nuffnang ads

Aug 29, 2009

PAPAI. SEE YU AGAIN!

Alhamdulillah. Test tadi bole tahan senang. Berkat kot study di bulan puasa. Study la sangat. Huahuahuahauhauauahuauhuhu. Balik sahur, baca 15 minit, tido smpi 645. hahahaha. Thanks Ejah temankan aku. Hikhik. I lebiu la. Jangan lupa buat esaimen i pulok. hahahahaha.

Nak gerak balik Perlis nie. Tapi sangat sangat sangat mengantok. Tak bole tahan. Tapi kalau tido nie, harusssssss la pkl 3-4 ptg baru aku gerak balik nie.

Rumet, ko jangan ingat kat Perlis takde broadband ok. Heheheeh. Aku takkan biarkan ko melepasi aku. Aku main berstrategi beb. Strategi 11 sept ni lagi best. Kaw2 punya aku main sblm ko landing kat KLIA tuh. hahahahahaha. HABISLAAAAAAA FARM KO!

Ok la nak pulang marilah pulang. Berhati-hati di jalan raya, semoga anda selamat tiba, ucapan selamat hari raya dari Anies untuk semua.

*serious rasa cm balik raya. semua berkumpul kat kg nie. Jeng jeng jeng!

Aug 28, 2009

Mende Sengal

Tadi kata nk suruh aku bawak balik kete dia. Ni senyap plak. Menyampah btol. Takpela, balik naik bus je la. Bawak sleeping bag, tido dalam bus diam2. Senang. Malas nk menyusahkan sesapa. Tapi esok amek kat Alor Setar. Hahahahah. Padan muka kena pegi Alor Setar.*bole shopping2 kat Alor Setar. Ada Setar Hill. Hihihihi.

Eh panjang umur kakak aku. Hahahahahhaha. Yeah yeah balik ngan Honda jazz. yeah yeah. jimat minyak. yeah yeah.

Tekanan la sebok gile nie. Nak chatting ngan org2 penting pun susah. Pastu kelam kabut dgn test la apa la. Hoh. Nak mengadu2 kat org sekeliling pun dah naik muak. Nak buat muka ketat pun letey dah. Kalau rumet ada, mesti dia gelakkan muka ketat aku. Hmmm, rindu la kat rumet. Walaupun dia gelakkan muka ketat aku, dia memahami. Aku punya tahap malas nk layan tekanan aku sampai aku rasa malas nak bercakap pasal nie. Kalau aku bgtau pun, nanti mesti ada je org cakap, "eh..aku lagi penat la. kerja lagi teruk la, balik lewat la, aku kerja lagi teruk la ". ala, tayah la compare. aku ckp bukan suh ko compare sapa lagi busy, aku suh dgr je, ini tak, nak gak menang. Eh, tetiba aku melalut apa nie. Hahahahaha. Tadi aku tgk no 16 jadi no 22. Hahahaha. aku rasa aku terlalu pack la minggu ni. Gile dah. Sian sasha, sian shikin, mereka mendambakan gurauan aku di alam maya. Hahahahahahahaa. Sori sasha. Im happy for u. Congratz. InsyaAllah, kalau ada rezeki, akan dapat jugak kan. Hehehe.

Ashikin, nanti ada masa, gua pegi buka pose dengan lu ok. Gua rindu gile lawak bodoh lu. Hahahahahaha. Gua rasa lu kawan gua paling kelakar. Hahahahah. Gua rindu nak gelak besar dengan lu nie. Hihihihi. Biarlah kehadiran lelaki misteri terus menjadi misteri. Hahahahahah.

Dah nak mandi. Nak gi amek kete kakak aku. Yeahhhhh.

Sepi Itu Indah. huahuahuahauhaua





Sendiri... hatiku semakin merasa sepi
Tak ada yang mau coba mengerti
Tentang keadaan yang kurasakan
Kurindu... rindu akan belaian cinta
Hanya cintalah yang bisa memberi
Kedamaian di jiwa

JIWANG SIOT. rasa nk pelempang.

