nuffnang ads

Jun 30, 2009

Makcik yang kempunan kasih sayang

Kempunan.

Kempunan sungguh nak makan durian.

Mulakan dengan serangkap pantun.

1 2 3 4 5 6
minggu lepas pergi vietnam
aku ni kempunan dr bulan enam
kempunan gile nk makan durian.

Maka, minggu ni nak balik kampung. Makan pulut durian. owh lazat gile. Pulut yang sangat berlemak, pastu letak santan, pastu tabur gula, pastu ramas dengan durian sehingga orang lain tgk konpem tak lalu nk makan. Itu yang paling nikmat. Pastu sendawa dengan kuat. Bau menusuk.

Durian.durian. pulut durian. tunggu kepulanganku sayang.

bla bla

bla bla bla

Blog Ini Tidak Private

Tadi sasha tanya. Blog aku private ke?

Jawapannye : tidak.

Kenapa takde status update?

Sebab aku sengal semasa mengemaskini dashboard.

Jun 29, 2009

Mari Memaki Mengikut Transformers

BANGKAI BURUK!

KO SEKEPING TIN!

BESI BURUK TAK GUNA!

ok dah. aku dh tengok transformers! Best!

tak sabar bawak eiman tgk. mesti kecoh kat panggung.

harus pakai topeng decepticon untuk kaver malu.

* Kenapa Megan Fox hot gile? Please jangan samakan aku dengan dia. Aku malu.
* Aku suka Transformers tua ganyut yang bertongkat tu. Sangat kool.
* Bumblebee mmg best la. haish.
* Owh owh..ala..nk citer..tp kang spoil mood org yg tak tgk lagi.

Jun 26, 2009

Selamat Berpuasa :)

Yeay! Aku nk jadi orang pertama blog pasal bulan Ramadhan. Bukan apa, biasanya kalau start je bulan puasa, mesti ada orang nk wish ' Selamat Berpuasa' kat blog dia. Baik aku wish dulu.

Ish, tak sabar la nk puasa. Tahun ni puasa lain aku rasa mungkin sangat berbeda. Housemates pun lain, pastu ada bf (hik hik), pastu ada kawan-kawan lama dan kawan-kawan baru. Ish, terasa meriah uolls.

Dah setahun ek tak semayang terawih (ye Bai). Tahun nie harus bersemangat seperti tahun lepas! Semangat di awal bulan. Hoho.

Param feveret aku ialah Bangsar, as usual sebab ada kuih jongkong. Kuih feveret ialah tepung pelita. Hari-hari nk makan nasik kerabu, tak kesahla hari apa, hari rabu wajib makan nasik kerabu. Tahun ni takde rumet la. Kalau tak, rumet paling suka membuat amalan syaiton iaitu membazir. Tapi best, bole makan byk2 apa yg rumet beli, hehe.

Okla, cina-cina dah balik semayang jumaat;
Buatla kerja cepat!

Mari-mari kita bersemangat!

Pagi tadi aku lewat bangun. Selamba aku masuk pukul 10. Company bapak aku ke? Kenapa dengan aku nie weih?

Tadi aku kena 'basuh' dengan senior aku masa makan sesama. Senior aku nie merangkap associate director Melayu pertama dalam group company aku. Clap clap.

Dia nampak syndrome aku. Syndrome 'aku takde hati di sini lagi'. Wahh. Panjang lebar eh kau berceramah kat aku. Tsk tsk. Aku nk cantas kau pun susah. The truth is aku malas nk sambung belajar. Wahahaha. Busuk gile perangai. Sebab aku tak nampak hala tuju aku. Tau tak kadang-kadang tak tau apa kita nak dalam life nie. Hehehe. Eh, aku bukan loser, aku rasa syndrome cuti semester yang panjang nie. Maybe. Kadang-kadang aku rasa nk jadi rockstar, pergi Boston, main tepi jalan. *rockstar kejadah main lagu Yuna dah masuk minggu kedua asyik menjadi lagu Tuna. Kadang-kadang rasa stay kat company ni akan beri byk advantage di masa depan. Kadang-kadang, haish. Macam-macam. Rasa nk gi backpacking mcm mat saleh, jalan-jalan dok at one country, carik duit enuff to survive, then kumpul, pastu gi tempat lain plak. Wahahahaha. Masalah dalaman nie.

