nuffnang ads

Jan 25, 2009

Balik Kampung

Harini aku akan nak balik kampung and this will be my first time driving back home ALONE! Arghh. The long and straight journey..7 jam...sangat mengantukkan jika drive sorang-sorang. Then, nk singgah makan kat R&R pun tak feel kalau sorang-sorang nie. Aduh, CD lagu2 baru pun tak burn lagi. Semoga perjalanan aku selamat. Goodbye.


p/s: Pegi la tgk citer Maut kalau rasa nk insaf. But then, i am expecting more from Bade Azmi :(

Jan 24, 2009

Jumaat Yang Busy

sayang, ai nak yang dua dari atas tu

betis kijang menunggu diurut manja

meet Aleya..or Ali Bin Yahya yang sedang meletak garam ke dalam air dengan manja

Owh..i'm on leave today. Got to settle my fees. Got to use my EPF again, due to my thin wallet. But, i dun mind using my EPF for a good cause. Hopefully i'll get better salary after my masters. Amiiin. Sebenarnya aku ego gila dgn Bai, aku tanak gi EPF Shah Alam sebab aku kan PJian..huahua..tapi due to limited time, terpaksa buang ego. Ye, i mengaku la kat sini.

Oh, aku baru realize, aku punya English macam sampah. Sebab aku tak biasa menulis karangan merapu in English, hanya menulis report-report yang skema in English. Pfftt. Memandangkan harini kawan aku yang aku sayang tak berapa stabil mental akibat jiwa kacau pun cuti, maka, aku pun amek dia pagi2, pegi breakfast lalu aku angkut dia merata-rata. Bank,Uitm, EPF. Huahua.

Tapi, hobi aku ialah menghiburkan rakan-rakan yang stress. Dulu, aku penah bawak sorang pontianak yang suka mengilai pegi spa masa dia tgh stress (aku amek MC dua hari sebab ko wahai pontianak, dan ko sekodeng aku). Kali nie, aku bawak rakan aku yang cembeng ni gi Spa. BERGuna juga membership spa aku. Masa call nk booking, minah counter tu ckp dpt male therapist. So, excited gila ni. Then..

Aku ni bajet male therapist yg ensem la massage kitorang. Sekali, memang la dia ialah sorang male therapist, akan tetapi, keayuan dia mengalahkan aku. Demit. Yang bestnya, ex-shampoo girl ni menyediakan perkhidmatan pedicure & manicure di rumah. And umah dia kat Pantai Dalam. Huahua. Maka, next week aku nk gatal2 buat manicure & pedicure la. Huahua. Btw, nama mamat minah ni ialah Aleya. teka nama betul dia?? Ali Bin Yahya. Huahuahuahua.


Tak. Aku tipu pasal nama penuh dia. Aku teka.

Dan esok En Sapik yang tak mabuk laut akan pulang ke kota. Hehehe. Seronoknye!! Faktor penenang sudah mau pulang.

Jan 22, 2009

Kenapa Ini Harus Terjadi?

23 Jan : Beliau pulangkah hari ni atau 24 Jan??
25 Jan : Pulang ke Paris bertemu keluarga.
28 Jan : Bekerja di Paris sehingga 30 Jan.
30 Jan : Aku pulang ke Kuala Lumpur, tetapi dia plak gi Cherating. Pfftt.

Maka,

2 February baru bole kembali berdating spt biasakah??

Seronok juga dapat cuti pree nie. Hehehe. Terimakasih boss bagi aku cuti, tapi dpt claim mileage dan juga subsistence allowance. Terima kasih boss atas bonus itu. Heeee.

Apakah?

Tajuk entry ialah apakah. Aku penah kena komplen sbb guna 'apakah' pada konteks yg salah. SUKATI AKU LA. ko sebok pehal? Pffttttt.

Pergh. tadi aku makan nasik. lauk ikan masak mcm cuka2 tuh. apa ntah jenis masakan. sedap gila. sekali last2..dah habis makan..aku saja godek kepala ikan tuh..sekali kuar menatang ni..yang sudah kena masak cuka obviously.

rasa mcm nk muntah. hantu air dalam ikan. ke lipas kereta? ke? apa ker??

bluekkk. menci makcik!!walaupun makcik masak sedap, dan hari2 saya makan kat kedai makcik.

ai cirit birit. cepat balik. ai mithth yu.

