nuffnang ads

Jan 21, 2010

Ini Groupie Saturday 400


Rasa nak pegi IKEA, beli frame, dann gantung gambar ini dengan bangganya. Atau letak sebelah katil, atas meja, tiap-tiap kali nk tidor, belek-belek, pastu senyum sorang-sorang. (Thanks to buih).

Canteknye guitar tu. Berkilat-kilat disinari lampu.  Itu la guitar baru aku. Nama dia blom kasik lagi. Bunyi dia sedap. Tong dia besar, Peah kata tong besar projection bunyi lebih kuat.

Ok la. On la Saturday 400. Jom prektis kat taman sampai kena halau dengan Bangla.

Jan 19, 2010

Saturday 400 Third Cover Album



Nampak tak apa yang aku nampak? Thanks En Guitarist.

Frust

Semalam aku balik berkobar-kobar.

Aku angkat gitar tong, aku bukak laptop (yang sgt jarang dibuat sekarang), aku carik chord lagu Malibu by Hole.

Jeng jeng jeng. Owh jadik. sedap. Walaupun jari aku sakit gile sebab guitar tu sangat sakit untuk dimain. Even golongan semi pro pun berkata bahawasanya gitar itu tak sesuai. Mungkin sesuai buat props.

Pkl 830 groupie aku smpi dengan guitarist/bassist.

Pkl 915 sampai Bentley.

Tapi mulut kedai tu dah hampir separuh tutup. Hanya nampak bayang-bayang guitar.

Owhh aku punya frust tu sampai aku makan nasi ayam kat Uptown la. Hancur diet.

Jan 14, 2010

Saturday 400



No Bandage, no Plaster, No Queens of Kerinchi, No Anies atas Pentas, No Escapist,  whatsoever.

Meet Saturday 400.

Photo ihsan  En Buih.

Apa lagi takde ni eh? Drummer? B, u nk jadi drummer aka pembuat hantaran kan?

Shafik jadi groupie. Meon jadi penulis lirik. Shikin & Geng jadi vocalist ke? Anxo Angel will always be an angel :)

Jan 9, 2010

I am not writing to CLEO magazine

When my Gtalk status is " Letters to Cleo", bukan bermaksud i am writing to CLEO magazine. Itu bermaksud I am listening to music from "Letters to Cleo" :) *apa daaa Sasha*.




I hope one day boleh ada satu band sendiri  and boleh perform dekat company dinner pun ok :)
Ok dah. Download Letters To Cleo Habis-habisan malam ini!

*sedey tau mak datang KL tak bgtau aku. tsk tsk tsk.

MENCARI 10 YANG HEBAT



Mau tonton yang ini jugak. Listed as top movie for the last decade. 

After Pulp Fiction, harus tonton yang ini. Or maybe after the lesbian vampire killer movie. 

Jan 7, 2010

Robot Asmara @ Borneo Part II

Memandangkan semalam aku ialah emo, aku mencari hiburan untuk keluar dari ruang lingkup emo. So, Robot Asmara main kat Borneo untuk Fly FM Campur Chart Goes Live. What can i say? Robot Asmara memang awesome. Diorang main semua lagu dalam EP tu, so 5 songs la. And they are friendly as well. Harap-harap cepat la diorang keluar album. 

Support the Local Industry weih.




 aku and Tom  and Helina from Robot Asmara


aku sengaja crop gambar-gambar aku tu. Buruk. Aku dah la buat bulu mata 2010 (bak kata Peah). Peah pun ada tulis gak pasal aktiviti di Borneo semalam. Tapi dia tanak kaver Robot Asmara. Ko kejam Peah.

Ngarut-ngarut aplication fesbuk ni tau.

what the eff the application baling bantal kat facebook tu?

so tadi aku delete orang yang suka baling bantal nie. menyemak gila. ingat habis comey la baling-baling bantal tuh? tak comey, tak kelakar dan faking annoying.

segala jenis application ngarut-ngarut la. peluk la, cium la, baling la, gentel la, ramas la, poke la.

penampar nak?

aku tak emo la. saja buat2 emo. nanti aku nak citer pasal Robot Asmara yang superb. Haha.

"Robot Asmara genre apa beb?"

Gua pun tatau. Hahaha.

Jan 6, 2010

Kau Memang Kejam

Diet sangat kejam. Dia ganggu mood aku dua hari. Kadang-kadang aku terbayang nasik kukus, kadang-kadang teringat mee goreng mamak. Kadang-kadang rasa nk makan KFC. Kadang-kadang nak makan laksa.

