nuffnang ads

Mar 23, 2010

Camel Toe and Britney Spears

Semalam aku buat status kat facebook. Aku mendambakan lekuk di bawah perut macam Britney Spears. Tau tak lekuk yang mana? Jap nak google.

Hmmm. Susah la nak cari gambar perut Britney. Tapi macam Pink ni la.Yeahhhh.

So, bile letak status camtu, a few of my friends responded (yang kebiasaannya ialah menganjeng la kan).




Komen Baizura buat aku tertanya-tanya. camel toe? apa tu camel toe? nasib baik tak buat bodoh sombong, layan balik camni ke " haah, camel toe, cam Britney punye tu. cantek kan? smart gile. merembes".

Disebabkan tak puas hati, pagi ni sampai opis perkara pertama aku google ialah Camel Toe. 

dah tau jawapan tu, aku bagi link dia balik kat Baizura. 

Ini tindak balas dari computer beliau.

This website has been blocked.

Website: ( http://thickgirls.files.wordpress.com/2008/02/camel-toe-panties.jpg )

The reason that you have been block is "Adult/Sexually Explicit" category is not allowed in your policy.

So now i know what is camel toe, pada umur 28++ tahun. Sigh. Naive. hukhukhuk.

Mar 22, 2010

Fast Track To $$$$$

Jika...

1. setiap kali login facebook dapat seratus ringgit, maka, kenapa perlu nak bekerja? dok la rumah, goyang kaki. login sehari 3 kali. sebulan dh 3*30*100. sila kira.

2. boleh kaya tanpa mengeluarkan sepuluh sen pun dari poket sendiri, dan keuntungan beratus-ratus ribu, maka, seperi di atas, tak perlu la kerja teruk-teruk nak bayar hutang.


Maka,


aku memilih untuk bekerja.


*tapi kalau ada bukti, nak gak tengok. hahaha. eh sapa tanak goyang kaki kat umah bina badan?

** sorry aku sgt skeptikal terhadap benda-benda macam ni sbb pernah terkena dgn kawan2 sendiri.

Mar 20, 2010

Lock, Stock and Stuck.



Semalam aku layan satu citer ni. Tajuk dia : Lock, Stock and Two Smoking Barrels.Filem ni arahan Guy Ritchie. (Arahan????hahah. lantakla. Diarahkan? apa apa la).

Layan eh citer nie. Dah 20 minit aku tgk, makin layan. Mula la aku rasa nak amek selimut, baring kat sofa dengan tenang, dan menonton sampai habis. Suka weh English accent diorang tu. Merembes. Seksi gile. 

Masuk minit ke 35, aku dh maki hamun. 

"Fuck ahhh. Bodoh. Ahhh. Malasss ahh nak tengok.Potong ahhh. Takde mood ahhh nak tengokkk."

DVD tu stuck. Tepat di minit 35. 

Cinta BTS

Ada sebuah bandar. Namanya Bandar Tasik Selatan. Seringkali dikaitkan dengan satu lagu rock kapak.

Tapi sebenarnya bandar ni ngak punya apa-apa. Kecuali deretan office dan kedai makan yang seringkali bertukar wajah dan pemilik (tatau la sebab tak laku ke sebab tak sedap ke..ntah tatau). Sangap la bandar nie. Bangunan tinggi tak ada, bank-bank yang femes takde, kfc takde, mcdonald's takde. Apa-apa pun takde kecuali office aku yang megah (muahahahaha).
Tapi heran.

Tak kesah la weekend ke, weekdays ke..bila-bila la.

Parking sentiasa cibai.

Mar 19, 2010

Kerjaya Impian Saya

Bosan bila terkenang kerjaya impian saya kira-kira 18 tahun lepas.

1. saintis
2. polis
3. doktor

Bila umur 29 tahun nie, seronok plak kerjaya impian yang baru. Sudah semestinya kerjaya seperti saintis, doktor, polis, cikgu, engineer semua saya tolak ke tepi. Kena ada kerjaya yang best, supaya tetiba semua orang menyesal tak terpikir menjadikan itu sebagai kerjaya impian. 
Kerjaya Impian Saya ialah menjadi Samantha Brown. Sebab, passport saya masih banyak page yang kosong dan saya belum lagi menjejakkan kaki ke negara Eropah nie. Dem. Best gile jadi dia. Reason saya bodoh, tp pedulik apa. Tetap ingin menjadi Samantha Brown.

Mari kita lihat kerjaya-kerjaya impian kawan saya yang lain.

Puan Sara :* kerjaya impian saya : fashion/beauty writer or foodtographer/reviewer - walaupun saye tak reti masak, tak stylo, dan juga baru pegi facial 2 kali seumur hidup saye hahaha dan juga assistant samantha brown or ian wright *

Tengok, dia pun nak jadi assisstant saya.

