nuffnang ads

Dec 29, 2009

Robot Asmara @ Borneo



Robot Asmara @ Borneo la 6 January 2010. Yeah.

Hanya untukmu nyonya

Hmmm. Nyonya Mansur. Aku ingat ada dalam cerita P. Ramlee je.

Rupanya kat alam maya pun ada. Ok. Apa tadi kau cakap kat aku?

nyonya_mansur09 has left a new comment on your post "Sial dan Bosan Sedap Disebut Bersama":

mulut lu nih muntah pekataan yg xelok aje..lu nih dh nk berumahtangge kan...so...

Teruk sangat ke aku muntah perkataan tak elok nie? Sial, Faak dan sebagainye? Tu ke? Ke Butoh dan Gampang? Kalau lu paham bahasa Indonesia, lu tau la maksud butoh and gampang. Apa masalah gua nak kawen dengan perkataan-perkataan yang keluar dari mulut gua?

Orang kawen takleh mencarut ke? Orang kawen tak elok mencarut? Lu silap sebab kacau gua harini. Gua PMS tahap dewa makan pil nk kurus. Kalau bole, kalau lu singgah lagi kat sini, gua mintak lu habiskan ayat lu.So..so apa? So what i'm still a rockstar? 

Gua tak suruh pun lu baca blog nie. Kalau lu rasa ada content tak bagus untuk otak lu yang bersih, suci dan murni, lu jangan singgah. Boleh? Pergi baca forum-forum agama. Baca paper arus perdana ke. Lagi elok. 

Penat la harini layan benda-benda tak elok nie. Cukup ah gua dibebankan dengan benda lain. Lu tayah nk jadi bahan gua.

eh, ke lu saja nk provoke gua eh? 

kalau lu saja nk provoke gua, nk tgk gua tulis entry2 bangang mcm nie, mmg lu tau kelemahan gua la kan. Hebat sial lu. OOps. sorry. sial tu perkataan tak elok ke yg gua muntah?

Gua letih la membebel. Bye nyonya. Lu memang cipet, p&HGUG, LIHGJUFOUGIGPIGPIHJIPJP, JGUGFUFUFUFU, dhffdsgfidghdighdsp, fidsfyieyeihfdsbvs, bjsvisvhidsghdsghds[god. 

Sekian.Pandai2 la lu terjemah.




bahasa indonesia

SEMUA NI AKU CAKAP DALAM BAHASA YANG PERLU INTERPRETASI SENDIRI.

SAMBIL MENDENGAR DANGDUT :

BUTOH.

GAMPANG.

OK DAH.

FAKER.

Dec 28, 2009

Sial dan Bosan Sedap Disebut Bersama

Bosan sial
mejadi pengikut, macam pak turut.
Bila aku pulak nak jadi raja?

Bosan sial
berlakon naive. padahal shaitan beraja di hati aku.
Insaflah weih.

Bosan sial.
Bila semua aku cakap salah.
Kau tau tau konsep "aku hanya nak dengar apa aku nak dengar untuk masa ini?"?

Bosan sial.
Kadang-kadang aku menjadi orang lain.
semata-mata nk hilangkan kebosanan.

Bosan sial.
Even bila di tempat ramai orang dan muzik bingit. kalau jiwa aku kosong, memang aku bosan.

Aku bosan sial.
Asyik ulang sejarah yang sama.

Bosan sial.

Sial la aku bosan.

Aku nak pergi bertapa.

Best Best Best

Cuti lepas dihabiskan dengan best.

Khamis malam : Stuck dalam jem. Borneo kasik cover charge rm80. Last skali lepak mana ntah konon nak cucuk lelangit tp pack macam haram. Bayar mahal, bersidai kat luar, ambik gambar. Last-last makan roti naan je. Best kan?