Nanti ada masa aku balas dendam tulis blog panjang lebar macam korang smpi orang muntah nak baca.

Saya mengambil kesempatan yang ada ini untuk mengucapkan terima kasih pada sugar mummy saya yang gile baik hati kasik saya beg Golla. Hehehe. Owh dan belanja bukak puasa. nasi bojari yang sangat mengenyangkan. owh dan pelbagai lagi budi baik.

Owh, dan juga saya kesepian berpuasa tanpa seorang ustaz. Takpe, saya paham ustaz harus bekerja menyara kehidupan saya yang kais pagi makan pagi ni. Hari sabtu saya decide nak balik kampung dengan kereta saya yang kondisi tak berapa elok. Harap2 perjalanan saya selamat, semoga dapat buka puasa dgn keluarga.

Kenapa lecturer buat test hari sabtu pagi pkl 8 pagi? Tekanan betul. Takpela, malam esok lepas sahur terus study smpi muntah.

dah la. mengantuk.

Aug 24, 2009

Puasa Hari Ketiga

Maafkan aku.

Aku sgt ketandusan idea untuk menulis, muse aku pun takde kat KL. kesian aku. Hahaha.

Tadi aku dh nk tunjuk gambar aku bukak pose, tapi geng aku kata aku poyo gile tunjuk gambar tepung pelita. Dia kata, macam la aku sorang blogger yang makan tepung pelita. blog org lain bersepah tepung pelita.

Tapi dia tatau, aku menjelajah tiga param sbab nak carik tepung pelita. Hoh. Sabar je la ada geng mulut cam nyah nie.

So takpela. Ini je updet aku. Bye.

Aug 23, 2009

kawen la anies kalau dh gatal

weih, aku mood nak menulis ni weih. tapi tatau nk tulis pasal apa.

rumet aku balik 10 sept weih! best best best.

apa lagi? sapik ntah bile nk balik pun tatau. tp lagi lama dia pegi, lagi byk duit bole kumpul.hehehehehehehe. semalam dh tanya ayah pasal kawen, pasal kenduri, ayah kata ok je. heheheehe. dgn ayah je la bole hint. senang. aku kan anak kesayangan ayah. gile mengaku sendiri. eh, kalau mak jeles tgk aku rapat dgn ayah, mmg aku rapat la dgn ayah kan?

rindu plak kat ayah. kalau bulan pose, kat kampung dulu, sebelum bukak pose, aku slalu naik motor dgn ayah, pergi ronda-ronda kat tepi pantai kat umah aku. pastu, borak borak kosong dengan ayah. bodek-bodek ayah mintak duit ke apa ke. hahahahaha. tapi skang, ayah pun dh tua dah. dah 70 tahun. ayah kuat lagi, Alhamdulillah. takdelah naik motor berdua romantik2 lagi. kadang-kadang je la. hey, amende aku nie. aku pun dok sini, canne nak naik motor romentik dengan ayah.hoho.

hey, okla. cukup cukup. sahur nnt plak sambung bebel.muahs.

uwaaaaa nak kawin tapi...

Aug 22, 2009

Nak baca sampai habis, silakan. Tanak pun takpe.tak penting pun. Ish, panas peha aku sebab laptop nie.

mari bercerita.

semalam, aku tido umah B. aku memula semangat gile nak masak. tp bila dh smpi umah dia, dah baring-baring, tengok tibi, makan mekdi, aku mula jadi malas. tp sebab aku dh janji mcm 50x gitu, aku pun masak la. syaratnye ialah tak boleh tolong, tak bole tgk dan tak bole dtg dapo (mcm la dapur tu jauh gile). tapi last-last aku berjaya masak daging blek peper (tapi aku rasa tu ialah daging masak kicap). resipi dari US tuh. semangat. ego tanak tanya org yg depan mata. so, semangat la nk sahur. tido jap la dalam pkl 3 pagi gitu. Sapik kejut aku sahur pukul 4.45am. Aku masa tu dh merangkak-rangkak nk kejut B. tapi, lagi sejengkal nk smpi, aku tertido balik. Bukak mata semula ialah pkl 6 pagi. Wahhhh. sangat kecewa. aku nak makan sahur. dan berasap. sobs.

