nuffnang ads

Oct 31, 2008

Celebs with Fedora ;)






Ye..bukan Uji Rashid dan Kool sahaja yer..malah mereka-mereka ini juga memakai fedora :)
Hehe..kan rumet? kan? 

Beard Cap


tapi ini topi aku tak mau..huwaaaa. hihihihi. aku suggest topi ini untuk
 Wolverine dan Santa Claus.

fedora




haishhh..bosan bila we try to make a very nice and decent conversation, maka diturn-off oleh cara yang sebaliknya. kan?kan?

hosh. abaikanla. jom tgk fedora hat yg lawa...dan wats wif me n fedora??


Oct 30, 2008

Padan muka org kedekut ilmu

Teka pukul bape? Yea...2.30pagi..tak dpt nk tido. Dgr lagu Lucky dah beratus kali. Kalau CD, maunye rosak. Haha. Yea..begini..aku nk citer klasmet yg kedekut ilmu. Tahap kedekut ilmu dia:

  1. Tanak bwk naik buku  ke dlm kelas, takut org lain pinjam (bukan ko yang tulis buku tu la giler..poyo).
  2. Tadi dia nk fotostat skema jwpn kwn baik aku kat dlm kelas. Dia kata, 'eh korang, aku nk fotostat 5 copy je..yg lain tu korang amek dr org yg dpt copy tuh n fotostat sendiri ehhhh'. Alang2 ko fotostat..ko potostet la utk seme..hohhhhhhhhhhhhhhhh. Aku dgn geram berkata,'apa kata ko kasik aku, aku scan PDF, esok aku email kat seme'. Dia jwb,'kurang asam la ko anies'. A'ah. Kurang asam aku lagi elok kot dr kurang asam ko.
  3. Minah ni actually course lain, tp subject td tuh course dia n course aku wajib amek. Dia nk pinjam buku kwn baik aku. Dia kata kat kwn aku,' eh lin..jgn bawak buku naik atas eh, nnt bebudak kelas aku nmpk, nnt diorg nak plak'...uwekkkkk. rasa nk terajang buntut dia masa dia kuar kelas tadi. hiyak!!
Si lin tadi online je terus memaki hamun minah tu. Wakakaka. Seronok kot maki org2 kedekut ilmu ni. Dah besar2 pun masih ada sikap sebegini. Hish.

Thanks to encik xxxx yang berada di perantauan yang menelipon saya menggunakan talian ym. Tenang sikit rasanya. Hehehe. Cepatla balikkkkkkkkkkk.

Dah dah. Nak tido. Esok nk teruskan quest makan donat. Kalau rajin :p 

Oct 29, 2008

Finally.

Ahh. akhirnya dtg mood ini. Kelas dh habis. Lega gila. Now i can start cramming for my exam. Huwaaa. Takut nk mamps. Aku plan nk amek cuti 2 days (tak termasuk hari exam..so total cuti aku nk amek ialah 4 hari). Tapi tadi lecturer bagi lagi 'take home test'. Aku tak penah dgr langsung pasal take home test selama aku belajo kat UM. takpelah, take home pun take home la.

Baik..cerite untuk hari nie? Oh..tiada. Sebab boring. Haha. Kerja..makan..kerja..kelas..makan..rasa macam nak gi makan donat kat Big Apple tapi nnt sangap plak sorang2. Tee heee. Last2 balik td aku tapau je nasi goreng ayam kat mamak bwh nie. Sangap gak eh takde bf? Kalau ada bf, bole merengek-rengek ajak makan (HEY! SILA BERDIKARI!!ye, berdikari la nie..kan aku ckp aku gi tapau sorang2..makan pun sorang2..smbil ditemani nana n g-ha). 

Eh, nway..bila nk lepak kat Old Town Kopitiam BANGSAR SOUTH nie??muahahahahah. geli gile Bangsar South padahal Kerinchi!!Muahahahaa. Sesapa yg tak dok area pantai nie..actually kat sini dh bukak satu Old Town Kopitiam, kat depan Pantai Panom (panggilan mesra untuk Pantai Panorama Condo). Tapi seriously la kan..aku rasa ni antara Old Town paling gerek. Ko lalu je trafik lite tuh, tersergam megah. Siap ada air terjun buatan. Hehe. Aku ada amek gambo td, tp takde kabel plak. hish. next time.

