nuffnang ads

Oct 30, 2009

Solitude

Tak Kena Time Nak Buat Kelakar

Memetik kata-kata yang Fairuz bagi aku tadi :

"god gives us two ears and a mouth. listen more talk less"

aku suka gila ayat-ayat tu. aku mengaku aku sedang kusut. bukan aku nak pelukan mesra sambil tepukan di bahu mengatakan, "oh..it's gonna be alright".

kadang-kadang, apa yang aku mau tidak perlu kau bayar sesen pun.

aku mau kau dengar. dan respons. sebagaimana aku mendengar. dan memberi respon. walaupun kadang-kadang respons aku sangat tahi.

salah ke kalau aku mengharapkan respon?

salah ke kalau untuk ketika ni, itu antara benda yang aku sangat perlukan dari orang-orang sekeliling aku?

aku rasa sangat selfish bila buat statement macam tu. selfish ke aku?

InsyaAllah bila sampai time kusut kamu , aku takkan buat benda yang sama.

Sebab aku tau pedih hati bila penat mengadu tanpa ada respon.

Oct 26, 2009

Gothic Gedik Dua Empat 3

Riri and Emms :)

Embun datang pakai jeans


Penyanyi nasyid dan kapak rock

I love the book ;)

Ibu mengandung goth

Resident Evil Part 2:4:3

Tarian lilin dengan aku sebagai ketua cult
Yeahhh

Amek aksi sket dari Marilyn Manson

Kononnnnnnnnn


Geng, tengok mekap mata dia. hehehehe.

Mekap tanpa merujuk sebarang aksi Marilyn Manson. Tapi harini aku baru realize ada unsur Marilyn Manson. Jangan risau, majlis kami dihadiri oleh seorang pegawai dari M.a.I.S. Tiada unsur-unsur "kami bersaudara sehidup semati, ambil pisau, belah tapak tangan, sekarang titiskan darah-darah kalian di tengah-tengah pentagram ini sambil kita menyeru semangat dewa persaudaraan". Tiada juga unsur-unsur dadah dan alkohol. Juga tiada unsur orgy dan pelawat lelaki. Yang ada hanya kami, bunga rose, makanan dan minuman.

Tema gothic menjadi, bak kata sesetengah pihak yang observe. Rumah kau semakin lawa, tidak lagi macam sarang, juga kata sesetengah pihak.

Terima kasih sayang. tanpa u, takkan bermakna dan terzahir semua ini.

Tiada ulasan yang lanjut. Aku zahirkan kegembiraan aku melalui gambar-gambar sahaja. Dua Empat Tiga tidak pernah mengecewakan. Ejah dan Haza tidak mengecewakan. Riri dan Emma tidak menghampakan.

Baizura dan Edward Cullen dan Dan Brown menggembirakan.

Next birthday party? GENG. yayyy!

Oct 25, 2009

Mari Tambah Vocab Anda

Mari bermain dengan dictionary.

Kita mulakan dengan aku. Kita pilih yang paling hebat.

Anis : Black tropical American cuckoo.

tapi aku nk yang hebat.hebat sgt la.hoh.

Next, sapik. The nearest dan paling sedap untuk sapik:

Sapindus marginatus : deciduous tree of southwestern United States having pulpy fruit containing saponin.

Next, bubba.

Bubalus Bubalis : An Asian Buffalo that is often domesticated for use as a draft animal.

Next, meonjeng.

Mensch : (Yiddish) a DECENT responsible person with admirable characteristics = mensh. wadehel.

Yati : yatobyo.

= highly infectious disease of rodents

Norish : Noris

= a type of seaweed, used for the preparation of sushi.

Najiha : Najadaceae

= monotypic family of aquatic plants having narrow leaves and small flowers

Sasha : Sashay

ejah : the nearest ialah ejaculate. sorry bik jah. bukan kemahuanku.

Oct 24, 2009

Dah lama tak tido lama.

Semalam sangat tidak produktif.

