nuffnang ads

Nov 28, 2008

Ehem ehem..sakit tekak

Aku adalah baru pulang berdating. Perasaan berdating dengan ehem ehem ialah indah. Perasaan jatuh cinta seperti zaman sekolah ialah sangat indah. Ye. Dah lama tak bermanjaan. Ehem ehem manjakan aku. Hikhik. Demit entry ini adalah sgt gedik dan provokasi melampau. Aku rasa macam jatuh cinta la. Hikhik*gelak gewdikss ala Baizura. Hikhik lagi.*Bai, sila jgn sebarkan mms i. Kalau tak, i post segala gambar yg ada dlm laptop ini. Hikhik.

Mungkinkah ehem ehem menjadi kenyataan? jeng jeng jeng.

Hikhikhikhik...gediks smpi tertido..zzzzzzz.

Nov 25, 2008

Fitnah

Korang..aku kena fitnah baik punye. Baca kat sini. Ini kerja salah sorang kwn aku yang aku percaya selama ni. Dia kata aku keji. Sob Sob.

Nov 24, 2008

RUMET AI LEF YU



This is from my rumet. Aku copy from her blog. Kihkih. I like rumet..i like. Fedora cap rumet!!Yay!!Hehe. Eh, t-shirt Hard Rock tu pun aku punya kan??kan?kan??

Rumet aku suh aku pikir psl kebarangkalian menetap dgn beliau di sana lepas abis study. Hikhik. Dia nk sewa umah yg ada 2 bilik..so bilik aku satu kan?kan? Hehe. Nnt aku bwk BMW Z4 ko..tak kesahla 2 seat ke apa..asalkan aku jd driver. Hehehehehehehehe.

Skang ko harus tau kenapa aku syg rumet aku. Padan muka.

Nov 23, 2008

Batu

oh yeah btw..tak dpt pun main batu or main atas batu or whateva. Hujan. Sob sob tsk tsk. Better luck next time.

I HATE THIS BONGOK FEELING

I just went back from a movie with Bai, Zet and Leli. Madagascar 2. The movie was good. Having a good laugh. When i was driving back to my house, nearly involved in an accident. 3 cars involved. Siap makan jalan org seme. Dh terpusing pun dat car. Sempat brek. Alhamdulillah.

Nway, aku just rasa perasaan tak best je skang. Taktau kenapa. Perlu ke tetiba dtg perasaan bongok mcm nie? Aku happy je dr td, but now rasa mcm pantet. Hish. Maybe aku terpikir byk bende sgt kot. Bengong ah. Suddenly i miss my rumet. and KAMU. Nasibaik kamu tgh bersembang ngan aku kat gtalk.

And topik apa yg dia gunakan untuk distract aku punye perasaan tak best nie? KALAU KO STRESS, GI LASTIK CICAK. sewwiiittt gile. :P

Cool cool

Argh. Buhsan kena buat keje malam2 wiken ni. Lagi bagus la dr kena gi opis sebab laptop xde. Thanks for the laptop :)

Nway, tengahari td gua chat wif a fren. Gud fren. She said, 'kawan2 ko skang maybe lagi cool. Even if you're friends are not cool pun, but your friends really care for u'.

And aku totally agree with her. Thanks dude. And guess what, you are one of my not-so-cool-friend-but-you-care. Hehehe. Ahh..tak perlu pun jadi cool.Ko terharu tak aku tulis ni based on our conversation? Nanti kite lepak Chawan lagi :)

Thanks kawan2, housemates yang super supportive, kamu-kamu sekalian, my girlfrens yang berada merata tempat, ai lef yu ol.

Nov 22, 2008

Really..Thank God It's Friday

Terima kasih Tuhan atas kurniaan hari Jumaat
Kami dpt makan di TGIFTC

Terima kasih Tuhan
kami dpt makan kenyang

Terima kasih Tuhan
aku dpt makan, bila masih ada org yang tak dpt makan

Terima kasih Tuhan
Aku masih selamat dr ancaman

Terima kasih Tuhan
Bagi aku kekuatan

Terima kasih Tuhan
Esok hari minggu

Terima kasih Tuhan. Amiin. Syukur.

~la la la la la~Selamat malam.