Ish. Apa yang bau busuk nk mampos kat umah aku nie?????TV aku dh jadi bangkai ke??Sebab dr hari tuh kat tempat tu je. Gila x logik. Bau mcm telur busuk ni. Stress aku. 


Oct 28, 2008

I Don't Care by FOB




a new song from Fall Out Boy - taken from their new album 'folie a deux'

letih

keletihan. itu je yang mampu aku tulis. kelas everyday starting today. next week will be my final exam week.meh aku list down date untuk reminder buat aku sendiri.

  1. 7 nov - environmental management
  2. 9 nov - advanced water supply
  3. 12 nov - numerical method
lepas kelas kene start study mcm nak mati. pastu bole hooray hooray. boss kata bila nk balik kg, bgtau, sebab nk kasik claim under project yang kat perlis :)

thankiu boss. i lap u. which reminds me of appraisal form yang belum siap. esokla. daa. zzzzzz.

Bye Kamu.

Baik
Sila melangkah pergi dari hidup ini
Aku tak perlu penjelasan
Sebab apa yang terjadi
Adalah sgt jelas.

Baik
Aku paham.

Baik
Aku ada peperiksaan besar
Aku mau belajar.

Ye.
Aku susah hati
Tapi aku cuba
Tak pikir pasal ni.

Baiklah.

Aku mau tidur
Semoga tidur kamu nyenyak malam ini.

Oct 24, 2008

Khas dari KAMU, untuk KAMU

For u who wrote me a poem in my comment section, i publish this entry especially for u. Kerna KAMU buat aku gembira..kerna KAMU beri aku bahagia. kerna KAMU, aku menjadi AKU.


We cry,
Because our hearts are not dry.

We shed tears,
Because we are human and have fears.

We feel love for beings,
Because that what it means to have feelings.

If our hearts we do not break,
How then shall it be opened?
If because fear of failure risks we do not take,
How then shall we find the One we are destined?

Tahukah Kamu?

Sometimes
One message is enough
To make me smile
For the whole day
Or even for the whole week.

Sometimes
A poem is enough
To make me feel appreciated.

Sometimes
I do feel good. :)

Thanks.

Oct 22, 2008

KesengaLan aku

Ahh. Kadang-kadang rasa nk marah dgn diri sendiri. Kenapa aku nie?? Sikap pelupa dan cemerkap yang sgt teruk adalah sgt menyusahkan diri sendiri. Mana pergi student card aku weih...aku nak exam dah nie hujung bulan nie weih..huwaaaaa. Jatuh ke? Last sekali aku guna last Saturday masa gi kelas ptg..aku tertinggal ke? jatuh ker? huwaaaa..

Oct 21, 2008

Paramore and Twilight



Kalau kamu betul2 kenal aku (ye..ku bilang kalau..kalau), aku ni suka cerita fantasi. Macam contohnya, citer Charmed yang diikutkan akal orang lain yang waras, tak saiko dan tak keliru, maka sebenarnya cerita itu adalah sgt poyo (tapi seronok jadi diorang, nak bantuan Whitelighter, ko seru je Leo..macam ala2 Kekasihku Seru). Baik follow cerita2 yang lebih ilmiah , ataupun cerita2 bimbo lain (spt itu Gossip Girl..hehe..jgn marah). hehehe. sukati je kan nk panggil citer bimbo (aku tak penah tgk pun, sesuka nk label citer tuh). Nway, smlm aku menggoogle lagu baru PARAMORE (ye..paramore is a band..hish!). lagu baru PARAMORE ialah 'decode' yang menjadi soundtrack untuk cerita yang aku pamerkan poster itu..TWILIGHT. citer ni belum keluar lagi. psl org berchenta dgn vampire..muahahaha. nntkan kemunculannye 21.11.08 (itu US release date la..taktau la Msia nie bile).

kalau nk tau, bukak la website TWILIGHT tuh.nak link ke? malas nk google??haish. ye la ye la. klik sini.