Jumaat : Bangun pukul 1.30. Ada bibik tetiba rajin nak masak. Malam tak gi memana. Pegi minum kopi je. Best kan? Ada orang nk kasik tiket Avatar pun aku malas. Tlg jgn ajak aku tengok wayang, atau bagi aku tiket wayang. Aku malas buat masa sekarang.

Sabtu : Pegi Rock The World. Terlepas Robot Asmara. Lepak khemah VIP, tapi haram tak best. Yang best ialah masuk free dan parking free. Hujan plak tu. Then band-band yang ok main dua lagu je. DUA LAGU JE? Nasib baik Yuna best. Dah le miss Pesawat untuk kesekian kalinya. Balik awal sebab nk balik Ampang. Best kan?

Ahad : Jaga anak smpi pkl 4. Pkl 430 lepak la, pedicure la, makan la. Dah le pedicure tak berkualiti, mahal plak tu. Yang best ialah usha buntut mamat kacak. Best kan?

Dan paling best, badan aku naik balik. Faaakkk. 

Dec 25, 2009

Kembar Tujuh Di Muka Bumi

Aku, Ayang and Geng pegi makan kat sebuah restoran mewah di Pantai Dalam.

Geng aku tanya. "Gambar BS tu cantek ah. Dia ada amek gambar camtu ke? Bile? Bogel?"

Setiap orang dikatakan ada lagi 6 orang yang sama muka dia kat muka bumi ini. So, gambar BS tu, mungkin perempuan itu salah seorang dr 6 orang yang sama muka dengan dia di muka bumi.

So, Geng aku ada 3 orang yang muka sama dengan dia, 2 di Malaysia dan 1 di US.

Ni geng aku. Nama dia mary jen.



Kite tengok kembar dia yang di US dulu.



ada la kan rupa dia ngan Beyonce. Sket-sket ah. Kat mana tu susah plak nk carik.

yang di malaysia pulak,



sangat sama kan? kan?

tapi yang paling sama muka dengan dia di Malaysia ni ialah .....




Sumpah sama gile.

Dec 24, 2009

Paramore Live in Singapore



it's official. they are coming. 7 march 2010. singapore indoor stadium.

Aku ada berazam tanak ke oversea next year. Tapi, too hard to resist la diorang ni. Sangat tempting. The flight ticket is only RM103 (return). The concert ticket lagi mahal dari tiket flight.

Rasa nk book tiket flight sekarang. Sorang-sorang pun lantak la. Bila lagi nak ke Singapore. Dan murah.

Ok sekarang nak beli tshirt dia secara online. Ada orang US nak balik. Weehooooo. Woohooooooo.

oh ashek, Hayley tak pakai oversized tshirt. seluar ketat yes. but not oversized tshirt.


Dec 23, 2009

Still in Love with Krabi

Remember aku pernah pegi Krabi? For me, Krabi was awesome. Jangan salah paham dan menyelewengkan fakta kenapa aku tulis entry ni. Takde masa aku nk reminisce benda-benda lama, except that it was fun la pergi Krabi, especially if you go with the right person yang adventure dan tak negative. Kalau diberi peluang dan ada duit lebih, i'll definitely go back. Tapi sekarang ni, tak guna aku pegi tempat yg sama dua kali la kan. Baik pegi get high kat Amsterdam.

At Maya Bay, tempat shooting Citer "The Beach", kitorang jumpa satu batu yang unik. If ko duduk at the right angle, ko akan dapat gambar seperti di bawah. Gambar ini natural. So apakah batu ini dapat menceritakan tentang gaya hidup di sana? hikhik.

Sebenarnya aku dah lama nk tunjuk gambar nie. tapi aku malas. tp hari ni aku stress. lantak la. kah kah kah kah. hey hey jgn tuduh aku pervert. everytime u point a finger to me, i'll point u to the mirror.


Dec 21, 2009

Saiko SMS

"Jikalau anda boleh tahan nikmati koleksi Video Peribadiku yang hebat, sila balas Ya. Warning! Hanya untuk umur 18 tahun ke atas"

Apakah? Tak suka tau dpt sms murahan macam nie. On Chenta la, On Panas la, wadehel?