Nov 20, 2008

Entry Ilmiah

Harini aku menghadiri satu talk di IEM iaitu Institute of Engineers Malaysia. Kan aku dh kata saya ni graduate member of IEM, so aku dpt majalah JURUTERA every month. Maka, aku nak tulis satu entry yg tidak non-sensical yer..supaya aku ni tak lah nampak dungu dan idiot. Tajuk talk itu ialah:

"Secular Changes in Rainfall Pattern for Peninsular Malaysia"

zzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzz

Eh, talk dh habis. Jom makan Pizza Hut. Senior aku belanje. :)

Nov 19, 2008

Semalam Saya Main Futsal

Hehe. Semalam saya main futsal. Ada kot 2 bulan tak main. Teka main ngan sapa? Mustilah ngan KAMU ittewww dan kamu yg dh tak rahsia. Jeles tak? Dahla main pkl 11, tak hengat2 la diorg ni org keje pkl 830 kan. Sudahnya gua masuk opis dkt pkl 9. Hehe. Eleh, mcm la tak biasa kan?

Pancit la lama tak main. Tapi bole lagi kot nak kejar bas. Nasib baik KAMU tak hanjengkan aku. Seronok kan KAMU (kaler merah dan bold) nyanyi lagu Padi? hehehehe. Walaupun cap aku busuk ngan peluh KAMU, aku aBAIkan.

Motif apa entry nie? Oh yea, mcm ni. Rumet aku dia kenen-kenenkan aku ngan kawan dia, hensem and tinggi dan mcm baik. Aku sekali pun x penah jmpe, tp borak ym selalu la. So pg td dia buzz aku, dia tanya, buatpe semlm. Aku ckp la main futsal. Dia tanya, katne? Aku ckp la Bukit Jalil. Pastu dia kata, 'owh, semangat gile ko main semalm, siap pakai baju 23 Beckham, sepak kuat mcm jantan'. Aku macam...silake..mamat tu ada kat situ tapi aku tak perasan!!!!Demit betul!!!!Dia kata dia ada je depan mata aku..siot la..takkan aku nk pandang2..ramai gile jantan2 menebeng..aku tau aku suka jantan, tapi ramai sgt..tatau nk pilih. Muahahaahaha. Mcm haram.

Hish. Kecewa betul. Kenapa la dia tak jerit je nama aku kuat2? Wahai encik ctrl+alt+delete (ID ym dia) lenkali enck jerit je nama yuhainiskamardinetyahudotkom kuat2. Ish, x bole jadi nie. Bai, suh Zet organize lagi. Hehhe. Kot2 mmg jodoh ngan dia nie. Semoga ketemu lagi encikctrl+alt+delete.

Rumet Saya Pergi Amerika

Harini rumet saya pergi Amerika. Semlm masa dia balik ambik barang, saya takde. Saya pergi main futsal. A'ah, ingat saya loser sangat ke takde org nak ajak saya main futsal lagi?

Rumet saya tinggalkan notes. Dia kata:

"Isma/Rumet (tak, isma tu bukan nama samaran saya, itu nama osmet saya lagi sorang la gile),

TOLONG JAGA MAC BOOK PRO AKU BAIK2, IT COST ME RM7K. SHUT DOWN AFTER USE, OR IT WILL GET OVERHEAT.

RUMET (ha, ni barulah untuk saya sorang), BODOH APSAL KO TAKDE RUMAH??? RINDU SIAL. FLIGHT AKU KUL 10 PAGI. BYE.

LUVS (sebenarnye dia lukis bentuk love conteng2 sket)

Rumet (konon2 sign) "

Rumet, aku tgh blogging pakai laptop ko. Hehe. Bebudak opis aku bwk laptop aku gi Perlis. Seminggu plak tuh. Nasib baik ada Macbook Pro ko ni ha. Berlagak kan aku? Hati aku yang hitam ni mmg suka berlagak.

Lamanya aku tak jumpe rumet aku nie. Sebulan la termasuk minggu-minggu mendatang. Sunyi plak. Malam2 kalau kebuluran, sapa nk masak nasik goreng? Sapa nk paksa aku gi 223? Sapa nk layan aku mengeji? Sapa rumet sapa? Uhuks. Aku rindu la kat ko gile. Sob sob tsk tsk.