So, selalu bile kena ceramah, aku dgr tak dgr je. Tapi tadi aku terasa jugak la. So, lepas kena ceramah haruslah bersemangat!! Mari-mari score! mari-mari rajin kerja! Slow-slow aku kena adapt balik benda yang aku nk buang jauh nie. Haish.

Dah la. Esok kite gi Urbanscapes tengok Yuna and The Pesawat ok! Mari-mari goyang! (_|_) goyang yukk ahhhhh!

*yuna tak nyanyi lagu dangdut!

Jun 25, 2009

jangan gatal tangan

Sila masuk sini dan menyesal.

JANGAN KLIK NANTI MENYESAL

Bawang

Sebenarnya,

ini icon apa? ---> (-_-")

bila aku buat kat topek, dia kata : apa tu? mcm bawang je.

pastu semalam topek kutuk gambar aku yang ni.


Dia kata, aku mcm Cik Bawang (-_-")

Jun 24, 2009

Cu Chi Tunnel


Mana AK47 pun aku tak hengat la Perverdz

Trap ni khas untuk lelaki. nama dia door trap. kalau bukak pintu, then sapot bhgian atas, bhgian bawah yang berengsel tu akan hentam 'you know what'. Chester kata, u'll miss the fun kalau kena benda alah nie.

ni ha trap tuh..lagi sekali aku upload sebab ada komen menghina..TSK.

tembakkkkkkkkkkkk..tank US yg dah didestroy oleh Viet Cong

trap nk seksa US. hahahah. mati la kalo masuk dalam nie. padan muka.

ini kalau masuk, mau tembus tulang lutut

ni trap untuk bunuh hanjeng German Shepherd milik orang US

ni Chester. dia sangat pandai ckp English. Busut ni org Viet Cong guna as ventilation hole kot. eh, btol ke ninie? lubang tu diorg guna sebagai lubang amek nafas. kot.

haaaa..dis is the tunnel system. sungai kat tepi tu ialah Sg Saigon, yg memainkan peranan penting untuk diorang nie.

Ayun menangis. Mende laaaa. tak macho langsung.

Ninie yang petite ni pun nk kena tunduk bagai. apatah lagi gajah mcm aku. tsk.

ha..amek ko peluh mcm futsal.

Shida..tunggu akuuu (sebab Shida pegang torch light)

Tunnel ni actually dibesarkan sedikit supaya muat untuk org-org asing spt kami. Sebab tu aku muat. Tapi, gile ah. Baru 100 m, berpeluh bagai. Bayangkan tunnel ni actually 200km. N luas kawasan dia ialah 40 hectares. Tsk. Gigih kan Viet Cong ni gali tunnel? Gigih, segigih Count of Monte Cristo :)

Overall, Vietnam is fabulous. Sure akan jatuh chenta pasal war history after balik Vietnam. Seperti yg jadik kat kami.


Jun 23, 2009

Stuck Kerna Besar?

memula. carik fox hole tuh. mana-mana? sapa jumpa aku upah 20,000 dong.

ha..tu dia nampak sket. dah-dah, tayah nk teka-teka dah.

pastu, angkat penutup tuh. sila ingat, ketinggian di sini ialah 1.3 m.

masuk pelan-pelan, tangan angkat atas

amek balik penutup kayu tadi, tutup semula, dok la dalam lubang ni smpi lapar.

okay-okay aku plak nak try. scary scary. hins hins.

baru masuk badan, dah menangis. chis. gile cembeng.

jeng-jeng, aku bertukar menjadi bidadari

eh, salah gambar. masih lagi menjadi anies yang sebenar. tsk.

weih-weih..buntut aku stuckkkkkkkkkkk.