Aku dah terbiasa keadaan balik kerja, terus tido smpi pkl 10.30 mlm. Semalam lepas maghrib, aku penat atas sebab yang aku tatau, aku tido smpi pkl 12.30. Lepas tu, bangun mandi, online. aku tido balik pkl 430 pagi. Harini bangun balik pkl 1030. Online. Pegi tapau sebab lapar yang melampau, bayar bil maxis, skang online.

Perfect weekend. Haha.

Kena start study untuk final exam. Fuhhh.

Oct 22, 2009

Dasar Engineer benak tak bole blah

Jangan kutuk orang tak tentu pasal.

Tapi bila dia carik pasal, sila kutuk bagai nak mati.

Benak. Aku suka perkataan benak. Sebab dia memang benak. Nama je engineer kerja 10 tahun. Nama je student master full time. Nama jeeee.

Benak gile sampai buat report (compile sahaja) mcm haram. Padan muka kena buli present sorang-sorang. Orang suruh buat apa, asyik bagi alasan. Alasan sebok. Kau ingat kami ni tak sebok? Kau ingat kami dua orang ni tak keja? Itu part salah compile report.

Part English pun ye jugak. Aku n Lin bukan la pandai sgt pun nak mengata English orang. Tapi kalau "gully" jadi "guli", aku memang rasa nak lempang. Sebut Pad pun salah. Sebut Pad as Pad, mcm PADli. eh hellooooo. Bertahun-tahun belajar pasal foundation pad ke apa, masih salah menyebut?

Uish kalau dlm kelas, menyampuk lecturer mcm kau hebatt. Geram aku.

Kesimpulannya aku benci sebab kau aku kena tido lambat lagi sekali. TOLONGLA. Next sem jauhi aku dan lin. Kami benci muka kau. Suara kau. Semua pasal kau yang benak.

Sekian. Wassalam.

Selepas 11 tahun Meninggalkan Sekolah Agama

Aku dulu sekolah kat SMAP Labu. Ada orang tau, ada orang kalau tatau mesti buat expression atau statement seperti "macam ni budak SMAP ke?". habis, budak smap labu kena bertudung labuh pakai baju kurung berkancing, pakai stokin? Itu sekolah. SEKOLAH. ramai salah faham konsep SMAP Labu ni. SMAP Labu bukan sekolah pondok. BUKAN!! Aku belajar science stream, sama mcm korang belajar kt MRSM ke, SBP lain ke. cuma, aku amek Bahasa Arab. Yang lain aku belajar Pendidikan Islam, sama mcm sekolah lain. Mungkin penerapan Islamik tu lebih, mcm ada usrah ke, dgr ceramah agama malam Selasa ke, tapi aku selalunya ponteng jugak bab-bab ni. kalau tak ponteng, aku dok belakang sembang. Time aku mencari ketenangan, aku dengar dengan khusyu'. Kalau semayang, wajib sembahyang di surau. aku kategori duduk sof belakang skali kalau semayang. Kadang-kadang semayang kat bilik secara curik-curik. Nak sembahyang pun kena curik-curik. Haha. Mentaliti sungguh.

Dulu kt sekolah, aku bukan kategori warden sayang. maybe ada cikgu yang sayang kat aku, tp bukan warden la. Kami dulu 7 bersaudara. Pergi prep nak bersama, study nk bersama, buat jahat nk bersama. Hey, tak jahat tera mana pun. Kalau untuk sekolah luar, aku rasa ke'jahat'an kitorang aku bagi 2/10 je. Tapi yang peliknya, pergi prep sesama pun kena chop geng jahat. Hahah. Pernah skali, lepas mesyuarat warden, ada sorang warden singa ni terus dtg carik kitorang dlm bilik study. Pastu pom pang pom pang kt kitorg. Owh. Mengaibkan. Pastu dia naik hangin apa ntah ckp kitorg ni kasik dia sakit jantung, dia amek toto kawan aku, dia baling ke bawah dr tingkat 3. sobs. sian ko.hahaha.