Oh diet.

Exercise perlukan tenaga tapi kalau tak makan mana nak bertenaga kan kan kan.

Satu lagi alasan untuk makan. Im craving for nescafe, roti kosong and everything in between.

Dan rasa nak makan nasi lemak Yati 223. Sangat lazat, panas, dan bandung dia mmg terbaik dalam kelasnya.

Shit. Kelas! Malam ni kelas dah bermula dan sebagai pelajar yang nak score 4.0 sem nie, saya memilih untuk ponteng kelas. Minggu add and drop adalah alasan baik untuk ponteng kelas. Sila amalkan untuk score 4.0.

Kelas tak boleh nk pergi kan, tapi malam ni rasa nak gi ronggeng mak minah la. See you there people. Rrraaauuu. No worries. F.O.C.

Jan 5, 2010

HAPPY BIRTHDAY SAYANG :)

Dia sangat istimewa juga dalam hidup aku.

Dia ada ketika aku susah, dan senang. Ketika aku sedar, dan ketika aku tak jadi diri aku.  Ketika aku kering, dan ketika aku poket berkepuk.

Eh dah la. Bab ngarut serah kat gua la kan.


SAYANG TAK PERLU MENYATAKAN SEBAB-SEBAB KENAPA KITA SAYANG ORANG LA.

ok la kekasih no 2, semoga umur you yang ke 23 ni akan mematangkan u, kurang emosi, kurang meroyan, tapi lebih duit, lebih gembira dan lebih segala-gala yang baik.

Sayang dia nieee :). sangat.

Thanks Mimi from Stoodle. Dia yang punye design le :)


Jan 2, 2010

Rumet , Mana Kau? Sensasi Ni!!!



We are totally different, satu ketot, halus, mulus, jawa. Satu tinggi, kurus, slim, cantek, siamese. (kah kah kah)

Tp yang penting kami tak steal masing2 punye limelight. Ha ha ha ha ha. New year aku bermula dgn baik, just dengan kepulangan ko :)




and now, sangat mengisi masa lapang hari kedua new year dengan berita-berita panasssss dan menariksss.

Jan 1, 2010

Cerita Tahun Baru

Kami tengok bunga api kat KL Sentral. Sangat dekat. Jarak paling dekat aku penah tgk bunga api New Year. And rasa sangat metro sebab ada LRT lintas-lintas. ah ah ah.

Pastu rumet sangat teringin nk berjalan-jalan di bandaraya. Kami pergi Pavillion pkl 130 pagi. Sekali lagi merasa metro lepak Starbucks pukul 2 pagi.

Then rumet ajak aku n Ejah makan-makan bersama kawan dia di Concorde. First time aku valet parking. Rasa mcm Neo aku menjadi Ferrari. Kodi gak aku ni. Ha ha ha ha. Ah ah ah ah.

Lepas tu, aku and rumet tertido kepenatan di atas sofa pukul 515 pagi.  Aku konon-konon nak subuh dulu pun tertido.

Pagi-pagi buta rumet dh suruh aku mandi hantar dia balik Sepang. Geng pun join. Aku sangat penat. Lepas makan kat umah dia, aku tertido kat sofa umah kakak dia tu. Despite sedara mara dia yang ramai, anak-anak buah dia yang tgk tv, adik dia yang duduk betol-betol depan aku, aku tido gak. Tak larat gile.

Pastu aku mimpi. Aku mimpi aku dan geng kena rogol dengan mamat-mamat singapore lepas konsert. Aku jerit, "tolong, tolong". Dan aku terjerit halus "ahhhhhhhhh" betul-betul depan geng aku. Fak mesti dia bahankan aku dua tiga hari.

Kami balik dengan tank aku yang dh nak kering. Gelabah cari stesen minyak. Fak jugak la jalan sepang to kl tak byk stesen minyak, atau kami memang buta Sepang.

Balik aku sental toilet aku dengan clorox, mop dapor lantai dengan clorox, pastu aku accidentally delete HP Media Smart aku yang menyebabkan webcam aku tak boleh berfungsi ni. Sekarang aku tgh tunggu download driver ni selesai. 1.5 jam ye. Sucks.

Ye ini cerita new year aku. Produktif dan sangat Tak Ani*S.

Happy Second Day of New Year Everybody.