Tục tưng ơi, tục tưng à, tục tưng nựng cái nà

mengucap dulu baru lintas

oh man, berselirat sungguh wayar

ini bukan jambatan pulau pinang, ini Jambatan kat sungai Mekong

Benh Tanh Market..camane eja ntah

Pasport aku. Motif?

Tục tưng ơi, tục tưng à, tục tưng nựng cái nà - apa-apa jela maksud dia.

Vietnam. oh vietnam.

Vietnam is like a shopping paradise for Ninie, Cda n Ayun. Aku takdela layan shopping sgt, mungkin sebab aku ada destinasi membeli belah yang lain. Hihi. Nway, Ben Tanh Market patut anda tuju kalau nk ke Ho Chi Minh. Very chip prai..especially kalau anda nk beli kain buat baju kurung. Hihi. owh, dan ini je aktiviti kami for the first day. tsk. tak sempat gi church dia amek gmbar. tsk tsk.

Second day is Mekong.

Kat Mekong, we sebok nk tau how the Vietnamese mencari pendapatan. Mekong river sgt besar. It flows through China, Burma, Thailand, Laos, Cambodia and last sekali Vietnam. So, Vietnam dapat la air yang paling kotor. Tsk. Kesian. Apa nk citer pasal Mekong river? Pegi la google sendiri. Besar sangat sungai tu, panjang gile. Nk citer kang jadik Wikipedia.

Third day..jeng jeng jeng..

CU CHI TUNNEL! (sebutan ialah Ku Chi tunnel).

Cu chi tunnel nie, once again, dicopek dari Wikipedia.

"The tunnels were used by Viet Cong guerrillas as hiding spots during combat, as well as serving as communication and supply routes, hospitals, food and weapon caches and living quarters for numerous guerrilla fighters. The role of the tunnel systems should not be underestimated in its importance to the Viet Cong in resisting American operations and protracting the war, eventually persuading the weary Americans into withdrawal."

Gile, gile, gile. Betapa gerila Viet Cong (VC) ni nak survive, so diorg sanggup hidup dalam tunnel yg setinggi 1.3 m ni selama 20 tahun. Oh man, dan trap-trap yang diorang guna untuk survive? Sangat kejam. Tapi padan muka US.

Okla. Aku tatau nk tulis apa. Byk gile nk citer, smpi tatau nk compose (bak kata Bubba). Hmmm.

Dah la, dah la. Nnt aku kasik souvenir. Sapa tak dpt, jgn kecik hati. Redeem dr next trip aku.

Owh, ini entry pengenalan. More to come.

Jun 19, 2009

Vietnam Kitchen ada di Kuala Lumpur

Persediaan ke Vietnam part II.

  1. duit dh ditukar ke USD. thanks ejah. susah-susah je pegi Bangsar. hikhik. ok-ok, fridge magnet wajib utk ko.
  2. maggi dah beli. neskepe pun. hihih. kena la bawak ben 10 jalan-jalan vietnam.
  3. baju blom packing la. tsk tsk. malas nak pack nie.
Tak sabar nak masuk Cu Chi tunnel nie. Mintak-mintak buntut i yang mokk ni tak tersepit. sobs.

Nak gi Mekong, tgk sungai Mekong. motif?

Ahh, malas tulis blog la. nk packing.

aku akhiri dengan sebuah pantun (i pun nk pantun la bubba).

satu dua tiga empat
lima enam enam enam
esok kami berempat
nak pegi vietnam nam nam nam (echoooo~~)


kalau ada sumur di Vietnam
bole saya menumpang mandi
nanti bila dh balik dari Vietnam
aku update la lagi

eh, ada lagi pantun untuk bubba

jaga diri, hiasi peribadi,
jgn suka main guli,
take care everybody,
jumpa lagi baizura sabri!

Busy Busy

Esok nak gi Vietnam. Semua preparation takde.

  1. Belum tukar duit.
  2. Belum packing.
  3. Belum beli maggi.
PALING TERUK, BELUM APPLY CUTI.

dah dah. updet semasa. papai.