Pastu, bangun balik pkl 11 am. Aku mcm nk gi opis, nk gi midveli, dsbnya la. Aku bangun, godek2 farm aku, pastu aku tgk citer prom queen kat HBO. pastu, aku tido balik lepas tanam super berries. pastu aku bgn balik pukul 515 pm, tu pun sebab aku dgr bunyi orang menapau nasi goreng. Owh, pastu aku harvest super berries. pastu aku amek anak buah aku, pegi param Bangsar.

WEIH, param Bangsar ialah sangat sucks. Aku tanak pegi dah. Dah tak mcm param yang ku kenali kira-kira 4,5 tahun lepas. Param Bangsar semakin berubah. Mana makcik jongkong? Sedih gile tak dpt makan jongkong dan tepung pelita. Sobs. Ini kali pertama first day tanpa tepung pelita ni weih. nasib baik bukak pose ada nasi goreng kampung cina bukit jinjang.ikan bilis banyak gile. pasni rasa nk buat nasik goreng plak la untuk B. hahahaha. tetiba perasaan nk masak tu dtg menjunam-junam.

Kenapa muka um*e a*d* sangat lain dalam cerekarama nie?

Dem aku rasa dging blek peper aku tak sedap la. sedey plak.

Ha, itu dia sehari dalam hidup rockstar. rindu la plak kat mamat kat labuan tu. selamat berpuasa ustaz!

Aug 20, 2009

Total Review

Peah aka Buih tutup blog. Penjerung tutup blog. B tutup tapi bukak blog baru. Rumet bukak semula blog lama.

Pastu skang, ada blog baru.

Blog yang kitorg gunakan khas untuk rebiu apa saja. Setakat ni aku baru rebiu Farmville. Esok lusa aku nk rebiu tractor dalam Farmville. Hanya bila aku memiliki tractor tersebut. Hehe.

Promo blog yang aku juga author.

http://totalrebiu.blogspot.com/

Aug 19, 2009

Memang Aku Dasar Malas. Habis Ko Tu Rajin Sangat? Bayar Utang Aku.


Buat assignment malam-malam macam ni, dengan suasana yg sejuk, malam yang sepi pi pi pi, pak mat jual kopi pi pi pi, sangat memalaskan.

Kalau buat dengan bertemankan frappucino botol tu mmg best, tp masalahnye,

aku isi dgn air soya drinho je. sebab aku dh habiskan frappuccino itu hari sabtu lepas.

ia tidak hanya terdapat di brunei rupanya. di cold storage pun ada.

Ya Allah, bagi la aku rajin 10% je. cukup untuk siapkan esaimen ni pun cukup.

Aug 18, 2009

Multitasking

Define multitasking.

Multitasking bagi aku skang bukan lagi buat report, print report, sambil minum kopi, pastu balas email client ke apa ke. Multitasking sekarang ialah main farmville dan barn buddy, sambil check comment di fb, smbil gtok dan ym, pastu memblog, smbil buat keje of kos. Wah, gile hebat. Macam tangan sotong plak. Byk gile. Dan of kos, memerlukan komputer riba yang spec power. Haish

Tadi kan, kan, kan..

hikhikhik

Ada orang kata kan, aku membuatkan dia rasa muda. sebab tu dia sayang aku. lebih. hikhik. tapi, kami sebaya. hihiihihihihi. gedik kan? Paham ke? Tak paham sudah. aku pun bukan nak kasik korang paham. Aku selalu je orang cakap muda, mungkin sebab aku tak matang. hahaha. Selalu orang teka umur aku 25-26. Hahahahahaha. Angkuh je gelak. Young at heart. Huahuahuahua.

