas kepada 5 anak muda ini. Teruskan menyokong Paramore.

Cut the crap. Saja nak feel jadi wartawan hiburan akhbar arus perdana berbahasa melayu. Susah.

Oct 17, 2010

Berumur 29 dengan perasaan hebat

the best thing about being 29 is..


I CAN FIT INTO SIZE 26 JEANS INSTEAD OF SIZE 29.

sekarang saya boleh keluar masuk levi's dengan hati yang lebih tenang. dulu masuk je, saya keluar dengan malu sebab takde size untuk saya. saya tak pernah mimpi la dapat pakai jeans size 26. walaupun pada 10 tahun lampau. Masa umur 19, saya pakai jeans size 29. harap-harap saya dapat maintain menjadi size 26 walaupun umur saya 39 nanti. Amiiiinnnnnn.

sekian update sempena hari kelahiran ke 26..eh 29.

saya gembira!

Oct 10, 2010

to my sugar mami with love

2008 - Ini gambar masa kami baru start nak kenal hati budi masing-masing. Ha ha ha ha. Masa ni kitorang baru balik tgk Madagascar kat Alamanda. Shafik tengah nak ngorat aku masa ni tau. heheheh.

Ini first time kitorang melagha sesama. Dah ada bibit-bibit kenal hati budi dah. Tgk muka dia horny semacam. Shafik pun tak grrr masa ni.

Ni masa kitorang gi Jakarta. Mmg trademark dia muka horny ni.

Masa ni dia tau aku minat Akim AF7 tu. Dia kasik aku chance hantar Akim balik rumah sebab nak menggembirakan aku. :) 

Dari sugar mami dia turun pangkat jadi pembantu aku. Masa ni dia tolong aku buat hantaran masa aku nk bertunang. Aku kan clueless. heh.

Ni masa dia dirisik. Teka mana satu cincin aku, mana satu cincin risik dia. 

Aku, sugar mami dan jerangkung.

Masa ni dia bertunang. Uish ni gambar aku femes masuk Mangga. Nasib baik aku mekap. Kah kah kah.

Nah ini gambar dia bagi untuk aku hilangkan kerinduan hua hua hua

Sobs, selamat meninggalkan alam bujang wahai sugar mami, wahai bohjan, wahai bekas kekasih no. 2. Semoga bahagia la hendaknya sehingga ke anak cucu. Sobs.

Janji jangan abaikan i. Nanti i takde tempat nk mengadu domba. Huks. Dah la dh pakai iPhone 4, mesti u dh jarang check BB u. Sobs. I nak bbm dengan sapa dah..uwaaaaaa. 

my feveret picture of her

Happy 10 10 10. U r soooo special to me. Love ya babe! Muahssss.

Oct 7, 2010

Wanita Berwawasan.

Buat Masters semasa bekerja mmg banyak dugaan.

Masa nak habiskan coursework, dugaan nk pegi kelas selepas kerja. Kalau UM ok lagi, ni UiTM. dah le aku kerja kat BTS, jauh gile. Tapi Alhamdulillah. Sukses.

Skang nak habiskan thesis. Fuhhhh.

i almost give up la actually. baru start chapter 1 dah nak give up. *belum start dah give up*

tapi, semalam, aku gagah jugak la buat. Slow-slow. Chics nasihat aku kat twitter, dia kata buat je, sikit-sikit pun takpe. Push yourself. Pikir-pikir balik, aku buat masters guna duit epf semua, tetiba nak give up apasal kan? Orang lain siap ada yg beranak pinak, selamba dapat habiskan (walau lambat). Lambat tu takpe, yang penting habiskan.

So mulai semalam, aku nekad, bagi masa untuk thesis hari-hari, tak kesah berapa lama. Jogging aku ada masa, so apply the same jugak kat thesis. At least 1 hour, on thesis.

Fuhh. good luck to myself.

Oct 4, 2010

Sila Ke Selayang. Ada Kedai Borong.

Aku dan Sharkpitt bawak anak pungut pergi open house. After two open houses yang hampir memperdayakan ketabahan aku menahan daya makan, kami berjaya pergi ke kedai borong dekat-dekat Pasar Borong Selayang.

Memang barang-barang sangat murah. Jakun sial pergi kedai borong. Rasa nak beli air mineral berkotak-kotak dan jual masa konsert. Boleh kaut keuntungan berlipat ganda. Sugar mami je yang memborong sebenarnya. Aku & Sharkpitt pergi untuk survey je. Terima kasih la Bik Jah sudi bawak kami dengan berbaju kurung bagaikan ahli politik. Ada jelly, gula-gula, biskut apollo, beg plastik sampah yang tebal. Ahh seronoknya.

Yeay dah tau nak penuhkan balang dengan apa.

Sekarang satu lagi perkara sudah selesai. Kad pun nak siap dah lagi two weeks. Fuhhhh.