Walaupun muka ko macam budak Taiwan umur 10 tahun yang berlengas, aku tetap layan ko sbg rumet. Aku tak penah rogol ko kan? Selamat kan dok ngan aku? Rumet, kamu yg selalu pakai byk id palsu dan seorang lelaki pesan, jaga diri baik2, selamat pergi dan pulang. Rumet baru rumet said..aku nk pesan barang, nnt dia kasik ko duit.

Aku selaku rumet ko yang sebenar, aku nk pesan byk bende:

1. Tshirt Planet Hollywood yang beli kat Hollywood. make sure. aku tanak planet hollywood lain.
2. Ipod Touch
3. Jangan boros dgn belasan ribu yang dibekalkan
4. Jangan ikut jantan balik hotel
5. Makan makanan yg halal wpun muka mcm org Taipei
6. Bawak balik mat salleh sorang kasik aku. Muka tanak mcm atok KFC.

Okay dah. hilang rindu dah. Eh rumet, aku kendong macbook ko gi jalan2 boleh? Aku nak merasa gaks blogging outside umah. contohnye kat Starbucks ke, Kopi Bin ke..poyo tak?

Nov 18, 2008

Jom Jiwang

Petikan dr Padi - Kasih Tak Sampai

Sudah..
Lambat sudah...
Kini semua harus berakhir
Mungkin inilah jalan yang terbaik
Dan kita mesti relakan kenyataan ini

Ye. harap paham. Padan muka sesapa yang naik kete dgn aku skang. Lagu ni la korang dgr berulang-ulang.

Padan muka rumet baru rumet sebab aku tak kasik ko pinjam CD. Aku belom puwassss. Amekla CD Maroon 5. Aku kasik pree.

Kerja Sapa?

Ha. Habis kelakar la tuh. Mendajalkan working file aku. Tukar seme nama negeri. kelakar la sangat. ko jgn, aku tgh mood memberi komen silake.

A'ah. aku nk promote keje aku nie. sapa nk replace aku?

Pembetulan: sapa yg menghanjengkan working file aku? aku suka perkataan hanjeng.

Gile dah dia nie

Sekolah tinggi-tinggi
Buat apa?
Kite belajar pandai-pandai
Buat apa?

Buat bodoh.

Maka aku.
nak buat apa?
Aku sekolah tinggi ker?
Tiga tingkat jer.
Tapi UITM tinggi
Ada 2 menara (fakulti aku la gile)
Kat UM pun ada menara kejuruteraan jugak.

Eh, bangga ke menjadi jurutera?
Bangga. 
Jarang aku bangga2 aku jurutera
Sebab aku keje mcm kuli je.

Sapa mau JURUTERA edisi baru?

Ha'ah.
Aku ~la la la.
*sewel*




Nov 16, 2008

Perbualan Suci Budak Darjah 6

Adib ialah nama anak buah aku. Anak buah aku yang sunat ni darjah 6. Semalam aku dok godek-godek henfon dia. Ini perbualan dia dgn kawan dia nama Zamzam (perbualan SMS).

Zamzam : Sakit dak kote hang?
Adib : Sakit la. Takkan nk terpacak ja macam hang punya.

Sorry entry ni berbaur lucah. Sebab kelakar. ke kena buat bintang2 kat huruf o and e..jadi K*t*??

Sekian.

Kamu The Series: Revelation Part I

As i said before, i will never quit writing about kamu..and today..behold..it's the revelation of kamu Part I.

This is the first ever kamu.This is Bai. Gambar-gambar ni masa kitorg gi makan donat kat Subang Parade semalam before aku bergerak balik kampung. Aku yang craving for doughnuts. Struggle gile nak gi makan donat, dgn jammed yang macam haram, dgn tpaksa pegi umah aku dulu baru gi Subang Parade, dengan hujan. Sob sob. Nasibaik bukan aku yg drive kete aku. Hahaha. Amazingly, Bai is the first kwn aku yang berjaya bawak keta aku tanpa buatkan aku cuaks atau dalam keadaan berjaga-jaga. And she is the first kwn perempuan yang offer nak bawak kete aku sebab dia tau aku rabunness. Muahhahahaha. Tahniah tahniah!! Anda memenangi percutian dua hari satu malam di Sepang Goldcoast.

