nuffnang ads

Jun 30, 2010

World Cup Episode 4

Paul The Octopus.

Paul the Octopus kata, German akan menang ke atas Argentina.

Maybe Paul ni berat sebelah sebab dia duduk kat Germany. Kang kena hantar balik UK, mesti dia kena cincang buat sotong goreng tepung sebab haritu dia predict England kalah.

Tapi, aku pun sama side dengan Paul. Aku harap ramalan Paul benar belaka.

Jun 28, 2010

Garbage #4

Terpaksa memakai baju mengandung akak aku untuk ke opis ialah tak kelakar.

Last weekend aku pergi berjalan-jalan dengan keluarga sambil menghantar dua anak buah aku ke ceruk-ceruk Malaysia ni. Seronok jugak dah lama tak lepak-lepak dengan family. Yang adik beradik lelaki aku, hanya abang aku je ada. Lagi 2 abg dan the only adik lelaki aku tak ikut. Adik perempuan aku mmg takyah harap la. Tak guna punya adik perempuan!! Aku benci kauuuuu!

Harini aku takde baju nak gi keje sbb semalam tido umah akak aku. Aku godek-godek baju kurung dia, semua macam lawa sangat tak sesuai ke opis.

Aku godek baju skema dia. Takde gak. Hanya baju pregnant dia rasa muat nk pakai sbb dia kecil orangnya.

Skang pukul 11. Aku dh rimas sebab baju ni asyik2 nak ke belakang je. huh.

Jun 25, 2010

Garbage #3

tatau la sakit apa lagi paling sakit.

sakit hati.

period pain.

sakit gigi.


sekarang aku sangat sakit gigi + rasa nak demam sebab aku rasa dijangkiti ni.

sakitttttttttttttttttttttttttttt la. fakkkkkkkkk sakit gilaaaaaaaaaaaaaa.

Garbage #2

1. Semalam aku upgrade ipod aku. Wahhhhhh habis semua lagu aku. Sebab aku takde backup. Tskkkk. Bagus gak. Apps pelik-pelik dah takde. Selamat ipod aku tak masuk neraka.

2. Hujung minggu ni ialah masa utk adab sopan. Mak bapak aku datang. Segala bentuk pendedahan aurat tidak digalakkan. Cuba la kalau nk mak aku bebel. Alhamdulillah. Aku bukan hipokrit. Aku jaga adab. Hehehehe.

3. Pen aku dah kembali. Secara magis. Itu untung letak nama kat pen. Kecoh sial aku. Bukan pen Mont Blanc pun. Pen Kilometrico je.


    World Cup Episode 3

    Melihat pemain Italy menangis teresak-esak buat aku sedih. Sedikit.

    Tapi tu la. Awal-awal tanak main bersungguh-sungguh tau. Sobs.

    Anyway, Holland mendapat their third win semalam. Fuh. Lega. Semoga diorang tabah la dalam perlawanan seterusnya.

    Go the Oranje.

    Jun 24, 2010

    World Cup Episode 2

    England akhirnya layak ke round of 16. Bersama USA. harap-harap kena belasah teruk. Ha ha ha ha.

    Aku lagi suka USA. Apsal? Diorang main bersungguh-sungguh. Especially anak coach dan itu Donovan. Aku menangis tau tgk US lawan Algeria haritu. Diorang dgt bersemangat waja.

    Ok dah. Aku lapar. Takde sapa nk belanja, so belanja diri sendiri je.

    Aku ada RM65 untuk meneruskan kehidupan

    So bila dah tinggal RM65, apa yg perlu kita lakukan?

