nuffnang ads

Nov 24, 2009

Tolong Tukar Sebelum Ramai lagi Yang Cedera

Adoiiiihhh!

Sakit la buntut aku.

Aku telah terkepit dengan lapik toilet tu kat opis. Macam biasa, aku lapik tisu banyak-banyak. Sekali masa aku nk bangun, telah terlekat isi aku yang banyak di sebalik rekahan lapik toilet itu di office. Sakit tauu. Dah la aku berat. Kalau aku ringan, insyaAllah tak jadi kot. Tapi mana la tau ada orang lain yang kena tapi berdiam sebab malu.

Aku balik check, luka jugak la segaris. Kena pakai plaster sebab pedih. Huh.

Maka, aku sebagai pekerja di kompeni yang aku sayang nie, meminta cik Yantiey yang baik budiman, ko panggil la orang tukar eh, sebelum ramai lagi akan menjadi mangsa keadaan.

Sekian. Pedih tauuu. Pedih. Zasssssss. Bunyi isi terkoyak, dikoyak oleh seramik.

Nov 23, 2009

You Stupid Cow!

Ada banyak benda nk cakap tapi aku memilih untuk tidak memblogkan perkara-perkara itu. Satu, untuk tidak memburukkan keadaan, dan dua untuk memberi kejutan. Kahkahkah.

So anyway, on the way to work hari ini, aku dengar Red fm. Aku dah lama tak dengar Hitz atau Fly. Sebab lagu selalu sangat berulang. Atau mungkin selera aku semakin jadi selera orang tua. Heee.

Diorang cakap pasal tajuk movie yang telah diterjemahkan ke Bahasa Melayu, atau subtitle apa-apa je la from English movie atau drama. Aku rasa tanak turun kereta smpi topik ni habis je tadi. Ini yang antara subtitle yang gampang :

"The day After Tomorrow " = lusa

" 300"= Pahlawan-Pahlawan Gagah (letak 300 je ok dah kot)

" holy cow"= lembu suci??? hahaha. u stupid cow. oops. kenangan!

"shoot at will" = tembak Will?????????

"everybody duck (from the movie "Black Hawk Down") = Semua orang itik"

Aku tak bagus untuk gelak English orang. Tapi kalau kerja kau ialah menterjemahkan bahasa tu, aku rasa haruslah terjemah elok-elok. Rosak bahasa tu satu, kalau orang-orang benak amek yang tak betul tu satu. Huh. Kat TV pun selalu kuar silap subtitle tawwww. Perkataan yang diorang tak reti nk translate, selamba letak english words je balik. Haish.

Handphone tertinggal kat rumah ye harini .Careless whisper btol.

Nov 19, 2009

Indah

I know when i'm happy i will sengih sampai ke telinga, dan berborak mcm tak kerja je kan esok.

Hari yang indah, kerana dapat makan burger bersama orang yang indah wataknya dlm hidup aku.

Walaupun tak bertemu jua, mendengar berita yang indah sudah cukup mengindahkan malam yang indah.

Sungguh indah perasaan yang indah ini di malam yang nyaman dan indah.

Ahh indah juga pemandangan laptop menggunakan Windows 7.

Terima kasih atas keindahan ini Tuhan.

Nov 18, 2009

Mimpi Ngeri Hantu Raya

Hari Isnin aku tengok citer Hantu Raya kat Astro Ria.

Confused. Hantu raya ke, hantu pocong ke, atau mak lampir? hantu dia muncul dgn pelbagai rupa. Gelak-gelak, konon takde apa sangat la citer tu. Mmg tak de apa pun, sangat biasa.

Pkl 11 aku makan ngan B. Amek dia kat Astro. Jalan ke Astro dari pintu masuk TPM tu, hmmm, banyak pokok. Berkabus-kabus malam tu, sebab hujan baru stop. Pukul 12.30 aku hantar dia, pastu aku balik.

Eii, seram la plak kan lalu tempat-tempat banyak pokok. Berkabus-kabus. Gelap. Takde lampu. Check cermin, pandang-pandang jugak ke belakang kot-kot ada yang tumpang. Seram.

Tapi selamat jugak sampai rumah. Takde apa. Fuhhhh. Alhamdulillah.

Pastu aku masuk tido 2.30 pagi. Dtg la balik seram tu. Aku pun bersedia untuk terjaga tgh malam sebab kebiasaannya aku begitu. Lepas tgk citer hantu, nnt aku mimpi bukan-bukan. Maka, aku ready untuk bertemu segala makhluk ngeri yang akan muncul.

