Kami nak belajar berenang. Ingat anak-anak, kelas pertama kita ialah Khamis depan ye. Sila sediakan swimming suit yang bersesuaian, jangan yang menjolok mata coach. nanti luka mata coach tu, camane dia nak ajar berenang?
Saya ada beberapa sebab saya nak berenang-renang ke tepian.
- menguruskan badan barangkali. saya perlukan kaedah senaman yang tidak boring.
- saya nak belajar teknik renang yang betol.
- saya boring tido diulit selulit di paha.
- saya nak pergi pulau lagi sekali tahun ni. harap-harap dapat snorkeling tanpa pakai life jacket dan berlagak dive ke arah clown fish yang tak kelakar.
- lepas tu saya berangan nak amek diving license.
- sebab saya nak honeymoon kat Australia
- kalau pandai berenang, barulah bergaya pakai tupis. barulah bergaya baywatch.
Jadi, lepas ni saya ada sukan baru. barulah dapat menggunakan kemudahan swimming pool di apartment dengan berlagak. selalu saya main kolam kanak-kanak paras lutut je.mungkin kalau rumet dan ejah, diorang masih lagi boleh menggunakan kemudahan swimming pool kanak2 walaupun sudah mahir berenang. Berenang kat kolam kanak-kanak pun dah paras leher. Kesian.
Apa daa orang kampung umah tepi sungai, belakang laut tapi tak reti berenang. Memalukan.
Kalau Kelly Osbourne boleh menjadi kurus, kami juga boleh!!