Oct 20, 2008

Bye

why should i cry
for somebody that belongs to someone else.
why should i feel the love,
why.
it's not u to blame.

i'm sorry.

Bye ash

aku tanak ckp byk. entry ini adalah penuh dgn emosi..sob sob, tsk tsk. ini la celebrity malaysia yang aku paling suka..huhuk. bye ash. semoga bahagia ke anak cucu. huwaaaaaaaaaaaaaaaaaaa.

Hail Hull the Tigers..aummmmmmmmmmm.

Oh yeah rumet. What's d purpose of having Sports Channel when u keep on watching Sex and The City without considering yang bahawasanya it's Sunday and AKU NK TENGOK BOLAAAAAA!!!!Hahaha, Ini gurauan kasar sesama rumet.

Nway, ini team Hull. Baru masuk EPL. kot. haha. nway, Hull skang no. 3. Bawah Liverpool. Power kan. Baju macam team Malaysia. Belang-belang harimau. Semoga Hull terus gagah. Mari sokong Hull, beli jersey Malaysia pun macam jersey Hull. Macam Maybank punya kaler pun ada gaks. Tee hee.

Antara star yang wujud pun ialah Nick Barmby. Yang lain, serious tak kenal. Hahah. Nway, i would like to see Hull terus mantap. Entry ini juga tak bermakna aku menyokong Hull gegila. Im just promoting this club je. Haha. Watefak?!

Apa sudahnya?

Sepi

Datang Lagi

Kala kamu pergi.

 

Satu harapan

Aku tak pasti.

 

Satu hala tuju

Yang tak menentu.

 

Aku selimuti kamu

Keliru.

 

Aku selubungi kamu.

Buntu.

 

Office

12:10 am

20102008

 

I need to breakaway nie. Haish. Aku mengundang sesuatu yang aku takut akan hancurkan hati ramai orang. Kamu, aku paling takut aku akan hancurkan hati kamu. Tidak ada kamu yang lain dh sekarang, kecuali kamu. 

Oct 19, 2008

Orange and Black

I've been wearing black and orange t-shirts for the whole week. what does that mean?

Black: Dignified and impressive without being showy, Black people want to give the appearance of mystery, but their preference may also indicate a suppression of desires and worldly aims, suggesting hidden depths and inner longings.

Orange: This color of luxury and pleasure appeals to the flamboyant and fun-loving person who likes a lively social round. Orange people may be inclined to dramatize a bit, and people notice them, but they are generally good-natured and popular. They can be a little fickle and vacillating, but on the whole they try hard to be agreeable. Orange is the color of youth, strength, fearlessness, curiosity and restlessness.

Taken from:

i love black t-shirts and i like orange. 

apebende aku merepek. i just need to write and express myself. I need to get out of the mess. I want to get out of the mess. 

Oct 17, 2008

Birthday Aku

Thanks kawan2 for all the birthday wishes terutamanya di facebook. and yes..aku tak celebrate kat mana2. puas hati? apa aku buat masa birthday aku? Okay, smlm birthday dinner ialah meehoo pama yang rumet aku masak byk gile. dan juga sup cendawan campbell bersama dua cawan teh tarik segera. oh..dan puspa masakkan sosej (juga segera nmpknya) pagi td utk disarapkan dalam kereta. dan aku tido pukul 4 pg dpn tv atas sofa dlm sleeping bag sbb buat assignment. haa..meriahnya sambutan besday aku.

hari ni, petang ada potong2 kek dgn rakan2 opis. d best thing kot yang happened today. kek coklat strawberry secret recipe yg lazat. pastu, banjir plak kat jalan dpn ofis aku. so, aku keluar lmbt sket nk gi kelas. sampai pun mestilah lambat kan..aku masuk, lecturer aku suh aku nyanyi.huwaaaa. aku tanya dia, serious ke prof. dia kata, ye la..kalau tak nyanyi jgn duduk. aku tanya kawan aku yg dok dpn aku, betul ke nk nyanyi?nak nyanyi lagu apa?kwn aku ckp, lagu raya. aku baru nk bukak mulut, kwn aku ckp 'tayah anies, prof tu saja sakat ko.' cis. bedebah. satu kelas gelakkan aku.