Kalau kantoi dating, selalu dup dap. Warden mesti ugut bgtau parents. Kalau lambat keluar masa prep malam, denda kena pada hujung minggu seperti baca Yasin 3x di surau, kemas surau. Denda-denda lain spt berzikir dpn bilik warden masa bebudak balik prep. Kalau dah biasa kena, tak rasa apa dah. Berzikir je la. Pahala. *Padahal dalam hati marah jugak sebenarnya.

Walaupun byk benda pasal SMAP Labu yang aku tak berapa suka, dalam hati aku masih bersyukur aku spend 5 tahun di SMAP Labu. Didikan agama aku ada, walaupun tak kuat macam sesetengah budak SMAP yang lain. Cukup untuk aku bezakan baik dan buruk, walaupun kdg2 aku buat jugak yang buruk tuh. Kuhik kuhik. Dan aku masih lagi boleh menulis dan membaca dalam jawi. Heeeeeee. *org lain pun ramai tau. kecoh ah anies.

Oct 21, 2009

Maafkan Keterlanjuran ku Sayang

Aku sangat tidak ambil tahu dunia luar. Mungkin aku la katak itu.

Perkembangan yang aku ambil tau ialah perkembangan perut sasha.

Perkembangan bf & rakan-rakan yang aku kesah tentang mereka dan mereka kesah pasal aku. Gosip hidup diorang, perkembangan dan penguncupan badan mereka, relationshit mereka. Yang lain aku tak ambik pedulik. Rasanya link-link kat blog aku nie, tiga empat blog je yang aku jengah hari-hari. Yang lain-lain hanya bila aku ada masa. Bukan apa, terlalu mengambil tau pasal orang yang tak de kaitan tak elok bagi aku. Abaikan benda yang boleh diabaikan.

Perkembangan politik semua aku tak ambil peduli. Dulu, aku suka menyebok hal politik. Bila pulang ke kampung, ada modal mau bicara sama ahli keluarga yang minat politik. Dulu, diorang ingat aku dah extreme ke arah parti pembangkang, tapi aku rasa lama-lama diorang tgk aku takde terlibat dengan sebarang aktiviti tunjuk perasaaan ke apa, sekarang tiada lagi perintah berkurung dikenakan ke atas aku oleh keluarga.

Wayang? Apa cerita baru? Aku dah tak ambil peduli. Satu sebab aku malas. Dua sebab aku takde teman tapi mesra kat sini. Last sekali aku tgk ialah Transformers. Aku nak tgk Surrogate sebenarnya, tgk la kalau ada masa hujung minggu ni. aku sebok dengan persiapan kenduri lagi hujung minggu nie. Rasa nk pegi beli DVD kt Shah Alam kedai sebelah Pak Li kopitiam tu. Byk cerita lama. Teringin nk tgk Inglorious Basterds wateva tu. Aku order DVD kat kawan aku dh lama, tak ambik2 lagi. Damn.

Sukan? Tgk bola pun bila ada game mantap.

Music? Masih mengikuti perkembangan band yang aku suka. Weezer nak keluarkan album baru, Paramore dh ada album baru. Album Project Pop dah ada (tak sedap). Beyonce kensel atau pospon konsert dia. Bla bla bla. Yawn.

Maaf, aku sebenarnya sangat mengantuk. Gara-gara melayan kekasih 1 dan 2 sampai pukul 4 pagi. Tak dipaksa, aku yang rela. Threesome secara online. Jangan salah paham. Mengenali aku, aku kan poyo. Aku chat hal dunia mereka dan aku je. Oh dan melayan seseorang yang nak ajak aku berchenta. Rumet, takyah ajak aku berchenta. Aku memang cintakan kau. Especially lepas ko dapat Kereta VW Beetle kaler merah. dan pelis tukar nama dia. pelis. nanti aku cerita kenapa.

Sebenarnya point aku nk ckp ialah, dunia aku diambil alih oleh alam virtual, secara realiti. Fak yu fesbuk. fak yu farmville. Ym. Gtalk.Sebenarnya boleh je nk guna untuk surf segala jenis berita dan info, tapi saja aku konon-konon poyo.

hari-hari balik rumah bukak fb terus. bukak blog. ntah ada apa pun aku tatauuuuuuuu!!!!