    1. Jangan keluar berjalan merata. Dok kat umah diam-diam tengok bola. Banyak berjalan banyak duit keluar. Nak tuang minyak lagi. Walaupun ada kredit kad, elakkan penggunaan kredit kad.
    2. Jangan makan macam duit berkepuk. Makan la telur ke, salad ke, (kalau duit banyak pun aku makan camni gak, so takde beza).
    3. Masa lunch hour kat opis, masa makan tu, tayah nak order minuman mahal spt sirap laici ke, tembikai laici gelas besar ke. Minum air kosong je. Takde calories. Dan murah. 
    4. Suruh orang belanja makan. 
    So, sapa nak belanja aku makan?

    Jun 23, 2010

    Garbage #1

    1. Punca utama ipod/iphone korang akan masuk neraka ialah sebab korang install application seperti Sex Position atau iKamasutra. Hah! Kalau dah kawen takpe tau. Jadi rumet, dan shikin, buang la application mengarut tu. Ish ish ish.

    2. Sasha ketinggalan keretapi jauh gile. Gara-gara dia bersalin. Kejar sasha. Kekasih aku dah naik pangkat jadi sugar mami la Sha. Aku tak tumpang populariti ok. Bukan dia Cameron Diaz pun, berlakon dengan Tom Cruise. Aku tumpang geli hati tengok macam-macam la orang kata kat dia. Pandai-pandai je manusia ni nak judge orang lain tau, nak-nak orang yg tak pernah kenal pun dia. Yang kenal ni pun malas nk judge, yg orang asing suka mengata tak ketahuan hala. Weih. Defensiveeeeeeee sial aku.

    3. Pen aku kat opis ni hilang lagi. walaupun dh letak nama, dan aku sorang je pakai pen camtu. aku nak bajet sorang ni, yg selalu dtg dok tempat orang, pastu tinggal pen dia, amek pen orang. dia tak curik, dia pelupa. pulangkannnnnn laaaaaaa pena mata bola aku tu. beli kat carrefour dapat 3 la. huh.

    Thesis oh Thesis

    Semalam aku pegi jumpa Dr. W, supervisor thesis aku.

    Mengingatkan aku pada Dr S, supervisor thesis aku masa kat UM. Kecil-kecil cili padi. Mulut lahar berapi. Dr S baik hati bagi aku A, lebih kepada aku rasa aku pun deserve la dapat A untuk thesis aku. Nah ambik kau, aku pun nak berlagak pandai. Asyik korang je berlagak super pandai, aku pun nak la.

    Aku dapat tajuk yang aku suka, aku interested gila, memang apa yang aku nak la. Alhamdulillah. 

    Tapi tu semua tak penting untuk diceritakan, cukupla aku berlagak sket. Aku cakap bukan korang tau pun. 

    Yang penting, masa aku duduk tu, Dr W cakap sumthing. 
    "Eh..awak dulu bukan GEMOK ke? Sekarang awak dah slim la, ke saya yang tak ingat, maklumlah last kelas dengan awak setahun lebih dah."

    Heyyyy, takdelah aku GEMOKKKK gile dulu. Tsk.

    Jun 20, 2010

    World Cup Episode 1

    Let's talk football.

    Tahniah Holland. Berjaya menang dua-dua game so far. Harap-harap layak la masuk semi ke. Aku tak harap banyak la.

    Ok lain team boleh blah.

    Sekian update bolasepak.

    Kahwin Episode 3

    Saturday aku tak busy langsung. Morning jog, kemas rumah,  evening jog, tgk bola, tido.

    But Sunday was a totally different story.

    I was supposed to meet Riri at 10am, tapi dilanjutkan ke pukul 1pm atas alasan2 teknikal seperti bangun lewat.

    Kami pergi Jakel bertiga, dengan Emma. Awat taktau Emma buat perangai tapi still cute as usual. Emma kau memang kiut aku rasa nak gigit cuping telinga tu tau.

    Pergi Jakel beli baju raya. This is so not me, beli baju awal. Tapi Riri beli baju raya dia, baju raya Emma. Kami target beli cotton je, tapi aku tak plak beli cotton. Saja kali ni aku rasa nak baju stailo. Stailo ke? Perasan je aku. 