Jan 21, 2009

Futsal Di Puncak Jalil

Seronok gile futsal tadi. berpeluh-peluh. Walaupun hujan, tapi kami tetap tabah berentap. Pffttt. Wateva. Penat aku bawak baju futsal. Hujan tidak membenarkan. Maka, Bai masak. Sedap siot. Terbaek. Lalu aku makan banyak. Entah bila aku nk start diet. Tolong. Perut macam kawan aku yang anak org kaya tuh. Boroi. Tapi aku sempat bersukan di sana. Sukan stairs climbing. Sgt sukar. Sakit dan berdebu tangan akibat tangga yg sgt kotor. Uhuks. Pastu aku jatuh. Aku kena gi spital. Zet tanak tlg, Bai sebok memasak. Betul. Sebab tuh i suh u balik segera n hantar i gi hospital. Sakitnya tulang pinggul i. Uhuk uhuk.

Dah la mengarut sikit-sikit.

Baik buat keje sekolah.

Ye, aku minah boria yang kerek dan tak tegor ko. Fine.

Jan 19, 2009

Mampus Ah..Aku Nak Jiwang!

Tiba saatnya kita, saling bicara,
tentang perasaan yang, kian menyiksa,
tentang rindu yang menggebu,
tentang cinta yang tak terungkap.

Sudah terlalu lama, kita berdiam,
tenggelam dalam gelisah, yang tak teredam,
meme-nuhi, mimpi-mimpi, malam kita.

[Reff:]
Duhai cinta ku, sayang ku, lepaskanlah,
perasaan mu, rindu mu, s’luruh cinta mu,
dan kini hanya, ada aku, dan diri mu,
sesaat, di keabadian.

Jika sang waktu bisa, kita hentikan,
oh, dan s’gala mimpi-mimpi jadi kenyataan,
meleburkan semua batas,
antara kau dan aku,
kita…

[Reff]

[Interlude]

Duhai cinta ku, sayang ku, lepaskanlah,
perasaan mu, rindu mu, s’luruh cinta mu,
[Reff] ^

Ini Untuk Sapik

Do you hear me,
I'm talking to you
Across the water across the deep blue ocean
Under the open sky oh my, baby I'm trying

Boy I hear you in my dreams
I feel your whisper across the sea
I keep you with me in my heart
You make it easier when life gets hard

I'm lucky I'm in love with my best friend
Lucky to have been where I have been
Lucky to be coming home again
Oooohhhhoohhhhohhooohhooohhooohoooh

They don't know how long it takes
Waiting for a love like this
Every time we say goodbye
I wish we had one more kiss
I'll wait for you I promise you, I will

I'm lucky I'm in love with my best friend
Lucky to have been where I have been
Lucky to be coming home again
I'm lucky we're in love in every way
Lucky to have stayed where we have stayed
Lucky to be coming home someday

And so I'm sailing through the sea
To an island where we'll meet
You'll hear the music, feel the air
I'll put a flower in your hair
Though the breezes through trees
Move so pretty you're all I see
As the world keeps spinning round
You hold me right here right now

I'm lucky I'm in love with my best friend
Lucky to have been where I have been
Lucky to be coming home again
I'm lucky we're in love in every way
Lucky to have stayed where we have stayed
Lucky to be coming home someday

semoga anda lekas pulang ya. sobss. tsk. uwaaa :(

Gua nak gelakkan diri sendiri..huahua

Aku and Ronny masa final year..huahua..perform kat Jusco Wangsa Maju..huahuahhau

Aku and Zafri masa first time masuk boria

Aku and Faye La Rousse..huahua..aku menang 3rd place masa nie

Aku and Riri, the bestest bestie..mekap macam mak lampir

Huahua. Dulu masa aku 7th college, aku masuk boria selama 3 tahun berturut-turut. Balik keje tadi sementara menunggu Sapik sampai, aku n geng godek-godek gambar2 lama. huahua. Aku jumpa gambar-gambar nie. Huahuahuahua.

Jan 18, 2009

Mr M Climbing

ini lutut aku..sakit jugak la kena batu itu. huh.