Cik risik artis : kerjaya impian saya: menjadi bini bill gates. hari2 kerja saya shopping je. bleh hire samantha brown

Turut nak hire saya. Laku sungguh aku nie.

Puan Buyung : kerjaya impian: seperti kim kardashian atau paris hilton walaupun tidak mempunyai bapa yang kaya ranap mahupun high profile..

konpem la nak kawan dengan Samantha Brown kan? 

tapi yang sorang ni mmg out sket kerjaya impian dia. Sangat fiction.

Buihdream job : Horatio Cane. 

Biarlah. dia mmg camni.  
 

Mar 18, 2010

Boss Ni Kadang-Kadang Comel

Aku terus terang la kan.

Kadang-kadang bila boss panggil masuk bilik, sentiasa rasa akan ada masalah. Biasanya masalah mengenai hal kerja. Jarang sekali hal peribadi dibincangkan dengan boss.

Tadi boss panggil.

Seperti biasa, akan rasa sedikit gusar. Ada kerja baru ke? Kerja tak bagus ke?

Tapi, bile duduk je, boss tunjuk iTunes kat monitor dia.

"Cuba u tengok jap. I ada beli application ni kat iTunes, tapi tak boleh nk masuk dalam iPhone saya".

Selepas keluar dari bilik boss, rasa bangga dapat menyelesaikan masalah mudah boss.

Itulah antara tugas IT Committee. (walaupun setelah letak jawatan).

Kenyang Ke?

Wahhh.

Penangan apakah?

Harini cuba makan nasik. Cuba la konon tapi sebenarnya sangat teringin makan nasi. Sukatan ialah satu senduk malu-malu. Ok. Sangat sikit ok. Dalam 8 sudu makan la kot. Macam biasa, makan daging dan sayur. Apakah perut aku dh terer nak adjust kadar pemakanan yang sedikit? Wahhh wahhh wahhhhh.

Tapi tak lalu la. Macam, akhirnya makan dalam 3 sudu kot? Ke 4?

Owh pagi tadi meeting dah makan mee goreng rupanya. Kuikuikui. Patutla kenyang semacam.

Pergila tengok belon kat Putrajaya. Cantek. Nak amek gambar, tp tak sempat sebab asyik lampu isyarat kaler hijau.

Ok skang nk minum green tea. Bluergh.

Malam ni nak jadi ikan duyung. Harap-harap tak berubah menjadi dugung terdampar.

Mar 17, 2010

We Are Paramore!!


Lewat bagi ulasan. Gambar juga jauh.

Paramore. 07 March 2010. Singapore.

Walaupun tak dapat tiket standing, tapi tetap berbaloi-baloi. Sound system yang mantap. Crowd yang best. Stadium sangat penuh. Orang ramai macam ulat tong sampah. Hikhikhik.

Sangat lenguh kaki sebab berjalan sepanjang hari. Pancit sungguh. Sampai sekarang tak lalu makan sebab penat tu (tipu).

Suara Hayley Williams kadang-kadang out but who cares? Ini rock konsert, bukan concert Mariah Carey mahupun konsert Akademi Fantasia.

Depan kami ada satu kapel Caucasian (saja poyo nk guna perkataan ni, cam rumet). Diorg bawak anak dua orang. Sorang terkinja-kinja, sorang lagi dok diam baca buku masa concert. Aku pun berangan jadi macam kapel tu, bawak anak tgk concert rock.Cool.

Anyway, malas nk cerita panjang sbb dh basi. Apa apa pun, PARAMORE ROCKSSSSSSSS. Sila datang Kuala Lumpur kalau ada masa ye.

Mar 12, 2010

Jawatan Kosong Di Company Aku

GIS Executive
(Kuala Lumpur)

Responsibilities:
• Able to analyse data in GIS in relation to hydrological and hydraulic analysis.
• Knowledge in GIS database development, data collection and conversion, development and manipulation using GIS software
• Possess good technical writing skills, organizational and problem-solving skills
 
Requirements:
  • Candidate must possess at least a Bachelor's Degree, Post Graduate Diploma, Professional Degree, Engineering (Civil), Geographical Science or equivalent.
  • Required skill(s): Arc Info, Gis Application.
  • Required language(s): Bahasa Malaysia, English
  • At least 1 year(s) of working experience in the related field is required for this position.
  • Preferably Junior Executives specializing in Engineering - Others or equivalent.
  • Full-Time positions available.
Full ads : http://my.jobstreet.com/jobs/2010/3/default/10/996970.htm?fr=J

Mar 11, 2010

Yikessss.