    Then we went to Jalan Pudu. Tempah teruih baju kami. Dengan baju nikah sekali aku tempah. Aku tak mampu nk tempah kat tailor yang mahal. So, bila Riri recommend this tailor (which is also recommended by Peachy, yang sehingga sekarang menjadi idola aku), terus aku setuju je. Who is Peachy? Peachy tu kakak Riri yang memang bijak, cantik dan elegan. Hi Peachy. Tetiba. 

    After that we went to errrr..Mydin. Hehehe. Mydin aku nak beli brown paper bag. See, im so tight on budget. So, aku nak buat doorgift secara DIY je. Hehehe. Dan di Mydin, aku dah jumpa the perfect brown paper bag aku. Hehehe. Murah beb, 100 pcs = RM3.20. Pheewit. Jimat belanja i uols.

    Tu je  la pengembaraaan aku pada hari ni. 

    Till we meet again Riri and Emma. 30 August 2010. Gonna miss u guys. *bole bukak puasa sekali :) *

    Jun 18, 2010

    Salad Kambing

    So apa jadi dengan Salad Ayam Kerbau aku semalam?

    Jadi salad kambing.

    Aku yang kambing, bukan salad tu. Sebab aku malas. Lagipun tak sempat. Aku balik pergi Carrefour kat The Sphere, beli ayam, beli salad, beli mayonis, beli Hot Pepper McCormick.

    Last-last aku marinate je ayam tu, pastu aku gi jogging. Aku tak reti la kalau tak jogging. Nanti aku rasa lain. 

    Balik tu aku tengok tv. Pastu aku goreng ayam marinate aku. Aku carik2 salad tu, campuq mayonis, pastu aku makan. Serious rasa macam kambing. And ayam aku tasteless. Uwaaaa. Apa yg kurang eh? Garam kot.

    Sebab tu, aku tak nak letak gambar. Tunggu la..aku nak buat strawberry and nutella crepe. tungguuuuu!

    Jun 17, 2010

    Salad Ayam Kerbau

    Pantang bercakap dengan Peah, mesti nak sentuh pasal makanan.

    Sharkpitt takde, so menandakan tiada acara makan malam di luar (fuhh lega jugak, makan kat luar ni aku lemah sket). So aku search la makanan yang ringkas dan mudah dan senang untuk orang malas macam aku. Jumpa dah apa yang sesuai untuk dimakan semasa menonton aksi Argentina menentang Korea malam ini. Harap-harap aku cukup rajin la (kalau senang macam ni pun malas, memang susah la, camane nk masak untuk laki aku nanti).

    So malam ni aku nak masak...

    Jeng jeng jeng..

    Salad Ayam Kerbau

    Ahhh masak la sangat setakat buat salad.

    Jun 16, 2010

    Sementara Tunggu Kesayangans

    Can we pretend that airplanes
    In the night sky
    Are like shooting stars
    I could really use a wish right now (wish right now, wish right now)
    (BoB feat. Hayley Williams from Paramore).

    Hayley Williams. Berduet dengan hip hop artist. Nice.

    Damn aku suka gila lagu ni. Jogging sambil dengar lagu ni. Best siot. Tak sangka aku layan lagu hip hop. Maybe sebab Hayley Williams but this is a very nice song indeed.

    Mana la dua orang kesayangan aku ni. Kata nak gi makan at 8pm. Kensel kang haaaaa. 

    World Cup. Aku suka Holland tapi tengok diorang main haritu macam tak convincing la. So far aku suka gila tengok Germany main. Tak sia-sia aku dapt jersey Germany tiruan. Tiruan tapi kain sedap gile bawak gi jogging tak panas langsung. Best. 

    Harini aku cirit birit ni. So aku belom makan apa-apa sampai sekarang. Siap MC. Letih dan sakit perut. So boleh aku tau, kenapa dua orang ni mengambil masa yang lama sangat nak bersiap dan balik dari ofis. Aku makan Snickers separuh je kot sepanjang hari. Cepatlaaaaaaaaaaaaa. Uwaaaaaaaaaaaa....