Ok sekian. Aku nk gi kedai bawah.

Takde kaitan langsung multitasking dgn paragraph seterusnya.

Pastu nk carik beg guitar dgn benda alah apa ntah yang besi buat goreng guitar tu.

Black Cort Guitar For Sale

24 fret

Nut

Headstock. Tuners working fine.

Double Humbucker

Cort Guitar

Dengan ini, aku mengumumkan bahawa aku nk jual guitar aku ini. Harga RM400 (bole runding dengan manager gua). Sesiapa berminat nak beli guitar, sila hubungi rockstar iaitu aku.

Pictures are courtesy of fotobuih. Thank u so much Buih! Malam ni gi jmpe pakcik tuh eh. heheheh. Nanti teman aku pegi beli semi acoustic guitar plak eh. Hikhik.

So, sesiapa yang interested nak beli, bgtau la.

Aug 17, 2009

Tua Kutuk Tak Sedar Diri

Hari ni, aku rasa sakit-sakit kaki. Macam sengal-sengal. Macam pecah lemak pun ada. Heran la. Aku buat apa? Main futsal pun tak. Pegi jalan2 shopping dengan melampau pun takde.

Rupanya sebab aku melompat-lompat pada malam konsert tu.

Aku pun dah tua rupanya. Ingatkan Sasha je. Mmg dasar tua kutuk tak sedar diri.

Rumet, ko happy ke skang? Walaupun tujuan asal ko ialah menjeleskan aku sebab ko dating ngan rockstar la kannnnnnnn?? Semoga kejelesan aku memberikan kebahagiaan pada ko rumet. Pergh. Tsk. Jgn lupa CD aku. Layan juga band bf baru ko nie (sukati aku la nk panggil dia bf baru ko walaupun dia bukan bf ko lagi). Nnt kita dabel date kat Boston. Wow. Wow. Wowwww. Kite gi Upper East Side sesama eh Rumet?

Sesapa yg belom jadi jiran aku kat Farmville cepat sket bertindak. Sekian sahaja coretan di aidilfitri yang mulia.

Makan makan makan makan biar gemuk smpi aku menang sejuta rupiah.

Aug 16, 2009

MTV World Stage Lagi

video

Hoobastank performing The Reason

video

AAR performing "I wanna i wanna i wanna touch you..u wanna touch me too" ntah apa tajuk lagu dia. Video bergoyang sebab aku melompat.


video

Ini khas untuk Peah. ooh oohh ohhh ohhhh

MTV World Stage..ini baru berbaloi-baloi.






Free ticket from Sasha. Awesome. Thanks Sasha. I owe u big time. Hehehe. I love u la bebeh. Agak sedey kerana Sapik tak dapat join sebab dah belayar. I wish u were there bebeh. Boleh terkinja-kinja bersama. Sobs. Nway, best best best. Walaupun ramai artis yang kurang dikenali dan baru seperti Pixie Lott and Raygun, tp tetap best. Kena la download lagu Raygun n Pixie Lott pasnie. Hahaha. Poyo weih poyo Anies. Blah blah blah.

Hoobastank paling layan masa lagu The Reason je la. hahaha. All American Rejects mmg aku paling layan, walaupun The Kasabian adalah lebih otai. Hehehe. Maybe sbb lagu AAR lebih banyak aku tau kot. Memang berbaloi-baloi la konsert ni, lagi berbaloi dari konsert yang dibayar. Sound pun sedap. Cuma, agak spoil bila VJ MTV banyak sangat bercakap. Mcm potong sket ahhh, tp stil layannnnnn.

Lepas ni beramal-ibadah la pulak. Bulan mulia makin nk dekat. Cukup-cukup la aktiviti lagha. Pesanan untuk diri sendiri nampak.

Aug 14, 2009

MTV WORLD STAGE TICKETS



Nak tengok mereka ini ok, dan Kasabian, dan Pixie Lott.

Aku nakkkkk!!

