nuffnang ads

Jul 19, 2010

Weekend Week 28 2010

Haish. Kena tinggal lagi. Tiada connection lagi. Aku benci bila dia pergi laut dalam yang menyebabkan tiada hubungan langsung. Email ke, telefon ke, bbm ke. Sedih tahu!Dah la tak tahu berapa lama. Sebulan ke? 3 minggu ke? 2 minggu ke? Tuhan saja yang tahu. 

Icha left us already. Dia dah balik kampung halaman di Jakarta. It was a sad moment for me, saying goodbye to her. Now rumet akan ambik bilik Icha dulu. See how much rumet sayang kitorang? Dah pegi US, balik dah kaya raya, masih nk merempat 243 yang sekangkang kera. Tsk. tsk. 

Yesterday pergi jungle trekking lagi kat Bukit Gasing. Pergi dengan Ejah. Macam haram trek after suspension bridge tu. Nak pengsan aku. the best part is kitorang dh jumpe jalan balik ke Pantai Hillpark daripada Bukit Gasing tu. Next time, tayah nak susah2 bawak kereta ke Bukit Gasing.  Start je trekking dari Pantai Hillpark. Hihihihi.

Tu je la buat bacaan u kalau u tetiba boleh access internet.

Muahs. xoxoxo.

Jul 14, 2010

Pen Merah Pen Biru U Marah Ai Lebiu

Office sangat sunyi. Half daripada colleagues pergi site visit kat Perak.

Mula la aku menjelajah merata sampai ke Thailand, Indonesia, mana-mana tempat yang aku nk tengok la. Menjelajah mencari tempat honeymoon. Hikhikhikhik.

Semalam kan, cuci peti ais bersama-sama.

Tidak dinafikan peti ais tu perlu disental dan dicuci ye. Pelbagai bahan-bahan yang telah berkulat dan patut dibuang seperti bancuhan cucur udang, sambal hijau yang telah menjadi kuning, limau nipis hijau yang juga turut menjadi kuning, susu-susu yang telah tamat tempoh, dsbnya.

Tapi paling tak logik aku pernah jumpa dalam peti ais.

Sebatang pen merah.

Siapa yang nak bekukan pen merah dalam peti ais?

Jul 12, 2010

Bukit Gasing dan Kursus Kahwin


entrance to Hutan Pendidikan Bukit Gasing


the view from Observation Tower


kasut yang berjasa dan dapat dikesan dari jarak 1km


bawak ni sebab banyak nyamuk besar yang celaka

Last weekend ialah a very well spent weekend. Pagi sabtu, aku and sharkpitt pergi jungle trekking kat Bukit Gasing for the first time ever. Lalu je kat Jalan Gasing tu, then nampak sign board pegi Bukit Gasing. Banyak gile kereta parking ok. Tapi bila trekking tu, takde la sesak macam kat shopping complex. Tak sesak langsung. 

Disebabkan kat sini dah ada trail, senang je nak pegi ke satu-satu tempat tu. Ikut je sign board, and jalan yang dah ada. TAPI. TAPI. aku ingat mudah gile eh. Aku ingat KACANG je panjat sini. Rupa-rupanya berpeluh betina sakan la aku. 5 minit aku dah pancit. Hohohohoho.

Tak pegi pun bukit yang nampak Pantai Panorama tu, sebab aku rasa sangat jauh je, dan petang aku ada kursus kahwin kat Masjid Negara. So, dapat la 1 jam je trekking but puas hati gile ahhhh. Sangat-sangat berpeluh la. Nanti nak conquer Bukit Pantai Panorama tu plak. Tunggu!




Last but not least..terimalah Fresh Graduate Kursus Kahwin. 





It's a sad ending. But it's ok.

There goes my hero
Watch him as he goes
There goes my hero
He's ordinary

kudos my hero leaving all the best
You know my hero, the one that's on

"My Hero : Foo Fighters"

To Netherlands, with love. 
 

Jul 8, 2010

Meneroka Bukit Gasing Nak?


aku suka bercerita pasal 4km challenge aku ni. okla, rename, 4.8km challenge. arrow merah tu mewakili path yang aku lari dan jalan sejauh 4.8km (secar ulang alik la ye). Macam la jauh sangat kan? Tapi dari kecil la kita nak melangkah ke arah yang lebih besar. Dari segi ini, dari dekat la baru boleh berlari lebih jauh. Takkan awal2 terus je nk bagi 10km. Mesti la mati.

aritu masa kat hujung tu, aku tanya Sharkpitt. Bukit apa eh tu? (dalam bulatan kaler kuning).

dia kata tatau. arini aku google earthkan kawasan tu.

owhhh..kawasan Hutan Pendidikan Bukit Gasing rupanya. Yang aku bulatkan tu, Bukit Kerinchi. 