Jun 16, 2009

Short entry

Sapik pergi belayar la harini. Kemungkinan besar pulang pada Ogos. Mak aihh. Lamanya. Dah la aku tak sure bentuk perhubungan apa yang ada. Eh, bukan la perhubungan secara social. Maksud aku, hubungan komunikasi antara kami. Bole telefon ke? Ada line ke? Ada ke internet? ADDDAAA KEEE?? nasib ko la Anies. Hahahaha.

Cepatla hujung minggu. Tak sabar nk meninggalkan tanah air. Hihi. Poyo.

Jun 15, 2009

Macam-macam keywords



Boring lagi. Aku godek-godek nuffnang account aku. Taklah sepeliks keyword 'k**e budak' yang aku penah dapat. Tapi kelakar-kelakar la keywords yg org carik. Hahahaa.

xs2rockstar tu common la..mmg nama blog aku. tapi yang lain-lain tu..hmmm.

dah la. bosan. nak mandi. nk berchatting pun malas.

ini baru blog aku. Kalau blog-blog yang tersohor, mesti lagi banyak 'keywords' merepek.

Jun 14, 2009

Good Song

Tyler Connolly sangat kacak dan bersuara sedap

Theory of a Dead Man : Hate My Life

So sick of the hobos always begging for change
I don't like how I gotta work and
They just sit around and get paid
I hate all of the people who can't drive their cars.
Bitch you better get outta the way
Before I start falling apart

I hate my job, all of my rich friends
I hate everyone to the bitter end.
Nothing turns out right There's no end in sight
I hate my life!

So if you're pissed like me
Bitches, here's what you gotta do
Put your middle fingers up in the air
Go on and say "Fuck you!"

*full lyrics? search sendiri.*

G*MP**NG

Haish.

Haish.

Haish. Sigh.sigh.sigh.

Mood adalah macam gampang plak hari ni. Walaupun menyanyi riang di pejabat kerana bekerja tanpa pengawasan boss, masih merasa seperti mcm haram di dalam hati.

Selamat tinggal. Adios.

Jun 12, 2009

Kaedah Menghilangkan Kebosanan Part II

Jenab n Jieha tengah tengok Atlas (masing-masing semangat nk travel sementara belum kawin ni). Tetiba aku bersuara, "eh korang, cuba buat ni" (aku rasa benda ni dh ramai tau, tapi saja nk kembangkan). *aku dapat dari email. Enji forward*


1. Without anyone watching you, (they will think you are GOOFY) and while sitting at your desk in front of your computer, lift your right foot off the floor and make clockwise circles.

2. Now, while doing this, draw the number '6' in the air with your right hand. Your foot will change direction.


Ala, tayah beria la nk buat sorang-sorang. Nak kasik best buat depan kawan-kawan. Pastu gelak. Bukan no. 6 je kitorang buat, kitorg try dari no 1 - 9, n betul la, kaki kanan mesti nk ikut pergerakan tangan kanan tu. Hahahha. Lawak gile. Gelak pecah perut. Sebab tu jangan buat sorang-sorang, gelak sorang-sorang tak best. Tu pun tgk la tahap 'sense of humour' masing-masing, kalau mcm kitorg, siyes gelak guling-guling.

Pastu cuba kembangkan menjadi simbol-simbol lain seperti tanda seruan (!), tanda soal (?), koma (,), titik bertindih (:), titik tindih koma (;) dan yang agak dasyat, ampersand (&).

