nuffnang ads

May 30, 2009

Doktor Hati Aku :)

Memetik dari entry dari rumet;

Aku nk cakap thanks to Rumet, atas segala sokongan moral yang rumet aku bagi, semasa aku jatuh tersungkur, dia papah aku. Dia angkat aku balik, inject semangat, tolong aku move on dengan life aku. Rumet, ko tau tak aku sayang gile kat ko? Aku rasa kalau takde ko, aku dh end up kat Tg Rambutan kot. Meroyan kat sana. Ahahaha.

Betul ke kalau aku nk buat kesimpulan yang makin besar ujian dari Allah tuh, makin besar reward dia? Ntah, bagi aku, reward yang sangat aku rasa ialah ketenangan jiwa aku. Allah tau kalau kita tak dpt handle, dia tak kasik ujian tu kan? kan? Btw, rumet aku ialah antara kurniaan Allah kat aku yang aku hargai sampai ke hari ni. Dia ada dengan aku masa aku gila, dia ada dgn aku masa aku happy. Dia tolong aku untuk menjadi waras semula, spt aku yg hari ni.

Aku tak pernah baca orang tulis pasal aku begitu panjang, aku terharu smpi aku baca dh dekat sepuluh kali kot skang nie. Rumet kata, if aku tak suka, dia nak delete. Tapi tayah, sebab apa yang dia tulis, dah represent perasaan aku dan situasi aku. Aku punye version belum siap la rumet, aku pun nk jelaskan sesuatu pasal benda nie. Tapi aku blank, sebab aku pun jarang type entry panjang-panjang nie. Takpe, sabar k. Hehehe.

Aku sangat rindu rumet. Kdg-kdg aku tgk gambar masa kitorg gi Borneo last time tuh, then gi monsters, rasa mcm nak nangis. Hahaha. Jiwang kan aku? Heheh. Nak buat camane, jiwaku mudah tersentuh. Sobs. Aku sayang ko rumet :)

Kurus gila zaman aku depresi. Haha. Rumet skema sebab baru balik keje.

May 29, 2009

Lapar

Eiiii..poyo!

Kenapa previous entry aku sangat poyo? Hahaahahahaha. Eh, ke memang aku poyo?

So far, no news dari potential employer aku. Project tu start 1 June. So, hopefully today ada la news dari diorg. Boss aku still tatau diorg nk amek aku walaupun semalam diorg meeting sesama untuk projek ni. Bijak gile diorg cover. Hahhahaha.

Tapi, associate aku dpt bau yang aku nk blah. Dia dok depan aku je, tapi pagi semalam dia msg aku. Nak menangis je aku, sebab aku rapat ngan dia since aku start masuk alam pekerjaan. Dia blah dari company lama kitorg, pastu dia tarik aku masuk company skang.

Msg Dia : u have anything to tell me?
Msg Aku : not yet.
Msg Dia : Still consider or already decided? Just let me know. I will support whateva ur decision is.
Msg Aku : Pending for XXXX approval. For my side, already decided to take the job. Sorry didnt tell u earlier. Im still waiting for their official letter.
Msg Dia : No need to feel guilty. This is normal. Make sure the work scope is satisfying, not only the salary.

Awwww. Aku rasa mcm nak menangis. Terharu dpt senior/associate yg mcm ni. Eh, aku mmg cepat menangis pun, walaupun aku selalu rasa aku tough tp jiwa aku ni cepat gila tersentuh.

Dah dah mengarut. Kalau aku tak dpt keje ni, aku rasa nk pegi xxxxx la. Sambil makan maggi. Ish. Seronok.

May 28, 2009

I want to break free

Sorry aku hilang seketika.

Aku adalah sedikit tertekan dgn situasi di sekeliling. Semalam, masa depan aku nmpk sgt cerah. Harini 50-50. Semalam, aku pulang ke rumah jerit-jerit happy. Harini, aku mandom di opis.

Maka,

tolong bagi aku masa.

doakan la yang terbaik untuk aku.

aku nak. nak sangat.

kalau tak dilepaskan,

aku sendiri akan lepaskan diri.

i'll take the risk.