Mr. M dah nak sampai ke puncak

"Adoi-adoi", jerit Mr. M yang memijak batuan yang tajam akibat berkaki ayam ketika memanjat

Sapik yang telah belay seramai 4 orang dlm jangkamasa yang sekejap..owh..terima kasih laling.

Perlis dan Huruf S

Betul ke orang Perlis cakap huruf 'S' berbunyi pelat? Macam..anies jadi anieth..sebab huruf 's' dipronouncekan mcm keluarkan lidah kat dpn..ala mcm :p (gaya org jelirkan lidah).

maka, bila 's' menjadi 'th', sila eja sungai mississippi.


macam thiot je jadinya. thilake.

Jan 17, 2009

Sg Pisang dan Climbing Seround

aku dan jejaka yang menggemukkan aku

kolam tempat aku lemas

waterfall yang indah

terowong maut

merentas sungai

Ahli-ahli pengembaraan ialah aku, sapik, meon, geng, ajep, azan, mat jo and abe. lokasi ialah sg pisang, gambok. huahua. pengembaraan merentas sungai, mencelah terowong, menebas-nebas pokok di hutan dan akhirnya tiba di waterfall ittewww. sgt cantek, air yg super jernih dan makanan yg dibeli di Restoran Denyutan Lidah yg lazat. Pengembaraan pulang diteruskan dengan merentas highway. Selepas itu kami pergi memanjat batu seround. Owh, aktiviti yang memenatkan pada hari ini tapi sgt gembira la la la.

Aku nk kasik up bf aku yang hensem, baik hati dan penyayang tuh. Sapik..thanks alot bebeh. ai lef yuh!huahuahua. thanks syg ai wpun i gomok.

Mari kita pergi lagi ke tempat lain pula. Ayuh!!

ahhh..gambar aku takde. sekeping tuh jer. demit. henfon james bond aku berjasa.

Jan 16, 2009

Serangan Makhluk Berbulu

mahkluk berbulu


Aku balik kerja malam ni. Aku telah diserang di Puncak Jalil. Makhluk itu mengganas. Menconteng dan merobek kereta aku yang sangat cantik dan bersih. Menyapu-nyapu debu ke keretaku dan kemudian membuat perkara keji.



Meon...sori..jangan marah kami. Kami tak bermaksud menhanjengkan kamu. Huhuk. Kami manusia biasa, yang buat salah tapi kau akan sentiasa menjadi kain lap tumpah kami. ;)

Pengumuman Penting

Kami, warga 2-x-x, sedang mencari ahli rumah baru. Kehebatan rumah kami ialah:-

  1. perabot dah ckup. masuk je lenggang kangkung lalala.
  2. astro ada, internet ada
  3. washing machine ada, peti ais ada
  4. macam-macam adaaaaa
ciri-ciri ahli rumah yg kami nak:-

  1. cantek, sebab umah aku seme cantik2 ahlinya
  2. kaya, sebab nnt takde alasan tanak byr sewa atau bill
  3. berbudi bahasa, sebab kami benci org biadap
  4. alim, untuk membimbing kami ke arah kebenaran
  5. hensem, kalau lelaki la..err..lelaki boleh ker?
  6. pengemas, sbb kami ni super pembersih. ehem-ehem.
kalau rasa memenuhi ciri-ciri di atas, sila hubungi aku.

aku serious nie, bukan main-main. rumet aku gi america tapi tak buat iklan untuk cari rumet lain. mmg dasar katik!

Jan 15, 2009

Korang Gi Mana CNY?

Susah sangat ke nak jawab soalan aku ni?

Anies : Korang gi mana raya cina?

Anak Orang Kaya : I nak gi Korea and UK. Sori i busy nk prepare my stuffs.(Ko hanjengkan aku ehh..keji!)

Pemilik Mini Cooper : I ada je kat umah. Apesal?

Pemilik VW GTI : Gua nk enroll jadi buntut naga.

jawapan jadi buntut naga tuh mcm celake la weih!

Jan 13, 2009

Teka Teki Budak UM

Apa kebende after first and before second?

Sasha dan Rumet Wanabe sila jgn jawab. Diana bole jawab.

Eiman Nak Ikut Makcik Panjat!!!