Tgk kat internet sudah. tiub merah ada.

Dec 17, 2009

Dasar engineer yang super hebat

Penat penat penat gile.

Aku rasa macam baru balik main futsal. Main futsal pun tak sepenat ini.

Aku nk balik kerja tadi. On the way gi parking, aku call la kekasih no 2 aku nie. Saja gedik. Clingy. Pastu dia ajak tolong tukar wiper dia. Okla, since Astro dengan office aku sekangkang rumet je. Aku gagah la pegi. Lagipun katanya kekasih no 2, takkan la aku nak biar.

Then, sampai mesti la berlagak macho. Aku kan engineer yang hebat. Setakat nak tukar wiper, kamonn. Pejam mata je. Mungkin dia terlalu bimbo, tatau tukar wiper.

Tapi, jangkaan aku meleset. KETAT nak mati ok wiper dia. Sebilah tu aku nk bukak amek masa 20-30 minit. Menitik-nitik peluh betina garit aku. Dah le aku pakai serba hitam. Lagi la panas. Dia plak dah siap keluarkan garfu plastik, rodok dengan kunci kereta la apa la.

Last sekali, aku dengan tenang berjaya keluarkan sebilah. Kepuasan dia? Perghhh, tak dpt digambarkan dengan perkataan. Macam baru lepas ehem. Puas gile dpt keluarkan wiper yang super ketat tu. Itu baru sebelah. Yang lagi satu lagi la bapaaakkkk la ketat. U bagi makan jamu apa siot. Ketatttt.

Akhirnya, mcm biasa, kalau dasar engineer hebat, aku la yang berjaya keluarkan. Tapi nk pasang pun satu hal, ketat nak mati jugak la.Pasang tak betul jugak akhirnya. Tapi better than nothing.

Ramai je lelaki lalu lalang, tapi semua bertindak seperti lalang. Buat bodoh je, Hey kamonnn..dua awek hot tgh terkial-kial, bantuan pun tak hulur? Teringat masa kete aku rosak kat Jln Sultan Ismail,tolak sendiri jugak. Nasib baik ada sorang lelaki MAT saleh yang tolong. Haish. Lelaki sekarang tak perihatin sial. Bukan semua la. ada je yg baik.

Ok sekarang aku dh super penat. Selepas bertungkus lumus. Sayang, tak perlu buat apa-apa. I mmg suka berkhidmat untuk kesejahteraan u. :)

Muse & Safetty Net

Muse.

Ada orang kata aku muse dia untuk update blog. Bile sembang-sembang dgn aku, dia dpt idea nk blog. Sebenarnya idea aku dia curik. Bukan aku ni muse. Ko tu pencurik. Kah kah kah. Anyway, thanks. Seronok juga menjadi muse.

aku : kenapa ko idolakan aku
dia: bukan idola, you are my muse
aku: oh ye, muse
dia: my artistic inspiration

gile ah. aku rasa sangat dihargai.


Safety Net.

Orang yang sama seperti di atas. Selalu gelabah bile aku tak online. Carik aku merata. Sms aku, cakap rindu aku. Sayang sgt kat aku kot. Tapi rupa-rupanya aku hanyalah safety net. Kah kah kah kah.

                        dia : yup
the thot ko ade onlinemcm safety net dr jadi gila meroyan
  sbb kalo nak ngadu
  hoi kan kau je 
So dalam satu hari aku boleh jadi muse. dan juga safety net. Apa-apa pun, ko tau aku sayang kau tanpa prejudis. Ok?

So what am i to you? Kah kah kah


Mencari Joy

Harini bukak email. pastu banyak gile notification dari Baizura. Apasal Baizura meroyan ke? Tgk lagi sekali, owhh, ada 2 Baizura rupanya.Dua-dua Noor Baizura, tapi nama bapak lain lain.