Tapi, esoknya bila aku terjaga, aku hanya mimpikan seekor binatang yang tidak ngeri tapi ada dua ehem-ehem yang sebok promote aku buat MLM (dlm mimpi aku la).

memang sangat mengerikan daripada hantu raya.

Nov 13, 2009

Ini Dia Melanie C





Sasha nak bukti aku pernah jumpa Melanie C.

Kau perlukan bukti. Maka aku buktikan. Aku jumpa Melanie C 4 tahun lepas. Hehe.

Ashik, ko igt tak? Kita pegi sesama masa nie. Hahahaha. Kau, aku, Alif dan Riri. Masa ni, korang kata aku je peminat Melanie C sorang-sorang kt Malaysia nie. Sobs sobs.

Tapi aku tak kesah. Hahaha.

Inilah orang paling femes aku penah jumpa. Sekian.

Aku dan misi rahsia

Aku ada misi.

Misi ini rahsia. Misi ini misteri.

Aku kenal misi ni kat Hospital Kuala Lumpur, 8 hari lepas.

Eh bunyi lain macam...mcm Ellen De Generes.

Aku nak embark on a new mission. Pergh. Harapnya tiada halangan. Yang penting, tidak melibatkan sesiapa pun. Aku tidak berlaku curang, jangan fitnah aku sekarang!

Lepas ni kalau tanya aku nak pergi mana, and aku jawab " i'm on a secret mission", tolong jangan tanya lebih-lebih.

Sebab ia rahsia.

Rahsia yang dtg bersama cik misi.

Goreng la Sweet Child O' Mine kalau lu gempak!

Sebenarnya, aku bole je tulis dalam bentuk karangan biasa. Tapi saja nk poyo buat tag. Boleh tag korang, walaupun korang malas nk buat. Eleh, kalau dh takde idea nk tulis tp gatal tangan nk tulis, mesti ko buatkan?


1. Rancangan Realiti TV yang kau teringin sangat nak masuk dan kenapa.
Aku teringin sangat nak masuk THE BIGGEST LOSER. tapi aku tau aku tak layak. sebab aku tak se'big' diorang. huuuu. takpela. tapi rancangan tu mmg motivational siot.

2. Kalau diberi peluang masuk Amazing Race, siapa pasangan yang kau akan pilih.
Hmm, ini sangat tough. Buat masa skarang, siapa yang aku takkan bergadoh walau bagaimanapun perangai dia? Dgn Shafik, bahaya. Aku sgt baran especially time aku PMS. Kalau dengan baba, dia pun ada mood swing. Nanti aku swing, dia swing aku balik. Bahaya. Rumet? Dia larat ke lari-lari ni? geng ke? ayang? ayang berat tetek, geng nnt kitorg kadang2 bole bertekak. Ok la aku pilih Rumet. Aku rasa dengan dia aku byk gak bersabar. Tu pun kalau dia sudi.

3. Rancangan Realiti TV paling menyampah kau tengok.
Aku rasa kan, rancangan2 mcm "My Starz LG" tu..mcm takde motif je. AF tu aku tengok jugak walau takde motif. Ok la yang paling aku menyampah ialah .......... alamak writer's block.

4. Bakat yang kau harap sangat ada pada kau.
Aku nak bakat bermain guitar, mencipta lagu dan menulis lirik. Aku nak jadi macam Orianthi. Hahaha. Aku nk carik makan dengan bakat. Seronok kan bole carik makan dengan bakat. Macam DJ, bakat diorang bercakap. So, bole carik makan keje kat radio. Huuu.

5. Kalau diberi peluang dan mesin masa untuk kembali ke zaman lampau, concert siapa yang kau teringin nak pergi tengok?
Owh, aku nk pegi konsert Gun n Roses. Aku nk tgk Axl Rose menyanyi sambil pakai boxer merah main piano. Pastu Slash goreng2 isap rokok smpi rambut terbakar.

6. Tattoo. Kau nak? Bole. Tapi hanya satu, dan mesti tattoo wajah celebrity. Wajah siapa kau nak?
Hmm, aku nak wajah Al-Pacino semasa dia berlakon citer Scarface.

Aku dedikasikan tag ni untuk orang-orang yang aku sayang. U know who u r.

Seeking For Your Attention

Seekers. Aku benci betol Uncle tu. Ntah hapa-hapa punya rancangan ntah.

Attention seeker. Aku pun antara orang yang dilabel sebagai attention seeker dengan status fb yang pelbagai.