Ajep and Geng

Eiman pakai chalk

Eiman tergantung

Sapik tgh lead

Aku tengah berusaha keras

Ini hari kedua aku babysit eiman last weekend. Ye, sebab aku tipu pasal fishing, maka kali ni aku bawak di gi climb. Actually aku takdela nk suh dia climb pun..dia yg sebok merengek nk ikut aku climb. nasib baik ada bebudak kat situ yg suka melayan. Eiman panjat sikit je, lepas tuh dia nk turun sebab dia takut semut. Huahuahuahua.

Aku gi ngan Sapik, geng n ajep. Ajep dan aku berjaya, tetapi geng berjaya jugak, berjaya panjat separuh. hehe. next time la geng. Nanti bila Eiman dh besar sket, makcik bawak Eiman lagi sekali hoccayyy!!!

Mari teruskan aktiviti lain pulak minggu nie. Aktiviti menguruskan badan.

Melawat Melaka Bererti Melawat Malaysia






Last Saturday aku gi Melaka with Eiman n rumet wanabe & rumet baru rumet. Plan adalah sgt pantas, malam Jumaat decide and Sabtu terus jadik. Pada saat2 akhir, Eiman nk ikut, sbb dia ingat aku nk gi fishing. Tak sangka seronok jugak bawak Eiman gi road trip. hehe. Sebab dia tak merengek nak susu ke apa, sebaliknye merengek nak fishing. Tensen aku terpaksa mengheret fishing rod dia tuh. Huh.

Nway, sebagai orang yang pertama kali dlm seumur hidup melawat Melaka..aku sgt kagum!! Bukan tak penah gi Melaka (pergi sebab ada kenduri , cuma tak penah berkesempatan melawat tempat2 bersejarah di Melaka. Best siot. Kagum siot. Kitorg gi Stadhuys, A Famosa, Menara Taming Sari yang berputar tuh, Kapal besar tuh, Jonker Street tuh then kitorg akhiri dengan makan malam di Muara. Terbaekkkk!!

Next road trip kemana plak kite ye?

Jan 5, 2009

Ipod Touch dan Si Pelat

Ikuti perbualan aku dgn seorang kawan yang baru mendapat ipod touch. Nama tpaksa ditukar untuk mengelakkan peminat2 beliau add beliau yang bertaraf selebriti di gtalk.

BS: Test gtok kt ipod
me: chis
chis
chis
c
h
i
s
chis
tiada kata2 lain
BS: Muahahahahahahaha
me: keji
benci
sudah
BS: Jari I sontok
me: pakai kiped virtual pun susah ker
BS: Susan filer nam taip
me: hahahahhahaa
susan filer nam taip??
hahahahahahahahahaha
BS: Susan?
me: watefak
bs: Susan filer nam taip
hahahahahahahahhahahahahahaha
BS: Wakakakak
me: haahhaha
7:56 PM buruk giler jadi
BS: Nam Kayan urine la
Walakak
me: bs: Nam Kayan urine la
mende??
gua tak paham
hahahhahaahaha
serious i tak paham
walakak..haahhahahahahhaha
7:57 PM wowweee..i bole type panjang berjela
u masih struggle
7:58 PM sila jelaskan:bs: Nam Kayan urine la
BS: I nak taip nak layan YouTube la
7:59 PM me: hahahahahahahahaha
BS: Babi betul Ada autocorrect ni
me: hahahahahahha
i nk blog la
pasal susan filer
kelakar nk mampos
8:00 PM BS: Eleh JelEs la tu
me: m
e
m
a
n
g
j
e
l
e
s
BS: B
A
B
I
me: n
a
k
e
j
a
b
8:01 PM a
b
i
me: pun lambat
BS: Ok rats
BS: I nak tail tata kari rats
me: ape tuh
hahahahhahaha
hahahhaahhahahahahahhahaha
gua tak paham
8:02 PM BS: Taip tata jd rats
me: haahahah
tail?
BS: Babi la lopez ni
Kiped jd lopez?
me: sapo lopez
hahahahaahahahahaha
BS: Walakakakak
me: hahahahahhhahahahahhaahahahahah
walakak??
8:03 PM hahahahahahahahhaha
u menghiburkan
hahahah
BS: Shut up

Jan 4, 2009

Tragedi 3 January 2008

Pagi 3 January. Hujan sgt lebat, selebat air mataku yg bakal membanjiri KLIA. Kami terlewat bangun, maka pukul 830 aku smpi ke Bangi mengambil Meon. 845 baru Meon sampai. Maka aku serahkan kunci ke Meon dan aku suruh dia pecut ke KLIA sebab rumet kata 915 dia kena masuk dah.

