Indah

I know when i'm happy i will sengih sampai ke telinga, dan berborak mcm tak kerja je kan esok.

Hari yang indah, kerana dapat makan burger bersama orang yang indah wataknya dlm hidup aku.

Walaupun tak bertemu jua, mendengar berita yang indah sudah cukup mengindahkan malam yang indah.

Sungguh indah perasaan yang indah ini di malam yang nyaman dan indah.

Ahh indah juga pemandangan laptop menggunakan Windows 7.

Terima kasih atas keindahan ini Tuhan.

Mimpi Ngeri Hantu Raya

Hari Isnin aku tengok citer Hantu Raya kat Astro Ria.

Confused. Hantu raya ke, hantu pocong ke, atau mak lampir? hantu dia muncul dgn pelbagai rupa. Gelak-gelak, konon takde apa sangat la citer tu. Mmg tak de apa pun, sangat biasa.

Pkl 11 aku makan ngan B. Amek dia kat Astro. Jalan ke Astro dari pintu masuk TPM tu, hmmm, banyak pokok. Berkabus-kabus malam tu, sebab hujan baru stop. Pukul 12.30 aku hantar dia, pastu aku balik.

Eii, seram la plak kan lalu tempat-tempat banyak pokok. Berkabus-kabus. Gelap. Takde lampu. Check cermin, pandang-pandang jugak ke belakang kot-kot ada yang tumpang. Seram.

Tapi selamat jugak sampai rumah. Takde apa. Fuhhhh. Alhamdulillah.

Pastu aku masuk tido 2.30 pagi. Dtg la balik seram tu. Aku pun bersedia untuk terjaga tgh malam sebab kebiasaannya aku begitu. Lepas tgk citer hantu, nnt aku mimpi bukan-bukan. Maka, aku ready untuk bertemu segala makhluk ngeri yang akan muncul.

Tapi, esoknya bila aku terjaga, aku hanya mimpikan seekor binatang yang tidak ngeri tapi ada dua ehem-ehem yang sebok promote aku buat MLM (dlm mimpi aku la).

memang sangat mengerikan daripada hantu raya.

Ini Dia Melanie C





Sasha nak bukti aku pernah jumpa Melanie C.

Kau perlukan bukti. Maka aku buktikan. Aku jumpa Melanie C 4 tahun lepas. Hehe.

Ashik, ko igt tak? Kita pegi sesama masa nie. Hahahaha. Kau, aku, Alif dan Riri. Masa ni, korang kata aku je peminat Melanie C sorang-sorang kt Malaysia nie. Sobs sobs.

Tapi aku tak kesah. Hahaha.

Inilah orang paling femes aku penah jumpa. Sekian.

Aku dan misi rahsia

Aku ada misi.

Misi ini rahsia. Misi ini misteri.

Aku kenal misi ni kat Hospital Kuala Lumpur, 8 hari lepas.

Eh bunyi lain macam...mcm Ellen De Generes.

Aku nak embark on a new mission. Pergh. Harapnya tiada halangan. Yang penting, tidak melibatkan sesiapa pun. Aku tidak berlaku curang, jangan fitnah aku sekarang!

Lepas ni kalau tanya aku nak pergi mana, and aku jawab " i'm on a secret mission", tolong jangan tanya lebih-lebih.

Sebab ia rahsia.

Rahsia yang dtg bersama cik misi.

Goreng la Sweet Child O' Mine kalau lu gempak!

Sebenarnya, aku bole je tulis dalam bentuk karangan biasa. Tapi saja nk poyo buat tag. Boleh tag korang, walaupun korang malas nk buat. Eleh, kalau dh takde idea nk tulis tp gatal tangan nk tulis, mesti ko buatkan?


1. Rancangan Realiti TV yang kau teringin sangat nak masuk dan kenapa.
Aku teringin sangat nak masuk THE BIGGEST LOSER. tapi aku tau aku tak layak. sebab aku tak se'big' diorang. huuuu. takpela. tapi rancangan tu mmg motivational siot.

2. Kalau diberi peluang masuk Amazing Race, siapa pasangan yang kau akan pilih.
Hmm, ini sangat tough. Buat masa skarang, siapa yang aku takkan bergadoh walau bagaimanapun perangai dia? Dgn Shafik, bahaya. Aku sgt baran especially time aku PMS. Kalau dengan baba, dia pun ada mood swing. Nanti aku swing, dia swing aku balik. Bahaya. Rumet? Dia larat ke lari-lari ni? geng ke? ayang? ayang berat tetek, geng nnt kitorg kadang2 bole bertekak. Ok la aku pilih Rumet. Aku rasa dengan dia aku byk gak bersabar. Tu pun kalau dia sudi.

3. Rancangan Realiti TV paling menyampah kau tengok.
Aku rasa kan, rancangan2 mcm "My Starz LG" tu..mcm takde motif je. AF tu aku tengok jugak walau takde motif. Ok la yang paling aku menyampah ialah .......... alamak writer's block.

4. Bakat yang kau harap sangat ada pada kau.
Aku nak bakat bermain guitar, mencipta lagu dan menulis lirik. Aku nak jadi macam Orianthi. Hahaha. Aku nk carik makan dengan bakat. Seronok kan bole carik makan dengan bakat. Macam DJ, bakat diorang bercakap. So, bole carik makan keje kat radio. Huuu.

5. Kalau diberi peluang dan mesin masa untuk kembali ke zaman lampau, concert siapa yang kau teringin nak pergi tengok?
Owh, aku nk pegi konsert Gun n Roses. Aku nk tgk Axl Rose menyanyi sambil pakai boxer merah main piano. Pastu Slash goreng2 isap rokok smpi rambut terbakar.