May 22, 2009

Bf aku bukanla terlalu positif spt yang dijangka

Ye, bf aku mmg seorang yang memboringkan, tak kelakar, terlalu positif. Tapi seronok baca entry dia yang baru.

http://sharkpitt.blogspot.com/2009/05/persoalan-lagi.html

Guess what? Sesuai la untuk aku yang 'bodoh', 'negative' dan 'terlalu kelakar', tak gitu Baizura? You kan suka panggil i 'dasar engineer bodoh'. Hihihihihih. (Sejuk ah itu bilik..sgt seronok tido. Dah le pasang lilin IKEA. awwww..betul2 mengikut citarasa i..so sweet)

Tazkirah untuk hari Jumaat ni.

Allah S.W.T berfirman, “Perempuan yang jahat untuk lelaki yang jahat dan lelaki yang jahat untuk perempuan yang jahat, perempuan yang baik untuk lelaki yang baik dan lelaki yang baik untuk perempuan yang baik.” (an-Nur':26)

Jadi kamu tergolong dalam manusia jenis apa.Semoga berbahagia kamu berdua.

Oh ye, semalam aku cakap 'i lebiu sapik' bukan dari depan, tp dari belakang dan dari tepi dan dari dalam kereta.

May 21, 2009

Jual Jam Plak



I lurve it rumet, nway..aku yang pilih. ko hanya membeli. hahahahha. nway, aku ada jam GUESS yang sgt cun untuk dijual on behalf of rumet, tp aku belom amek gambar. sgt cun. sumpah. percayalah, taste aku dlm bidang jam ni bole diterima pakai.

Sesapa nk cari hadiah besday untuk husband ke, bf ke, sgt la sesuai. Cair aku tgk jam tuh. Harga boleh runding.

Kan Aku Dah Cakap..

nah panahan blog cik jolie perasan.

hahahahaha. ko mmg kelakar la rumet. macam haram.

http://urjavaneseprincess.blogspot.com/2009/05/keh-keh.html

Kalaula Blogging Ini Satu Pertandingan

Kalau la blogging ini satu pertandingan, and aku adalah hakimnya, aku nk kasik award untuk bloggger berikut:

  1. blogger paling mulut lahar, kalau kena kutuk dgn dia ko akan tersentap habis, tp kalau dia backing ko, ialah ko sgt syang gile kat dia >> yati suzari aka rumet aka CIK JOLIE PERASAN.
  2. blogger paling tak kelakar, asyik citer pasal laut, farrkinnnggg boriiinngggg (cak cak cak cak) >> sharkpitt. << ada u kesah??
  3. bloggger yang honest, kelakar, laser, tp kadang2 menyentuh perasaan aku dgn penulisan dia >> chics.
  4. blogger yang aku paling tak paham isi kandungan blog dia sampai skang >> meon
  5. blogger yang sgt tak cakap benda merapu >> dinna
  6. blogger paling kerap updet blog >> peah aka buih
  7. bukan seorang blogger (belum tulis blog) tapi kalau dia tulis blog aku yakin aku suka >> ninie shafini
  8. blogger yang menceritakan pembunuhan >> cda
  9. blogger paling penuh perasaan dalam merapu dan sebagainya tapi aku tetap syg >> bai
  10. blogger yg content takde kaitan dgn title (ke aku yg tak paham?) >> lucy
sebenarnya semua orang aku nk kasik award, tp kang tak habis keje plak aku.

nway, blog aku banyak gosip. itu pun kalau korang pandai kupas..

hint : GODEK COMMENTS BOX AKU.

May 20, 2009

wooof woof woof..hihik

hahahahahaahhahahahahahah.

ahahhaahhahahahahahahahhhhahahaha.

kenapa blogspot takde icon gelak guling2?

hidup aku kembali ceria dgn kewujudan orang-orang macam ko. sgt mewarnakan hidup aku.


ada aku kesah??cak cak cak cak cak cak. huahauhahauahuahuahua.

May 19, 2009

Kemakcikan Apabila Berada di Ampang

Bila balik umah Dik Kak, aku taklah hipokrit sangat. Dik Kak aku dh masak dh perangai aku, aku merayau malam-malam, semua dia dh tau. Tapi kalau ada mak, aku takut nk balik lambat. takut nak kuar kecuali dgn family. Hormat mak, bukan hipokrit depan mak. eheheh.