B, Baizura kawan ni pun lahir bulan 1. Demit. Hahaha. Tapi date sama dengan i. Hikhikhik.

Kawan baik aku masa sekolah Labu pun nama Baizura la. Tapi panggil dia Joy. Apsal eh Jujui? Sebab buku Budak Setan tu eh? Joy (aku lagi suka panggil dia Jujui), ko tau tak aku tak suka ko masa Form One? Hahahah.
Kita start baik masa Form 3 ek? Tapi mmg ini kawan susah senang la time sekolah. Masuk UM, Jujui pun masuk UM. Kiranya masa tu inseparable la kan. Hahaha. Konon. Sedapkan ayat.

tatau apsal nk tulis psl Joy, padahal no fon, email, facebook semua ada.orang tua mmg suka ingat kawan-kawan lama. nak feeling tua. faaak dh tua.


Nah sebagai hiburan, aku bagi tgk gambar masa aku form 5. bapak la selekeh. Aku ni baru bangun tido ke apa nie? Apa-apa pun aku mmg ratu tido kat sekolah. Takde masalah. Tido sampai tudung kedut gile, pastu smpi Awhere jolok hidung aku dgn pen. Bodoh punye Awhere. Ish dah le masa tu Form 5. Nama kelas aku paling huduh. 5 Jingga. aku rasa mcm  budak kelas sains paling mangkuk kot masuk 5 Jingga nie. Kodi gile. Gambar ni masa kitorang punya malam Sumbangsih. Dalam gambar semua dh kawen kecuali aku and CEO. Anak murid aku dah jadi CEO sial.

Haish rindu la kat JOYah sport ni. Meh Joy meh. Kite gosip meh.

Dec 15, 2009

100 hari pantang ke? Hoh.

Harini hari bertemu rakan Labu.

Dah lama tak lepak betul-betul dengan rakan Labu. Seronok dpt mengutuk diri masing-masing. and dapatkan tips perkahwinan dan tips alam rumah tangga. Hahahaha. Weih aku nk menang ratu kawen lambat weh. Kah kah kah. Hahaha.

Tapi ada satu pesanan yang aku igt. 100 hari tau anness, 100 hari. Wow peringatan.

Tolong buat countdown dekat facebook aku nanti.

Alhamdulillah untuk satu berita gembira yang aku tanak war-warkan. kah kah kah kah. kelepak kelepung.

Dec 13, 2009

Orianthi vs Me.

Apa yang menyamakan aku dengan Orianthi?

Fringe kami. Yang lain, semua Orianthi menang. Bagi aku, lagu sgt biasa. Sayang. Tapi, dia memang hebat.

Orang kalau takde idea nak blogging, memang suka letak Video Youtube.



Kalau tgk official video to this song, sila perhatikan guitar hitam dia yang ad studded tu. Sgt keren.

Mood aku sangat Orianthi sekarang.

Dec 9, 2009

Lagu Jiwa Kacau

Lagu apa kau dengar masa jiwa kau kacau?

Dulu aku suka lagu Indo. Merayu-rayu, mendayu-dayu, lelaki main kayu tiga, perempuan pulang ke pangkuan kekasih lama, bla bla bla.

Sekarang, aku pilih lagu-lagu rock. metal. sebab kalau dgr lagu sebak mendayu, nnt aku hanyut pulak. Berderai-derai air mata pun buat apa. Aku yang bastard. Bukan dia.

Sejujurnya, bacaan Al-Quran lebih bagus didengar. Tapi kenapa masih pilih lagu gila?

Entry ini belong di sini. Kahkah.

Aku punya lagu tema minggu ini : Marilyn Manson : New Model No 15. Ok ciao. Gua sebok.

Dec 8, 2009

Jangan Datang Sini Lagi Tau

Sapa hack blog aku dan menulis entry jiwang di bawah??

Maafkan la dia tuh. Dia tengah meroyan. Aku bagi dia peluang buat curahan hati.