Oct 19, 2009

I got Project Pop

Yeahhh. Hadiah birthday dari Icha. Hikhik. Ini albumnya Project Pop yang baru. Heheh.

Makasih ya buuu. Sewit banget. Gue senyum terus sampe ke telinga gue. Saripudin's daughter, lo kasi gue dengarin dulu ya dong. Gue maw hafalin liriknya dulu. Hahahaha.

Lagu no 1 takut nk dgr. Tajuk dia Batal Kahwin. Oh no. Hahaha.

Oct 18, 2009

Me Not 28, Me 22.

huduh betul Saiful fariddil ni buat muka.hoh.

antara orang kuat makcik di kampung. sanggup buat apa saja demi makcik nie. termasuk pergi mendapatkan kek.hik.


Anak-anak buah aku mmg sweet. Diorang tau aku kemaruk gile tak dapat berparty buih di KL. Malam birthday aku, diorang announce kat satu family. And abang ipar aku sekali.

Tgh duduk berkaraoke pkl 2 pagi, abang ipar yang baru smpi umah dari Perhimpunan Agung UMNO (ye, abang ipar aku antara otai UMNO kat Perlis, jgn marah ahh), seluk poket kasik duit suh anak buah aku beli kek untuk makcik kesayangan. Hikhik.

Walaupun diorang salah tulis umur aku kat situ (umur aku 22 tahun la), aku tak marah la sebab diorang sweet gile nak bodek aku. Hehe. Aku sayang la anak-anak menakan aku nie. Sewiit gile.

Eiman lagi la super sweet. Sampai umah je, terus peluk aku pastu sembunyi hadiah belakang tangan. "Makcik, close ur eyes, i got a surprise for u!". Hahaha. Eiman tak pernah fail la bab2 nak amek hati aku nie. Haish.

i luv u guys. all of u.

Oct 14, 2009

Happy Birthday vali

Entry ini sepatutnya dikeluarkan semalam.

Tapi ada jugak insan yang berjaya tengok pada malam Selasa lepas. :)

Harini, 17 October.

Selamat hari deepavali untuk penganut agama hindu.

Buat Allen my ex-colleague, Happy 25th Birthday.

Buat Epol, ex Za'bahan UM, Happy 28th Birthday.

Buat Azizul Hakim budak SMAP Labu, Happy 28th Birthday.

Buat Eminem, happy XX birthday.

Meh kita singkap rahsia tahun lepas. Entry 17 Oct aku tahun lepas ialah pathetic. Yes, i know. Masa tu aku nk PSP, tapi tahun ni aku ada ipod. Thank u sayang. :)

Petikan tahun lepas:

" dan of cuz hsmate aku ialah org2 pertama yg wish aku secara mulut la. dan org2 yang aku harapkan gile2 wish aku tapi tak wish ialah:

  1. kamu
  2. kamu
  3. lipas "
Last year, Kamu yang aku maksudkan ialah Baba sebenarnya. Hahahaha. Masa tu kami hanya kenalan atau baru nak berkawan sebenarnya. Kamu lagi sorang ialah Meon. Dan lipas tu mmg lipas la. Sebok ada dlm kete, tapi tanak wish birthday. Sembur ridsect kang.

Tahun ni tak perlu nak mintak wish sesapa. Semua yang aku sayang sudah aware. Hahaahaha. Housemates terchenta masing2 mintak menu untuk birthday. Owh i luv u guys. Baba awal2 lagi dah wish sebab tak jumpa pada hari ini. Dan Shafik, masih di Miri. Tapi, eheheheehe. takpe, nnt i email menu. Hahahahahaha. I luv u Shafik. muahahahahhahaa.