Harini saya telah terlambat menghantar Sapik ke airport. Gara-gara saya tido balik 15 minit selepas dikejutkan. akibatnya, saya telah diberi tugasan menghantar luggage beliau secara pos laju ke Miri. Terima kasih Meon kerana membantu. Broha juga. Maafkan saya Sapik. lepas nie saya janji tak buat lagi, tu pun kalau masih sudi dihantar oleh saya instead of cab. Sobs.

Semalam, dia dgn baik hati telah membelikan saya surgery tape untuk menampal Konihimitsu itu (akibat dari kepandaian diri sendiri..yang telah diblogkan sebelum ini).

Mari kita lihat.


ini ialah pad yang masih suci murni sebelum ditempek di tapak kaki aku yang cantek putih berseri.


dan ini setelah beberapa jam dipakai. yikes. berlendir-lendir.

mungkin sbb pakai guna surgery tape, maka tak berapa sekata. apa perasaan selepas itu? 

biasa je. 

cuma skang rasa lebey sehat setelah mengurangkan nescafe dan memilih untuk minum green tea. dan nasik sedikit sahaja pada tengahari membuatkan rasa mengantuk selepas lunch adalah zero. yeeehaaaaa. 

teringin nak detox la. semoga berjaya mendapatkan tubuh badan langsing Uma Thurman.

bole pakai suit Kill Bill sambil bersiul.

Mar 10, 2010

Bantu Saya Mendapatkan Pakaian Renang Seksi

Hmmmm.

Aku kebosanan. aku bukak email. ada email untuk buat duit? apakah?

haha. Youthsays kata satu click dia bagi 20 sen. wah. bole buat beli pakaian renang la.

nah nah click nie. supaya aku dapat beli pakaian renang yang sexy berjenama Billabong.


Duit Pakaian Renang Seksi

Aku Bebas Toksin (Not)

Aku nak tulis pasal Singapore dan Paramore. but nak tulis tu aku kena amek mood betol-betol supaya nampak best. (walaupun mmg best).

Aku sekarang nak berdiet dan hidup secara sihat semula memandangkan Sharkpitt dah  nak belayar esok (so aku takdela terikut-ikut nak makan nasik kandaq tengah-tengah malam, tp lebih kepada aku mencari alasan untuk menyalahkan seseorang atas kegemukan aku).

Semalam pergi The Gardens. Siang tu aku punyalah tak makan karbohidrat, siap makan sup daging sahaja dengan teh o limau suam lagi. tapi dah smpi gardens, aku beli donat la, caramel ice blended la, then lepas tgk anak buah baru Sharkpitt, aku makan satay kajang plak. Diet gile aku. Gila ahhh diet aku. Ok ok. harini aku diet.

Sebenarnya nak cerita benda lain. Semalam aku beli Konihimitsu (betol ke nie) yang health pad tu. Excited la nak pakai kan nak expel waste kejadah. Badan aku penuh toksin ni. Aku yakin. Pastu smlm lepas jemput housemate aku kat KL Sentral pkl 130 pagi, aku pakai la benda tu (dalam masa yg sgt mengantuk). Aku yakin lepas bangun tido, pad tu jadi hitam melegam la.

Aku bangun harini dgn konfiden.

Tengok tengok putih berseri je. Aikkkkkk..TAKKANNNNNNN la aku takde toksin dalam badan. Cheeeeeeeeeeee. Two thumbs up. Aku tak puas hati. Aku baca balik kotak dia.

Hikhikhikhik.

Aku tak letak yang benda nak serap toksin tu la. Aku letak PELEKAT  dia SAHAJA. Camane pelekat dia nk buang waste dr badan aku?

Hehehehe. Malam ni aku lekat dengan selotep je la.

Mar 1, 2010

Oh My God!!

 

Terima kasih Bapak Jerung. Bela jerung lagi elok dari bela lembu.

Sengih-sengih sampai ke telinga.

Mencari Teman Wanita Yang Rock

 
tertinggal plak idola aku lagi sorang
Saya rasa saya perlukan teman wanita yang rock (dan suka rockclimbing).

Sapa nk teman saya pegi concert kalau tunang saya blah nanti? Siapa? Siapa? (menangis sambil kesat hingus yang dah berbelon kat lubang hidung).

Kalau la ada teman wanita mcm diorang nie..



Orianthi


 Kay Hanley - Letters to Cleo

Dolores - the Cranberries



Courtney Love - Hole

Saya tak kesah tunang saya tak ikut Paramore (kesah sebenarnya). Sobsss.

Nadrul, sudi ke jadi teman wanita i yang rock?