Sangat memerlukan pass ke MTV World Stage esok. Tolong. Pelis. Help. Pelis. Bayar pun i sanggup untuk tiket esok.

Saya Malas Pergi Kelas Kerana...

Ada banyak sebab aku malas pegi kelas semester ni.

  1. H1N1 - takut. tapi ni alasan je. Ramai orang guna alasan ni dengan jayanya. Siot.
  2. Ada sorang classmate aku. Dia ni dah sepuluh tahun keja. Lagak dia macam tau semua. Kalau orang present kat depan, dia mesti ckp semua benda dia tau. Tapi bila dia present, teruk jugak dia kena bambu. Kena buluh dgn lecturer. Hoh. Ai het yuhhh.
  3. Ada lagi sorang classmate aku. Dia power la jugak. Dh project manager kat satu company construction yang besar dan gah. Kalau dia present, mestilaaaaaaaaaa nak sejam, atau dua jam atau kalau boleh 24 jam. Hoh,tau la dah berpangkat besar. Pastu semua benda pun dia nak tauu la. Semuanya dia tau. Mcm profesor serba tau.
  4. Ada lagi sorang classmate aku. Bakal menjadi pensyarah sebab dia ni under skim latihan pensyarah tuh. Kalau buat kerja berkumpulan, dia mesti nak ngelat je. Tak pi discussion la, asyik buat kerja senang je. Pastu, kalau present, ntah apa-apa. Selalu mengelak ditanya dengan bertanyakan kepada kelas. Ini bukan mock teaching la. Pastu English mcm haram. Bukan la aku bagus sgt English, tapi takde la sampai simulation tukar jadi stimulation, atau Astana Apartment jadi Astana Apparatus. Hohoho.Mintak2 aku pun tak tersasul macam nie. Mana la tau, tulahan mengata orang. Na'uzubillah.
  5. Aku terpaksa mengaku, nama company aku mmg femes. Kedua-dua kelas yg aku amek, mesti kena kait dgn company aku. Pastu, bila lecturer mention nama boss aku yang femes tuh, seme orang sembang mcm kenal boss aku. Hey, aku pun malas nk mengaku aku keje kompeni tuh, korang sembang mcm rapat gile dgn boss aku. Pastu siap mamat ni tanya kenapa tak rapat dgn boss aku. Hey, bos aku tuh CEO la gile. Ko ingat bole bonding minum kedai mamak sewenang-wenangnya?
Wah, mengarutnya. Tapi saja je lama tak mengumpat. Hahahahahahha. Esok aku delete la. Malam ni kita enjoy!!

Eh, btw, kenapa dah ramai orang tersayang aku menutup blog ni? Aku pun rasa nk tutup jugak, tapi nanti orang2 tersayang aku takde tempat meluahkan perasaan atau berkongsi pendapat dgn aku. Hehehe.

Bestnya mengarut. Yahooooo.

p/s: aku tak emo dalam entry ni. jangan salah paham. hehehehe.

Aug 12, 2009

A for Audi, A for Ashek


Bunga, ini untuk ko.

Walaupun aku tau kereta ni tak bole park kat kebun ko yang masih kecil tu, aku tetap bagi sebab aku sayang ko wahai bunga.

KEYCOOOOOOOOOOOO LA ASHIKIN.

xoxo;

Daun.

Arnab 4 rumet


Nah rumet.nak sangat arnab.aku kasik yg real.kat farmville pun aku kasik gak later k.xoxo.

Happy birthday ayang.






Alamak, belum sempat edit dah kuar kat blog. Kantoi plak. Hahahahaha.

Nway, we went to Restoran Damascus Gate kat Jalan Damai, celah bedah Jalan Ampang tuh. Ayang belanja kitorang sempena birthday dia yang ke-18. Awwwww.

Nasik dia sangat sedap. Environment dia sgt best. Lampu pun cantek-cantek. Macam bilik karaoke super VIP yang berunsurkan Arab. Hikhik. Pastu ada orang menari gelek, kitorg siap baring-baring makan anggur, pastu isap sisha perisa anggur, minum air anggur.