pastu, time org lain present, prof tu dok komen2. aku tunjuk2 la report kitorg yang konon2nye memenuhi kriteria dia tuh. dia kata apa tau??'Kamu ni pandai ek..dok angguk2 dr tadi..mcm Mr Bean.' arghh.lagi sekali prof tu memalukan aku di dpn kelas. Chis. Huwaaaa. 

dan bila aku balik umah, satu umah aku sebok dok bahankan aku. 'tak kuar celebrate ke tahun ni, takde dinner birthday ke, takde hadiah mahal ke..bla bla bla'. kalau korang tau apa perasaan aku skang ni..musti korang tak sanggup nak bahankan aku tau. *piap*..sedey gaks actually. no more expensive gifts, no more dinner at fancy  restaurant, no more celebration kat swimming pool. no more apa2 pun..

memandangkan ini birthday aku, aku sebenarnya nak 3 bende:

  1. Sony PSP (aku plan nk beli weekend ni..BELI sendiri okay..huuuu)
  2. Tidur yang sgt nyenyak
  3. Birthday wish dari seseorang
dan malam ni memandangkan aku dh takde komitmen lagi, aku nk layan 3 DVD yang dh lama ada dlm beg laptop aku:

  1. Forgetting Sarah Marshall
  2. 21
  3. Pathology
oh ye..senarai 3 org pertama yang wish aku secara sms ialah:

  1. Selimut di Hati
  2. Ikhwan Tons
  3. Erry (hahah..igt jugak dia)
secara ym:

  1. org yang bercita2 nk rampas rumet aku
  2. nini nordin
  3. mamat yg status dia slalu sama dgn org no. 1
dan of cuz hsmate aku ialah org2 pertama yg wish aku secara mulut la. dan org2 yang aku harapkan gile2 wish aku tapi tak wish ialah:

  1. kamu
  2. kamu
  3. lipas

dan org yang tak wish aku smpi sekarang ialah RIRIBLURRY. ko mmg nak kena ngan aku nie.

Hmmmmm



though the sea
will be strong
i know we'll carry on.

haha

and believe me..i am not sorry at all and i wont be sorry at all sebab marah ko kat blog aku.

Punyela aku marah

HAAAAAAAA!!!Punyela aku marah smpi aku post entry tak siap.

Oct 16, 2008

AKU MARAH

Aku ni dh lama tak bergadoh dgn org yang aku tak rapat. Tapi kali ni aku rasa tahap marah aku macam dewa dah. Hey. kalau ko tuh buat full time tak boleh nak commit, aku ni buat part time bole plak cari masa nk buat assignment ko tau tak??Aku suh ko present je ko tau tak..ko baca n ko pahamkan, ko present. susah sgt ke nk mintak??aku bersengkang mata bagai ni..so aku tak pedulik la ko nak ckp aku tak respect ko ke apa. aku dh cukup tahan sabar dgn ko untuk satu sem ni. ko nak maki aku, maki la. dh cukup baik aku tak letak nama sungai tuh bukan2 ko tau tak??? aku nak respect ko bole, ko respect la aku dulu. ko paham tak apa aku cakap??aku pun tak paham..pasal aku marah!! DAHLA KOOOOOOOOOOOOOOOOOOOO. APA2 JADIK 

Sorry

Kamu,

Semalam kamu datang

Nak buat assignment dgn aku

Tapi aku mintak maaf

Aku penat gila

Lalu

Tertido.

Aku suruh kamu kejut

Tepat jam 1 pagi

Kenapa kamu kejut lemah lembut

Konpem aku tak bangun.

Bila aku bangun

Aku masih dengan jeans

Dan polo shirt oren holland

Aku tak mandi

Aku tak semayang isya’

Aku tgk jam

Pkl 730 pagi

Kamu

Malam ni tolongla dtg lagi sekali

Esok kena submit

Aku rela tak tido malam ni

Asalkan keje kita siap

Kamu

Sorry kacau kamu

Walaupun kamu ada test hari Sabtu ni.