Being 26 is not bad enough after all. Selamat Hari Lahir Rockstar.

ps: rumet, anda dijemput dtg ke party gothic. harapnya ko bole la online pada hari party tersebut.nnt kitorg web cam ngan ko eh. hikhik. ada harapan tgk ayang menari gelek pakai bra hitam.hehehee.

Oct 13, 2009

Baba Tak Pernah Menjadi B*B*





yang keji itu babi
tapi baba bukan babi
tapi bila baba keji
adakah baba jadi babi?

ketawa mengilai
memandu laju
menyanyi sumbang
berjoget riang

memasak sedap
berceloteh panjang
berangin bergoncang
bercakap pelat

tapi ingat!

yang keji itu babi
tapi baba bukan babi
tapi bila baba keji
harus ke baba jadi babi?

tapi tapi tapi...aku tak peduli!!!

baba tidak keji
baba juga bukan babi!!

aku gelak baba ketawa
aku menangis baba berduka

aku gemok baba gembira
aku kurus baba tercabar

sama tinggi, saling memahami,
kadang-kadang baba sukar dimengerti

tapi tapi tapi!!!

baba bukan babi, baba baik hati.

babi keji, aku benci.

aku benci :@) yang ini.

aku sayang baba yang itu :)

Sakit Kepala

Sakit la kepala. Nak kata migrain, tak jugak. Sakit la kesimpulannya.

Sejak pagi tadi. Hilang kejap, datang semula. Petanda apakah?

Atau sangat stress dengan kehidupan berwawasan?

Nak kena bersukan. Wajib. Futsal Bangi ke?

Oct 12, 2009

Nak sangat berwawasan!

I am so busy this week. Yes, kalah pak menteri wahai JJYJJY :)

Got meeting this coming Thurs @ Kangar. Memang best la kan bile kena outstation ke kampung halaman sendiri. Tapi, yang tak best ialah material semua baru 50%. Actually hanya 40% tapi aku terpaksa la kata 50%, sebab malam ni aku nk pulun buat kt umah. Kalau tak mesti kena bambu. Haish.

So, going back to Perlis this Wednesday morning sampai la Hari Ahad. Ahad ni sampai je harus kena sambung buat esaimen. Bukannya tak suka menjadi wanita berwawasan nie, tapi kadang-kadang letih gile. Macam sekarang la. Asyik sakit otak je kat opis. Asyik la telan panadol. Sigh.

Mana En Jalil nie? Kata nk bg gud @ bad news. Tapi apa news pun tarak. Adakah sampai ke akhir hayat aku akan bergelumang di sini?

Final exams ialah sekitar early Nov. Lepas tu merdeka la dalam sebulan lebey. Yeay. Next semester is the final sem. Legaaaaaaaa. Bole kumpul balik duit EPF buat beli rumahku syurgaku plak. Hihihii.

Sedih la tak dapat balik Perlis dengan si dia. Ingatkan nk buat pengumuman kat seluruh isi kampung. Hahahaha. Dah dah.

Nak mandi dan bekerja keras. Bancuh nescafe dengan red bull. Pergh.

Oct 9, 2009

Sembang Kosong

Esok aku busy.

Kekasih jangan rindu.

Sahabat jangan cari. Gosip simpan dulu. Malam kita maki-maki.

Ala...kenapa la lecturer aku memilih weekend untuk buat field work. Kenapa wahai sang ilmuan? Kenapa wahai sang bijaksana? Aku nk berehat. Kena pulak la pegi Ulu Langat.

Kira discharge, kira flow, owh sungguh malas. Pagi ada lecture, malam ada BBQ. Ahad sambung lagi, ada presentation plak.

Esok juga kompeni dinner. di times square hotel. Malas nak pegi. tiada daya. tiada baju cantek bergaya. Malas nk mekap. Hodoh bebenor rupa.

Minggu depan busy jugak. Khamis kena turun Perlis. Harus aku sambung smpi hari Ahad. Tapi kena present projek depan pakcik sendiri. Sukar. Nak cakap loghat utara ke tak?

Minggu depan ada kenduri jugak. Anak buah aku kawen. Apaaaaaaaaa?? Anak buah aku kawen?