susah gile nak dapatkan angle kedua-dua tak nmpk gemok


yezza..poyo poyo poyo..nmpk macam kat mana2 ntah..padahal kat Big Apple Subang Parade

Bai pelahap..makan 2 donat laju gile..padahal sebelum tuh pilih satu je donat

Remember when i said aku hilang for 3 days n 2 nights? Haaa..kat umah Bai ni la aku melepak. Sehelai sepinggang je aku dtg, sbb memula Bai ajak dinner sebab dia masak, pastu dia pakai gam apa ntah kat sofa dia tuh, terus melekat sampai 3 hari. Actually, kitorg siap gi True Spa lagi . Hahaha. Since Bai pun ialah pekerja sepenuh masa dan sesama belajar separuh masa kat UiTM tuh, so of kos, having seseorang yg belajar di sekeliling buatkan burden rasa lebih kurang..thankiu Bai. Seronot lepak umah Bai (walaupun mental dia agak kurang stabil masa tuh, which is at one point aku rasa nak balik..hehehe, astro seme channel komplit, ramai geng naga fuss fuss, dan juga sebab Bai dan rakan2 serumahnya termasuk seorang lagi tetamu iaitu Kamu yang pelbagai nama (akan direvealkan kemudian) rajin memasak. Cuma, takde internet yg bisa dikongsi rakan-rakan kongsikong dan adalah sedikit susah nak buat assignment. :)


Bai ketika tunggu makcik Siam nak mengurut

Ha! Ini la kamu yang tak pernah pinta dia jadik kamu pun. Korang, sila jangan rabun warna. Perhatikan perubahan warna dari masa ke semasa. Heheh. There's more to come in Kamu the Series. La la la la.

Excerpt from Bai's blog yang aku nak tuntut : Anies, i terhutang budi dgn u ni.. Nanti i dapat gaji, i belanja u pulak eh? Dah la hari tu belanja i Spa.. Erk Anies, i sempat skodeng u masa u nak tukar posisi dari meniarap ke terlentang tu.. Jeng jeng jeng! haha.

Anies to Bai: Yea. I tuntut lagi pada 29hb Nov. U ingat u je yang sekodeng? U taktau apa i borak ngan makcik Siam tuh psl u. U tatau makcik Siam tu ada henpon canggih, sbb tu i tinggal henpon i dalam gobok tuh.


Nov 15, 2008

Balik Kampung

Chaos chaos depan tv sebelum semua senyap bila aku membuat persembahan duet dgn Et

Ini rupa blogging masa mengantuk gila danlepas kantoi tido hodoh

Gambar takde motif sebab aku suka drive keta abg ipar aku nie :)

Aku kat kampung nie. Gerak pukul 12 malam semalam. Skang pukul 11 malam. Mengantuk macam haram. Penat mcm haram n pening mcm haram. Aku tau pasal apa aku mereng sgt nie, tp aku tanak la cakap kan. Rahsia besar nie. Aku siap bole tertdo masa tgh chatting and masa nak mandi. Aku bgn sebab mak aku bebel suh bangun mandi (padahal aku baru tdo 2 jam).

Aku balik sebab ada kenduri. Anak buah aku bersunat. Kenduri bagaikan kenduri kawen. Siap tumbang sekor lembu. Haish. Aku sgt malas. Sumpah aku antara kategori malas nk tlg bab2 dapor nie. Aku rajin kalau kena gi kedai ke, jaga anak buah yang kecik ke, tp bab2 masuk dapor nie..Suh org lain dr sakit hati tgk aku tak bergerak walaupun dh sejam suruh.

Aku baru bgn tido. Aku tertido dlm bilik akak aku, skali abg ipar aku masuk. Malu sebab terlentang..teus je aku bangun. Now..ni ha..aku tgh tgu turn nak karaoke dgn anak2 buah aku. lagu ungu. tercipta untukku. sapa punya pengaruh ni? sapa bagi Cd kat aku kasik aku dgr dlm kete ni? sapa kasik aku dgr lagu indon byk2 nie??sapa?sapa???demit.