Maafkan kamu

Tp kamu syg aku kan??

Tee hee.

Oct 15, 2008

Damn

Ish. Gua stress nie. Gua banyak keja tapi gua kena luahkan kalau tak gua sakit jantung.

1) Insurans kete gua nk mati dalam masa 3 hari lagi. Gua dah le takde NCB ke apa. Sapa suruh langgar Bangla. tadi gua gi check. RM1300++. Pergh. Mana gua nk carik duit nie. Serious. Gua antara engineer paling miskin kot kat Malaysia ni. Krisis kewangan tahap melampau. Esok gua kena gak bagi duit insurans tuh. Takkan gua nk bwk keta takde roadtax weekend ni. Damn. Duit yang gua nk bayar maxis gua terpaksa guna. DAMN.yes. i need money. korang ada yang nk bg pinjam?? (tayah..aku dh call kakak aku yg baik hati dah). Pengajaran: walau patah hati mcm mana pun, jgn langgar Bangla..motor..kereta myvi..tembok..kerb..rail..punya la byk bende yg aku dh langgar lately ni.

2) Gua penat tiap-tiap malam kena buat assignment smpi pukul 2-3 pagi.Gua penat sungguh-sungguh. Mata gua macam ikan emas dah. Otak asyik nk jammed je. Bukan gua nk ckp gua ni bizi gile, org lain byk lagi yang bizi tak komplen..tp biarlah gua handle stress gua dgn cara gua kan. Gua nk komplen kat blog gua..biarlah. Sesungguhnya hanya gua yg paham. Korang pun x suka gua dok kat meja tuh buat assignment dgn muka kering hati batu.Kan?

3) Gua tak larat dh pertanyaan-pertanyaan kenapa gua mcm ni. Gua mendiamkan diri. Semua biar gua simpan dalam. Tolongla paham.

4) Dahla. banyak lagi bende nk gua smpikan. Tapi gua letih la kadang2 jadi emo ni. Habis tenaga2 positif. Tapi tadi mak gua call. Bgtau gua sumthing  yg best :)

5) Tak..bukan ada org masuk meminang la gile..


Ilham Dari Selimut Di Sofa

Ini gambar dari cerita Black sheep. Kamu pernah menonton citer nie? Gua pernah. Dan gua menyesal. Gua menonton wayang plak tuh. Gua ingat best giler. Ye la, citer pasal kambing biri-biri menjadi menjadi ganas. Pastu tagline dia ialah 'Violence of the Lambs'. Gua terpengaruh. Bile tengok, rasa nk keluar dari wayang. Tapi sayang pulak org dah belanja. Tapi bila keluar, gelak guling-guling sebab tak tahan dgn cara keganasan kambing biri-biri tersebut.

Kalau mau tengok kambing biri-biri yang kelakar, baik tengok Shaun The Sheep. 

 

Oct 14, 2008

Anies's Apartment


masih dgn tajuk lipas. teringat cerite joe's apartment. tp lipas dia banyak gile..siap pandai mengeja..siap menyanyi-nyanyi. gua rasa lipas dlm kete gua tau beberapa lagu je..sbb gua jenis orang yang suka psg lagu yg sama berulang kali. sekarang mungkin diorg tgh menyanyi lagu 'kamu kamulah surgaku' dgn riang ria kot. lipas oh lipas. kalau korang lipas yang bijak, dh lama aku suh korang tlg aku buat mcm-mcm.

joe ni dok sorang..aku duk berenam (tak lama lagi jd 5..huhuk). meh dtg apartment gua kalau tak takut lipas. bebudak umah gua seme takut lipas. balik2 gua yang kena spray. pastu gua gak kena kutip lipas2 yg dh mati. hish.  dah. pasni gua tanak buat entry psl lipas dh. enuff. 

si lipas

Akhirnya lipas itu yang menemani aku pukul 3 pagi nie.uhuk.merayap kat seluar aku plak tuh. nasib baik aku tak bukak jeans aku lagi. haish. nasib badan.

someday i will



How the hell did we wind up like this
Why weren't we able
To see the signs that we missed
And try to turn the tables

I wish you'd unclench your fists
And unpack your suitcase
Lately there's been too much of this
Dont think its too late someday

somehow
gonna make it right
but not right now
i know u're wondering when.