Jun 10, 2009

Kaedah-kaedah Hilangkan Kebosanan Bila Bf Pergi Menjala Ikan

Owh. Sangat Bosan. Kaedah-kaedah yang aku gunakan untuk menghilangkan kebosanan:

  1. Cuba bermain gitar karen. Dengan bantuan cikgu Buih secara online. Cuba memetik lagu Yuna, tapi kemudian menjadi lagu Tuna. Beralih kepada intro lagu Sweet Child of Mine, tapi tgk jari macam dh jadi kematu. Akhirnya mengambil keputusan untuk mandi.
  2. Pergi membayar hutang kredit kad. Kemudian singgah di A&W untuk membeli ayam goreng yang lazat. Pergi ke kereta, tekan alarm tp pintu tanak terbukak. Pelik. Tekan alarm lagi sekali. Berbunyi mcm biasa, tapi rupa-rupanya salah kereta. Model dan warna yg sama. Chis. Malu, tp takde orang di sekeliling. Cepat-cepat masuk kereta sendiri dan gelak sorang-sorang. Minda berada di Labuan rupanya. Hoh.
  3. Rumet pergi outstation. Terpaksa la berpindah bilik setiap pkl 1 pagi. Masih takut semangat. Tapi happy sebab bole main guitar tanpa rasa bersalah atau malu sebab sumbing.
  4. Mengira duit syiling dalam tabung. Terpaksa keluarkan duit syiling sebab nak pergi Vietnam dan saving dh takde. Sobs. Esok bole tukar dengan makcik kedai makan. Hihihihi. Dahla USD naik pulak. Mencanak-canak kang, baik tukar cepat-cepat.

The Gollumness in Everybody

Ok ok. Serious kembali.

Minggu ni macam minggu salah faham dan minggu emo. Hmm, kalau aku ada tersilap cakap, aku mintak maaf. Kadang-kadang, mulut ni laju je berbicara, mengalahkan kelajuan cahaya. And owh, aku rindu sama ah so. Sobs. Takpela, semua orang nk time alone kadang-kadang. If i ada buat salah kat u, i mintak maaf sangat-sangat. Kalau i tak buat salah, just contact me whenever u rasa nk contact i ok? Sobs.sobs. Sedey :(

Semalam, aku chat ngan Rumet. For me, rumet ni macam gollum. Dia ada satu side of her yang asyik nk fikir negative je psl ehem dia. Whenever dia negative, nnt dia mengadu domba kat aku. Aku selalu tak side dia, sebab aku rasa ehem dia baik hati dan penyayang, so kalau ehem dia tak layan dia, he must be busy ke apa. Dan paling seronok, aku ialah selalu betul pasal ehem dia. Contohnye, pagi tadi dia kata ehem dia sakit, sebab tu tak contact dia. Lagi sekali aku betul. Hoh. Tapi aku rasa, semua orang ada sedikit gollumness dalam diri masing-masing, including me. Hehehe. Lu pikirla sendiriii!

Cuba bayang kan rumet aku jadi gollum. Aku rasa kalau zaman dulu ada blog, Gollum sure dah blogging, instead of bercakap dengan reflection dia dalam air, atau bercakap seorang diri, atau mengetuk ikan sampai hancur. My preciousssss~~dgn suara serak besah. Eh, basah. serak basah.


Mungkin ini rupa gollum kalau dia nk gi Starbucks untuk memblog.

Gua cilok dari here

Aku kembali starstruck!

Aku nk buat entry lain yang agak emo sebenarnya, tp aku rasa sangat happy...dan hermm..glemer. Mungkin aku menumpang glamour Hanis. Ahahaahhaha. Hanis Zalikha memang seorang yang menghiburkan, tak kira di dalam blog mahupun di alam nyata!

Ala, tertinggal plak kabel hp. Baru je nk kuarkan gmbr masuk @15 dgn Hanis Zalikha (atas bantuan NBMS yang sgt baik hati).

Bacala Blog Hanis Zalikha. Seriyes tak menyesal :)

Thanks TopSpot. Sebab lu, gua tetiba menjadi Anies The Manager. Yippieee!

Jun 9, 2009

Gua Pikirkan Sendiri

Kadang-kadang,

mulut ni lancar je bersuara, tanpa memikirkan perasaan orang lain.

otak tak sempat kata jangan, tapi mulut dah terkumat-kamit berbual.

kadang-kadang,

terlepas cakap. tapi dah tak boleh nk tarik balik.

kadang-kadang,

kita ni perlu jugak sedar diri,

nak cakap, pandang kanan, pandang kiri,

jangan sampai ada orang yang terasa hati.

