nuffnang ads

Apr 27, 2010

Bumbu desa bersama Ash

Ayam cabe ijo, ayam bakar, sambal udang, terung, nasi. Nyum n... on Twitpic

 (kalau tak nampak gambor tu click to enlarge la ye. aku amek dari twitpic je. maleh)

Hari Ahad lepas Ash belanja aku (setelah dipaksa oleh aku) di Bumbu Desa. Kitorang makan ayam cabe ijo, ayam bakar, sambal udang, terung, dan jeng jeng jeng, nasik. hihihi. Sedap la jugak walaupun aku rasa variety of food kat Bumbu Desa di Bandung lagi sedap. Tapi kan, sambal-sambal dia tu memang powerful la. Suka aku. Suka gile sambal ijau yang pedas tu.

Harga dia aku tatau sbb aku tak bayar. hikhikhik. Tapi ada org cakap agak mahal la. Mengikut sumber yang boleh dipercayai dan kuat makan, ikan talapia sekor = 16.90, ayam tu dalam 8.90, nasik dalam 2.90, sotong goreng sepinggan dalam 12.90.Drinks dalam 5.90 kot. Kalau tak silap la.

Akhirnya kenyang perut suka la hati. Shikin banje ais krim plak lepas tu kan. Wahhh nikmat dunia. Mekasih shikin. 

Balik tu aku terpaksa berjogging dengan lebih intensif. hiyakkkk.


Apr 22, 2010

Belajar Bahasa Arab

Aku selalu rasa belajar Bahasa Arab ialah sesuatu yang susah. Mengaji boleh, tapi bile belajar Bahasa Arab itu macam sangat la susah.

Akibatnya, masa exam, aku lagi rela menghafal karangan. Tibai hafal je karangan apa-apa. Asalkan ada benda nak tulis. Kadang-kadang, dah hafal karangan pasal "pulang ke kampung" tapi tiba-tiba keluar tajuk "kereta baru bapa saya" ke, konpem menggelabah. Eh, kereta dalam bahasa Arab apa eh?

Tapi, rupa-rupanya Bahasa Icelandic lagi susah.

Nak sebut nama volcano dia yang meletup tu pun susah. canne nak sebut ni = Eyjafjallaj√∂kull. 


ok, kesimpulannye, Bahasa Arab lagi mudah dan indah dari Icelandic.

Makan Telur Ayam

Saya bukan cerewet.

Saya suka makan. Tapi ada benda-benda memang saya tak diajar untuk makan.
  1. organ dalaman seperti hati, paru, pedal, perut, lidah, mata, usus, buah pinggang, dan sebagainya.
  2. ikan air tawar seperti ikan keli, ikan puyu, ikan talapia.
  3. telur separuh masak.
  4. keow tiaw goreng.
Semalam, saya cuba makan telur separuh masak dua biji sorang-sorang.

5 minit saya makan dalam 5 sudu tak habis-habis lalu saya give up and i give the telor to Mr Shark.

Tak sampai berapa saat dah habis dah dia teguk dengan selamba.

dan saya menangis hiba sebab rasa telur tu linger lama dalam mulut. takpe, lain kali cuba lagi.

takde motif punye entry.

Saya rindu membebel dalam blog tapi saya masih sibuk. babai.

Apr 19, 2010

Busy tapi belum kurus.

Busy.

Busy dengan kehidupan. Menguruskan pembelajaran (yang asyik dok dapat markah sikit je ni, zaman kejatuhan dh sampai kot..huahuahua), menguruskan perkahwinan (perkahwinan orang lain..huahuahua), menguruskan badan (yg asyik-asyik terbabas je).

Tu jela.

Nanti ada benda syiok syiok baru la share.

Selamat menguruskan kehidupan.

Oh ye, tahniah kepada Debbie Bam Bam yang selamat melahirkan anak perempuan beliau. Muahssss.

Apr 9, 2010

Sengih Macam Kerang Busuk

Semalam muka aku ketat. Macam cipap masam (bukan ayat aku).

Harini happy aku gile sangat nie. sangat happy. Tahap happy aku mmg equal dgn tahap aku muka ketat.

Define happiness.

Today, my car kena major service. Total : RM850. Happy? Yes i am. At least i know, insyaAllah, that car wont cause me trouble in the middle of nowhere ke apa ke. (walaupun sedey bayar kena swipe dulu). sobs.

Happiness.

ialah bila kita tau, no matter what, gemok ke, hodoh ke, pendek ke, tinggi ke, comot ke, selekeh ke, ada orang-orang yang care pasal kite. masalah bodoh ke, masalah pandai ke, these ppl entertain jugak. 

Happiness.

bila orang-orang kesayangan tak habis-habis bagi sokongan moral. setiap ketika. apabila diperlukan, atau ketika tidak diperlukan. dan bentuk sokongan moral tu sangatlah tak dijangka. dan sangat bersyukur. Alhamdulillah setelah bergelumang dalam taik, ada orang-orang yang sayang aku. Terharu sungguh-sungguh nie.

Happiness.

ialah ketika tengok rakan serumah buat tarian gelek arab dan kami ketawa berguling-guling atas lantai. diselang seli dengan ada orang yang gelak "oink". u know who u r.

Happynyeeee Ya Allah. dah lama aku tak happy camni. Rasa high je. Hihihihihi. Berenang pun rasa cam berenang kat awan.

Thank God for my handsome angel.

Thank God for my beautiful angel.

Thank God for Geng, Ayang & Ejah.

Thank God for 243.

Thank u God!!!!

KAH KAH KAH KAH JIWANG NAK MATI. 

Apr 5, 2010

Pertandingan Bintang Besar

Kompeni kami ada satu annual event bertaraf American Idol (kompeni ko ada? Oh, Petronas ada. kot?)

Juri-juri ialah penonton merangkap colleagues aku la, judges ialah managing director dari setiap satu anak syarikat. 

Setiap anak syarikat wajib hantar satu penyertaan (idol apa kena paksa? gila tak idol). Kalu tak, boss kena masuk. Maka, boss saya buat offer. Sapa masuk, menang, dia nak kasik double itu prize.

Aku tak kata pun nak masuk (tipu, aku selalu cakap kat rakan-rakan makan aku yang aku nak try once aku ada gitar). Tapi, macam biasalah. Mana nak berani.

Tapi kawan aku gatal mulut, bgtau semua orang masa meeting. dia kata aku nak masuk. Belum register aku dah darah gemuruh. 

Berpeluh-peluh ni sambil taip citer ni (bukan sebab gemuruh, sebab panas plak malam nie).

Nadrul, tolong. Sobs.

Kalau aku masuk, aku janji akan letak video kat sini. Bole tgk aksi aku jadi Kolbi Kellei. sapa jadi Jason nie? Entah2 Jason Lim. Sobs.