Nov 13, 2008

Retaliation

Okay. For a very common entry lagi, aku dh mula dpt komen sensasi. Ye..nasib baik aku sempat buat comment moderation balik. Walaupun aku tak lah suka moderate comments, but, since episod sensasi yang pertama which is aku tulis psl aku gi Konsert Panic!at The Disco (dan aku telah delete entry itu), aku terus buat comments moderation smpi skang (tak..sebenarnya 2-3 hari lepas aku off kan comment moderation, tp semalam aku buat balik). Aku moderate comments bukan pasal aku tanak lepaskan komen2 buruk psl aku, but kdg2 because aku tanak isu2 tak berkaitan dgn entry dimasukkan dalam komen.

First of all, this is MY BLOG. If u hate my blog, or whateva shit yang i write in my blog, pls dun read it anymore. If u want to judge me tru my blog, i dun mind. I know who i am. Aku bukan blogger yang bertaraf hebat-hebat. Hits aku taklah sampai berpuluh ribu or beratus ribu, but so far, ada je kot org yang baca hari-hari. Kamu contohnya. Aku tau kamu selalu baca. Blog aku pun bukan stock blog-blog kelakar. Aku hanya menjadi diri aku je dalam blog aku. Aku citer apa aku buat, aku suka sapa, aku benci apa, aku syg sapa, aku exam bila, aku bosan, bla bla bla. Memang nonsense la tp i dun care. Blog aku jugak tempat aku luahkan perasaan. Puisi ke, apa kejadah ntah lagi. At least la aku tak plagiat.


Second of all, KAMU tuh. Haish. Isu KAMU pulak terbangkit. Ye ye, ramai je makcikbok yang tanya sapa kamu. haaa..makcikbok tu la kamu kot. Haha. Sorry makcikbok. Memain je. (makcikbok punye komen aku tak lepaskan..hahaha..maybe tak lama lagi aku lpskan..jeng jeng jeng). KAMU tuh, sesapa je yang aku rasa time tuh yang kasik aku happy. Contohnya, mengambil kira kejadian pada bulan 10, di mana aku start menulis pasal kamu, maka Kamu pada masa itu merujuk kepada sesiapa je yang baik ngan aku bulan 10 tuh. Tak semestinya kamu tu spesifik person. besides, aku siap buat kaler lain2. I know sapa kamu, n yang mana kamu. Kadang2 lipas kat dlm keta aku pun aku refer as kamu. Kamu yang latest tu, yang aku tulis tuh, adalah seorang kawan yang care psl aku. Call everytime aku habis exam, call masa aku nak pegi exam, tanya2 aku kat ym psl exam..so salah ke aku nak dedicate sumthing kat kawan aku, tp aku malas nak cakap nama dia? And obviously, dia tau dia adalah kamu. Ye..engkau la kamu tuh.

Selimut di Sofa..itu antara kamu-kamu. Kamu di perantauan, a'ah..memang aku ada sorang kamu yang berada di perantauan pun. Smpi skang he's still in perantauan. Kdg2 aku teringat or rindu dia, maka aku juga penah buat entry pasal dia. Sesapa yang rasa dia kamu yang telah menceriakan hidup aku, ambik berat pasal aku, dia adalah kamu. Cukup kalau aku tau, and kamu pun tahu. Aku tau pasnie aku masih ingin menulis psl kamu. I dun care.

Okayla. Jarang aku tulis panjang lebar dan tanpa gambar plak tuh. Apa aku bebel panjang2. mintak maaf la pasal aku emo. dan aku tak mean nak hurt sesapa. Aku just feel that i need to bagitau kot certain things. Dah lama tak emo. And tadi ada kawan aku cakap, 'i'm sick of this sensational comments, why don't u guys go and get a room?' Haha. Ko kan..aku jumpe ko, aku sepuk ko tau.

And now i feel like eating TGIF. Jom. And thank god harini dah pun friday :)

Nov 12, 2008

Merdekakah Aku??

Kenapa syg banyak sangat ketuk duit i??

Ejah yang ketidoran..kesian

Yeay!!Selamat merdeka untuk kami-kami yang mengambil peperiksaan di UITM..ehehehehe. Syioknye rasa habis exam nie..mcm terlepas segala bebanan. Serious shit seme paper macam ala2 shit la kan..but then perasaan habis exam, tayah gi Uitm every week..mcm best gile..n rasa nk celebrate kemerdekaan dgn makan busat. Muahahaha. Sila freekan diri anda ye. ;) U know who u r. muahahahhaa.

