nuffnang ads

Aug 30, 2010

Kering hatiku

Emosi betul aku ni. Menyampah.

Aku nak jadi hati kering. Best ke jadi hati kering, cam takde perasaan? Cam lantak la apa orang nk cakap, aku buat apa aku suka ha ha ha ha.

Penat dah mengikut kata, dan mengambil hati. Takde sapa pun nak ambil hati aku. Pijak-pijak lagi ada la hati kristal ni. Sobs sobs sobs. Sekali dua kali. Asyik la mengalah. Sampai bila nk mengalah ni?

Bila aku merajuk, cam tak reasonable, tapi kalau pikir balik, ok what aku merajuk, beremosi dsbnya. Tapi merajuk pun takde guna pun. Takde impak pun.

Baik hati kering je.

Aug 26, 2010

Paramore Live in Kuala Lumpur 19 Oct 2010

budak pucat rambut oren bersuara sedap (ihsan Google)


Hadiah birthday paling bermakna tahun ni barangkali?

Paramore datang KL

Selamat berjumpa kembali Hayley Williams. Terima kasih kerana begitu menghargai aku dan Sharkpitt semasa di Singapura tanggal 9 Mac 2010 sehingga akhirnya datang ke tanah air kami.

Menonton Paramore dua kali dalam setahun adalah heaven. Ada orang tanya, ada apa dengan budak putih pucat rambut oren itu? Dia salah faham, aku bukan minat dia, aku minat musik mereka.

So, siapa mahu menonton bersama? Sharkpitt adalah wajib ( sekiranya tidak perlu merantau).

Aug 23, 2010

Nak Try Masuk Larian

Hari Rabu sharkpitt balik yeay yeay. RUMET sila jangan menggatal. Kalau tak aku bocorkan rahsia.

Lepas raya, aku ingat nak join dua marathon. Dua-dua bulan September. Bagus gak. bakar lemak terkumpul semasa hari raya.

Ada dua event la :

1. Run for a cause 2010 organized by Stamford College, 18 Sept, kat Padang depan Amcorp Mall. (10km)
2. Olympic Day Run 2010, kat Dataran Merdeka, 26 Sept. (7.5km)

Aku dh hampir 6 bulan berlari-lari anak dan berjalan. Tapi tak pernah la cecah 7km pun. Paling jauh aku buat 6km. Itu jalan 3km, lari 3km. Blom pernah lari all d way. Harap-harap aku tak semput la. Anyway, aku nk gak try buat 7km before the race day. Ceewahhh. Tapi nk kena cari tempat yg tak hilly mcm Hillpark. Semput gile aku kalau camtu.

Boleh la ajak tunang join lari. Dia kena built up stamina dia. Heheheheee.

Aug 21, 2010

Jangan makan popia basi

Khamis lepas, saya beli popia basah. Lepas terawih, masa lepak tgk tv, saya ajak Rumet makan (lebih kpd paksa Rumet makan). Dia pun makan la popia itu. Dia kata kenapa besar sangat popia tu. Takpe, biarlah dia komen dulu sementara saya habiskan satu kepak ayam.

Lepas tu, saya makan plak popia tu. Segigit je terus saya tak jd makan. Popia tu bau mcm basi, dan rasa x best. Adeh. Pakcik ni jual yg cepat basi la. Sbb tadi masa beli dia tgh gulung2 je popia tu. Ke ada ramuan basi? Tatau la.

Tapi kenapa Rumet makan popia basi???? Kenapa rumet?? Sakit perut kang.

Dia jawab; "sebab aku nk jaga hati kau".

Tskkk. Xoxo rumet.
Sent via BlackBerry from Maxis

Aug 8, 2010

Bersyukur dengan kehidupan

It's been a week now Sharkpitt. Rindu setengah mati je kot. JE?

aku tgk Oprah sambil buat kerja opis. pasal Richard Branson yang kacak dan kaya. Cantek gile pulau dia tu. Haishhhhh. Semuanya open konsep. Bilik air pun open. Bilik tidor pun.

Pastu interview anak-anak dia. Anak-anak dia kata, bapak dia mmg bagi freedom untuk jadi apa je yang diorang nak. Dan bapak dia kata live life to the fullest camtu la..

Aku terpikir, kita selalu cakap live life to the fullest. tapi bila bapak kau ialah richard branson, adalah senang kot nak berkata live life to the fullest dan choose your own path bla bla bla. sbb bapak dia kaya raya, kalau dia kata nak jadi musician, mesti bapak dia bagi full support dan sebagainya. aku kalau aku kata kat bapak aku yang aku nak jadi musician ke, model ke (walaupun awal2 aku kena cantas dengan modeling agency..konpem), mesti bapak aku bangkang. heheheh.

saja je nk merepek. aku bersyukur bapak aku Encik Kamardin. dan mak aku Puan Ishah.

muahs.

dan selamat berpuasa. :)

Aug 7, 2010

Sembilu

Kelam malam..
Sepi melamar kerinduan...

Mari mendengar lagu Ella kuat-kuat di office sempena tiada sesiapa kat opis ni.

For the past few days, i've been acting weird. Mintak maaf to those yang terkena tempias kemurungan dan sakit kepala aku, e.g Geng, Ayang, Rumet, Ejah. Aku sayang korang. Sorry. Aku tak tahan je sakit kepala dan kerja-kerja yang banyak bertan-tan. Jogging pun aku stop kejap sebab aku tak tahan sakit kepala ittew.

Lepas habis seminar hari Isnin ni, aku rasa maybe beban aku kurang sikit dah. Nanti kita bukak puasa sesama eh. Muahs.

Aug 3, 2010

This is not what I expected

Terima kasih bohjan bagi saya sehelai t-shirt hrc dari jakarta. Bohjan memang pandai memahami taste saya. Cantek la. Suka betul hati saya. Muahs muahs slurps slurps.

Saya janji akan tolong bohjan buat kerja sekolah, sbb smlm dh susahkan bohjan angkut saya & ejah ke sana sini. Saya dah cakap awal2, tp bohjan degil nak jugak tolong saya (sebenarnya bohjan nak bersua muka dgn saya kan?kan?kan?)

Okla. Saya rindu Alan & Bohjannya.

Eh, saya rindu Alan vroom vrooom.

Sapik, bole kita beli satu Alan?
Sent via BlackBerry from Maxis