Oct 1, 2010

Sejuk Brr brr brrr

5 names that friends call
1. Anies
2. Geng
3. Rumet
4. Ayang
5. Rockstar

5 most important dates in your life
1. 17 october (bday aku)
2. 2 june (bday sharkpitt)
3. 17 dec (bakal menikah)
4. 30 nov (pertama kali mendeklarasi cinta pada sharkpitt)
5. 18 oct (roadtax kereta mampos)

5 things you have done yesterday
1. Puasa
2. Kerja malas
3. Makan tosai
4. Bayar credit card
5. Dating

5 ways to be happy
1. ada org-org tersayang di sisi
2. kerja sikit, gaji besar
3. menonton dvd
4. balik kampung jmpe famili
5. menang contest

5 gifts you would like to receive..sempena birthday ke? hikhik
1. Boots Doc Mart yg mungkin akan pakai sekali
2. Trekking boots
3. Koleksi buku Lonely Planet
4. Penajaan pakaian sempena perkahwinan
5. DVD Jillian Michaels

5 favourite hobbies
1. Jogging
2. Walking
3. Sleeping
4. DVD-ing
5. Blackberrying.

5 places you want to go for vacation
1. Holland
2. Australia
3. London
4. Bali
5. South Africa

5 favourite drinks
1. Green Tea.
2. Teh tarik kurang manis
3. air kosong
4. neskepe kurang manis satu
5. Plain water.

5 things you always found in your room
1. Selimut 3D yang busuk
2. Rambut2 gugur
3. Beg-beg bergelimpangan minta perhatian
4. charger handphone
5. paper lama

5 favourite colours
1. Red.
2. Orange.
3. Black
4. Yellow
5. White.

5 favourite bands
1. Kings of Leon
2. No Doubt
3. Paramore
4. Gun n Roses
5. Death Cab for Cutie

5 favourite people
1. Jillian Michaels
2. Lindsay Lohan
3. Khloe Kardashian
4. Muhkriz Mahathir
5. Ash Sincl.

5 hangouts
1. The Sphere
2. Kedai mamak tepi burger Otai Pantai Dalam
3. Midvalley
4. Dapur 243
5. Oldtown

5 person you love so much
1. My family.
2. My future family-in-law.
3. My friends.
4. My husband to be.
5. Myself.

5 reasons you answer this survey
1. kena tag
2. bebudak opis blom balik lunch, mengular.
3. sejuk nak mati
4. kt luar ujan lebat
5. harini hari jumaat

Kisah tauladan

Ini kisah benar.

Lain kali jgn maki hamun kereta yg rosak di tgh jalan semasa jam. Besar kemungkinan aku la yg dimaki.

Kereta2 ni tak pinta diorg rosak tgh jalan semasa jam. Mungkin kipas radiator dia rosak lalu menyebabkan temperature bdn dia naik mendadak dan seterusnya auto off engine tu. Perhatikan tanda-tanda awal kerosakan kipas seperti aircond lambat panas ye.

Dan pastikan anda ada no telefon tow truck. Senang. Jangan panik sbb malu kereta anda berhenti tgh jalan. Telefon org2 tersayang yang boleh diharap.

Servis la kereta selalu supaya tidak mengalami kejadian ngeri dan memalukan dan menambahkan jem di tempat2 tak sepatutnya.

Hensem jugak kereta aku atas tow truck.
Sent via BlackBerry from Maxis

Mari berbohong lagi dengan amalan diet

Water. H20. Air Kosong. Green Tea.

aku minum air dengan amount 4L sehari. 4L atau lebih. Air kosong. Jangan mengada-ngada minum air manis 4L sehari. Kalau aku craving for caffeine, aku minum green tea. Untuk hari-hari biasa, aku minum 4 gelas green tea sehari. Ini boleh la kalau nak amalkan kat opis. And seriously menghalang mengantuk. Aku ok je maintain tak mengantuk (kalau tidur cukupla of kos). Teh ais tu kalau calories dia 110, kalau  4 gelas ko minum, dah 440 calories. sama banyak dengan nasik lemak dah. Aku rasa la. hahaha.

Minum air yang banyak dapat meningkatkan metabolisme badan. Satu cara aku buat masa hari raya haritu, aku minum air banyak gile supaya lemak-lemak hari raya tu tak bersatu dan menentang aku. ha ha ha ha. Alhamdulillah, maintain jugak la berat aku walaupun aku makan agak gile. Tapi ni theory aku je. Aku belasah je. Tapi betol, tak tipu. Kena minum air kosong banyak. 8 gelas je bagi aku tak mencukupi.

Kadang-kadang aku rasa nk minum teh tarik. So aku minum setengah gelas je. pastu aku minum balik air kosong. Mengikut pembacaan aku, kalau minum caffeine, akan ada dieuretic effect (camane ntah eja) yang menyebabkan kau akan selalu ke tandas. So, lepas minum caffeine, kalau boleh counter balik dehydration tu dgn minum at least dua gelas air kosong. Ntah btol ntah tak, but aku percaya. :p

oh ye, green tea juga dapat meninggikan metabolisme badan kau. So, drink green tea atau herbal tea instead of nescafe ke apa ke. Aku ni takdela strict sgt dh. Skang aku minum jugak kopi o hai peng. tapi berpada-pada la. the key is moderation people. moderation. Heh.

kalau puasa ke apa, aku biasanya tak dpt la nk minum 4L tu  kan semalaman. So dalam 1.5 liter je la kalau since berbuka smpi tidor.

Itu je la untuk topik kita kali ini. aku rasa semakin macam bagus dengan amalan-amalan diet aku ni. hahahaha. harap-harap berkekalan la gaya hidup sihat ni kan.

Good Luck riri. jgn percaya sangat cakap aku.