Lain kali jangan menyebok kat sini lagi, pergi tulis kat blog kamu yang penuh entry "puitis" kamu tu ye.

Muahs. U know i love you.

Curahan Hati kah Ini?

Terabai, diabai dan mengabaikan. Lost dalam dunia kalut yang aku conteng sendiri kanvas putihnya.(heran macam mana kadang-kadang ayat seperti ini boleh keluar dari hati aku).

Cuba lari dari hiruk pikuk. Pergi sana, pergi sini. Tapi masih empty. Hatta pergi ke pusat hiburan masih lagi empty ya?

Empty head. Lost soul.

What is happening to me?

Mau bicara, Mau duduk sembang, cakap-cakap, curahan hati, mau dipeluk, ditepuk, dan dipujuk dengan kata-kata "everything will be alright. jangan bimbang". Sungguh cliche. Tapi yang cliche itu juga yang kadang-kadang menyejukkan. Bicara sama siapa yang aku butuhkan sangat ini? Dengan orang yang benar-benar memahami jiwa. Yang tidak persoalkan kenapa aku begini dan begitu, yang hanya mendengar dan menasihat. dan menepuk manja ke belakang aku. tidak perlu dia kekasih aku, mungkin jika dia adalah stranger juga aku terima. Harap-harap dia bukan stranger yang gila. Belum bersedia untuk diserang oleh gila buat kali kedua dan ketiga dan keempat dan kelima.

Sudah terbiasa menjadi seorang yang konon-kononnya gagah, yang tidak mau ambil peduli. Bila ditanya, aku jawab tak ada apa-apa, entah la, tak tau la. Sebab aku pun tiada jawapan. Aku sendiri tidak pandai bersuara. aku hanya luahkan keperitan, tapi asal usul keperitan aku, aku tak mampu suarakan.

Kalau boleh, mau duduk dalam kereta sepanjang masa, dengar lagu-lagu rock gila, sampai jemu, naik atas rumah, tekup bantal atas kepala, tidor. Mungkin kalau bisa menitis air mata bergelen-gelen juga dapat menenangkan dan meringankan kepala yang sarat, bukan dgn otak, tapi dengan persoalan.

Kalu boleh, mau tutup seme benda-benda di alam maya, tutup semua biar tak ada berita dari sesiapa. Biar aku sendiri jua hilang tanpa berita. Tutup handphone, tutup. Tapi masih menunggu. Tunggu apa, aku pun kurang pasti.

Kalau boleh, mau fokus terhadap berita gembira, ada berita gembira tapi aku sendiri dah lupa pasal berita gembira yang patut diraikan dengan gelak ketawa. Aku sepatutnya pergi raikan sendiri, tapi aku terbiasa berkawan-kawan. Sendiri hanya ketika pergi bayar hutang-hutang kredit kad yang menimbun dan semakin terkumpul.

Selamat malam kota raya. Selamat malam dunia.

Entry ini seharusnya tidak aku keluarkan di blog ini. Entry ini hakmilik blog aku yang konon cuba berpuitis cilaka. Tapi aku sengaja tempekkan juga. Aku mau kongsi rasa. Masin tak rasa?

Dec 6, 2009

Lagi lagi sekolah punye cerita

No topik plak nak menulis sementara tunggu Shafik sampai. Dah lama tak jalan dating-dating macam budak sekolah menengah. Dulu kalau time sekolah Labu, selalu dating kat KL. Dating kat CM. hahahahahah. Tak pun kat The Mall. Sampai CM, tukar baju outing pakai jeans. Habis jahat la konon time tu. Dating kat Seremban susah, ramai warden dan ustaz berkeliaran. Nnt time perhimpunan kang kena panggil dengan warden plak kang.