Tapi

the point is..

dah kat ruangan status tu tanya " what's on your mind?"

kalau dah itu benda yang "on my mind"

haruslah aku nyatakan. heheh.

takpuas hati tayah komen. hide je. takpun delete je aku. habis cerita.

ini tak, tak puas hati tapi..

layan jugak.

minggu aku sakit kaki, memang sakit je la kat kepala otak aku. "Eleh anies, aku dulu pernah sakit kaki lagi teruk dari kau, takdela aku kecoh sedunia". Sapa suruh ko tak kecoh? Ke kalau kecoh takde orang pedulik?

kadang-kadang aku pun menyampah dgn status sesetengah orang. tapi tutup mata. lama-lama turun ke bawah la status dia tuh.

ok la..apa-apa pun, page ko. lantak ko le. kalauu tag nama aku dan kutuk aku, itu aku masuk campur la. huahua.

ok. status fb page aku, terpulang kepada aku. status fb kau, hak kau. selamat hari jumaat.

dulu aku kelakar. skang aku banyak kepada entry emosi. kau fikir kenapa?

sebab aku makin tua. sigh.

Nov 12, 2009

Kami Bersatu Hati Menentang Kejahatan!

1. Siapa orang yang kau teringin nak tampar?
Adik perempuan aku.

2. Siapa kau nak jadi Sugar Daddy kau. Bagi sorang je, wajib Malaysian.
Ahmad Izham, Boss 8TV.

3. Siapa manusia paling annoying kau pernah jumpa? Siapa orang paling famous kau pernah jumpa? Siapakah orang paling vain kau pernah jumpa?
Azwan Haji Ali. Memang annoying. Tak perlu jumpa. Paling femes aku rasa aku jmpe Sporty Spice a.k.a Melanie C. Yang paling vain plak ialah..malas la nk tulis nama.

4. Apa yang kau paling harapkan dari pasangan kau?
Mendengar dengan lebih teliti.

5. Kau penah kentut dalam lif?
Pernah. Banyak kali. Kadang2 sengaja.

6. Makanan paling jijik kau pernah makan?
Minuman bole tak? Milo ais siput babi kat sekolah dulu.

7. Rancangan Tv paling bodoh kau pernah tengok?
Chat @15 kat Astro. Aku bukak, tgk game bodoh tu, bukan sebab aku nk tgk game, sebab aku nk sekodeng.

8. Kalau terperangkap dlm jem, pastu rasa terkencing, apa kau akan buat?
Tahan la selama yang mampu.

9. Kau stalk hp or email kekasih kau tak atau share paswed fb/email?
Tak pernah lagi. Pernah kot sekali. Heeeeeeeeeeeee. Eh ni utk kekasih sekarang kan? Paswed fb aku share dengan wanita cantik tapi malang itu. Untuk dia tulis status utk aku bila aku dh tiada.

10. Kalau jumpa kucing kena langgar kete dah speruh mati kaki putus sume, kau buat ape?
antar gi klinik ke, bunuh supaya tidak terseksa, atau lari menangis sebab tak sanggup tgk?
Mestila selamatkan, insyaAllah.

11. Apa perasaan kau bile tengok cermin sorang2?
Eii jerawat. Senyum sikit. Hmmm, comey gak lesung pipit aku nie.

12. Kalau kau jumpa gambar wanita bogel yang kau kenali (selain dari artis mahupun pelakon porn) dalam pc bf kau, apa kau buat?
Aku email kan kepada rakan yang aku paling trust. Suh dia simpan buat bahan untuk peras ugut.

13. Apa kau buat kalau kawan kau asyik mengadu benda yang sama berbulan2?Pastu orang nasihat taknak dgr.
Kalau kwn rapat, adalah tahap aku tahan nk dengar. Biasanya aku layan. Macam la aku tak pernah ngadu bende yang sama berbulan-bulan. kalau tak rapat, aku dgr 2-3 kali, pastu aku jemu. Lagipun pedulik apa. Nama pun tak rapat. makan jamu rapat pun belom tentu akan rapat.

14. kalau nampak kawan ade taik idung nak terkeluar, atau ade 2 helai bulu hidung yg terlebih pjg terkeluar dr idung, bgtau direct ke, tarik tepi dan bisik ke, gelakkan ngan org lain ke atau buat tatau?
Aku buat bodoh, Macam takde apa2. takpun aku sms. kalau dia ada ipod, aku buat BT chat, takpun aku buzz dia kat ebuddy. Ewah. Eksyen.

