

Inilah rupa kete gua selepas kemalangan yang meruntun hatiku..
12 March 2008. Gua balik keje menggunakan Highway NPE. Lepas exit Pantai Dalam, gua pecut dengan kelajuan lebih kurang 90 - 100km/h. Kalau tak silap la. Masa gua nak masuk susur ke Pantai Dalam, tetiba ada bangla bawak basikal melintas dpn mata gua dalam jarak lebih kurang 3-5 meter. Memang gua tak sempat nak brek sbb btol2 dpn mata gua. Gua tawakal jela, tekan brek, Bangla tuh melambung atas kete gua. Gua tergamam. Lagu dlm kete mmg gua dah tak dgr apa. Gua panic. Gua ingat mamat tuh dah meninggal. Gua dh terbayang gua masuk lokap.
Tapi tetiba gua nampak mamat tuh bangun, kesat2 badan dia. Dia pun mmg panic la mukanye. Gua barulah ada keberanian nk kuar keta. Orang2 yg berkerumun tanya salah gua ke salah dia. Gua lagilah stress. Nasib baik ada beberapa org saksi yang tros backing gua straight away. Diorg suh gua bagi duit kat mamat tuh, sbb mamat tuh tanak gi hospital. Pastu, diorg seme halau gua pergi dari tempat kejadian. Gua dengan menggigil bawaklah kete yg sgt teruk itu.
Otw balik umah, gua mmg blank habis. Gua taktau nak contact sapa. Tapi gua tau dlm situasi mcm ni, gua boleh harapkan elina. Gua call dia tiga kali dia tak angkat and seriously kalau dia angkat memang gua emotional breakdown habis. Gua msgla dia, cakap gua accident. Terus dia balas. Rupanya dia dlm lab lagi. Gua balik parking hillpark, gua relax jap dlm kete, baru gua call org2 tersayang yang lain. Gua call riri, gua call geng, gua call nana, gua call dik kak gua.
Nana sampai je, dia teman gua, bagi kata-kata perangsang. Gua suh dia lepak ngan gua jap, pasal gua takut nnt Elina sampai kang elina mesti marah gua dulu sebelum dia mengambil tindakan selanjutnya. So, btol lah, sampai je Elina kat kete gua, terus dia menghentam gua sbb gua tak amek no tepon mamat tuh, details mamat tuh (Gua tau dia marah pasal dia care). Then, dia dah reda sket, baru dia call kawan dia tanya apa yg patut kitorg buat. Then, after few discussion, kitorg gi balai polis Kerinchi.
Gi balai polis kerinchi, pakcik polis tu kata, kene report polis trafik. Yang bengangnya, semua nk gelak bila gua kata gua langgar bangla naik basikal. Dalam hati gua yg resah ni sapa yg tau ek. So, selepas berbincang2, kitorg decide nak balik relax dulu, bagi cool sket, baru gi balai kat KL tuh.
So, kat balai KL, dik kak and abg zecq pun teman gua n elina. Polis soal siasat n all, and then diorg kata bagi tempoh 3 hari nak tunggu samada mamat bangla tuh dtg buat report ke tak. If not, then after 3 hari barula kete gua boleh masuk bengkel untuk di repair. Anggaran kerja-kerja pembaikan ialah rm2000. HUHU. claim insurance.
Elina banyak sgt tolong gua. Gua sgt terharu la. Pasni dia nak kena hantar gua gi keje plak pagi2. Sian dia. Banyaknye berkorban untuk gua. Gua dahle takde kete, papa kedana plak tuh masa accident tuh. Huhuhu. Lain kali (tolongla jgn ada lain kali), jgn lupa amek contact details org yg terlibat tuh, n jangan bawak keta laju2 sgt. Ni la pesanan Elina yang berkali2 sampai berbuih dah mulut dia.
So, gua nk cakap thanx kepada Elina yang sangat tak terhingga-hingga, sbb gua rasa gua pun tak mampu nak buat apa yang dia dah buat kat gua ni. Jaga gua gile2, smpi makan pun dia suapkan after accident tuh (Mungkin muka gua dh semacam, rambut macam ribut, serabai nak mampos).How sweet. Thanks babe, gua sayang lu, and ni ikhlas, takde agenda. And to Riri (gua tau lu pun akan teman gua gi balai kalau lu ada dekat dgn gua), Nana, PA, Geng, Ayang n Puspa, thanks for ur concern n mengambil berat. Thanks to my sister n bro in law, yg sanggup dtg dari Ampang nak temankan gua kat balai.
lepas ni, sori kalau gua bawak kete slowbo. Gua phobia.
p/s: Thanks Riri for an entry dedicated juz for me. I think i'm not in love wif him anymore..