Masa form 5, tengah-tengah perhimpunan, seorang ustazah tu penah dtg sebelah aku, cakap nk jmpe selepas perhimpunan, dah le ramai orang, malu gak. Biasanya ustazah tu panggil pesalah-pesalah je. Aku salah seorang pesalah tegar la. Sekali jumpe dia lecture pasal "berkasih-sayang". Pandai-pandai la aku menipu, maka aku keluar bilik mesyuarat warden dengan tenang. Heheh.

Lagi satu kes kena panggil warden yang aku igt smpi mati ialah kena panggil dengan Cikgu Normah. Panggil aku lepas prep malam atas kesalahan yang aku tak buat. Aku bengang la kan. Tapi apa dia tuduh aku senyum je. Then dia kata, kenapa senyum? Aku cakap senyum tu sedekah Cikgu, dia hangin. Dia kata, " saya tak pernah mengajar kamu, kamu jangan nk kuang ajar dengan saya". Ok fine, tayah la senyum.

Ada sorang cikgu, nama dia Cikgu Reza. Sgt kiut dan baik. Dia tau surat-surat kami selalu ditahan warden walaupun surat biasa. Dia la yang selalu kasik kitorg surat-surat kitorang yg ditahan. Dia amek senyap-senyap.

SOrang cikgu ni, nama dia Cikgu Rahayu. Dia selalu perli-perli aku. One time, aku ngan kawan aku tengah jalan-jalan masa prep, sebab apa pun aku tak ingat. Terserempak dgn dia tengah kendong anak dia ronda-ronda aktiviti student time prep. Bila dia nampak aku, dia kata kat anak dia, " esok dh besar jgn jadi jahat macam kakak tu". Entah apa jadik kat anak dia sekarang. Jangan cakap bukan-bukan kat anak orang, tak elok la cikgu. Saya ada mak bapak. Kalau mak bapak saya dengar, mesti panas hati sebab saya takde lah BERMULUT JAHAT macam cikgu. Kahkahkah.

Tetiba citer pasal sekolah. Hahaha. Mana bf aku nie? Mentang-mentang jumpa Hanis Zalikha kat wedding tadi, dah tak reti nk datang amek aku plak?

Me no Lady Gaga. Me Melanie C.

santa claus nak bunuh diri




Motif entry ini ialah memberi inspirasi kepada rumet. Oh dan memberi peluang kekasih no 2 tgk rambut aku. Hehehehe. Tgk la rambut aku puas-puas. Haha. Aku rasa berkeyakinan tinggi nk jmpe bakal mak mertua. Muahsss.

Dec 5, 2009

Akhirnya berjaya nak rambut Melanie C

Sehari bersama Najihah.

Kami pergi makan Chawan. Kami pergi waxing kat Saluga. Kami pergi Bangi.

Ada kejadian yang berlaku harini. Tapi aku malas la nk tulis. Abaikan episod itu.

Tapi highlight of the day ialah ini. Hahahahahahaahaahahahahahaah.


Melanies C, reborn. maksud aku, aku la. Hihihihihi.

Ke rupa aku dh cm ratu cleopatra sekarang ni?



Aku buat kat satu saloon kat Bangi ni. Bawah studio Avicenna. Memang aku suka la kedai ni. Murah gile kalau potong. Semua pakai Loreal. Friendly, memahami, and potong mmg mengikut kehendak. Heheheh.

Geli plak rambut lurus-lurus ni. Nasib baik tak berapa lama rambut ni jadi camni.

Dec 3, 2009

Gadis Pool


Itu Shanelle Loraine.

Sambil baring-baring di bilik hotel, aku tengok ESPN. Ada live game pool. 2009 world mixed doubles classic.

Memula tengok sebab nk kill the time and loneliness, tapi layan jugak. Sebab aku tengok, perempuan-perempuan yang main pool ni hot-hot la. Semua setok pakai baju sleeveless, tinggi, langsing, rambut panjang, idung mancung. Kenapa takde yang gemok? Pendek? hidung kemek? Apsal cantek-cantek? Macam gadis litar ada jugak. Orang datang tgk ni nak support the game ke, nak tgk Shanelle tu?