Bila nk dapat berita nie? Allah jua yang lebih tau. Ketetapan-Nya, aku ikut saja.

The Biggest Loser

Berat
Besar
Dasyat!!

Ayuh mara
Terus usaha
Biar kuyup
Biar lencun peluh masam.

Maju ke depan bukan perutmu lagi!!

Oct 8, 2009

Berhenti le.

Berhenti!
Sekarang!
Aku muak, lali, loya.
Berhenti!
Hentikan cakap!
Mulut kau bau petai.

08102009

Edward Cullen ku sayang ~~



Lead song for the "New Moon" soundtrack:




Owh can't wait for the movie and the soundtrack. The first soundtrack was awesome. Harap-harap this time will be better la kan. Walaupun Paramore dh takde featured in the OST, tapi takpe. Hikhik.

And, thanks to Ayang, we already got the tickets to New Moon Premiere. Kuhikkkkk. Ada goodie bags plak tuhh. Double kuhikkkk. Edward Cullen, tunggu aku 25 Nov 2009. Edward ke Jacob? Jacob dah hensem nieeee. Tapi sebab Jacob ialah werewolf, aku tamau ah. Aku mau vampire. hikshiks.*Perasan Bella*

Edward Cullen ~~ i love youuuuuuuuu.

Oct 7, 2009

P.M.S

penyakit meroyan saya datang kembali.

P.M.S = penyakit meroyan saya.

Sasha kata, "ko ni without fail la anies!"

Ingat senang ke nk handle PMS nie. Nak kontrol rasa marah kat semua orang tanpa sebarang sebab musabab. Rasa nk berseorangan gitu..kan. Sasha kata makan la Evening Primrose Oil. Rumet kata kalau dh perangai mcm ni, nak salahkan hormon plak. Hahaha. Tapi aku still blame hormon la. Sebab time-time lain, aku ok je (kot).

Mangsa aku ialah orang2 yg rapat dgn aku. Kesian. So lagi baik aku mendiamkan diri, aku takut aku salah cakap. Hihihi.

1) Kena beli la primrose oil nie (tp nk beli spirulina gak nk buat high protein diet nie).
2) Kena jogging lagi gigih. Bile jogging gigih, aku penat. Mlm tido awal, maka otak tak sempat pikir bukan-bukan.

*mari duduk kita bicara, asal bukan tentang cintaaaaaaaaa!!!*

Oct 6, 2009

October i love October

Bulan October ialah bulan aku.

Aku suka October. Sejak dulu. Kadang-kadang aku perasan ada party buih di swimming pool, khas untuk aku. Bulan October aku selalu happening, kecuali tahun lepas. Tapi, abaikan.

Semalam masa hantar rumet, aku, geng and ayang brainstorm pasal my October Fest.

Cadangan 1 :

Buat party nakal dalam rumah. Hahahaha. Party nakal. Lelaki tidak dibenarkan sebab ada orang nk mempersembahkan tarian gelek. Jgn lupa amek sisha. Band jemputan : The Remedy. Haahahahahahahaahahahh. Sorry B.

Cadangan 2 :

Buat tepi swimming pool. Boring. Tapi just terpikir sebab dh lama kitorang takde sambutan hari jadi kat swimming pool. Last bile pun aku tak igt. Tapi kalau BBQ tepi pool tu best jugakla. Pool baru renovate. Hmmm. Band jemputan : yang ni kite jemput band Weezer. hahahhahahahahahhah.

Cadangan 3 :

Party rockstar. Datang berpakaian hitam, mekap kena ala-ala gothic. Kalau dpt jemput Robot Asmara best jugak eh. Hikhik. Berangan. Menu ialah air hitam, iaitu dakwat sotong. Bukan darah kambing hitam. Tak perlu. Ayam pun sengaja hanguskan. Sebab nk hitam. Geng dengan Ayang bercita-cita nk pinjam baju aku sebab aku rasa collection baju hitam aku paling banyak kat umah tu.