Jun 7, 2009

MOMENTS TO ADOREEEEEE! (wif captions)

Not so sincere and humble shot

Sincere and humble shot

Gambar ni keluar TV. Walaupun tak ramai tgk, kantoi ada jugak budak UITM Segamat tgk

Baju kaler matching dan kami ialah Libra

Kenapa tangan Hanis spt kurang keyakinan diri?


Semua caption ialah lebey kurang komen Hanis dalam fesbuk. Aku cilok. Aahahaa.

It's Hanis and Anies. Sila perhatikan aku yang asyik la tersengeh. Hahahahahhaaha.

for more of moments to adore, captured by the coolest photographer, click here.

Hanis Zalikha

Minggu ni memang minggu aku bersama celebrity. Hahaha. Belum habis lagi gedeguk-gedegak jantung berdetak dengan kencang psl Akim (Ye, Baizura sangat sweet), harini aku melepak bersama..hmm..Hanis Zalikha. MUAHAHAHAHAHAHA. Takdela melepak sangat, actually more to hmm, jln2 kat the curve. Hehe. Teman Hanis shopping skini jeans yang kalau aku pakai, nak sarung kat kaki pun belum tentu muat. Damn kecik kaki dia. Jelesssss.

Oh, beliau sangat friendly, sgt gorjes, sgt sweet, walaupun ketinggian ialah lebih kurang, tapi beliau ialah kurus dan kaki beliau panjang. Kaki aku? Mcm betis kijang adalah. Huahuahuhauaa. Bila berjalan dengan beliau, rasa mcm langit dan bumi. Hahaha.

Bagaimana aku jumpa dan hang-out dgn Hanis? Adalah..rahsia. Kan Hanis kan?kan? Hahaha (macam la Hanis baca blog aku).

Will upload the proper pictures bila dah dpt dari photographer tonite. Ngehngeh.


Mak aih, putih gile dia. Membuatkan aku kelihatan sangat tak jelas. Hahahahahaha.
(hanis snap nie..hehehe)

Hanis tinggal tin red bull dalam kereta.


okla..sebab ni la aku jumpa hanis..im the MANAGER. ehem

Jun 6, 2009

I'm Yours Akimmmmmmmm

video video

HEEEEEEEEEEEEEEEEE :)

alamak, akim duduk depan. nervous macam nak mati. padahal budak ni sebaya anak buah aku.hahahah

Hehehe, aku pakai fedora akim. eheheheh.


akim dalam kete.awwwwwwwwwwwwwwww

so sweeeeeeeettttt of youuuuuuuuu

harini aku jumpe akim, walaupun memula aku adalah rasa tak dpt jumpa dah. huuhuhuh..akhirnya, lebih dari itu Bai kasik aku..heheheheh..kami hantar beliau pulannnngggg...ahahahaha..sepanjang perjalanan dia menyanyi...suara sgt sedap okk..cair uolssss. i lebiu la akim...hehehe. of kos i lef sapik even moreeeeeee..

owhh, jantung ku masih berdetak dengan sgt kencang...

seperti genderang mauuu perannngg..

tak tak tak takkkkk

Jun 5, 2009

Kenapa Stadium Runtuh


Ni la punca stadium kat Terengganu runtuh, bak kata loyar yang dah glamour sebab blog dia dh femes. Bodoh gile weihhhhhhhhhhh. Akibat dari serangan raksasa. Bongok. Takde engineering judgment langsung. Hahahahhahahahhahahaha. Lawak. Mmg aku suka lawak bodoh wahai cik loyar. Hahahahhaa.

(Image aku tatau sapa punye yg asal. Kalau tau, sila bgtau. Semua ni aku dpt dr facebook loyar femes itu).