Tgk la gmbr nanti. Bila dah dpt dari housemates yang terchenta.

Happy Birthday Sharifah Ayang!

*edited version.

Aug 9, 2009

Virus V41N

Vain ( Halimah, bukan nama sebenar)

Vain (kengkang, bukan nama sebenar)

Kenapa perempuan selalu posing dalam kereta mcm ni bila balik dari salun? Macam dua orang wanita berwawasan di atas. Perasan gile. Konon habis cantek ah rambut tu weih?

Balik, tido, bangun, dh jadi rambut indie band.

Se-chawan kopi


Aku nk try mobile blogging. Aku dan sapik di chawan,bangsar.sapa nk amek sign aku,meh sini skang.

07.08.09 ialah tiga nombor yang berturutan

Seperti biasa, Meon melakonkan aksi-aksi ala Anak Wayang. Dia sangat terharu dengan kehadiran kek itu. Tembak betul-betul la Adie, jangan belas kasihan.

Masam gile selepas padang lilin. Motif memasamkan muka?

Awwwwwww..happy birthday Meon.

Dah bagitau dah sepesel. Tak tipu.

  1. Birthday Meon yang ke-17.
  2. Anniversary A. & B. yang ke-2.
Tidak ada makan besar. Tidak ada parti bogel tepi swimming pool. Takde parti buih. Ini memandangkan Meon baru berumur 17, tak elok buat parti secara dewasa untuk beliau.

Juga sebenarnya tidak ada perancangan parti. Hanya ingin melepak. Aku, Molly, Meon and B. Tapi, B. bawak kek ais kerim kering plak. Sedap, tapi keras. Keras gile. Ais kering masuk dalam teh ais. Berasap. *takde motif pun ayat nie. Tapi pendek plak entry ni. Tak kelihatan cool.

Happy Belated Birthday Meon & Happy Second Anniversary B.

eh, umur Meon ialah 10 tahun. Sebab lilin ada 10.

Ignorance is My New Best Friend

Apa yang bole korang buat untuk gembirakan aku kalau mood mcm tahi sepanjang minggu?

  1. mungkin boleh cuba gembirakan aku dengan mengajak aku berbual-bual di Starbucks. Caffeine fix katanya.
  2. mungkin boleh belanja aku sepasang selipar Rip Curl.
  3. mungkin boleh bagi aku Ipod Touch sempena birthday aku esok.
  4. mungkin boleh basuh kereta mewah jenama Malaysia aku.
  5. mungkin boleh ajak aku pergi jumpa tukang urut professional.
  6. mungkin boleh masakkan aku udang masak lemak yang pedas, kasik aku buang air dgn sangat bersemangat.
  7. mungkin boleh ke Guardian, belikan aku toiletries.
  8. mungkin boleh tolong basuhkan baju aku yang penuh melimpah.
  9. mungkin bole kemaskan bilik aku.
  10. mungkin boleh dapatkan aku tiket ke concert MTV hari Sabtu depan.
atau, mungkin juga boleh buat ini.
  1. tolong diam dan tayah buat apa-apa.
  2. cuba buat-buat macam aku konon-konon ok je dok layan game Facebook.
  3. diam.diam.diammmmmm. sebab diam adalah pintar, kata KRU, bukan kata aku.

Aug 7, 2009

Bercucuk Tanam dan Menjadi Penternak

Best la layan Farmville ni. Ni aku, dengan haiwan-haiwan free aku. Buat keje kat opis atau rumah, hanya biar je binatang-binatang ni berbunyi. Kelakar tetiba laptop aku bunyi ayam dan kambing. Pastu, tadi rumet kasik h1n1. Bunyi dia sebijik macam Uruk-Hai. Tak comey langsung.

Ok sekarangggg...ke kanan pusing anak anak!!!

p/s : tak senonoh btol si h1n1 dok cium bontot kambing.




kakak takde mood ni adek-adek. Adek-adek jangan nakal-nakal. Kakak nk bersendirian.