    Okla. nak tgk game Chile vs Honduras. Malam ni Spain. Harap-harap dapat tengok Spain main dengan hebat. Show me quality football please.

    Ciao.

    ps: bila Eclipse keluar nie? Aku dah gian nak tengok citer Vampire.

    Kahwin Episode 2

    It's been 3 months. 3 months of healthy life. No nasik. Jogging every day kalau tidak ada halangan hujan dan emosi.

    Ada a few kilos lagi aku nak buang tapi daripada bahan bacaan aku, it's okay to lose the last 5 pounds slow and steady. So nanti takde la berlaku yo-yo effect. So far so good. Alhamdulillah. Walau kadang-kadang masa weekend aku selalu bagi excuse untuk makan nasi (especially masa balik kampung), tapi masa balik KL, aku cepat-cepat get back on track and monitor weight aku semula. Sekarang target aku nk lose 1kg 1 month and then aku nk jaga makan and exercise je macam sekarang. Fuh. Gud luck to myself.

    So apa cer aku balik kampung?

    Kami pegi tengok baju kawin, hantaran dan terbeli jam tangan terus for our wedding. Malangnya jam yang aku nak takde extra stock and yg ada tu rosak plak jarum second dia. Beli jam Sharkpitt je la. Takpe. Carik  kat KL, but definitely cheaper la beli kat Duty Free Complex kat Padang Besar tu. Balik sini aku check online, still lagi murah beli kat Padang Besar. Puas hati aku. 

    Pastu aku tengok-tengok gak benda nk amek idea untuk hantaran. Ahah. Ada la idea aku. Aku tak boleh nk upah orang tlg buatkan, bajet aku takde untuk tempah hantaran, so nampak gayanya aku terpaksa perah keringat Bik Jah tersayang. Janji tak yah basuh toilet dah. huahuahuahuaa.

    Minggu ni aku ingat nak survey tempat tempah baju nikah. Aku ni cepat sangat ke? Aku saja buat cepat-cepat sebab tak nak kalut last minute (pastu kena maki). Baik aku buat cepat-cepat, dan mana tau masa depan nnt aku busy dgn thesis ke. Lagipun esok Sharkpitt pergi lagi, so aku lega sebab barang2 dia aku rasa 80% dah cukup untuk hantaran. So bab hantaran aku lega dah. Tinggal nk uruskan baju-baju dan gift. Tu je yg tinggal.

    Ok cukup untuk setakat ni pasal kawen.

    Iklan : Muka aku masuk Mangga sebab sugar mami aku tunang dengan artis. HUAHUAHUA.

    Jun 11, 2010

    Hey hey U U UUUUUUUUU i lulussssssss

    Seperti yang aku jangka.

    keputusan exam aku bukan lah sesuatu yang boleh dibanggakan. Hahahaha. Hey salah siapa haaa? Cuba kira berapa kali diri sendiri ponteng kelas dengan pelbagai alasan kepada diri sendiri? Alasan-alasan defensive seperti 1. aku takde mood la nak pegi kelas 2. lecturer tu ajar bosan 3. assignment tak siap so aku malas nak pegi kelas 4. tunang aku nk gi offshore, so aku nak lepak dengan dia. Semua ALASAN-ALASAN je. Lebih tepat aku cakap ialah AKU MALAS. habis cerita.

    So aku sebenarnya dah agak result aku mcm ni. Malah lebih teruk aku agak aku gagal. Punyalah keyakinan diri berada di paras bahaya. Padan muka kutuk lecturer. Jahat mulut ni. Ada ke cakap muka lecturer macam The Faun cerita Narnia tu, yang nama Mr Tumnus. Kuang ajar tau. Ampunkan saya lecturer.