Jun 3, 2009

Scary Stuff Part II

Doppelganger (http://www.merriam-webster.com/dictionary/doppelganger)

1
: a ghostly counterpart of a living person

Korang pernah dgr pasal 'semangat'? Ini Nadia (my new roommate) la citer. Dia kata semua orang ada semangat, yang meniru perbuatan kita, tapi bukan a ghost la. Ntah, masa aku dgr, aku seram gak. Dia kata, semangat ni, contohnye bila kita dok sorang-sorang, kita nmpk kelibat-kelibat, dat may be the semangat of other people yg dok serumah dgn kita, cthnye mak kite ke, ayah kite ke. Aku ni memang kategori penakut gile, walaupun physical aku gagah gile, aku tetap takut dgr citer-citer hantu seme nie. Haish.

Kesah semalam macam nie. Takdela takut sgt, tp kalau korang dok umah ni skang, maybe lebey terasa la. Semalam, masa aku drive ke futsal bersama Enji, Jenab call aku. Dia tanya, aku ada balik rumah tak masa maghrib. Of kos not. Aku pegi umah Enji terus. Jenab terus gelabah.."Geng..ko jangan tipu aku geng". Eh eh, mmg aku tak balik umah la tadi...hoh. (Panggilan manja Jenab kat aku ialah Geng).

Pastu dia citer kat aku.

"Geng, tadi masa aku masak, aku dgr ada orang masuk umah. Guna kunci. Pastu, bunyi mcm ke bilik Geng. Aku panggil la..pastu dia menyahut..mmg sebijik suara and cara ko, tapi suara ko masa ko tengah down, or stress, or takde mood nk bercakap dengan orang. Pastu ko diam je. Aku pun panggil lagi, pastu ko menyahut sekali je. Tu pun menyahut macam "ha..". Suara ko mmg tak bermaya. Pastu ko diam. Aku pun heran sebab selalunya ko mesti dtg dapor, sembang2. Aku ingat ko main internet. Aku pun pegi carik ko kat bilik. Takde sesapa pun. Aku dh seram dah. Pastu aku gi carik ko kat setiap bilik. Pun takde. Pastu aku terus la call ko nie. Takut weih..takutt".

Itu la cerita semangat. hahaha. maybe Jenab yang terhalusinasi, maybe betul semangat aku. Sebab yang aku yakin, kalau betul dia meniru perbuatan aku, or membawa semangat aku..memang tepat la..sebab actually, aku memang takde mood nk pegi futsal. Takde mood langsung (Shida pls confirm this..hahaha). Maybe the other half of me yang tanak pergi futsal tu balik. Maybe..Allahhu'alam. Lagi satu, kejadian tu masa maghrib, time-time tu kan banyak benda berkeliaran. Pasni, kitorg decide nk mengaji every Khamis. :)


Scary Stuff

i have one interesting story to tell u guys about 'semangat', but now it's 1.20am, and i'm the only one who is still awake, and the 'semangat' actually menyerupai aku or wateva shit, so, i'll blog about it tomorrow. I am scared, but im not showing my emotion in front of my housemates. Aku takut diorg jadi makin takut, and aku pun takut nie. I dun want to keluar bilik pegi dapo, walaupun aku sangat haus nieeee. Hoh!

So, good nite. Hopefully, everything will be ok for Jenab tomorrow. Sian dia. Haha. Mann..lepas nie mmg takde sorang pun akan duduk umah sorang-sorang. Walaupun seketika. Aku sanggup lepak swimming pool sorang2. eehehhehhe. Serraammm uollsss.

Shh, jgn bgtau Icha. Sian dia.

Jun 1, 2009

Rindu Dirimu Yeah..Nanananana ;)

Aku rindu TV ni.

Aku rindu angin kencang yang bertiup ke dalam apartment ni

Aku rindu tidor siang atas sofa ni

Aku rindu aktiviti bermalasan di rumah ni, dengan TV ni, dengan tuan punya rumah ni
(dan tetamu undangan khas untuk aku..hihi)

Aku langsung tak rindu benda alah berkerak ni. Bluekkk. Busuk siot.