Oct 13, 2008

Lipas. aku lemas.

Lipas. Banyak sangat dlm hidup aku. Terlalu byk. Merayap-rayap. Meluat. Jijik. Penuhi dapur. dengan jejak langkahmu. Merayap di katil. Aku tak perlu kan lu untuk temani aku buat assignment aku la.  

Kenapa lu ikut gua sampai dlm kete?!Memalukan aku pada housemate aku. Setiap kali keluar nk makan malam, ko mesti nak say hi. Itu bukan keperluan. Dah keluar, pastu menyorok cepat2.  

Dua malam lepas, aku tak suruh pun kamu(si lipas) jadi penyambut tetamu aku. Ini tak, sampai 3 ekor sekali kecoh gile nk say hi. Damn u lipas. Nasib baik tetamu aku memahami dan bagi tips mcm mana nk bunuh kamu yang lipas ni.

Hey lipas. aku benci! tlg jgn gigit wayar2 dlm kereta aku. Kereta aku dh cukup bagi masalah. tayar depan aku pun bg masalah. bulan ni nk kene servis ko lagi, nk bayar insurans lagi. 

Dah..dah..aku nk guna famili cik spray..selamat tinggal lipas.

Aku runsing

Assignment banyak. Bukan senang rupanya belajar sambil bekerja. Banyak lagi yang tak siap. Final dah dekat. Aku resah. Aku gelisah. Otak jadi berat. Hmm. Keluh kesah. Banyaknya mengeluh. Tak bagus jika tiada tindakan. Fikir secara mendalam. Bukan setakat di permukaan. Cakap memang mudah, tapi percayalah hidup ini susah (dipetik dari kamu). Kamu buat aku gembira. Walau seketika cuma, aku hargai. 

dan sekarang, aku sakit kepala gila-gila. Telan ponstan. Habis cerita. 

Buntu

Aku buntu
aku mahu
aku perlu
kamu.

aku buntu
apa mahuku
apa aku perlu.

Tuhan
Bantu aku
Beri aku petunjuk-Mu.

Aku tak mahu
bertindak melulu-lulu
aku tak mahu diluku.


Oct 11, 2008

Save me ~


Kamu

come please i'm calling
and oh i scream for you
hurry, im falling..im falling.

Kamu

say it for me
say it to me
i'll leave this life behind me
say it
if it's worth saving me.

Kamu

all i need is u
come please i'm calling
and oh i scream for you
hurry, i'm falling.

I'M FALLING.

nickelback - saving me.

Buat Kamu Yang Jauh Di Perantauan

Kamu
Bukan kamu
kamu pergi
aku di sini
menunggu
tidak pasti.


Oct 7, 2008

Ya Allah dengan pengetahuan-Mu terhadap yang ghaib dan dengan kuasa-Mu atas makhluk, hidupkanlah aku selama Engkau ketahui bahwa kehidupan itu lebih baik bagiku dan matikanlah aku jika kematian itu lebih baik
bagiku. Amiin.

Oct 6, 2008

2:00 Pagi

I dreamt of sumthing soo good last Saturday..but as always, when it seems to good to be true..then it must be too good la kan..kesimpulan..not true..hey..apa gua bebel. When i woke up, and i realized that it was just a dream, gua mcm kecewa la kan. But, mcm aku penah ckp, biarlah benda yg best tu hanyalah mimpi, sebab ada gaks bende best yg jadi. 

Aku malas nk berckp psl raya. Apa meaning raya buat kamu? Aku happy sebab balik kampung. Jumpa ayah, emak, sanak saudara. Jumpa nenek dan sgt sayu. Sedey tgk nenek. Ah. Biasalah emo. 

Ada sesuatu yang membunuhku. Kamu akan tahu. Aku tak seperti apa yang kamu pinta.