6. Tattoo. Kau nak? Bole. Tapi hanya satu, dan mesti tattoo wajah celebrity. Wajah siapa kau nak?
Hmm, aku nak wajah Al-Pacino semasa dia berlakon citer Scarface.

Aku dedikasikan tag ni untuk orang-orang yang aku sayang. U know who u r.

Seeking For Your Attention

Seekers. Aku benci betol Uncle tu. Ntah hapa-hapa punya rancangan ntah.

Attention seeker. Aku pun antara orang yang dilabel sebagai attention seeker dengan status fb yang pelbagai.

Tapi

the point is..

dah kat ruangan status tu tanya " what's on your mind?"

kalau dah itu benda yang "on my mind"

haruslah aku nyatakan. heheh.

takpuas hati tayah komen. hide je. takpun delete je aku. habis cerita.

ini tak, tak puas hati tapi..

layan jugak.

minggu aku sakit kaki, memang sakit je la kat kepala otak aku. "Eleh anies, aku dulu pernah sakit kaki lagi teruk dari kau, takdela aku kecoh sedunia". Sapa suruh ko tak kecoh? Ke kalau kecoh takde orang pedulik?

kadang-kadang aku pun menyampah dgn status sesetengah orang. tapi tutup mata. lama-lama turun ke bawah la status dia tuh.

ok la..apa-apa pun, page ko. lantak ko le. kalauu tag nama aku dan kutuk aku, itu aku masuk campur la. huahua.

ok. status fb page aku, terpulang kepada aku. status fb kau, hak kau. selamat hari jumaat.

dulu aku kelakar. skang aku banyak kepada entry emosi. kau fikir kenapa?

sebab aku makin tua. sigh.

Kami Bersatu Hati Menentang Kejahatan!

1. Siapa orang yang kau teringin nak tampar?
Adik perempuan aku.

2. Siapa kau nak jadi Sugar Daddy kau. Bagi sorang je, wajib Malaysian.
Ahmad Izham, Boss 8TV.

3. Siapa manusia paling annoying kau pernah jumpa? Siapa orang paling famous kau pernah jumpa? Siapakah orang paling vain kau pernah jumpa?
Azwan Haji Ali. Memang annoying. Tak perlu jumpa. Paling femes aku rasa aku jmpe Sporty Spice a.k.a Melanie C. Yang paling vain plak ialah..malas la nk tulis nama.

4. Apa yang kau paling harapkan dari pasangan kau?
Mendengar dengan lebih teliti.

5. Kau penah kentut dalam lif?
Pernah. Banyak kali. Kadang2 sengaja.

6. Makanan paling jijik kau pernah makan?
Minuman bole tak? Milo ais siput babi kat sekolah dulu.

7. Rancangan Tv paling bodoh kau pernah tengok?
Chat @15 kat Astro. Aku bukak, tgk game bodoh tu, bukan sebab aku nk tgk game, sebab aku nk sekodeng.

8. Kalau terperangkap dlm jem, pastu rasa terkencing, apa kau akan buat?
Tahan la selama yang mampu.

9. Kau stalk hp or email kekasih kau tak atau share paswed fb/email?
Tak pernah lagi. Pernah kot sekali. Heeeeeeeeeeeee. Eh ni utk kekasih sekarang kan? Paswed fb aku share dengan wanita cantik tapi malang itu. Untuk dia tulis status utk aku bila aku dh tiada.

10. Kalau jumpa kucing kena langgar kete dah speruh mati kaki putus sume, kau buat ape?
antar gi klinik ke, bunuh supaya tidak terseksa, atau lari menangis sebab tak sanggup tgk?
Mestila selamatkan, insyaAllah.

11. Apa perasaan kau bile tengok cermin sorang2?
Eii jerawat. Senyum sikit. Hmmm, comey gak lesung pipit aku nie.

12. Kalau kau jumpa gambar wanita bogel yang kau kenali (selain dari artis mahupun pelakon porn) dalam pc bf kau, apa kau buat?
Aku email kan kepada rakan yang aku paling trust. Suh dia simpan buat bahan untuk peras ugut.

13. Apa kau buat kalau kawan kau asyik mengadu benda yang sama berbulan2?Pastu orang nasihat taknak dgr.
Kalau kwn rapat, adalah tahap aku tahan nk dengar. Biasanya aku layan. Macam la aku tak pernah ngadu bende yang sama berbulan-bulan. kalau tak rapat, aku dgr 2-3 kali, pastu aku jemu. Lagipun pedulik apa. Nama pun tak rapat. makan jamu rapat pun belom tentu akan rapat.

14. kalau nampak kawan ade taik idung nak terkeluar, atau ade 2 helai bulu hidung yg terlebih pjg terkeluar dr idung, bgtau direct ke, tarik tepi dan bisik ke, gelakkan ngan org lain ke atau buat tatau?
Aku buat bodoh, Macam takde apa2. takpun aku sms. kalau dia ada ipod, aku buat BT chat, takpun aku buzz dia kat ebuddy. Ewah. Eksyen.

15. Hantu dari filem mana kau paling takut?
hantu citer zombie kampung pisang. agak-agak ahhhh...mestilah hantu shutter.

Aku tag Shafik sayang, baba sayang, rumet, sasha, nano, jaja, cda, ashikin, riri, dan semua orang! Owh, pekerka kilang plastik, aku nk tag ko jugak.

Followers

My Blog List

Hit Me Baby!