After merdeka, makan kat Pak Li kopitiam. Balik gi servis kereta dan total ialah RM730. WtF??? Obviously sebab disc brake dh teruk gile, brake pad dh teruk gile..n besides, dis week nak balik kampung wif my car, so..better la buat seme tuh. Which is, bagus gaks. Dah takde bunyik2 annoying from my car n i feel like i'm driving a Mercedes. Tak..sumpah aku tipu nak mampus. It still terasa spt Satria Neo, with less annoying sound. Muahahaha. Sian Ejah, tertido-tido kat workshop tuh. 3 jam. Lama nak mampus. Aku pun hampir nak tertido. Balik kampung nnt aku nak buat operasi menghalau lipas plak. Sshoooohhh.

Balik, minum lagi kat kopitiam Bangsar south. Hahahhahaha. Everytime sebut kopitiam Bangsar South, musti rasa mcm poyo nak mampus. Hehehe. 

Nway..SELAMAT HARI KEMERDEKAAN BUAT KAMI SEMUA..YEAHAAAAA...YIPPPIEEEEE...LA LA LA LA LA LA...esok keje. shit. 

Nov 10, 2008

K.A.M.U - siapa kamu?

Kalau kamu jatuh
Akan aku sambut

Kalau kamu mahu
Akan aku beri

Kalau kamu bercakap
Akan aku dengar

Kalau kamu menangis
Akan aku lap (hahaha..tak best gile word)

Kalau kamu susah
Akan aku tolong

Kalau kamu senang
Akan aku kongsi

Kalau kamu adalah kamu
Aku adalah aku

Kalau kamu menjadi orang lain sekalipun
aku tetap aku. 

Kamu. Puas hati kamu? Tak sampai 5 saat aku menulis bende tak best nie, tapi mmg aku tulis untuk kamu. Heheh. Sorry kalau tak best. 


Nov 9, 2008

Selamat Tinggal Tarzan

Dulu, hsmate aku kata rambut aku mcm Hang Tuah. Satu pagi, aku bgn, duduk tgk TV, si Jenab kata rambut aku dh mcm tarzan. lama gaks dia ckp tuh, 2-3 bulan lepas kot. Td lepas makan kat kopitiam, aku ajak Puspa gi potong rambut, kerna ye..mmg rambut aku mcm Tarzan. Huahuahua. Akhirnya, setelah membayar RM30 (cut n blow), maka inilah hasilnya...jeng jeng..


Mungkin dah tak tarzan sgt la..atau mungkin sebab baru lepas blow..tapi ada fringe. Muahahahaha. Pas ni kalau tarzan jugak..aku gi dok kat Hutan la. Uk Uk Uk Uk.

Hehehe..Puspa..ko kene dgr lagu WOMANIZER - Suara Britney Spears mcm org nk terkencing ye DHP..hahah.

Hihik

Okay okay. Aku sgt la poyo dgn stress aku 2,3 hari lepas. Menggelabah. Merengek sana sini la kan. Tapi harini aku nak ~teee heeeeeeee boley? Haha. Walaupun aku tak buat bagus la dlm exam ni kan, tapi aku sekurang-kurangnya nmpk la sinar kebahagiaan sket harini kan. It's Sunday, and aku bole jwb paper tuh, walaupun ada rompong-rompong kosong mintak diisikan, tp maaf ye rompong kosong, aku tatau apa jawapan untuk kau. In fact, aku tak sentuh langsung psl kau..hehe. Mintak maap.

Tapi ni ha..rumet aku nie..dia dh menyebabkan aku sedey..dia kata, 'rumet, aku beli paper ni semata-mata untuk kawwwwwwww'. Dan aku dgn excited..hehe..'apa rumet apa??'..Tajuknye .."ASHRAF - BUNGA CITRA LESTARI SAH SUAMI ISTERI"..huwaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa. nak lagi huwaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa. huwaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa.