Cadangan 4 :

Kite buat ala-ala dalam flight nak? Hahahaha. Pakai baju stewardess. Sebab lawak stewardess semalam aku masih teringat-ingat dan ketawa sendiri. Ada stewardess yang baju dia tak muat di bahagian dada, ada stewardess yang ckp bersembur, dan ada stewardess yang gemok baju tak muat. Stewardess ckp american accent dh takde. Indonesian stewardess ada. Hiks. Nurun ni nak jadi stewardess apa eh? Band jemputan ialah Pesawat (masih berangan).

Tengok mood la nak buat apa nanti. Hmmmm.

Never say goodbye

Rumet, ko tau harini kitorang success hantar ko tapi masa balik fail gile. Siap terlepas exit masuk Taman Desa, pastu masuk ceruk Bdr Sri Permaisuri. hmmm. Aku dah rindu kat ko dah nie. Sobs. Walaupun aku tak menitiskan air mata masa hantar ko, tapi dalam hati aku sedey k. Masa aku jerit nama kau waktu ko berjalan nak masuk tempat berlepas tuh, aku control je tuh. Buat2 macho padahal air mata nak meleleh dah.Hikhik.

Never say goodbye, never say goodbye
You and me and my old friends
Hoping it would never end
Never say goodbye, never say goodbye
Holdin' on - we got to try
Holdin' on to never say goodbye

I hope next time turn kitorang plak pergi Boston. Bole pegi makan ketam besar. Hiks.

Take care rumet. jaga mak kome elok2. Jgn sampai hilang mak kamu dan beg coach pink dia yang bergaya tuh.

Oct 5, 2009

Malam Ini Rumet Pulang

Malam ini
Hujan air matakah di Sepang?
Malam ini
Sempatkah kami datang?

atau sejarah terlewat akan berulang?
FAAAAKKKK.

Malam ini
rumet pulang.

Gonna miss u rumet.

Oct 4, 2009

Life oh life

Selepas bersuka ria di The Curve, aku menuju ke satu destinasi, dengan satu tujuan, dengan satu matlamat. Aku nak reformasi diri. Aku balik ke rumah. Lalu tido 10 minit. Ya, tujuan ialah tido.

Kenapa aku tido 10 minit? sebab aku ada destinasi lain, matlamat lain, tujuan lain. Ini barulah betul. Aku nak reformasi diri, lalu aku sarung baju kotak-kotak, sarung jeans, start kete, drive jauh sehingga ke Kota Kemuning.

Kat sana, aku terjumpa seorang cendekiawan. Dia tanya, kenapa moral awak down? Pastu dia borak-borak ngan aku psl life.

Last sekali, he make an offer. Offer yg bagus untuk jangka masa panjang. Tapi dengan sedikit disadvantage.

Sekarang aku memerlukan masa untuk berfikir offer cendekiawan itu. Aku hanya maukan yang terbaik untuk masa depan aku.

Robot Asmara "Gig"

the usual rockstar pose

pose KAMI the series part I

robot asmara sedang menyanyi~ helina rocks.

the groupies part I

the groupies part II

hah itu dia robot asmara

Let's speak about today.

We went to a recording, instead of a gig. Sigh. Dengan Ejah sekali aku heret sebab aku tak sempat nk hantar dia balik dari field work kat Putrajaya. But matlamat untuk melihat Robot Asmara ialah tercapai. Hah amek ko nak tgk rapat mana pun bole. First impression bila sampai Wisma Bentley itu, ialah WOW. smart jugak tempat gig. Skali dah smpi ke auditorium nye, aik apsal takde orang pun? Patut la takde orang. Recording. ada la dua tiga kerat mabusia, the rest ialah orang-orang teknikal menguruskan recording kot. Owh ada Rina 8TV. sgt kecil.mcm rumet.