    Macam mana pun, aku syukur. Aku lulus. Tak payah repeat apa-apa subject. Since aku start first sem. Dengan gangguan-gangguan sepanjang aku belajar, dengan gangguan mahkluk halus yang suka cakap pis pis, dengan masalah-masalah jiwa.

    Cakap macam dah habis belajar. Huahuauahauhauahuahau.

    Sebenarnya aku dh tayah gi kelas. Pas ni aku just focus on thesis.

    Suckssssssss weih pegi kelas. Aku dah tua. Tak larat nk gi kelas pkl 530 - 10.00pm lepas kerja dah.

    Perlu Ada Keyakinan Diri

    Bosan dah dengan awan larat yang bertakhta di sini selama setahun lebih.

    I want sumthing yg aku sendiri senang nak baca.

    Beralih kepada fusion.

    Nampak plain and cheap.

    hmmmmm.

    To be continued.

    Jun 10, 2010

    Sugar Mami

    Oh mai god.

    Susah betul nak check result pada hari pertama dan jam pertama. Asyik busy je server.

    Maklumlah, UiTM kan universiti paling banyak kampus kat Malaysia ni. Patutla jammed.

    Dah la aku berdebar-debar je kali ni. Hinsssss. Tolong la jangan ada berita buruk buat diri saya ini. Amiinnn.

    Sementara menantikan keputusan dan waktu lunch tamat, mari lah mengomel. Semalam kami pergi cari barang-barang yang boleh dibeli dahulu. Sebenarnya, aku je beli untuk dia. Cas sugar mami sedas. Cam bawak anak ikan jalan-jalan belanja. "Sayang, u nak apa? Bagitau je kat mami nooo. Nanti mami swipe". Hihihi. Barang paling susah aku nk beli ialah perfume. Aku dari dulu suka satu perfume je. Satu ni jeeeeee yang aku paling suka. Itu ialah Lacoste - Touch of Pink. 

    Tapi macam tak best la kan. Pakai satu perfume berzaman-zaman. Sbb tu masa tunang aku amek Perfume Paris Hilton yang ada pheromone tu. Hehehehehehehehehe. Gediks.

    Tapi semalam, hati terpaut semula kat Touch of Pink. Maybe sebab aku suka bau fruity floral tu kot. 

    Last-last aku pening. Sharkpitt dapat perfume dia. 

    Aku dapat bau kopi je.

    Jun 9, 2010

    The Oranje

    GO HOLLAND!

    GO HOLLAND!

    GO HOLLAND!

    Pasukan Pilihan aku. Jersey Holland dah ada. Ptg ni ada yang gi carik muffler Holland kat kedai Nike kang.

    Pop My Head

    Kenapa aku muat turun lagu Justin Bieber? Kenapa? Kenapa. Forgive me.

    Kenapa aku jua muat turun lagu Katy Perry? Kenapa? Kenapa. But Peah kata itu ok, sbb bf dia kelakar. And Katy Perry ialah hot dan comel. Hey lagu dia not bad apa.

    Kenapa aku muat turun lagu Jay Sean? baby are u down down down dowwwwnnnnn

    Ke mana jiwa lagu bising ni? ke mana?

    Beri ruang untuk jiwa aku menikmati lagu pop masa kini.

    Selagi aku belum muat turun lagu Lady Gaga kira ok la tu.

    *sebenarnya sebab dah ada lagu Lady Gaga. Ngahaha.

    Jun 8, 2010

    Syukur

    SYUKUR ALHAMDULILLAH.


    Allah tu Maha Pemurah dan Maha Mengasihani kan. 

    Terima kasih. 

