Aku janji terhadap diri sendiri akan karang proper entry untuk previous post dan post yang ini.
till then,
rocksetar.
------------------------------------------------------------------------------------------------
Sekarang aku mengotakan janji.
Semalam mendapat satu sms daripada kawan baik aku, riri beleri. Secara tiba-tiba riri beleri tanya aku makan apa for breakfast, lunch & dinner. Kemudian dia tanya pasal apakah yang membakar semangat aku untuk terus mengamalkan gaya hidup sihat (ha ha ha ha), do u snack at work dan samaada aku sudah start training utk marathon bulan 11?
Dengan soalan-soalan panjang begini, jawapan-jawapan adalah sukar diterjemahkan ke dalam sms. Maka aku dengan poyonya berjanji kepada riri beleri untuk menulis entry khas.
Dulu aku berat. Takut nak timbang. Skang Sarkpitt suka ejek aku berat 70kg dulu-dulu (masa dulu tu dia tak berani plak nak ejek aku). Ntah2 sampai, sbb ada sekali aku timbang ialah 68kg. Tapi sbb aku tinggi dan besar, aku slalu yakinkan diri aku bahawa berat itu okay. Cuma..BERAT. dan besar. mcm dugung. kalau terjun swimming pool, rasa cam nangka. uwaaaa. Aku & sugar mami penah buat our own biggest loser contest tp aku gagal je aku rasa. (harap2 dia tak ungkit dia menang unofficially).
After balik Singapore tgk Paramore, aku rasa tak elok utk rockstar (ha ha ha ha) menjadi berat. Rockstar perempuan mesti kurus dan sihat, supaya bertenaga membuat persembahan (ha ha ha ha).
Objectives : Kenapa aku diet dan senaman?
Memula sebab nak kawen. Tapi lama-lama sebab rasa sehat dan fit. So, instead of doing it for the short term period, aku cuba sedaya upaya menjadikan ia sebagai lifestyle. So far Alhamdulillah.
Chapter 1: Makan dan Diet Awal (macam bagus je aku)
Starting 11 March, seriously, memula aku buat Atkins diet. Tapi modified sket sebab Atkins tersangat strict. Susah la nak measure 20g carbs sehari. Tapi aku tinggalkan nasik sekejap, around 1 mth tak sentuh langsung, pastu aku sentuh semula mcm seminggu sekali ke (weekend). Masa tu aku minum a product recommended by
nannoor,
SD Slim nama dia. Sort of hi-protein soy drink. Benda tu buat aku sangat haus, dan energetic. Tapi sebab setin seratus lebih, aku stop after two tins tapi aku nekad la teruskan modified atkins aku and nak tgk hasil dia tanpa sebarang supplement. Around bulan 5, aku tak amek supplement. Tapi one thing yang aku bersyukur bila aku makan SD Slim tu, SD Slim ni buat aku
TERPAKSA mendisiplinkan diri. Sebab harga dia mahal, takkan aku nak spoil diet aku kan? Tapi jangan la minum SD Slim ni pastu gatal2 nak minum teh halia detox ke apa. Cirit birit teruk tanggung la sendiri.
Nannoor ni bagus, aku rasa skang kalo aku nak beli, mesti dia tak kasik dah. Dia tak bagi aku kering kot.
*AKU BUKAN EJEN SD SLIM, KALAU NAK TANYA NANNOOR*
Chapter 2: Sexercise
Exercise itu penting. Diulangi : Penting gila sial. Masa awal-awal tahap gila aku, aku jogging 4-6 sehari. Pastu ada time lagi gila, lepas jog, terus swim. itu paling gila bagi aku la. Masa tu aku start swimming class (konon nak berenang bagaikan duyung di Lang Tengah tapi hanya berjaya menjadi menjadi dugung). Aku akan make sure aku exercise camana keadaan sekali pun. Exercise ni akan buat metabolisme kita jadi tinggi, so kalau makan lebih sket, tak la rasa bersalah sangat. Aku jogging + walking dalam 40 minit sehari je kot. Actually exercise ni sampai sekarang la masih sama pattern, cuma aku tambah jumlah jarak dan masa la skang. Kena la improve. Tau!
Chapter 3 : Cheat
Ini paling aku suka. Ha ha ha ha. Cheat. Aku cheat terhadap diet aku ni ok. Apa maksud cheat? Aku makan nasik + segala makanan tinggi carbohydrate semasa weekend. Ada terms tau untuk diet ni. Nama dia
the cheater's diet. Aku setuju dengan diet ni sebab aku percaya kita kena boost metabolisme kita dgn makan banyak sekali sekala. Kalau tak nnt lagi susah berat nk turun once kita dh reach satu tahap dinamakan weight plateau.
Ikut cheater's diet ni, weekdays ialah hari-hari aku strict la. Walau si rumet tu merengek ajak makan, aku tak pedulik. biar dia order room service tu. ha ha ha. aku pilih cheat masa weekend. nasik lemak ke, nasi beriani ke, segala jenis nasi yang aku teringin. skang aku teringin nasi kukus Awan besar dan nasi lemak sambal kerang. Harus weekend ni aku rembat. makan je tanpa rasa bersalah dan kau akan rasa nasi tu sangat lazat dan nikmat. kalau rasa bersalah, ptg tu pegi la jogging je. senang.
tapi still, time cheat pun harus lah control. Jgn makan nasik lemak 3 pinggan plak.
err penat la. aku sambung next episode boleh?Upcoming chapters for riri beleri
Chapter 4 : Educate Yourself
Chapter 5 : Increase H20
Chapter 6 : Motivation aka Jillian Michaels and Sharkpitt (ha ha ha ha)
Chapter 7 : Diet & Running Partner Tersayang