Kenapa lelaki tu still guide perempuan dalam game nie? Sebab diorang team eh? Laki tu macam coach yang turut bermain.

Aku selalu main pool dulu. Eii, dah lama tak sentuh meja pool. Last sekali bulan puasa. Apa??? Bulan puasaaaaa??? Lagha. Huh. Dasar budak sekolah agama tak sedar diri.

Sapa ntah kata nk rematch. Janji manis je lebih. Kah kah kah.

Tak perlu tunggu aku jadi slim dan buat pembedahan hidung. Meh lawan.

Dec 2, 2009

Menyalak Di Hutan Batu

Assalamualaikum.

Harini mentari tidak bersinar di Permas Jaya. Hujan, mendung. Adakah di KL begitu jua? Awan berarak pilu? Burung tak berkicau? Anjing-anjing tidak mengotori bandaraya? Aku rindu kekasih-kekasih aku.

Tapi ada hanjeng yang mengotori hak milik aku. Shoooshh. Aku tak perlukan seekor hanjeng. Not anymore. Walaupun terhadap siapa kau menyalak, pergi main jauh-jauh. Jangan kotori hak milik aku ini.

Sebab taik secalit, rosak cat rumah aku. Huh. Dasar hanjeng.

Balik la ke tempat asalmu, jangan merayau. Kehilangan tuan gamaknya. Carila tuan lain. Kalau sesat, pergi carik jalan pulang. Aku ada GPS boss aku kalau maw pinjam.

Jangan gigit orang aku sayang. Kelak binasa diri. Bukan puas pun gigit dia, tulang je. ok? Cari tulang lain. Yang tipu banyak jual kat supermarket.

Tata. Woof woof woof.

Dec 1, 2009

Single Mother, Tipikal dan Rock the World 9

Harini gua rasa macam single mother.

Pagi2, gua mandikan anak, pakaikan uniform tadika. Pastu gua siap-siap, hantar anak gi tadika. Dalam kereta gua berangan gua bawak BMW 5 Series, anak gua tadika mat saleh. The only part yang membawa gua kembali ke alam realiti ialah anak gua tak cium tangan gua masa sampai tadika. Nak kena la Eiman nie. Gua sedar gua ni makcik dia je, bukan mama. Huh.

Semalam, gua sembang dengan rumet. Gua kata, kita ni wanita tipikal. Rumet kata, tak, kita wanita special. Special seperti cacat ke rumet? Cacat mental. Asyik2 emo. Rumet kata, rockstar buat la lagu pasal rockstar, bubba, rumet, jieha, n geng. Kah kah kah kah. Takpa, apa kata aku cuba. Aku janji pakai chord C, G, A, F sahaja. kah kah kah kah. Ahad ni aku pegi usha guitar kat Rhapsody. Hiks.

Wanita tipikal bagi gua ialah dari segi emosi. Emo gua ni gua rasa tipikal. Selalu melanda time-time nk period. Seminggu sebelum period la kot. Pernah jumpa perempuan yang emosi above average? Yang stok kalau marah baling-baling pinggan pecah, hentak-hentak meja, pecah kan botol dan ugut bunuh diri? Saiko gile semua benda nak control, nk ikut cakap dia? Aku tak bercakap pasal sapa-sapa la kan, aku cuma rasa aku tipikal. Aku rasa aku bukan gf yang baik la. Happy Anniversary Shafik.

Rock the World 9 ialah pada 26 Dec 09. Sapa nak pegi? Jom. Aku excited nie. Ada Pesawat, Robot Asmara, zee avi, yuna, bla bla. Pesawat tu penting tu. Dh berapa kali aku miss diorg punya show. And aku nak pegi cuit bahu vocalist Robot Asmara and say hi kat dia. Dan aku nk pegi menyendeng sebelah Tom Robot Asmara.

kah kah kah kah. rasa nak tampar tak? kah kah kah kah.