15. Hantu dari filem mana kau paling takut?
hantu citer zombie kampung pisang. agak-agak ahhhh...mestilah hantu shutter.

Aku tag Shafik sayang, baba sayang, rumet, sasha, nano, jaja, cda, ashikin, riri, dan semua orang! Owh, pekerka kilang plastik, aku nk tag ko jugak.

Nov 11, 2009

Anak ayah

Hello ayah. Kaki orang tergeliat la ayah.

Ayah : Hah! Kena balik urut kat kampung. Meh balik. Jap ckp dgn mak.

Hello mak. Kaki cek tergeliat.

Mak : Hah. Pi cari lagi. Futsal tu bukan permainan orang betina. Ha padanla. Yang dok pi cari penyakit tu sapa suruh.

Yes. padan muka. nk bermanja, menggedik, jawapannya ialah bukan dengan emak. Tapi dengan ayah. Ye, aku anak ayah :)

Injured

Ninja nak potong kaki aku dengan pedang


It hurts.

Sakit gile. Lagi sakit dari my first injury. The first injury aku ialah knee injury. Itu pun stok aku nak menangis malam. Ngilu.

Harini aku injured kan toe aku, dengan ankle aku. Mak aih. Pitam terus dalam court. Kesian Shafik kena angkat aku yang berat nie. Susah payah bf aku angkat aku. Sobs. Terharu. Aku malu dengan semua. Hahahaha. Dengan Broha, dgn meon,dgn potet, dgn cda, dgn jaja, dgn semua hadirin dan hadirat.

Dah le Shafik nak try burger sharifah. alih2 aku dok mengerang ajak balik.

Dalam kereta lagi la over. Merengek-rengek. Terus Shafik beli ice. Tuam-tuam.

Balik umah, mandi-mandi, Pastu Shafik balut-balut. Letak deep heating rub.

Ya Allah sakit diaaa.. azab gile.

Dah lama tak rasa sakit-sakit begini.

Canne nak climbing nie. Huuuu. Takpe, if aku tak boleh, aku dtg bagi support.

Sakit..nak nangiss. ok aku tak rockstar dah.

Nov 9, 2009

Paramore Menangani Monday Blues Aku

Peah, ko tertinggal lagu ni dalam list ko.



Happy Working everybody. Sebagaimana aku happy dengan kerja aku :)



Aku nk potong rambut cam Hayley Williams.



Misery Business wif nice intro.

Nov 7, 2009

Perlu Alasan Untuk Gembira

Berita gembira pada hari ini:

  1. Esok aku last paper. Walaupun sedikit gelabah kira-kira 12 jam lalu, sekarang lebih yakin. Kerana apa? Adalah. Hahahaha. Kalau kau nakal, kau tau la kenapa.
  2. Eh aku dah berhubung semula dengan dua orang yang aku sayang. Tak perlu aku gembar gembur kan siapa. Kalau kau tau siapa kau, maka, kau tau lah. Rindu okay kat dua orang ni tapi baru harini aku berani bersuara.
  3. Aku masih tak mengantuk atau mencari alasan untuk tido.
  4. Ada mama kata ok. Aku happy ok? Tapi biasalah aku. Depan anak mama itu, aku ego. Belakang aku sengih.
Kalau kau menjadi aku, mesti kau pun gembira. Ahah!

Nov 6, 2009

Sex On Fire



My song of the week. Arghhhhh tekanan dengar suara dia. Rasa nk pegi peluk. Lagu ni seksi gila. Tengok vocalist dia baring atas katil sampai berpeluh. Berjambang bagai. Seksi. Gigit jari. Takde wanita pun. Tapi kau tau apa dia pikir. Sungguh. Ke aku je yang dah jatuh chenta gile dengan diorang nie? Ke aku gile?

Oh man,bile dgr lagu nie, tak tau nak describe. Menjerit dalam hati?

Aku sanggup pegi US jadi groupie diorang ni.

Yeahhhhhhhhhhhhhh!!

Im still dreaming of revelry.


Just know it was you all along
Who had a hold of my heart
But the demon and me
Were the best of friends from the start

- Revelry by Kings of Leon -

Anies Dua Puluh Sen

Pergi ke kedai bawah. Beli air nescafe setin.

Ada dua orang budak pompuan. Kecik, dalam darjah 2-3 kot. Diorang kira-kira duit. Aku beli choki-choki yang dalam peket tu. Budak yang sorang tu nampak. Agaknya, dia pun teringin.

"Awak ada 20 sen tak? Kita share nak beli choki-choki.", dia cakap sambil ambik choki-choki tu.

Aku tgh bayar. Ada duit lebih dua tiga puluh sen.