Al-Fatihan to my cousin yang passed away today. Sobs.

Aug 6, 2009

Sepesel. Tunggu.

Sangap la buat assignment sorang-sorang. Dah penat goreng. Meh nak menggoreng blog plak.

Hari jumaat ni ada dua sepesel occasion la. Celebration. Woooot.

Dah. Tu je. Selamat malam dunia.

Aug 3, 2009

Pheewiiiiiiiittt (wfe)

Sasha, ni je gambar terbaek kite. hahahaha.

Aku rasa bagai kembali ke arena 80-an. Sumpah gambar ini diambil di Bukit Kiara pada 1 Aug 2009.

suka tauuuuu gambar ni, ada style la Buih!


Peah promote blog dia, instead of promoting Celcom. Hahaha.

Konsert Search. Pheeewwwiittttttt...not.

Amy tak buat pun 'pheeeewiitttt' dia. Kecewa aku.

Geng-geng konon2 headbanging pada hari itu ialah Sapik, Buih, Sasha, Nizar orang kampung aku yang sejati, and kawan-kawan Sapik yang lain seperti Zano, Raqi, Kept n gf, n sorang kwn Buih. Sangat tak puas hati. Kalau ada fans Search yang baca ni, jgn maramaramara. Sebab aku tak puas hati :

  1. Konsert supposed to start at 9pm. Tapi Search lambat sampai, alasan traffic jam. Demm. Takkan la tak bajet kalau konsert sah2 la jam. Bila Search lambat sangat, semangat tu makin berkurangan sebab sesak dan panas, dan tenaga makin kurang.
  2. Boleh ke masa Amy nk start nyanyi, microfon dia tak keluar sound? Potong gile.
  3. Masa second song ke apa, tetiba stage blackout. BOLE??
  4. Belum campur dgn security yang tak jaga langsung, org tiket rm58 panjat pagar pastu join org tiket rm88. Tak berbaloi byr utk tiket mahal, kalau aku tau, aku pun panjat pagar. Baru nmpk jahat.
  5. Masa kid nk bergoreng solo, guitar dia takde bunyi ke apa ntah. Sian tgk mamat tu muka fed up, sambil cuba goreng guitar biru dia.
  6. Banyak kali sangat the diorang main guitar solo, sampai naik muak.
  7. Tak pernah pegi konsert yang konsert belum habis, dah rasa nak balik tido. Dah la pinggang rasa mcm patah, kaki mcm nak tercabut, perut lapar gile.
Tapi apa-apa pun, aku berjaya membawak masuk kamera secara haram. En Buih tolong amek gambar aku n Sapik. Heheh. Fans Search yang betul-betul macam hidup di zaman diorg 28 tahun yang lepas mmg terbaek la. Masih tak percaya aku dapat tgk orang yang pakai spandex, rambut mcm zaman dolu, seluar ketat gile, kasut hi-cut. oh mannn.

Konsert Search di Awan Biru Part II? Oh, mungkin tidak lagi. Jom tgk AAR, Kasabian, Hoobastank, etc. Jommm!

Aug 2, 2009

Im in Lurve Wif My Plumber

Yesterday aku kena babysit Eiman. Aku suka je, sebab dia dh besar, mendengar kata and sweet. Dia slalu ckp 'i love u, makcik'. Harusla aku cair sentiasa dgn Eiman. We went to Emma's birthday party bersama Sapik. Mcm keluarga bahagia gitu. Awwww.

Shikin masak superb la. Sedap semuanya. Very the Nigella minus sumthing la Ash. U know what. Hehe. Emma pun sangat la tembem dan sgt cute memakai baju Laura Ashley itu. Awwwww. Ini mengingatkan aku untuk membayar hadiah Emma. Pls msg me ur acc no ye Riri. I love u! Muahs.

Update pasal Konsert Search?

Tunggu dapat gambar.