Skang perasaan nk balik ampang adalah lebih kuat, sebab ada dua Eiman. Eiman Danial dh pandai ber'i' 'u' dengan aku. Hoh. Haritu aku nk balik, dia cakap, "makcik, i nk ikut u". aku cakap, "ala, i nak balik umah i". Eiman kata, "nanti u datang lagi rumah i tau". Sobs. Hiba.

Ni Eiman Zehra Claire. Ada ke Claire tu ha?? Mengada-ngada dik kak aku nie. Hoh.

Tido atas makcik

Tangan yang putih ni bukan tangan aku, tp tangan dik kak aku

ni makcik yang gagah sedang memujuk Zehra (ya Allah, besarnye tangan, mcm betis rumet)

Last-last makcik malas, pastu makcik campak atas sofa.

May 18, 2009

Bukan Mudah..

Satu pagi di office, aku dpt panggilan telefon.

xxxxx : Saya call dr astro. Igt tak cik ada menang contest kat chat haritu.

aku : (Terdiam kejap, sbb bile masa aku masa contest nie. Jeng jeng jeng)...ohh..ha'ah. ye btol.

xxxxx : Masih berminat nak gi tgk konsert AF final ni?

aku : (Tetiba excited) MASIH-MASIH.

(aku xxxxx bukan sebab nk rahsiakan nama dia, sebab aku tak igt nama dia).

Akhirnya aku pegi konsert AF final tuh.

1) Sebab aku suka Akim
2) Sebab Aku suka Akim.
3) Sebab Akim, im yours.

Sila la kutuk aku poyo dsbnya. Ada aku kesah? Cak cak cak cak. Huahuahua.

Walaupun akim tak menang setelah aku sedekahkah afundi pukal kat dia, aku redha. hehehe. Mekasih la untuk orang astro yg baik hati kasik aku menang 'contest' tuh.

Tiket kami dipegang oleh Enji..aku revealkan pemilik tangan ini..hahahaa.

Sorok-sorok.

Ingat tutup muka tu orang tak kenal la??

Terima kasih astro kerana merealisasikan impian Awoookk


Bukan mudah nak mengaku pegi konsert final AF nie..

May 15, 2009

Deep Tissue Massage

Mengikut definisi Wikipedia :

Deep Tissue massage is designed to relieve severe tension in the muscle and the connective tissue or fascia. This type of massage focuses on the muscles located below the surface of the top muscles. Deep tissue massage is often recommended for individuals who experience consistent pain, are involved in heavy physical activity, such as athletes, and patients who have sustained physical injury.

Aku rasa diaorang perform semalam ialah Thai Massage actually, kalau mengikut definisi ni:

Known in Thailand as นวดแผนโบราณ (Nuat phaen boran, IPA [nuɑt pʰɛn boraːn]), meaning "ancient/traditional massage", Thai massage originated in India and is based on ayurveda and yoga. The technique combines massage with yoga-like positions during the course of the massage; the northern style emphasizes stretching while the southern style emphasizes acupressure (source: Wikipedia)

Mengikut definisi aku (and Bai maybe)

  1. Sakit siot masa dia lipat kaki. Rasa mcm yoga yang terpaksa dibuat.
  2. Dah le guna semua anggota badan dia, kaki la, lutut la, lengan la, rasa mcm satu badan dia kasik alignment baru.
  3. Pastu tekan-tekan perut, adeih, dah le perut kosong.
  4. Aku rasa kalau dia urut rumet aku, mau terberak rumet aku. Nasib baik aku n Bai kategori wanita tinggi dan 'kurus'. Awwwww.
  5. Tapi paling best bagi aku masa dia urut tapak kaki, tapak tangan, kepala. Huish. Sedap gile.
Kesimpulannya, lepas je sesi spa masing-masing semalam, ayat pertama kitorg:

"SAKIT GILE SIOT".

Dah.pasni sapa rasa dia gagah, pegila. Aku cabar buat yang massage yang medium kalau berani.

Eh, btw, korang perasan M.Nasir berlakon citer Ong-Bak 2? :P


p/s: oits Ninie..gua nak ciken wings. Gua bukan nak pegi Umbai.