Ye..itulah berakhirnya kesah tragis chenta aku terhadap celebrity crush aku tuh. Lama tau aku menunggu, akhirnya aku sedar pada hari ni, aku tak hot macam Bunga ittewwww..and aku tak cakap indon macam Bunga ittewwwww..dan sesungguhnya ASH, semoga bahagia...kalau agak2 aku bole jadi bini no. 2, sms la ye. Muahhhhhssss Ash.

Nov 8, 2008

Melayan Kesengalan


Ini masa aku tgh stress habis paper smlm

Tapi ini masa melantak lunch tadi!

Hehe..sempat pegi makan huhahuha sambil berpoyo berfedora. Hehe. Dan aku makan banyak, maybe sebab semalam aku tak makan apa-apa kot. Hehe. Alasan gile. Lepas tu pergi membeli belah barang keperluan peperiksaan. Smlm aku exam aku ada pen sahaja. Hahahaha. Teruk betul. Pastu pegi hantar Ejah balik umah..n now aku sgt mengantuk dan sesungguhnya aku ingin tido smpi pkl 8pm, then bangun study smpi pagi esok. Terus gi exam. Yay!! Bosankan asyik ckp psl exam..sbab takde buat bende lain kot. Takpe2, pas exam aku huhahuhahuha. Silap2 aribulan, aku ikut rumet gi US. rumet..nak ikut pelisssssss. 

Sila jawab


If you were appointed as the Minister of Transport in Malaysia, discuss three (3) measures that you will immediately take in order to protect the natural environment in Malaysia. These measures should involve introduction to new regulatory and economic instruments or amendments of existing environments. (12 marks)

Aku malas nk pikir gegile. Aku just dapat jwb dua je, dan sgt la bodos jawapan aku. Macam budak UPSR. Nape la aku tak terpikir jawapan 'increase tax for cars to encourage public transportation ke apa jadah'. Hish.hish.hish.hish. 

Chis. bedebah soalan macam nie. Menyampah. Sila jawab. I just want to know how u will answer this question.

N nway, sucks gile okay my very first paper. Maybe because of my lack of preparation? Lack of sleep maybe? Jgn igt aku tipu aku tak bole jawab paper td, cuz i really tak penah jwb soalan exam sebagaimana aku jawab paper td. Mcm, ah..jawab je la ape2 yg patut, mampus ah grammar betul ke salah, mampus la jwpn btol ke salah..rasa mcm nak kuar time jwb soalan no. 3, tapi tgk jam, aku ada lagi sejam je untuk jwb soalan 4 & 5, aku teruskan juga menggoreng ntah apa-apa.

Balik exam, aku gi Oldtown wif Ejah. Order roti, tp roti x sampai. Jumpa plak Topek n Layla, dok la dgn diorg..borak2 psl diorg punye wedding..sapa nak teman aku gi wedding Topek sila angkat tangan. Topek dan Layla benarkan aku bawak partner. Hahahaha. 

Sudahnye..aku baru sedar smpi skang all i've ever eat today is bubur mcd pada pukul 430ptg td. And i got another paper on Sunday. Sux.Sux. Dan lapar like hell. And it's already 3.30am. Shait. Dahla.Tdo lagi bagus. Esok masih ada. Ciao.

Nov 7, 2008

GUD LUCK WISH



Itu petikan dari Hitz. Tv around pukul 11 lebey malam tadi. Thankiu CikZura sebab menunaikan request i yang tak seberapa (siap masa u suh kwn u hold pun teramek gambar). Muahahahahahaha..best woo perasaan di wish good luck di TV. Rasa macam nak score A la gitu. Hahahaha. Gud Luck Anies! U need it!

p/s: menyesal tak tapau sup. terpaksa makan McD. 

Nov 6, 2008

I'm back

i just got back. 3 days 2 nite without me at my house..so how was it rumet? Less annoying ppl to bother u. But i know u miss me. Hehe. Nway, life is good, except that the last minute assignment and exam is really2 spoiling my mood. Thanks Faiz for helping me with my assignment. YOU ARE SO DAMN GOOD. Hahaha. How i wish u can replace me for the exam tomorrow. Haha. A question for you: What is a profession? Haha. Itu soalan no. 1 yang membawa 2 marks.