Ok jom kita teroka kawasan ni nak? Dekat je dengan rumah. Teeheeee :)

Jul 7, 2010

A Sleepy Anies Needs Angry Birds


tapi saya rasa nak layan ini seketika buat pembuka mata


Dear Brain. i mean dead brain.


What happened to my brain today?

Masa lunch tadi, my lunch mate bagitau yang aku kata akak kedai tu tomboy masa akak tu lintas depan aku. But seriously i dont remember saying anything about her. 

Pagi tadi, aku amek penutup bekas air aku tapi aku nak tutup mug aku. 

Otak aku malfunction today. Owh i need to sleep. Enjoying the victory.

So, apa lagi music untuk wake me up? No Linkin Park okeh. 

4km challenge

Holland won this early morning. When somebody else smells shit, i am just enjoying the sweet smell of victory. Nope, it's not just somebody else. It's my rumet. hikhikhik. Anyway, thanks for waking me up, and enjoy ok makan rambutan ketika Holland sedang sedap leading 3-1. But u missed the drama la rumet, how Uruguay fought back. But, maybe bukan rezeki Uruguay tp rezeki The Oranje. HAHAHAHAHAHAHA. btw, rumet is not into Uruguay but she'll do just anything to hurt me , including supporting Uruguay (especially since her Argentina lost to Germany).

So tonight we'll see who will meet the Oranje in the final. I hope it's Germany, so that if Holland kalah, aku tau Holland kalah pada team yang hebat. Alasan, but takpe. Seeing Holland being the no.2 best team in the world pun ok. I don't expect much. Hehehe. Macam la aku coach.
 -------------------------------------------------------------------------------------------------
Anyway, harini aku timbang berat aku lagi. Aku garu-garu mata gak la kali ni. Macam tak percaya. Apakah? Heeeee. Almost there bebeh. Almost there. Teehee.Alhamdulillah. At first, masa aku start dieting, my aim is to lost weight. But lama-lama, rasa macam best hidup secara sihat. I still control what i eat, sebab i have like 1-2 kg lagi to lose, but even after that, aku rasa hidup sihat ni is becoming my lifestyle. Pergh macam bagus, hahahaha. Tapi hey, siapa sangka makan salad utk dinner ialah sangat mengenyangkan. The craving for nasi is not even there. Hopefully it'll last :)

Yesterday aku tukar workout routine aku (chee, workout la konon). Selalu aku lari around 2km lebih, but yesterday aku tukar jadi 4km challenge. Supposedly, 2km of running and 2km of walking. But end up aku buat larian 2.8km and walking of 2.0km. Fuhh. Nak tercabut kepala lutut, so im gonna give myself a rest today. After that, Sharkpitt Oliver buat salad lagi. Sedap plak tu. Boleh la buat lagi. Hehehehe. He loves experimenting with different ingredients, tp tak pernah pun jadi rasa yang pelik sehingga tak dapat makan. Ok je semua, sedap je.

Semua ni gara-gara healthytippingpoint.com la nie.

----------------------------------------------------------------------------------------------------

MAY THE FORCE BE WITH YOU, GERMANY.

if not, mari bunuh Paul.

Jul 5, 2010

Nothing On You Babe.

Owh hujung minggu yang penuh emosi.

  1. The Oranje menang. Menang ke atas Brazil. Aku tak sangka betol. Manis sungguh kemenangan the Oranje itu. Aku sungguh tak sangka.
  2. Dik Kak selamat melahirkan anak ketiga. Sangat kecil. 2.1 kg. Tapi mcm sangat comel je. Lesung pipit macam aku. Sebab tu comel. Kah kah kah.
  3. Air mata aku ni kadang-kadang macam air terjun. Sensitif gile, especially bab-bab yang aku cepat terasa, especially dengan mak aku. Kadang-kadang bukan niat nak melawan atau biadap, tapi kadang-kadang bila terasa hati, mula la kan. Sampai hari ni aku still tak recover mood air mata seperti air terjun ni. Tapi mak tatau pun. Ayah je sedar aku lain sikit, pastu ayah pujuk la dengan cara dia la. Mak tau ke buat tatau ha? Entahlah.
  4. Ramalan Paul benar belaka. Sorry rumet, kau punya Messi memang messy. and what's with Germany and 4 goals? Asyik-asyik 4 goal. Hmmm. 
  5. Come on Week 27 of the year. Bagi aku ceria sikit la minggu ni.