Aku bagi dia. Buat topup beli choki-choki.

"Terima kasih kak!"

Aku keluar kedai tersengih-sengih. Aku plak yang happy :)

Teringat zaman aku dulu-dulu. Duduk kat kampung, petang-petang pkl 5 baru keluar main sebab mengikut jadual pembelajaran yang ketat. Selalu mintak kat mak 20 sen. Kalau nasib baik, dapat 50 sen. Bole la beli ABC dengan super ring ke, mimi ke.

Tak reti nak habiskan karangan ni la. Banyak nk pikir. Babai.

Nov 5, 2009

Aku cakap tanak, tanak la.

Adeih benak la diorang nie.

Ini la masalah sesetengah telemarketing nie.

Tayah la call nk promote prepaid mastercard ke apa. Aku dah ada 2. Credit card ke apa. Aku ada berlambak. Hutang pun berlambak.

Ini nakkkkkk jugakkk bebel.

"Cik Yuhainis belom dengar lagi advantage kad kami lagi, kenapa dah cakap tanak?".

Sebab aku tanak la.

" Cik Yuhainis..lagi skali saya mintak no credit card cik Yuhainis sebagai pengesahan seblm saya memberi penerangan berkenaan kad kami".

Aku tanak dgr apa-apa. Aku tanak kad kau.

"Cik Yuhainis belom dengar lagi advantage kad kami lagi, kenapa dah cakap tanak?".

Ya Allahhhhhhhhhhh! Ulang balik ayat yang sama. Ingat aku gerun gila la ko cakap cam tu? Ingat aku nak sgt tau pasal kad kau?

" Yang u ni apsal nk persuade saya sgt nie? Saya kata tanak, tanak la". letak telefon smbil mulut cakap stupid.

Moral of the story : Jangan angkat lagi dah Anies no yang takde dalam contact list kau! Jauhi orang-orang telemarketing.

Nov 4, 2009

Hail Kings of Leon

Pernah dengar lagu-lagu sampai rasa nak nangis?

Aku nak nangis dengar lagu-lagu diorang. Menangis kagum. Menangis menghayati setiap alunan muzik dia. There's sumthing about their songs, about their music, about the voice of the vocalist, about their style, their history :)

tak perlu aku nak bebel pasal penubuhan band, discography, biography, etc. Pegi baca sendiri. Google. dan lepas tu tayah nk berlagak tau pasal apa-apa, sebab aku tau ko pun google je. ok?

Sex on Fire, lagu yang aku suggest kalau mau mencuba mendengar lagu diorang. Mantap. Use Somebody of kos la. Lagu femes.

Sebenarnya,

mungkin aku over dalam memberi pandangan aku pasal K.o.L nie. aku nak bagitau, aku suka gile. Suka nak mati. suka sebab takde sesapa pun influence aku dgr band nie. suka sbb aku pilih direction aku sendiri (muahahahaha mcm bagus).

dah, aku nk bekerja dengan tenang bersama muzik pilihan aku. ciao.

"Hot as a fever, rattling bones
I could just taste it, taste it
If it's not forever, if it's just tonight
Oh, it's still the greatest, the greatest, the greatest

You, your sex is on fire
And you, your sex is on fire
Consumed with what's to transpire"

sumpah aku tak dedicate untuk sapa-sapa.

Nov 2, 2009

Binatang Paling Kurang Ajar

Hangin aku.

Aku nak take a break jap. Penat dah.

Tapi,

aku benci la binatang nie.

Sebok je ganggu aku. Dari semalam. Tak habis2. hishhhhhhhhhhhhh.

Kenapa la banyak sangat nyamuk nie. Siang malam ada nyamuk. Habis bintat2 dah kaki, peha, betis. Fogging bole kata tiap2 minggu. Nak kata ada air bertakung, mana ada kecuali dalam mangkuk tandas.

dah le siap ada sepasang nyamuk dtg romen depan2 aku. Takde makna aku nk biar diorang bersenggama. padan muka aku tampar nyamuk betina gemok berdarah tuh.

Ahhhh. Gatal badan.
Blogged with the Flock Browser

Nov 1, 2009

Sloth.

buka buku, mengantok.

tengok tv, tak plak.

buka buku, menguap.

main fesbuk, update blog, segar je.

buka buku, mengantok.

berdating, bukan main ligat.

buka buku, mengantok.

baca Dan Brown, macam isi kandungan Lost Symbol masuk exam lagaknye.

buka buku, mengantok.

sekarang, tulis blog smbil buka separuh mata, separuh lagi merenung buku.

renung buku pun mengantok.