    Jun 5, 2010

    Kahwin Episode 1

    saya pun nak kawen.

    tadi shida selamat melangsungkan perkahwinan dengan kekasihnya. hihihihi. Congrats shida. Sangat grand ye pelamin dan bilik, hihihihi.

    tinggal lagi 6 bulan untuk segala persiapan. saya terpaksa menggunakan masa yang ada ni sebab tunang saya kadang-kadang (most of the time je skang ni) tinggalkan saya.

    menggunakan checklist yg diberi oleh Lucy Diamond, saya jadikan panduan. Sekurang-kurangnya saya dah tak blur. dan idea untuk doorgift dh ada dalam kepala otak, cuma nak cuba jadikan kenyataan. I need u Bikjah for our weekend project! 

    Susah btol nak plan majlis sendiri. time sugar mami saya bertunang, saya rasa senang je buat kerja. mungkin sebab bila tlg uruskan hal orang, saya lebih berdisiplin. mai kat diri sendiri, saya malas. apa kena la dengan saya nie. hahahaha. atau mungkin sbb dia sugar mami saya, kalau org lain kurang la peduli saya. wat faking eva.

    Barang2 hantaran semua saya dh decide, cuma mungkin tanak beli lagi sebab saya rasa awal sangat. Boleh ke rasa awal sangat? 6 bulan lagi, lama lagi.

    Photographer pun saya rasa dh cocok dan sesuai skali. Saya nak pilih kawan lama saya sebagai photographer saya. dulu masa saya konvo, dia tlg amek gambar for free. saya ingat lagi saya penah kata kat dia, kalau aku kawen, aku nak ko amek gambar. saya harap dia excited utk shooting saya, tp sila bagi arahan supaya gigi taring saya ni tak gatal2 nak keluar sangat. susah tau ada gigi taring yang suka terkeluar. ye la, ada orang kata manis, mmg la. cuba jadi aku, kadang2 rasa tak manis langsung. dulu ada cita-cita nak cabut je gigi taring tu. tp kang..takpela. gigi dh le mmg dh tak cukup gara-gara dua geraham dh kena cabut dulu.

    tetiba citer gigi apa pasal? 

    saya nak pegi kusus kawen dalam bulan ni jugak. bulan lapan dh nak puasa. pastu saya nk kurangkan berat badan lagi dalam 3kg. setakat ni Alhamdulillah saya dh kurus, tapi apasal la peha saya macam beyonce. geram btol. tp btol gak, hampir 3 dekad saya bela lemak di situ. it takes time. sedapkan hati sendiri.

    ok la. esok saya busy. tp kalau sugar mami nak ajak gi genting minum kopi panas pkl 12 pagi, saya teruja. rindu la nak karaoke dgn sugar mami. suara dia mcm penyanyi Destiny's Child yang paling tak sedap.

    Jun 3, 2010

    Lang Tengah Dalam Kenangan


    Ini trip kali kedua ke Pulau bersama housemates 243.

    Kami pilih Pulau Lang Tengah.

    Drive ke Merang selama beberapa jam (7 jam ke? Malas nak kira). Park kat sana. RM10 sehari. Ada bumbung. 

    Naik bot sejam baru sampai Lang Tengah.

    Pulau yang tenang, air yang sangat-sangat cantik, chalet yang ok (ada aircond kira ok la tu). Bab makan tu aku no komen, sebab bagi aku ok je makanan dia. Lain orang lain selera. Sekadar cukup buat perut aku kenyang dan bagi aku tenaga, then bagi aku dah ok dah. 

    Snorkeling sekeliling pulau ialah gagal. Coral mati, ikan kurang. But overall, ok la.
    Bagi aku, Pulau ni best. Especially kalau nak ketenangan jiwa. Seriously. Takde sapa nak kacau kau. Relaks je. Peaceful gile. Dgn langit biru, air jernih, malam dengan bulan yang penuh, cahaya bulan menyinari alam. Ahhhh.Tenangnya. Nak nak kalau pergi dengan geng-geng yang best, dan kalau pergi dgn org tercinta lagi laaaa. hahahahahaahhaha.

    *Gambar courtesy of Geng tersayang
    Ok la. Recommended la pulau ni untuk ketenangan jiwa selepas penat bekerja.