Meon memecut di lane kanan dengan laju, smbil memaki tayar kereta aku dh tak grip dan bla bla bla. Persimpangan ke KLIA menunjukkan lagi 4km. Meon masih di lane kanan. Lagi kira-kira 100m ke exit KLIA, aku menjerit, "kiri Meon, kirrrriiiiiiiiiiiii". Meon membalas, "FAAKKKK!FAAAKKK!!TAK SEMPAT!!FAAAAAAKKKKKKKKKKKK!!takpe anies, kat dpn ada lagi kot bole tembus KLIA". Jam menunjukkan 9.08 pagi. Kami meneruskan perjalanan, dgn harapan ada lagi jalan ke KLIA. Malangnya, papan2 tanda yg ada ialah arah ke putrajaya, subang, dengkil..sobs. Tepat 9.11 pagi, aku call je rumet..dan mengucapkan goodbye smbil menangisssss. Uwaaaa. Meoonnnnnnnnnnnnnnnnnnnnn!!

Then, kami nak hantar Meon balik. Masih lagi Meon yang drive. Smpi tol kajang, aku heran jugak actually kenapa Meon mcm tak tekan brek je nk masuk touch n go punye lane. And yes..memang dia TAK TEKAN BREKKKK!!! TAPI DIA MAKI KETA AKU BREK TAK MAKAN SAMBIL KERETA AKU MELANGGAR PALANG TOUCH N GO SECARA SLOW MOTIONNNN!!"FAAKKKKK..APESAL BREK KO TAK MAKAN SIAALLLLLLL", jerit meon. sebenarnya ko yg tekan clutchhhhhhhh..itu bukan brek...itu clutchhhhhhhhhhh!!!!!takpela meon, salahkan la kete aku. aku tak kesah. dah la bgtau akak tol tuh brek aku rosak!!!!

tragedi berakhir di situ. maafkan aku rumet sbb tak sempat gi tgk ko. hope to see yu in October okay!!!

p/s: aku nk tiket ke boston walaupun harganya 2 ribu Meonnnnnnn!!!!!

Makan Kenyang Dan 2 Mamat Iran

udang masak lemak cili api baizura sabri

kerabu mangga delicious

Jumaat lepas aku mempelawa diri ke rumah Bai. sebab aku tau dia masak udang, and aku tau dia masak sedap. hehe. aku makan dgn sgt banyak, 2 jam jugak mengadap udang dan mangga. yummy. thanks bai. u telah menggemukkan i dan menyebabkan aku masih tidak berdiet seperti yang aku nak. lepas tu aku gi bersuka-ria dgn mamat-mamat ni. sorry sapik i telah mentigakan u. i tak berniat, malangnya, mereka ini terlalu gagah untuk i lepaskan. sob sob. lenkali i tak buat lagi. i rasa bersalah sgt kat u. sobs. jenis gf apakah aku ini? ;)

Jan 2, 2009

Tips untuk kalian


The Perfect Kiss:How To Get Rid Of A Hickey

Especially For My Rumet

Rumet..this song is for you. Take care of yourself rumet. Luv you lots.

Leaving On A Jet Plane

My New Year Gift



Kami melihat bunga api untuk new year di atas rooftop sebuah pangsapuri mewah di Subang dengan kawan-kawan Sapik. Nampak bunga api merata celah bedah. Indah ~la la la.

I lef my new fedora. Suka gila. Gila suka. This is like the best fedora i ever had. Thanks bebeh. :)

Believe me..ia mempunyai soul ~ la la la~

*Pics courtesy of Peah. Thanks.*

Jan 1, 2009

Entri Pertama Tahun Ini

Loyar dan aku sedang menonton konsert Mariah Carey di channel astro yang free ittew.

Anies : agak2 paha beyonce besar lagi tak?
Loyar : Macam dah kecik jer.
Anies : Dulu-dulu camana dia beli seluar ha? saiz apa ek?
Loyar : Dia penah pakai seluar ker?

Hmm. Nak membasuh. Tata.



SELAMAT TAHUN BARU. AKU TAKDE AZAM!! YAHOOO!