Nway, i managed to study and finish my assignment sepanjang ketiadaan aku di rumah. So, guys, dun worry, aku study, tak caya tanya Faiz and NBMS. NBMS and her hsmate masak best. Thanks Bai bagi i makan, bagi i tempat tido yang sangat selesa, bagi i pakai baju2 u. Sorry i tatau how to comfort u masa u down gila. Besides, i dunno much about it. Huhu. Thanks Faiz pegi beli macam2 everytime, thanks tolong buat assignment, thanks study dgn aku. thanks tlg bagi semangat, thanks dgr cerita2 bodoh, thanks for being funny, but thanks for simply just being there for me. I really appreciate it, Faiz and Bai. Oh ya, thanks to Zet also. Hehe. You're a good host. 

And sasha n nad, dats why aku takde kat ym, aku takde kat gtalk, it's just an accidental case of 'anies melarikan diri dari dunia anies yang kebiasaan'. And now i'm back to my own world. 

Nov 4, 2008

Mari Memaki Geng Tempayan Terkenal


Ahh...kdg2 aku nak orang pikir bahawasanya mereka salah tentang Kau, dan Kau boleh dipercayai. Ye..aku kadang2 bercerita pasal life aku kat Kau, sebab aku still rasa Kau boleh dipercayai la. Tapi aku ni, dungu sangat pasal Kau. Bodoh sangat aku nie. Sebab percaya kat Kau..ish. Benci sial kat Kau. Aku terima Kau balik, sebab aku ingat Kau dah okay kot, rupanye tak siallll. Mulut ko macam mulut tempayan buruk. Pastu ko plak bercerita kat tempayan jugak. Geng tempayan la korang ni ek. Suka ke korang bukak line intenet sendiri nie? Tempayan Broadband. To subscribe, call Madam XXXXXX %$&*()(*^% di talian 1800-GO-TO-HELL. Hishhhhhhhhhhh.

Sapa-sapa yang terasa aku bercakap pasal dia sbb maybe dia baca caci maki aku nie and terasa dia tempayan ke apa..aku bgtau awal2, aku PMS. So..shuuusshhhh. Gi main jauh2 eh. Pesanan aku untuk semua: mulut tempayan bole jugak nk tutup2, mulut geng tempayan di arena broadband nie, haaa..sgt sukar nk tutup. Kalau agak2 nak bercerita kesah peribadi, baik citer kat blog yang diprivatekan..sekurang-kurangnya blog tu tak bercakap kat rakan2 blog dia. 

AI HET YU!!!!

Amier Mukhris




Ahhh. aku nak teruskan dgn sesi memaki. Sapa yang langgaq anak menakan aku nie??cepat mengaku..kesian anak menakan aku..kepala smpai jadik besaq..dah la semula jadi kepala dia memang besaq dan dia mmg besaq kepala. Daje betoi budak gemuk naik motor kaler bighu..siap hang. minggu dpn aku balik, aku piap2 hang. Sian amier mukhris the alien. muahahaha..takpa, amier rock kan..macam makcik kan?kan?

ps: aku siap ada pose makcik penyayang lagi. hehe. sebenarnya, eiman meronta-ronta mintak dibebaskan. hahaha. mengantuk nie..tpaksa buat bende2 ringan.heheheh.

Nov 2, 2008

kongsikong

SUSAH,
NAK MEMENUHI KEHENDAK SEMUA ORANG.

SUSAH,
NAK BERKONGSI KEGEMBIRAAN DGN SEMUA ORANG.

SUSAH,
NAK BERKONGSI KEPERITAN DGN SEMUA ORANG.

SUSAH.
MEMANG SUSAH.
SEBAB CAKAP TU SENANG
TAPI HIDUP ITU SUSAH.

AKU INGIN BERKONGSI
DENGAN ORANG YANG NAK KONGSI

BUKAN DGN RAKAN KONGSI
YANG TAK MEMAHAMI

AKU MAU RAKAN KONGSI
YANG MAU KONGSI 
SUSAH DAN SENANG.

KALAU MAU BERKONGSI
TAPI TANAK PLAK KONGSI CERITA AKU
TAYAH LA.

APA AKU MELALUT.

ps: pening, rasa nk demam. sorry untuk entri yang mcm haram nie.