May 13, 2009


Aku Tak Suka, Suka Hati Aku la.

1. Aku kurang gemar orang yang suka bercakap psl diri sendiri nie. Sekali dua kali boleh la dgr dgn khusyu'. Kalau dgr citer aku dgn jayanya takpe gak (secara mutual), ini tak, org blom habis citer dh nak ganti dgn citer dia. Hoh. Suka potong orang nk bercerita, nk gak ganti dgn citer dia. Chis. Dunia ni bukan berputar mengelilingi ko sahaja.

Bole tak ko dgr dulu citer orang, baru insert masalah sendiri? If ko nak orang jadi pendengar yang baik, ko dengar dulu citer orang. Kdg-kdg orang tgh moody ke apa, nk citer plak psl ko. Lenkali bole??

2. Aku tak suka orang baca semasa aku borak-borak online dgn kawan-kawan aku. Sebok je nk tau apa orang borak. Hish. Lagi satu, sesama nk baca sms yang aku dpt. Melanggar peraturan asasi manusia.

3. Aku tak suka orang yg suka nak suruh orang berubah tak tentu pasal. Tak kesah la pasal appearance ke, apa ke. Dh itu jalan yang dia nk pilih, suka hati dia la. Kalau dia nak berubah sebab dia yang nak berubah, bukan kah lebih bagus? Bak kata 'Diana' dulu, dtg umah orang, nk suruh org tukar langsir la, karpet la, bukan ke kurang ajor namanya? Kalau rapat tuh, bole la consider. Hoh.

4. Aku tak suka dgn status kewangan aku nie. Rumet banyak bagi tips tadi. Aku nak jadi mcm rumet, gila berdikari. I lebiu rumet. Siyes aku sebak masa ckp ngan ko tadi. Macam nak peluk2 je ko. Hihihi. Semua yang rumet aku cakap aku rasa btol. Especially on the vacation part. Hmm. Pastu rumet suruh aku carik keje lain. Haish.

5. Aku tak suka ym masa keje. Senang nak kantoi. Walaupun opis aku tak sekat sebarang jenis website, tapi aku tak suka. Especially sebab boss aku suka dtg-dtg tempat pekerja dia. Hoh. And kitorg takde cubicle. Sila paham.

Btw, aku suka esok. Sebab aku nak pegi Spa. Dah lama badan tak diurut. Setelah penat mengharungi semester yg macam haram nie, aku rasa aku deserve pegi Spa. Esok nak buat deep tissue massage. Menarik ke ha? First time nie. Hopefully best. True Spa ni bukan bole harap sangat, suka tukor last minute. Kang dia bagi aroma massage je. Sekeh kepala sekor2 kang.

Seronok gak tulis panjang sekali sekala ek. Kihkih.


May 12, 2009

Kisah Mimi, Emma dan Akob

Semalam, Ninie menjadi Mimi. Ini seme salah kakak rumet. Sbb panggil dia Mimi. Lu nak jadi Mimi ke beb?

Lepas pergi ambik baju 'Mimi' kat umah kakak rumet yang banyak orkid tuh, kitorg pegi makan char koew tiaw (siot, canne nak eja nie?). Char Koew Tiaw dia sedap, tapi selepas kejadian semalam kan, aku rasa, jgn pegi la kalau takde teman lelaki or kawan lelaki (eh, tak sama?).

Masa aku n 'Mimi' sampai, kitorg dh notice dah sorang mamat nie. Rambut ala 60-an, pakai spec hitam malam2 (masa ni pkl 1030 malam ok). 'Mimi' kata, muka dia mcm seorang Akob. Kita namakan dia Akob. Mamat ni sengih menyeringai je masa kitorg start nak duduk. Aku dah notis, tp aku tatau 'Mimi' notice ke tak. Tapi selamba la makan.

Masa makan, memang 'Akob' ni sah saiko. Dok tenung2, dok sengih, obviously bukan kat aku, mesti la kat 'Mimi'. Mungkin sbb semalam, aku terlalu berpesen serabut. Ke mmg slalu aku berpesen serabut? I dun care. Do i look like i care??

Pastu..jeng jeng jne..