Robot Asmara layan. Best jugak. And mamat yang main synth tu sangat mengujakan. Hahaha. Dia mcm high ke apa aku tatau la. Hahaha. Mamat yang main bass pun best gile showmanship. Hahahaha. The vocalist, Helina adalah suara sedap. Takdelah sedap macam ala-ala Mariah Carey. Sedap untuk rock songs le. Aku beli CD dia. layan k album dia. Kalau suka music camni la. Personal feveret aku ialah lagu Blocked , Liberal vs Noda & Wad Gile.

Tapi, seriously we felt macam groupies Robot Asmara. Sebab loyal gile tunggu diorang smpi last song.

Last last gi layan Ayam penyet di The Curve. Sambal dia mantap la. B, buat la sambal pedas cmtu. Biar i ___________ berdarah.

wad gila - robot asmara (cilok dari mypace.com/robotasmara)

tak perlu pakar psikiatri
ahli falsafah pembaca hati
muka kau yg aku benci
aku rimas baik pergi

tak perlu lagi perskripsi
pil itu tentunya tak berkesan lagi
wad gila yg aku pergi
sengaja ingin ku mati

Pictures courtesy of Yuss & Adie. Thanks :)

Oct 3, 2009

Birthday Gift

Tadi ada orang tanya.

"what do you want for your birthday?"

2x dia tanya.

tapi aku jual mahal. konon2 baik hati.

pastu, aku konon-konon dah pikir apa nak nie, aku nak mengada-ngada la kan.

orang tu kata, sori i offer dua kali je. tsk.

u.

tanya la lagi skali. please.

Orang boring memang kerap tukar status

Sori la. aku sgt boring, aku tukar status kat FB dgn sangat kerap.

Wiken pun sangap. Kalau keje, busy sangat melampau tanak layan orang. Kalau time nk dilayan, takde sapa nak layan. Padan la dengan muka tuh. Open house Shikin pun aku tak gi. Sorry beb. Aku sayang ko, tapi aku tak de daya nak pegi.

Ingat nk kemas sarang aku mengawan tuh, tapi malas plak. Walaupun baju bersepah-sepah siap dh campur baju busuk dgn baju wangi. Demit. Pemalas sial. Jap lagi aku spring cleaning. Dah le takde orang kat rumah ni ha. Semua hilang. Sunyi tanpa gelak ketawa mereka.

Bagi orang-orang mcm aku, aku rasa asal boring je, tukar status. Asal boring je, tulis blog. See, mana ada point pun nak tulis. Ni kalau ada tag ni, mmg aku layan. Bagi la tag lagi.

Mungkin cuaca harini begitu sayu, membuat kan malas sebegini.

Besok ada benda akan terjadi. Harap sabar. Semoga esok akan bagi kejutan pada semua. Jangan aku yang terkejut sudah.

Paramore-ing.


Paramore's new album is out.

Who the hell is Paramore? Tak tau sudah. Pegi google. Kalau tau, bagus.

Review on the album


Review aku? Jap baru nak dengar.

Aku memang suka Paramore. Apa benda yang aku tak suka? Hihi. Tak kesah la nak kata rockstar apa dgr lagu Paramore. Hayley Williams ada suara yang power. Bak kata review di atas, mcm Gwen used to be. Very energetic.

More on Paramore : www.paramore.net

Oct 1, 2009

Berasmara bersama Robot

http://colourama.files.wordpress.com/2008/10/robotas.jpg

Definitely going to watch Robot Asmara @ Wisma Bentley this Sunday, 11am. Jom weih. nanti mommy kejut uols ok.

Dan lagu ni sedap.

hati besi - by robot asmara

hatimu besi, relungkan diri
dengan hasad dengki, iri hati
jiwaku besar dan kau tu siapa?
sila diam, kau buat aku bencinya

hatimu besi, relungkan diri
dengan hasad dengki, aku benci
tak ingin ku dengar, bahasamu hingar
bingar telingaku menandahnya

c/o
menarilah
hentakkan lah kakimu
oh tepukkanlah tanganmu
laungkan asmaramu

duniamu bosan, jgn samakan
duniaku nyata bukan teknologi buta
jiwaku besar dan kau tu siapa?
sila diam kau buat aku bencinya