'Ko dtg ngan apa?', Akob tanya Mimi. Aku cuak. Pehal nie Akob gile nie. Saiko sial. Mimi tanya balik ' Kenapa? Apsal eh?' Si Mimi ni dalam hati takut Caldina baru tu kena bawak lari (or sebenarnya dia takut baju dia kena curik, sbb baju tu takde insurans, tp Caldina ada insurans..hampeh ko Mimi).

Akob tanya lagi, 'nama ko Emma eh?'. AKu dalam hati, 'oh, mesti salah org'. Mimi kata, 'taklah, nama saya bukan Emma'. Akob yang gila saiko ni jawb balik ' eh..dh tukar nama pulak, dulu nama Emma'. Waddehel. Cuak sial. Sengih dia berlarutan, dan dia memakai spec hitam. Cuak cuak cuak. Rasa macam seurat demi seurat benang di badan ditanggalkan dengan renungan dan seringaian dia. Dem. Jijik.

So Ninie, do u want to be Mimi or Emma now?

May 9, 2009

Esok Aku Nak Bertahannn..Hiyarks


Awwww..penyerang, midfielder dan defender berjaya

Penyokong kuat kami dari dulu hingga la nie

Sangap tau sangap?? SANGAP. Mana la bebudak umah aku nie. Sengaja tinggalkan aku. Ehem ehem. Aku suka kena tinggal. ehem ehem. Tp tak syok la mabuk deng deng deng deng 'sorang' kat umah nie.

Mabuk Perhentian dah habis, aku nk mabuk Vietnam pulak. Kihkih. Takde selsema :@) kat sana kan? Aku dah le tak amek port berita dunia mahupun dalam negeri sekarang.

Haihs. Kalau aku membuntuti Bai ke sana kan seronok juga. Tapi esok ada tourney futsol gol n gincu. Hiyarks. Aku nak main kasar la esok. Aku nk redah je semua pemain lawan. Hiyark hiyark. Tapi tanak la. Nnt rosak kaki, takleh nak jogging 3km dah Hillpark. Nak maintain fit la katakan. Kihkihkih.

Tadi ada training. Boss aku tanak panggil aku engineer dah. Dia kata nk tukar designation kat namecard aku. Suh aku jadik specialist GIS. chaitsss. Aku baru pasang angan-angan nak berambus, dia saja ja nak buat aku kembali menyayangi kompeni. Aku selalu la tertipu dgn bos aku ni tauuuuuuuu. Dah le bukan main dia baik hati tadi bwk kitorg makan pizza. Tetiba aku terbaik balik ngan dia. Hoh. Naikkan gaji beta!!!

Dahle, nk kena tido, since semalam tak cukup tido. Esok nak gi membelasah pasukan-pasukan lawan, ke kami yg kena belasah? I dun care. I just wanna play n have fun! Woohooo~~

May 6, 2009

Mari Berenang Bersama Hantu Pinky

video

Testing Testing video berenang.
Mak ayam dgn anak-anak ayam

Perlu ke lompat-lompat ni??


Aku suka gambar ni (sbb aku yg amek guna kamera Icha..hihihihiihihihi)

Ini pun aku yang amek..kamera yg bagus ternyata buat gambar jadi bagus..ke? hiihihihi

May 5, 2009

Lagi Perhentian Sampai Semua Orang Boring


itu nemo tersepit celah anemone (btol ke?).

itu dua ekor penyu lumba lari

ini ikan sedang bergosip (ikan ni sgt besar ok..menakutkan).

ini rockstar sedang bagi ikan makan

itu perempuan yang terbakar kat paha sebab dia pakai bikini kaler ijo
Aku rasa kereta aku sangat gagah. Walaupun naik bukit turun bukit seme, sekali pun tak buat perangai. Oh i love my car!! Gagah. Memang lady gagah!!
Ni gambar tempelan. Kitorg panggil laki ni abg Icha. Sebab dia asyik la nk dok sembang ngan Icha.

Takde motif.






Despite the tiring journey;
Despite the dispute with the chalet management;
Despite the dead corals (sob sob tsk tsk);

We enjoyed ourselves!!

The underwater camera was awesome.
Thanks babe.

aku malas nk citer panjang. tgk facebook la.

tp apa-apa pun,

we had FUNNNNNNNNNNNNNNNNNNN.